You are on page 1of 1

Assalamualaikum cikgu2 yg saya hormati. Makluman kpd guru yg ada murid inklusif penuh.

Kami difahamkan wujud masalah bgi murid terlibat inklusif ini berkaitan pemprosesan markah ujian/peperiksaan murid dlm SAPS atau SPPBS apabila berada bersama dlm kelas murid perdana. Markahnya tidak boleh diisi dan dijana oleh sistem...maka isu akan wujud dikalangan guru PK dan guru kelas @ guru mata pelajaran perdana. @ guru data sek. Masalah ini timbul kerana semua maklumat disedut dr APDM. Masalah ini ada penyelesaiannya. Bagi mengatasi masalah ini, kena ada kerjasama antara guru data APDM, guru SAPS dan guru SPPBS dgn guru PK. Pastikan cikgu2 mulakan langkah berikut : 1. Mesy JK Inklusif utk tentukan murid mana terlibat dan kelas mana terlibat. 2. Menyediakan senarai nama kelas PK dgn mengasingkan murid mengikut tahun/ting yg diinklusif masing2. Pengasingan ini akan melibatkan kemungkinan kita perlu wujudkan kelas maya iaitu tambahan kelas dlm APDM. Perbincangan dgn guru APDM. Cth : kelas PK ada 1 kelas 5 murid umur bercampur campur dan ada dua orang inklusif penuh tahun 6. Dalam APDM, cikgu perlu wujudkan 2 kelas iaitu 1 kelas PK (5 murid) dan 1 kelas 6Khas (2 murid). Jika ada murid tahun 5 nak diinklusifkan juga...wujudkan lagi 1 kelas maya iaitu 5Khas...maka ada 3 kelas PK dalam APDM. Mewujudkan kelas maya ini tidak ada masalah kerana telah kami rujuk dgn Unit HEM kerana masih tidak mempengaruhi jumlah murid di sek tersebut. Apabila APDM dah ready...maka mudahlah urusan selepas ini. Ingatan penting - dalam Buku Rekod Kehadiran...masih buat 1 kelas sahaja! Buku ni akan diaudit mgikut kelas sebenar. 3. Bagi SAPS berfungsi dgn lancar, berdasarkan cth diatas, semasa SU SAPS import kelas dr APDM, minta dia import juga kelas 6Khas. Maksudnya..jika sek tu ada 3 kelas Tahun 6...maka akan ada 4 kelas Tahun 6 dlm SAPS iaitu Kelas 6A, 6B, 6C dan 6Khas (2 murid je). Bila analisis SAPS dijana, nama 2 murid tersebut dah ada dlm senarai keseluruhan murid Tahun 6 disekolah tersebut. Namanya mmg hilang dr analisis dlm kelas yg diinklusifkan, namun demikian, minta SU SAPS import maklumat keseluruhan tersebut kpd Excell dan cikgu PK akan sort data ikut kelas yg diinklusifkan tu...maka dpt tau lah kedudukan murid inklusif tersebut dlm kelas perdana itu. 4. SU SAPS perlu daftar guru PK sebagai guru kelas bagi kelas 6Khas tadi utk semua matapelajaran. 5. Guru perdana ajar, tanda (kita boleh bantu juga) dan beri pada guru kelas PK kita utk keyin markah dlm SAPS tu. 6. Bagi SPPBS juga hampir sama...cuma kena ada mainan dlm APDM dan bezanya cuma guru perdana yg mengajar yg keyin band band tu. Jika ada pertanyaan, cikgu2 boleh rujuk kpd pegawai di unit pend khas jpn utk khidmat bantu. Kami sedia berkhidmat. Copy dari.... Maaf, panjang sikit cerita saya ni... . Sekian dr Ropizalhazri Ismail, Unit Pend Khas, JPN Pahang.

You might also like