You are on page 1of 1

Apakah Itu Biodiversiti ?

Pengenalan Biodiversiti adalah kepelbagaian organisma hidupan. Biodiversiti juga merujuk kepada beberapa banyak hidupan sama ada haiwan, tumbuhan atau kumpulan lain yang terdapat di satu-satu kawasan serta dikategorikan kepada bilangan spesis yang ada. Dalam biodiversiti berkait rapat dengan beberapa bidang penting iaitu makanan, kesihatan, perikanan, perhutanan, pelancongan, ekosistem, sumber asli dan bioteknologi. Biodiversiti dan Makanan Membekalkan sumber makan hasil dari flora dan fauna yang ada. Dianggarkan terdapat 185 000 spesis fauna dan 12 500 spesis tumbuhan berbunga di Malaysia. FAO (Food and Agriculture Organization) mendapati terdapat 50 000 spesis tumbuhan daripada 300 000 spesis tumbuhan boleh dijadikan sumber makanan. Tetapi 3 000 spesis tumbuhan sahaja yang digunakan manusia untuk sumber makanan. Biodiversiti dan Kesihatan Penduduk luar bandar kebanyakkan masih bergantung terhadap tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan ubat. Kajian moden telah menghasilkan ubat yang diekstrak dari tumbuhan. Semua ubat yang dihasilkan adalah mengikut keperluan penyakit sedia ada. Biodiversiti dan Perikanan Sumber protein utama selain daging adalah dari ikan. Hasil tangkapan ikan semakin bertambah sejak tahun 1965 hingga tahun 2000. akibat dari peningkatan ini, jumlah ikan semakin berkurangan. Kesedaran terhadap biodiversiti telah mewujudkan kawasan perlindungan bagi memastikan ikan, udang, ketam dan haiwan air yang lain dapat membiak dengan baik. Biodiversiti dan Perhutanan Kerajaan Malaysia telah menyertai Konvensyen Kepelbagaian Biologi pada tahun 1992. Kerajaan Malaysia juga telah mewujudkan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan pada tahun 1998. Kerajaan juga telah mewujudkan zon perlindungan seperti hutan simpan, rizab paya bakau, santuari hidupan liar, taman negara dan kawasan hidupan marin. Semua ini adalah usaha dalam memelihara sumber biodiversity di Malaysia. Hutan hujan tropika adalah teras utama biodiversiti di Malaysia. Di dalamnya terdapat pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan. Sebanyak 600 spesis burung, 286 spesis mamalia, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan berjuta serangga serta organisma kecik telah dikenal pasti. Aktiviti penebangan yang berleluasa perlu dikawal bagi menjaga biodiversiti ini dari kepupusan. Biodiversiti dan Pelancongan Pelancongan merupakan sumber pendapatan kedua tertinggi di Malaysia. Tarikan utama pelancongan ke Malaysia ialah alam sekitarnya dan juga pelbagai jenis tumbuhan serta haiwan yang menarik. Tidak semua haiwan yang ada di Malaysia tedapat di negara lain. Biodiversiti dan Ekosistem Biodiversiti memainkan peranan utama dalam memberi manusia hidup dengan sejahtera. Biodiversiti menyumbang sumber air yang bersih, udara yang sihat dan terhindar dari gangguan ekologi seperti tanah runtuh dan banjir. Biodiversiti dan Sumber Asli Kajian serta hasil ubat-ubatan adalah dari sumber asli yang terdapat dalam biodiversiti. Semua kajian berpandukan kepada pengetahuan penduduk setempat dan penduduk pribumi bagi mendapat maklumat mengenai ubat dari tumbuhan dan haiwan. Biodiversiti dan Bioteknologi Kajian terhadap spesis tumbuhan dan haiwan bagi mendapatkan manfaat kepada manusia sejagat.
Nama: Ahmad Fikri bin Ismail Alamat : SK Puncak Alam (2) Jalan Gugusan Alam 7/1, Seksyen 7 Bandar Puncak Alam 42300 Selangor Darul Ehsan

Usaha Kerajaan

You might also like