You are on page 1of 10

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2013

HBLS3203 - SMP

ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (SISTEM TENAGA SOLAR)

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

AHMAD FIKRI BIN ISMAIL 790603085189001 790603085189 0124490760 AFROLUKE79@GMAIL.COM

PUSAT PEMBELAJARAN

PETALING JAYA

ISI KANDUNGAN 1. PENDAHULUAN 2. TENAGA SOLAR 3. SISTEM SOLAR BERFUNGSI 4. PROJEK INOVASI 5. PENUTUP 6. RUJUKAN m/s : 2 m/s : 3 m/s : 4 m/s : 5 m/s : 8 m/s : 9

1. PENDAHULUAN

Penggunaan tenaga elektrik pada masa kini amat diperlukan kerana pelbagai perkakasan yang digunakan dalam rumah adalah berasaskan tenaga elektrik. Bayangkan sekiranya tidak ada sumber tenaga elektrik pada masa kini kita masih lagi menggunakan minyak untuk menghidupkan lampu dan memasak. Kewujudan pelbagai gadget yang cangggih juga mungkin tidak akan berlaku sekiranya tenaga eletrik tidak ada.

Tenaga eletrik adalah nadi utama dalam kehidupan seharian manusia kini. Dengan tenaga elektrik manusia dapat melakukan pelbagai aktiviti dari perkara yang kecil sehingga yang kompleks. Pada tahun 80an tenaga elektrik digunakan untuk menghidupkan lampu, televisen dan kipas pada amnya. Tetapi pada zaman sekarang, tenaga elektrik sudah boleh digunakan untuk memasak, melakukan aktiviti riadah, dan pelbagai aktiviti lain. Boleh dikatakan manusia amat bergantung terhadap tenaga elektrik pada masa kini.

Teknologi kini yang semakin canggih membolehkan manusia membina dan mengolah setiap perkara untuk kepentingan ramai. Penggunaan tenaga elektrik yang tinggi akan meningkatkan kos pembayaran tinggi. Ini kerana sumber tenaga elektrik bukanlah dari sumber yang percuma dan ia perlu dibayar kepada syarikat yang mengelolakannya. Oleh itu timbullah pelbagai idea untuk mengurangkan kos ini dengan mewujudkan sumber tenaga elektrik yang boleh diperbaharui iaitu tenaga elektrik yang bersumber dari cahaya matahari, angin dan air.

Oleh itu, dalam tugasan ini akan membincangkan mengenai proses bagaimana cahaya matahari boleh ditukar menjadi tenaga elektrik yang dikenali sebagai tenaga solar. Selain itu juga dalam tugasan ini akan membincangkan bagaimanakah tenaga solar boleh dijadikan sebagai satu inovasi dalam menghidupkan lampu jalan untuk kegunaan semua.

2. TENAGA SOLAR

Tenaga solar adalah dari pengolahan cahaya matahari menjadi tenaga elektrik. Proses ini memerlukan alat yang tertentu untuk menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik serta menyimpan tenaga elektrik tersebut untuk kegunaan sepanjang masa.

Proses untuk menukar cahaya matahari menjadi tenaga elektrik dengan menggunakan panel solar yang dinamakan sebagai panel photovoltaic. Panel ini mempunyai bahagian positif dan negatif bagi menukar cahaya matahari kepada elektrik. Gambaran panel tersebut adalah seperti rajah 1.

Rajah 1

Panel ini akan berfungsi sepenuhnya apabila terkena pada cahaya matahari pada waktu siang. Panel ini akan menyerap cahaya matahari dan menukarnya kepada tenaga elektrik dan disalurkan ke bateri simpanan sehingga penuh. Bateri simpanan yang biasa digunakan ialah bateri NiMH (Nickelmetal hydride battery) yang mampu di cas melalui proses tersebut.

Bateri NiMH ini banyak terdapat di pasaran sekarang dengan harga yang berpatutan dan mempunyai pelbagai kapasiti dan saiz yang tertentu. Bateri ini mempunyai keupayaan untuk dicas berkali-kali dan digunakan mengikut had keupayaannya dan cara penggunaannya. Gambaran bagi bateri ini adalah seperti rajah 2.

Rajah 2
Kebiasaannya tenaga solar yang disimpan akan digunakan seperti memanaskan air, menghidupkan lampu, mengecas komputer riba serta telefon dan kegunaan lain yang berkaitan dengan elektrik.

3. SISTEM SOLAR BERFUNGSI

Fotovoltaik (photovoltaic) memberi maksud foto ialah cahaya dan voltan ialah elektrik. Selsel ini dibina dalam satu bentuk mengikut saiz yang tertentu dipanggil panel solar. Sel fotovoltaik ini terdiri daripada silikon yang berfungsi sebagai semikonduktor yang menyerap cahaya matahari dan menggerakkan elektron yang terdapat dalamnya. Terdapat dua kepingan semikonduktor dalam satu panel solar iaitu jenis semikonduktor N (Negatif) dan jenis semikonduktor P (Positif). Di antara semikonduktor N dan semikonduktor P diletakkan p-n junction bagi mengelakkan elektron dari semikonduktor N masuk kebahagian semikonduktor P. Elektron akan bergerak di dalam semikonduktor tersebut dan menghasilkan tenaga elektrik. Gambaran seperti rajah 3.

Rajah 3

Kepingan logam diletakkan di atas dan di bawah kedua kepingan semikonduktor tersebut bagi mengalirkan elektrik. Di atas kepingan logam diletakkan bahan salutan anti reflek (antireflection coating) bagi mengelakkan dari cahaya matahari terpantul semula.

Rajah 4 Kepingan logam tersebut digunakan untuk menyalurkan elektrik ke alat yang hendak digunakan atau ke bateri simpanan. Kesemua bahan tersebut di letak dalam satu bingkai yang kukuh dan dilengkapi dengan terminal positif dan negatif. Dari terminal tersebutlah akan mengalirnya arus elektrik dan disimpan dalam bateri simpanan mengikut had keupayaan bateri.

4. PROJEK INOVASI

Penggunaan lampu jalan sepanjang malam berkemungkinan memakan kos elektrik yang tinggi untuk sesebuah sekolah. Oleh itu satu sistem dibuat untuk mengurangkan kos elektrik bagi penggunaan lampu jalan. Sistem lampu jalan yang akan dibuat adalah berasaskan sistem solar iaitu menggunakan tenaga solar.

Setiap lampu yang akan dibuat menggunakan panel solar sebagai sumber utama untuk mendapatkan tenaga elektrik. Tenaga elektrik tersebut disimpan dalam bateri supaya tenaga elektrik tersebut dapat digunakan pada waktu malam.Bagi membina sistem lampu berkenaan terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat. Setiap langkah-langkah tersebut akan dibincangkan dalam tugasan ini.

Langkah 1 memasang panel solar mengikut keperluan mentol yang digunakan.

Langkah 2 membuat penyambungan di antara panel solar supaya dapat berfungsi dengan baik.

Langkah 3 membina perumah lampu dan bateri

Langkah 4 - membuat pendawaian sambungan ke bateri simpanan.

Langkah 5 membuat pendawaian sepenuhnya termasuk pengesan cahaya (phototransistor) dan memasang.

Langkah 6 memasang lampu tersebut pada tiang batu.

Setelah siap pemasangan lengkap untuk lampu tersebut, lampu itu akan di pasang disepanjang jalan masuk ke sekolah. Kesemua unit yang dibuat sebanyak 20 unit. Anggaran harga untuk setiap satu lampu siap pasang adalah RM150.00 sahaja.

5. PENUTUP

Kesimpulannya, sistem solar untuk penggunaan lampu jalan adalah salah satu penjimatan tenaga elektrik yang baik. Tetapi untuk kos permulaan adalah tinggi bagi satu-satu alat untuk dibina. Sekiranya di hitung untuk jangka masa yang panjang ia akan menjadi satu penjimatan jika dibandingkan dengan kos elektrik sebenar.

Kebaikan sistem ini ia boleh dipindah ke mana sahaja kawasan yang dikehendaki kerana tidak perlu untuk pendawaian semula. Selain itu juga ianya sistem berteknologi hijau yang tidak memudaratkan manusia sekiranya berlaku litar pintas. Sekiranya lampu jalan biasa menggunakan wayar elektrik sebenar terputus, ianya akan memberi mudarat kepada manusia kerana renjatan elektrik yang tinggi boleh menyebabkan kematian.

6. RUJUKAN

Abd. Samad b Hj Hanif, Mohd Nazi b Hj Mustafa.(1998). Teknologi elektrik. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Backer, J. (1998). Modern electronic manuals. Dorset, UK: Wimborne Publishing Ltd. Understanding Passive Components.

Shahfizal Musa, (2010), Menukar teknologi tenaga suria yang kompleks menjadi industri desa, Online, [Available]: http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-

penyelidikan/304-turning-complex-solar-energy-technology-into-a-cottage-industry.html

Jessika Toothman dan Scott Aldous, (2013), How Solar Cells Work, Online, [Available]: http://science.howstuffworks.com/environmental/energy/solar-cell.htm

You might also like