You are on page 1of 2

Bagi acara lontar peluru, latihan ansur maju dilakukan untuk meningkatkan kekuatan otot pelontar.

Selain itu, latihan ansur maju juga bertujuan untuk memastikan setiap fasa dalam lontar peluru dilakukan dengan baik. Latihan ansur maju yang melatih pelontar menguasai kemahiran yang paling asas dahulu, iaitu kemahiran memegang bola peluru. Bola peluru harus dipegang dengan betul supaya tidak berlaku kesalahan dalam fasa-fasa seterusnya. Latihan memegang peluru boleh dilakukan dengan menggunakan peluru atau bola lisut. Dalam latihan, pelontar boleh diperkenalkan dengan teknik memegang tiga peluru tiga jari dan teknik memegang peluru lima jari. Antara latihan ansur maju yang boleh dilakukan sebelum melontar peluru latihan

mengenal pasti kaki dan tangan dominan. Tangan yang dominan kebiasaannya tangan yang sering digunakan untuk menulis. Bagi latihan mengenal pasti kaki dominan, pelontar perlu berlatih secara berpasangan. Pelontar perlu membelakangi rakan kerana tolakan perlu dibuat pada masa yang tidak dijangka oleh pelontar. Rakan di belakang kemudiannya perlu menolak pelontar yang berdiri di hadapan tanpa memberi amaran kepada pelontar. Kaki yang berada di hadapan untuk menyokong badan pelontar daripada terjatuh merupakan kaki dominan. Di samping itu, pelontar juga boleh melakukan latihan ansur maju untuk melatih menyokong peluru sebelum dilontar. Pelontar perlu membiasakan diri memegang peluru dalam keadaan selesa di rongga tulang selangka berhampiran dengan leher. Pangkal tangan pula perlu mengadap ke luar dan siku berada jauh sedikit daripada badan pelontar. Selain itu, latihan ansur maju yang asas juga melibatkan latihan kekuatan otot tangan dominan. Salah satu cara untuk meningkatkan kekuatan otot tangan dominan adalah latihan menahan beban. Latihan ini dilakukan secara berpasangan. Pelontar dikehendaki memegang tangan rakan yang mempunyai belah tangan dominan yang sama. Kaki pelontar dan rakan dirapatkan untuk menyokong badan. Kemudiannya, pelontar perlu menarik tangan sekuat yang mungkin manakala rakan yang memegang tangan perlu menahan tangannya daripada ditarik. Latihan ini menyerupai latihan bebanan yang boleh membina kekuatan otot tangan pelontar. Selain itu, latihan ansur maju yang sering dilakukan adalah latihan ansur maju gaya melungsur selangkah. Latihan ini merangkumi lima tahap yang bertujuan untuk melatih pelontar menguasai semua fasa dengan betul. Latihan pertama memerlukan pelontar berdiri dengan menghadap ke arah kawasan lontaran. Pelontar kemudiannya dikehendaki melontar peluru dengan tolakan yang kuat. Lontaran ini haruslah dilakukan pelontar dalam keadaan berdiri.

Rasional latihan ini adalah untuk membiasakan pelontar menolak peluru dengan baik dan bukan dibaling. Latihan ini juga memberi perhatian yang khas kepada pergerakan tangan pelontar dan pergerakan peluru.

Latihan kedua adalah latihan pergerakan badan sebelum melontar peluru. Dalam latihan ini, pelontar berdiri dengan bahu kiri ke arah kawasan lontaran dan kedua-dua belah kaki diregangkan. Sambil merendahkan badan, pelontar akan memusingkan bahu kiri ke kanan. Kaki kanan yang diletakkan di belakang akan bertindak untuk menampung berat badan. Kemudian, pelontar mengilaskan badan lalu menolak peluru ke hadapan. Latihan kedua ini bertujuan untuk memastikan pelontar telah mahir dalam pergerakan penting sebelum mula melontar peluru. Latihan ketiga memberi perhatian yang khusus kepada fasa gelungsuran. Latihan ini memerlukan pelontar berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri pelontar berada di atas garis pusat bulatan sementara kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan. Selain itu, badan pelontar perlu dicondongkan sedikit seperti keadaan badan dalam latihan kedua. Dengan menggunakan kaki kanan, pelontar ketingting ke hadapan bulatan dan kaki kiri berada di garis bulatan ataupun pada bahagian belakang papan penahan. Selepas mengilaskan badan, lontaran akan dibuat. Bagi latihan yang keempat, pelontar bermula dengan posisi badan membelakangi kawasan lontaran. Pelontar perlu mencondongkan badan ke hadapan sehinggalah badan betulbetul berada di atas kaki kanan. Selepas itu, pelontar harus melungsur ke belakang selangkah tanpa mengilaskan badan atau melontar peluru. Latihan ini bertujuan untuk melatih pergerakan kaki pelontar semasa membuat fasa lunsuran. Latihan yang kelima adalah gabungan keempat-empat latihan di atas. Pelontar diberi galakan untuk mencuba seluruh pergerakan gaya melungsur selangkah ini. Latihan ini dapat menggabungkan kesemua fasa dalam melontar peluru. Selain itu latihan ini juga bermanfaat untuk melatih pelontar agar dapat membiasakan diri membuat lontaran yang sistematik.

You might also like