You are on page 1of 9

ULUM AL-QURAN DAN AL-HADIS 1) Pengertian ayat : Bahasa : 1. tanda atau alamat ( surah al-baqarah: 248) 2.

bukti atau dalil ( surah al-Rum: 21) 3. keterangan (surah al-Baqarah: 211) 4. mukjizat atau tanda perkara yang menakjubkan (surah al-Mukminun: 50) Istilah : sejumlah kalam Allah yang terdapat di dalam sebuah surah daripada Al-Quran.

2) 2 cara mengetahui jumlah ayat i. jumhur ulama tauqifi atau penetapan Rasulullah s.a.w ii. sebahagian mengatakan penentuan berdasarkan tauqifi, dan sebahagian yang lain melalui qiyas dan ijtihad. - ketentuan berdasarkan fasilah (akhir ayat yang sama) sama ada Nabi membaca dalam keadaan wasal atau wakaf. o wasal - 1 ayat o wakaf - 2 ayat 3) Pendapat tentang tertib/susunan ayat : - Pendapat masyhur menyatakan bahawa tertib ayat melalui penetapan atau tauqifi daripada Baginda Rasulullah s.a.w - tidak ada siapa yang boleh mengubah dan menentukannya - Rasulullah mendapat petunjuk daripada Jibril atas perintah Allah. 4) Hikmah pembahagian ayat dalam Al-Quran : - memberi keyakinan bahawa Al-Quran itu adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad. - menghayati sunat bacaan - memenuhi rukun-rukun ibadah solat - memudahkan penentuan hukum 5) Pengertian surah Bahasa istilah : manzilah (posisi/kedudukan) : sejumlah ayat Al-Quran yang paling sedikit tiga ayat terdiri dari awal surah dan akhir surah.

6) Jumlah dan susunan surah Surah pendek Surah al-Kauthar : ayat 3 Surah panjang Surah Al-Baqarah : ayat 286 Kesemua surah dimulai dengan ayat bismillahirahmanirahim kecuali surah at-Taubah 7) 3 pendapat tentang tertib/susunan surah : i. Pendapat masyhur - melalui penetapan dan tauqifi daripada Rasulullah sebagaimana yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril atas perintah Allah s.w.t. ii. iii. Tertib surah itu berdasarkan ijtihad atau pendapat para sahabat berpandukan ingatan. Sebahagian surah itu tertibnya secara tauqifi atau penetapan nabi dan sebahagian yang lain pula berdasarkan ijtihad para sahabat.

8) Pembahagian surah-surah Al-Quran

Surah yang panjang. ( Al-Baqarah, Ali Imran, An-Nisa, Al-Maidah, Al-Anam, AlAraf, dan surah Yunus) Surah yang mempunyai lebih 100 ayat atau kurang darinya. (surah ke 11- 35) Surah yang tidak panjang dan tidak pendek (surah ke 35 49) Surah yang pendek (surah ke-50 h surah an-nas)

9) Hikmah pembahagian surah dalam AL-Quran : - meransang pengajian dan penghafazan bagi umat Islam - menumpukan sesuatu perbincangan mengikut tema - membuktikan kemukjizatan Allah - menghuraikan sesuatu dengan terperinci - memudahkan umat Islam untuk memahami dan mengkaji Al-Quran 10) Pengertian Mukjizat Bahasa Istilah : kecacatan : mukjizat sesuatu yang luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan diluar kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun.

11) Perbezaan Muhkam dan Mutasyabih dari segi istilah Aspek Ayat Maksud Kefahaman Muhkam -Ayat yang diketahui maksud -Hanya mempunyai satu maksud dan makna -Maksud ayat boleh difahami secara langsung Mutasyabih -Ayat yang maksudnya hanya diketahui oleh Allah -Mempunyai banyak maksud -Maksud tidak dapat difahami secara langsung -Kefahaman memerlukan penjelasan dengan merujuk kepada ayat-ayat lain

12) Hikmah ayat mutasyabihat yang dapat diketahui maksudnya - galakkan untuk berfikir dan mentadabbur ayat-ayat Al-Quran - membuktikan kehebatan Al-Quran sebagai mukjizat yang tidak boleh ditandingi. - melihat kehebatan dan kepakaran di kalangan para ulama bagi kemampuan mengkaji dan mentadabbur Al-Quran. - menunjukkan rahmat dan kurniaan Allah s.w.t kepada umatnya supaya menghargai menjadikan kebanyakkannya ayat adalah muhkam bukan mutasyabih. 13) Hikmah ayat mutasyabihat yang tidak boleh diketahui maksudnya - menunjukkan rahmat Allah s.w.t kepada manusia yang sememangnya tidak mengetahui kesemua perkara. - membuktikan dengan jelas bahawasanya manusia itu lemah, jahil dan mempunyai banyak kekurangan - Allah ingin menguji dengan melihat reaksi manusia terhadap perkara ghaib yang benar, sama ada mempercayai ataupun tidak. 14) Nasikh dan mansukh Bahasa NASAKH Istilah pindah ganti menghilangkan membatalkan sesuatu hukum syara dengan dalil syara yang baru. Istilah ulama usul fiqh : Pembatalan sesuatu hukum syara dengan dalil syara yang lain yang lebih terkemudian turunnya atau terhenti sesuatu hukum syara dengan adanya jalan syara yang terkemudian. -

Menurut al-jarjani: Datangnya dalil syara setelah adanya dalil syara awal yang mengharuskan adanya perbezaan hukum atau juga diertikan keterangan tentang berakhirnya hukum syara sehingga harus diganti. Imam suyuti : Penghapusan syara terhadap suatu hukum yang datang dahulu dengan hukum yang datang kemudian. MANSUKH Istilah HUKUM LAMA yang telah - ayat yang dihapuskan dihapuskan itu disebut hukumnya. mansukh.

Bahasa -

Nasakh hanya berlaku pada zaman rasulullah sahaja dan ia tidak berlaku pada zaman para sahabt kerana : - ayat Al-Quran hanya diturunkan ketika rasulullah s.a.w masih hidup. - hanya Rasulallah yang dapat menentukan antara hadis dan ayat Al-Quran nasakh hanya berlaku di dalam hukum hakam IBADAT DAN MUAMALAT SAHAJA, iaitu perkara yang berkaiatan dengan perintah dan larangan Allah. tidak melibatkan soal AKIDAH, AKHLAK,dan ADAB.

15) 4 syarat berkaitan dengan nasakh : - hukum yang dimansukhkan itu adalah hukum syara - hukum yang dihapuskan itu tidak terikat dengan jangka masa tertentu. - dalil yang dimansukhkan hukum itu adalah dalil syara. - berlaku percanggahan yang nyata antara dua dalil tersebut yang tidak dapat dihimpunkan atau beramal dengan kedua-duanya. 16) Perkara yang tidak boleh dinasakhkan : - segala hukum asas yang qatI ( ) tetap. o contoh : rukun iman dan asas akidah - ibadah yang diputuskan secara qatI (tetap). o kewajipan puasa, solat dll.

17) Pembahagian nasakh mansukh beserta contoh Al-Quran dengan Al-Quran bilangan tentera islam dengan tentera musuh - surah al-Anfal : 65 : -

( )
bilangan 20 orang mukmin yang sabar telah dinasakhkan bilangannya menjadi seratus orang pada ayat 66 surah Al-Anfal -


Al-Quran dengan Sunnah nasakh dengan hadis ahad dilarang tetapi boleh dinasakhkan dengan hadis mutawatir . surah al-Baqarah : 180

( ) ( ) .
hukum waris telah dinasakhkan oleh hukum wasiat ibu bapa dan kaum kerabat. -

. ( ) .
Sunnah dengan Al-Quran

: 61 .()
-

rasulullah dan para sahabat telah melakukan solat dengan menghadap kearah baitul maqdis, kemudian ia dinasakhkan oleh ayat AL-Quran yang memerintahkan supaya menghadap kearah qiblat. - dinasakhkan dengan ayat al-Quran surah Al-Baqarah : 144 (-

. ( ) .
Sunnah dengan Sunnah

() .
-

hadis yang membicarakan tentang larangan wanita menziarahi kubur, tetapi larangan tersebut telah dinasakhkan didalam hadis yang mengharuskan orang islam menziarahi kubur. - menasakhkan dengan hadis dibawah : - () " :

. ".

18) Cara untuk mengetahui pemansukhan sesuatu hadis Kenyataan rasulallah sendiri

Riwayat muslim

Penjelasan dari sahabat

Riwayat abu daud Fakta sejarah apabila dua hadis yang bercanggah dan tidak boleh diharmonikan, melalui fakta sejarah hadis yang datang kemudian(nasakh) akan memansukhkan hadis yang sebelumnya (mansukh) telah berbuka puasa(batak puasa) orang yang berbekam dan yang dibekam. hadis ini telah dimansukhkan dengan hadis ibnu abas, yang mengatakan bahawa rasulallah te;ah berbekam dalam keadaan baginda sedang berihram dan berpuasa. apabila perkataan atau perbuatan para sahabat itu bertentangan dengan sesuatu hadis, ini menunjukkan hadis tersebut telah dimansukhkan. jika hukumnya belum dimansukhkan para sahabat tidak akan melakukan sesuatau yang bertentanagn dengannya. contoh hukum arak, sesiapa yang minum akan disebat dan jika mengulangi untuk kali ke-4 akan dibunuh. menurut imam nawawi dalam , mengikut kesepakatan ijma ulama para sahabat tidak beramal dengan hadis ini menunjukkan bahawa hadis ini telah dimansukhkan.

Ijma para sahabat

19) Hikmah nasakh 1. Memberi kebaikan dan kemudahan kepada manusia sendiri. o hukum menjadi lebih ketat untuk menambahkan pahala manusia itu o hukum yang lebih ringan, memudahkan manusia mendapatkan pahala.

2. Pengubahsuaian hukum hakam adalah untuk memberi kesempurnaan Islam ketahap yang paling sempurna seiring dengan perkembanagan dakwah. 3. Menjaga kepentingan hamba-hambanya yang mengikut keadaan semasa. 4. Mengilakkan kekeliruan dan kesamaran dalam perundangan syariat. 5. Memberi kemudahan untuk beramal. 6. Menguji kesungguhan dan keredhaan mukallah apabila berlaku perubahan. 20) Istilah hadis Istilah Sanad Pengertian beserta contoh Erti: Rangkaian perawi bermula awal hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w Contoh: Al-Bukhari > Musaddad > Yahyaa > Syubah > Qatadah > Anas > Nabi Muhammad SAW Sandarkan hadis pada periwayatnya (nama-nama perawi) Erti: Kitab yang dikumpul dalamnya apa diriwayat oleh seorang sahabat atau lebih Contoh: Musnad Imam Ahmad Erti: Orang yang meriwayat hadis dengan isnadnya, sama ada ia mengetahui ilmu hadis atau tidak Contoh: Imam Al- Bukhari Erti: Orang yang meriwayat hadis Nabi Contoh: Abu Hurairah Erti: Lafaz hadis yang membentuk pengertian Contoh: 'Kebersihan sebahagian daripada Iman' Orang yang pakar dalam ilmu hadis Orang yang hafal lebih 100 ribu hadis

Isnad Musnad

Musnid

Rawi Matan Muhaddith Al-Hafiz

21) Pengertian athar dan khabar Athar Bahasa Kesan peninggalan Khabar Suatu berita atau

Istilah

Istilah (berlainan dari hadis)

daripada sesuatu perkhabaran (sama dengan pengertian hadis) Bahasa : baharu, cerita atau perkataan istilah : setiap apa yang disandarkan kepada nabi Muhammad sama ada perkataan, perbuatan, takrir, sifat nabi Muhammad s.a.w. Athar : Perkataan, Khabar : sesuatau riwayat perbuatan, pengakuan yang datang selain dan sifat-sifat rasulallah daripada baginda. s.a.w iaitu sahabat dan Hadis : sesuatau riwayat tabiin. yang datang dari Hadis : perkataan, rasulallah. perbuatan, pengakuan dan sifat-sifat nabi. Athar : sesuatu yang diriwayatkan daripada rasulallah, para sahabat dan tabiin. Hadis : khusus untuk rasulallah sahaja. Khabar : sesuatau yang diriwayatkan oleh rasulallah dan orang lain. Hadis : khusus untuk nabi s.a.w sahaja.

Istilah (umum dari pengertian hadis)

22) Pengertian sanad dan matan Sanad Matan Bahasa Sesuatu yang disandarkan kepadanya Sesuatu yang keras dan tinggi daripada sesuatu yang lain ( tempat bergantung) permukaan bumi Istilah Rangkaian para perawi yang -Sesuatu yang terletak di akhir sanad. bersambung sehingga ke matan (isi -matan isi kandungan atau intipati kandungan) hadis hadis yang biasanya terletak selepas nama perawi terakhir dalam satu hadis.

You might also like