You are on page 1of 16

1

>> Fahaman Jabariyah

Asal daripada perkataan Jabar (terpaksa). Maksudnya ialah terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada perbuatannya. Sedangkan perbuatan itu datang daripada Allah. Hamba itu tidak berkuasa,tidak berkehendak & tidak ada ikhtiar baginya. Bagi mereka yang melakukan perbuatan hamba itu ialah Allah.

Golongan ini melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi seorang hamba dan menafikan ikhtiar. Mereka berkata manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya. Pada zahirnya sahaja kelihatan berbeza, tetapi pada hakikatnya sama sahaja. KESIMPULAN

Perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah seperti juga jasad mereka. Sekiranya setengah daripada sifat manusia itu dicipta oleh Allah dan sebahagiannya daripada manusia itu sendiri, maka berlakulah syirik dengan perkara afal (perbuatan). Perkara ini sangat bercanggah dengan kehendak Allah dan ikhtiarnya.

SEJARAH KEMUNCULAN
Muncul di Kuffah pada zaman Bani Umaiyah. Berasal daripada pegangan orang Yahudi yang kemudiannya mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam.

PENGASAS
1. Jaad Bin Darham : Menerima ilmu yang sesat dan menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham Bin Safwan. Seterusnya memasukkan beberapa penyelewengan yang lain ke dalam ajaran mereka.

Sarjana Salaf & Khalaf : Menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya. Antara mereka ialah Abdullah Ibnu Abbas. Imam Hassan Al-Basri : Beliau menyeru kepada golongan Jabariah yang berada di Basrah supaya tidak terpedaya dengan golongan ini. Imam Abu Mansur al-Maturidi : Beliau lahir pada abad ke-4 Hijrah. Beliau mematahkan hujah golongan Jabariah yang bertapak di Nahawinah. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan mazhab Jabariah berpecah kepada 3 kumpulan iaitu : Al-Jahmiah, Al-Tabariah dan Al-Dirariah.
6

Al-Jahmiah

-Pengikut Jaham bin Safwan. -Melahirkan kesesatannya di Tarmiz.

An-najjariah

-Pengikut Al-Husin bin Muhammad Al-Najam.

Al-Dirariah

-Pengikut Dirar bin Amru.

Gerak-geri ahli Syurga dan ahli neraka akan berhenti kerana tiap-tiap yang bergerak akan berhenti.

Iman itu marifah dan yang kufur itu jahil. (orang Yahudi yang tahu sifat-sifat Rasulullah dianggap beriman)

AL-JAHMIAH
Kalam Allah itu baru dan bukan Qadim (sependapat dengan Mutazilah) Tidak harus berserah segala sifat kepada Allah, sebaliknya harus berserah segala sifatnya kepada hamba

Syurga & Neraka itu binasa kerana tiada yang kekal abadi.

Menafikan melihat Allah pada Hari Khiamat kelak

Menafikan melihat ALLAH pada hari kiamat.

Kalam ALLAH itu apabila dibaca menjadi hak, manakala apabila ditulis menjadi jisim.

AT-TABARIAH

Menafikan sifat ilmu,berkuasa, berkehendak, hidup, mendengar, dan melihat.

Iman itu membenarkan. Siapa mengerjakan dosa besar akan mati dalam keadaan tidak bertaubat. Dia dibalas dengan dosa itu dan wajib dikeluarkan dari neraka.
9

Menerima ijmak sahaja selepas kewafatan Rasulullah. Segalanya yang diambil daripada Rasulullah secara ahad (tunggal) tidak diterima.

AL-DIRARIAH

Adanya pancaindera tambahan daripada yang ada bagi melihat Allah pada hari kiamat.
10

11

Ahli Sunnah wal Jamaah

Allah Menjadikan perbuatan hamba (afalul ibad) berbentuk usaha & ikhtiar. Dengan itu, mereka bebas menggunakannya untuk melakukan kebenaran atau kesalahan. Mereka ditaklifkan mematuhi hukum-hukum yang diwajibkan oleh Allah.

Qadariah

Perbuatan dari hamba bukanlah dari Allah. Allah tidak menentukan apa-apa. Segalanya terjadi dengan kehendak dan kuasa manusia.
Semua perbuatan datang dari Allah. Hamba tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada ikhtiar. Yang melakukan perbuatan hamba ialah Allah.

Jabariah

12

Ahli Sunnah wal Jamaah

Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak bagi-Nya. Sifat-sifat itu berada pada Zat Allah, sejak azali lagi. ~ Contohnya : Berkuasa, Berkemampuan & Berpengetahuan Maha Luas

Jabariah

Allah tidak mempunyai sifat, tetapi Allah itu mempunyai Zat sahaja.

13

Ahli Sunnah wal Jamaah

Al-Quran itu kalam Allah yang qadim dan azali kerana kandungan isi dan maksudnya itu adalah dari Kalam Allah. Hujahnya, kerana tidak berhuruf, bersuara dan bersusun. Yang kedua, manakala tulisannya, bacaannya, dan bunyinya itu adalah baharu yang boleh ditulis, dibaca dan disebut.

Jabariah

Al-Quran itu bukan qadim akan tetapi ia adalah baharu kerana ia boleh dituturkan dan ditulis oleh manusia.
14

Ahli Sunnah wal Jamaah

Melihat Allah di Akhirat adalah harus pada akal dan wajib pada hukum syara. Kerana Allah itu Zat yang Maujud. Allah boleh dilihat tetapi bukan di alam dunia.

Jabariah

Allah tidak boleh dilihat di Akhirat kelak berdasarkan fahaman Al-Jahmiah dan AltTabariah. Menurut fahaman Al-Dirariah pula ialah adanya pancaindera tambahan bagi melihat Allah pada Akhirat kelak.
15

Ahli Sunnah wal Jamaah

Mukmin yang melakukan dosa besar belum gugur imannya dan mereka masih dianggap mukmin kerana iman itu adalah amalan hati.

Jabariah

Iman itu makrifat . Manakala kufur itu jahil mengenai Allah dan hakikat-hakikat Islam. Oleh itu, sekiranya orang Yahudi yang tahu sifat-sifat Nabi boleh dianggap beriman.
16

You might also like