You are on page 1of 1

REFLEKSI PENGELOLAAN KEJURULATIHAN LOMPAT JAUH NAMA NO.

KAD PENGENALAN PROGRAM : AFIFAH BINTI RAMLI : 910709-02-6236 : PISMP PENDIDIKAN ISLAM-PR-2

Syukur ke hadrat Yang Esa kerana dengan izin-Nya dapat saya dan rakanrakan yang lain menyempurnakan tugasan Program Latihan Lompat Jauh kami dalam subjek WAJ 3112, iaitu Kokurikulum Olahraga yang diamanahkan pada hari Sabtu, 08 Februari 2014 yang lalu. Banyak manfaat yang saya peroleh sepanjang aktiviti ini berlangsung dan sebelum aktiviti ini diadakan, banyak perkara yang perlu diambil kira bagi acara lompat jauh ini. Hal ini kerana acara ini mempunyai banyak teknik dan kemahiran yang perlu dikuasai sebelum seseorang itu benar-benar mahir. Di samping itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya terutamanya kepada pensyarah pembimbing subjek WAJ 3112 En. Md Nasir bin Hamid kerana membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami semua bagi melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang telah menilai pengelolaan kejurulatihan kumpulan saya iaitu En. Chee Pao Kam yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang sangat berguna kepada kami. Segala tunjuk ajar ini akan saya praktikkan di sekolah kelak. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan kumpulan iaitu Abdul Muiz bin Mohd Sidik, Mohammad Qairul Naim bin Mohammad Isa, Syirazi bin Abdul Khalid dan Siti Fairuz bin Mohd Saufi yang telah sama-sama bekerjasama untuk menyiapkan tugasan ini. Sepanjang program ini dijalankan, saya memperoleh banyak ilmu baharu, terutamanya mengenai olahraga lompat jauh ini. Antara input baharu yang saya peroleh ialah mengenai fasa-fasa yang terdapat dalam olahraga lompat jauh ini. Contohnya, acara lompat jauh mempunyai empat fasa yang perlu diketahui iaitu fasa lari landas, fasa lonjakan, fasa penerbangan dan fasa pendaratan.

You might also like