You are on page 1of 9

Tajuk 1 : Pengenalan Pendidikan Khas

PRA 3109 PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

Tajuk 1 : Pengenalan Pendidikan Khas

DEFINISI & KONSEP

Chua Tee Tee &Koh Boh Boon (1992) Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek,fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Heward & Orlansky (1980) Pendidikan khas berkaitan dengan kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang daripada norma biasa, samada di bawah purata atau di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka memerlukan pendidikan yang khas, kurikulum khas , alatan khas dan guru khas. Kanak-kanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah pembelajaran. Kanak-kanak khas perlu dibantu untuk mencapai potensi maksima mereka dari segi jasmani, emosi, sosial dan interlek dengan menyediakan pendidikan yang dirancang secara induvidu dan sistematik.

Tajuk 1 : Pengenalan Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh professional klinik sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran .

Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan kognitif ,sosial , komunikasi dan kemahiran perkembangan. Hallahan & Kauffman

pendidikan khas adalah pendidikan yang disediakan memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.

untuk

Tajuk 1 : Pengenalan Pendidikan Khas

Slavin, 1997

Pendidikan khas adalah sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas

Gargiulo, 2003,

Mengutarakan bahawa pendidikan khas adalah program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.

Tajuk 1 : Pengenalan Pendidikan Khas

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Tajuk 1 : Pengenalan Pendidikan Khas

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS


Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Tajuk 1 : Pengenalan Pendidikan Khas

VISI PENDIDIKAN KHAS


Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Tajuk 1 : Pengenalan Pendidikan Khas

MISI PENDIDIKAN KHAS


Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadkan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Tajuk 1 : Pengenalan Pendidikan Khas

SEKIAN TERIMA KASIH KERANA MENDENGAR.. v(^_^)v

You might also like