You are on page 1of 1

PERATURAN SEMAK SEMULA SPM 2014 1) Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan

(Akhir : 18 APRIL 2014) 2) Borang Semak Semula/Kes T boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my 3) Sila datang ke sekolah bersama: - 1 salinan keratan keputusan peperiksaan SPM - markah & 1 salinan peperiksaan percubaan - 1 salinan sijil/pernyataan pelaksanaan PBS (PEKA/ULBS) bagi pelajar yang menyemak semula subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kimia, Biologi dan Fizik - Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan mengikut jumlah subjek yang disemak iaitu RM50 bagi setiap subjek disemak - 2 sampul surat (11 cm x 22 cm) beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem 50 sen. Tulis perkataan SEMAK SEMULA SPM pada sudut atas kiri sampul surat 4) Pihak sekolah akan menguruskan langkah seterusnya (pengesahan Pengetua dan pengeposan ke Lembaga Peperiksaan). Borang yang telah lengkap boleh diserahkan di pejabat sekolah ataupun terus ke Pn Siti Normizah Ngatenah 5) Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.

You might also like