You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan

Media adalah sesuatu yang dapat menyalurkan informasi dari sumber informasi kepada penerima informasi. Oleh sebab itu, media memainkan peranan penting dalam membentuk satu Negara yang kukuh dari segi ekonomi, politik dan sosial. Akhbar juga merupakan salah satu bentuk medium yang digunakan oleh media yang berfungsi sebagai menyalurkan informasi, maklumat, hiburan dan sebagainya kepada masyarakat. Mengikut sejarah, akhbar mula berkembang di Malaysia sejak tahun 1896 melalui penubuhan Jawi Peranakan, seterusnya pada 1920 hingga 1930-an, terdapat tiga puluh empat akhbar jenis akhbar terbit di Semenanjung di mana antara akhbarnya ialah Warta Majlis, Warta Melaya dan antara pengarang popular ialah Abdul Rahim Kajai, Mohd Eunos Abdullah dan sebagainya. Kini, akhbar telah pun berkembang dengan pesat seiring dengan perubahan zaman moden. Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro,

Kosmo, News Strait Time, The Star, Sin Chew Daily mula mendapat tempat di khalayak orang ramai.

Negara Malaysia kini dalam proses untuk menuju ke arah negara yang maju dan moden, maka peranan akhbar amat diperlukan sebagai lidah pembina rakyat yang mana rakyat bergantung harap kepada akhbar sebagai medium untuk mereka mendapatkan apa-apa dan pelbagai jenis maklumat di dalam kehidupan seharian mereka. Tidak kiralah akhbar di dalam talian mahupun akhbar percetakan, fungsi mereka perlulah berkekalan dan mampu untuk menjadi wadah penyebaran kepada kerajaan mahupun rakyat di dalam dunia yang semakin indah dan moden ini. Akhbar pada masa kini banyak memainkan peranan semasanya kepada masyarakat dan khalayak

di Malaysia walaupun bersaing dengan akhbar di dalam talian dan sumber-sumber berita yang menggunakan teknologi serba canggih.

Dengan adanya juga kebebasan yang diberikan, akhbar dapat dijadikan tempat untuk rujukan dan maklumat. Tetapi adakah akhbar itu sendiri bebas sepenuhnya, ataupun ia dijadikan sebagai alat dan dikongkong oleh kerajaan, parti politik dan sebagainya. Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984, akhbar itu tidaklah diberikan ruang kebebasan sepenuhnya. Pada masa kini, terdapat akhbar yang mengamalkan amalan kebebasan yang sepatutnya dan ada juga tidak mengikut etika, kod yang ditetapkan oleh kerajaan khususnya. Tugasan ini dilakukan bagi membincangkan sedikit sebanyak mengenai peranan akhbar di Malaysia serta amalan kebebasan akhbar di negara ini.

2.0 Peranan Akhbar

Akhbar mempunyai pelbagai peranan antaranya menyebarkan sesuatu saluran informasi, maklumat yang mampu untuk mempengaruhi masyarakat di sekeliling apabila membacanya. Akhbar berfungsi sedemikian kerana maklumat di dalamnya adalah tepat, sahih dan lebih dipercayai berbanding sumber-sumber yang diambil dari luar seperti internet dan sebagainya. Berita yang dimuatkan di dalam akhbar adalah dilihat, diubah dan dibetulkan semula sebelum dipasarkan kepada khalayak. Akhbar juga merupakan satu medium saluran yang cepat,

mengambil masa hanya sehari sahaja. Walaupun ia tidak menandingi kecanggihan teknologi pada masa kini, akhbar tetap menjadi pilihan utama khususnya kepada masyarakat di pedalaman, luar bandar dan sebagainya. Contohnya semasa berlakunya krisis pencerobohan tentera

pengganas Sulu yang ingin menuntut Sabah, khalayak membaca bagi mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa seperti jumlah anggota keselamatan yang terkorban, situasi semasa, bagaimana negara menandatangi masalah berkenaan dari awal sehingga akhir. Akhbarlah yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat berkenaan bagi membolehkan masyarakat mempercayai apa yang disampaikan. Akhbarlah juga yang dicari apabila segelintir khalayak mahupun masyarakat terlepas pandang akan berita yang disiarkan di radio mahupun tv ataupun alternatif lain seperti internet dan sebagainya, maka akhbarlah menjadi pilihan semula.

Selain itu juga, akhbar juga berfungsi sebagai perangsang utama kepada minda masyarakat pada masa kini. Ini adalah kerana, maklumat-maklumat atau isu yang dipaparkan di dalam

mengandungi pelbagai maklumat dan pemikiran positif yang membolehkan rakyat mampu untuk berfikiran secara rasional dan berfikir dengan lebih mendalam dan mempengaruhi mereka. Walaupun begitu, terdapat juga maklumat-maklumat yang boleh disifatkan sebagai negatif dan berbahaya kerana ia mampu untuk mencetuskan provokasi, perkelahian, peperangan, pertumpahan darah sekiranya khalayak itu mempercayai secara bulat-bulat maklumat berkenaan. Akhbar boleh dilihat sebagai menghasut rakyat dan khalayak. Antara contoh yang paling ketara ialah timbulnya isu atau masalah hasutan terhadap sesuatu kaum yang dimulakan oleh akhbarakhbar seperti contohnya Utusan Melayu. Ini berlaku selepas menyaksikan berakhirnya

Pilihanraya Umum Ke 13 pada 5 Mei yang menyaksikan berita seperti Apa Lagi Cina Mahu, Kaum Cina Tidak Mengenang Budi dan sebagainya. Ia boleh mencetuskan hasutan rakyat dan boleh menyebabkan tercetusnya ketegangan kaum dengan kaum Cina. Sudah semestinya

perkara ini mahu dielakkan bagi mengelakkan tragedi 13 Mei berulang kembali. Oleh itu, akhbar itu sendiri dapat memberi peransangan minda kepada rakyat tidak kira samada secara positif mahupun negatif.

Peranan akhbar terhadap khalayak masyarakat dan pembaca juga antaranya ialah sebagai tempat fungsi untuk mendapatkan bantuan, sumbangan, kewangan dan sebagainya. Terdapat pelbagai akhbar pada masa kini dilihat menyediakan ruangan, petak yang sewajarnya kepada khalayak sebagai tempat untuk mengadu masalah kepada kerajaan, parti, wakil rakyat dan kawasan, kementerian, agensi dan sebagainya, meminta dan memberikan pendapat, cadangan, penyelesaian, meminta bantuan sumbangan samada dari segi kewangan, makanan, keperluan dan

sebagainya. Antara contohnya yang boleh dilihat ialah seperti di Akhbar Metro khususnya, boleh dilihat pada setiap hari, ada sahaja rayuan sumbangan bantuan untuk pesakit, waris dan sebagainya terutamanya anak yang menghidapi penyakit berbabahaya dan perlu menjalani kos rawatan yang tinggi. Bagi akhbar-akhbar Inggeris pula seperti News Strait Times dan The Star pula menyiarkan satu ruangan untuk pemberitahuan tentang orang yang telah meninggal dunia bagi membolehkan keluarga serta rakan rapat mengetahui dan menziarahi si mati. Dengan ini, segala masalah dapat diselesaikan dengan peranan akhbar sebagai pihak ketiga ataupun orang tengah yang berada di dalam proses mendapatkan bantuan ini. Oleh itu, akhbar merupakan satu wadah ataupun medium rakyat bagi menyuarakan suara, hak, bantuan dan sokongan mereka.

Salah satu di antara peranan akhbar yang terpenting juga pada masa kini adalah membantu dari segi memertabat dan meningkatkan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Umum diketahui, bahasa rasmi negara merupakan Bahasa Melayu sejak mencapai kemerdekaan dan ia digunakan secara luas dan rasmi terutamanya melibatkan majlis-majlis rasmi kerajaan dan negara. Pada masa kini, akhbar-akhbar di negara ini menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu Baku yang boleh difahami dan dibaca oleh semua rakyat. Melalui pembacaan akhbar ini juga, kualiti bahasa akan dapat dipertingkatkan, dipelajari dan difahami dengan lebih mudah dan berkesan. Dengan adanya penggunaan Bahasa Melayu ini, ia secara tidak langsung memartabatkan dan mengiktiraf bahasa ini di negara ini di dalam tatabahasa, kosa kata, perkataan dan sebagainya. Di dalam Utusan Malaysia contohnya juga, bagi memartabatkan penggunaan bahasa ini khususnya untuk para pelajar, akhbar telah menyisipkan beberapa keratan akhbar latihan bagi digunakan oleh pelajar-pelajar untuk mengulangkaji, mempelajari dengan lebih berkesan bahasa berkenaan.

Akhbar juga boleh dilihat berfungsi sebagai tempat pembelajaran dan ruangan bimbingan kepada pelajar yang menghadapi peperiksaan terutamanya UPSR, PMR dan SPM. Boleh dikatakan pada setiap hari, terdapat akhbar yang menyisipkan ruangan pembelajaran yang melibatkan pelbagai subjek pembelajaran untuk setiap murid. Akhbar juga memainkan peranan penting dengan mengiklankan atau menghebahkan tentang kelas bimbingan, bengkel menghadapi peperiksaan yang dijalankan oleh agensi akhbar itu sendiri ataupun agensi luar yang menggunakan bantuan akhbar berkenaan. Sebagai contoh pada masa sekarang, terdapat Program Galakan Membaca di beberapa sekolah yang menggunakan akhbar. Program Akhbar Dalam Darjah (ADD) juga turut dijadikan sumber pembelajaran. Naskah sisipan seperti Skor, Minda dan Didik banyak membantu calon peperiksaan untuk meningkatkan kemahiran mereka. Selain itu, akhbar juga dilihat membantu pelajar-pelajar yang telah menamatkan pembelajaran di sekolah dengan menyiarkan siaran-siaran tentang universiti-universiti atau kolej untuk membolehkan pelajarpelajar memilih destinasi pengajian mereka seterusnya. Akhbar bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menyebarkan maklumat, tetapi juga sebagai medium untuk pendidikan dan pembelajaran dan sebagai masa hadapan untuk pelajar-pelajar berkenaan.

Bagi yang menggemari sukan pula, akhbar merupakan pilihan bagi mereka untuk mendapatkan segala perkembangan mengenai sukan di dalam negara mahupun luar negara. Akhbar akan menyediakan laporan berita yang lengkap mengenai sesuatu sukan seperti keputusan perlawanan, statistik, temubual pemain, komen dari peminat, pengkritik, masa perlawanan dan sebagainya. Akhbar membuatkan pembaca merasa mereka seperti berada di tempat sukan berkenaan dan dapat merasai suasana berkenaan sendiri. Bagi peminat sesuatu sukan, mereka akan dapat mengetahui tentang idola, pemain yang diminati mereka serta kejayaan pemain berkenaan.

Contohnya pemain skuasy Nicol David. Jika tiada laporan berita yang menyiarkan tentang pemain ini, sudah pastinya khalayak pembaca langsung tidak akan mengenalinya. Berita yang memaparkan tentang kejayaannya, pencapaiannya membolehkan peminatnya dapat mengetahui dengan lebih lengkap dan tidaklah menjadi seperti seperti katak di bawah tempurung. Be gitu juga dengan Lee Chong Wei dan lain-lain lagi.

Peranan akhbar juga antaranya ialah membolehkan perhubungan dengan dunia luar dapat dilakukan, akhbar menjadikan dunia kini tanpa sempadan. Umum sebelum ini, kita tidak dapat mengetahui

http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1543 http://web.usm.my/kajh/KAJH%2017/KAJH%20Art%204%20(65-89).pdf http://www.malaysia-today.net/archives/archives-2008/9306-pengertian-kebebasan-media-perlumengikut-persepsi-yang-betul http://www.scribd.com/doc/2026222/Peranan-akhbar-sebagai-penyebar-maklumat http://razak.wordpress.com/2012/02/17/akhbar-sebagai-karya-tinggi/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebebasan_media_di_Malaysia

http://www.bharian.com.my/articles/Kebebasanmediakenautamaperpaduan_transformasipemban gunan/Article/

You might also like