You are on page 1of 2

Nilai ekonomi pasaran perusahaan burung walit bagi memacu ekonomi negara

APR 7 Posted by jahaniwalit

Sektor swasta dan institusi ekononi merupakan pemangkin dan jentera pertumbuhan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Perbagai dasar dan strategi pembangunan ekonomi diperkenalkan untuk dilakasanakan. Selaras dengan itu tanggungjawab yang lebih besar turut diletakkan kepada sektor swasta untuk mencapai matlamat penyusunan semula masyarakat dan pembangunan sumber manusia .

Untuk mencapai hasrat tersebut sektor swasta harus terlibat dalam industri yang boleh memacu ekonomi negara sepertimana yang disarangkan oleh Perdana Menteri bagi meningkatkan nilai tambah perusahaan sarang burung walit . Namun begitu masih ramai masyarakat Malaysia yang tidak mengetahui tentang industri dan mengapa ia begitu berpotensi dalam pasaran.

Pasaran sarang burung walit sebenarnya telah terkenal di kawasan Asia sejak beberapa ratus tahun yang lalu . Ia adalah merupakan perusahaan tradisional yang mantap dan begitu stabil harganya dari dahulu sehingga sekarang . Kesetabilan harga kini disebabkan peningkatan ekonomi penduduk dirantau ini. Walaupun berhadapan dengan krisis ekinomi global , negara Cina lebih dahulu pulih dari kesan kejatuhan ekonomi global berbanding dengan Amerika.

Memandangkan sarang burung adalah makanan yang dipercayai oleh setiap masyarakat cina sebagai makanan kesihatan sejak Dinasti Ming lagi . Dimana terdapat masyarakat cina di dunia ini , maka disitulah terdapatnya pasaran untuk sarang burung ini.

Dengan keadaan ekonomi yang semakin stabil dan mantap itu , adalah dipercayai business sarang burung walit ini bakal menjangkau tahap paling tinggi yang akan diperolehi oleh sesiapa yang terlibat dalam perusahaan sarang burung walit ini.

Memandangkan Malaysia telah ketinggalan dalam industri walit ini lebih daripada 20 tahun di belakang Indonesia maka potensi pasaran tempatan masih belum banyak diterokai lagi . Maka perusahaan sarang burung walit membuka peluang yang cukup lumayan untuk manamana pihak samada sektor swasta atau kerajaan untuk mengeksploitasi keadaan yang wujud

Dengan kerjasama diantara sektor kerajaan dan swasta di Malaysia saya percaya kita boleh melangkah lebih maju kehadapan memintas Indonesia bagi mengembangkan perusahaan sarang walit.

Oleh itu antara lain nilai ekonomi perusahaan sarang burung walit ialah industri pembinaan untuk bangunan rumah burung walit untuk dijual dengan harga yang sangat lumayan seperti projek perumahan untuk burung walit seperti projek walit eko park. Demikian juga dengan perusahaan membudidaya burung walit yang pastinya menghasilkan pulangan yang cukup lumayan.

Selain daripada itu perusahaan sarang burung walit yang boleh diberi nilai tambah ialah idustri pruduk makanan dan minuman untuk eksport dan juga pasaran tempatan. Peluang pekerjaan dalam industri pemerosesan dapat diwujudkan bagi memacu ekonomi negara.

Artikel ini ditulis dari Institut Integriti Malaysia. Menara Integriti Persiaran Duta Off Jalan Duta. Kuala Lumpur 6.00 petang 6/4/09 Posted in Uncategorized

You might also like