You are on page 1of 8

1.

Pemilihan Mata Pelajaran

Saya memilih mata pelajaran bahasa melayu ia merupakan subjek major pengajian saya serta ini merupakan cabaran kepada saya dalam membangunkan perisan pembelajaran yang benar-benar berkualiti dan mengikuti sukatan KKSR. Bahan pengajaran ialah perisian yang boleh digunakan oleh guru secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penggunaan bahan pengajaran adalah untuk mengekalkan penumpuan para pelajar sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung, di samping memudahkan guru untuk menyampaikan pengajaran mereka. Apabila kita memperkatakan tentang bahan pengajaran, apa yang kita ketahui, lazimnya guru-guru sering menggunakan bahan-bahan daripada buku-buku teks yang sedia ada daripada Kementerian Pendidikan. Melihat dari segi logika, bahan-bahan pengajaran sepatutnya tidak hanya tertumpu kepada buku-buku teks sahaja, malahan terdapat pelbagai jenis peralatan atau sumber yang lebih baik dan boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. Secara ringkasnya, komputer sebagai satu pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran supaya pembelajaran dapat menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan serta berinteraksi dengan komputer mengikut kehendak dan keupayaan sendiri, berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran, meningkatkan motivasi pelajar, membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning), membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi, membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperolehi, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar, membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar, memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum dan meningkatkan kemahiran ICT dikalangan pelajar dan pada guru itu sendiri.

Teknologi dan penguasaan Teknologi Maklumat, pembaharuan sekolah yang dilakukan perlulah mengambil kira penyediaan kemudahan asas seperti elektrik, pembekalan komputer, penyediaan software, kemudahan internet, data based dan berbagai-bagai infrastruktur yang diperlukan. Guru pula mengambil inisiatif dengan meningkatkan lagi pengetahuan serta memperkukukan kemahiran mereka selaras dengan perubahan paradigma dalam sistem pendidikan kini. Pelajar dapat belajar secara terarah kendiri dengan penggunaan e-pembelajaran. e-pembelajaran secara keseluruhannya tidak didefinisikan dengan terperinci dan tidak benar-benar difahami oleh sesetengah pihak (Low, 2008). Setiap organisasi dan

institusi mendefinisikan e-pembelajaran dengan cara mereka sendiri. e-pembelajaran merupakan inovasi dalam sistem pendidikan yang diperbaharui bertujuan untuk menggantikan sistem pendidikan yang sedia ada. Penerimaan inovasi ini bergantung kepada individu itu sendiri untuk menilainya sepertimana yang diperkatakan oleh Rogers (1995) inovasi dihubungkan melalui saluransaluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli sesebuah sistem sosial.

Bermula daripada proses pemilihan bahan-bahan pengajaran, proses ini tidak boleh dianggap mudah kerana ia melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian bahan agar bahan-bahan yang dipilih sesuai dengan objektif pengajaran yang hendak dicapai dan selaras dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Kerja-kerja pengubahsuaian tersebut terbahagi kepada lima peringkat iaitu proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan terakhir iaitu proses menilai bahan. Kesemua proses ini merupakan proses yang berterusan dan harus dilakukan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan 2.0 Justifikasi Pemilihan Mata Pelajaran/Tajuk

Justifikasi Pemilihan Mata Pelajaran Pemilihan ini merupakan Kerangka Teori dalam Pembangunan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) Penggunaan PBBK dalam pengajaran bahasa mempunyai asas yang kuat berdasarkan teori pemBelajaran dan pemerolehan bahasa kedua. Umpamanya dalam Teori Monitor yang dikemukakan oleh Krashen (1981) berhubung dengan pemBelajaran bahasa kedua (B2), beliau menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara pemelajaran (learning) dengan pemerolehan (acquisition). PemBelajaran ialah proses yang dilalui oleh pelajar secara sedar atau secara formal, seperti pemelajaran nahu, manakala pemerolehan ialah proses di mana seseorang individu itu mempelajari suatu bahasa tanpa disedari atau tidak melalui cara formal seperti seorang pelajar yang berada dalam suatu persekitaran atau suasana bahasa Inggeris digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Krashen berpendapat bahawa kedua-dua proses ini tidak boleh berlaku serentak. McLaughlin (1985) pula berpendapat bahawa dari sudut realitinya tidak ada garis pemisah yang jelas antara pembelajaran dengan pemerolehan. Pelajar yang sedang mempelajari bahasa secara sedar atau secara formal berkemungkinan akan mengutip atau memperoleh beberapa perkataan frasa, atau ayat dalam bahasa itu tanpa disedarinya

Justifikasi Pemilihan Tajuk Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip umum yang perlu dititikberatkan juga bagi membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. Antara prinsip-prinsip umum pemilihan tajuk bahan pengajaran ialah: a. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. Seboleh-bolehnya sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu menentukan objektif pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu, agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya. b. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran. Ketiga-tiga aspek ini perlu ditekankan sama rata. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya menekankan kepada aspek bahasa dan penggunaannya sahaja, malah perlu mengambil kira perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented), guru perlu lebih peka terhadap situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan aspek pengajaran semata-mata. c. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif. Guru perlu mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada para pelajar dan kepentingan mereka mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat. d. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara ialah untuk melahirkan individu yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. e. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Guru tidak boleh hanya menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang baru. f. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahan-bahan pengajaran yang senang kepada yang lebih susah, bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan yang seumpamanya.

3.0

Justifikasi Tema Latar Belakangwarna Slide

WARNA TEMA MENGUNAKAN WARNA BIRU LEMBUT Positif: Kecerdasan, komunikasi, kepercayaan, efisiensi, ketenangan, tugas, logika, kesejukan, refleksi, sensitif dan tenang. Negatif: Negatif: Dingin, sikap acuh tak acuh, kemasaman, kurang emosi Biru adalah warna pikiran dan pada dasarnya menenangkan; itu mempengaruhi kita secara mental, bukan reaksi fisik kita harus merah. Biru yang kuat akan merangsang pemikiran yang jernih dan ringan, biru lembut akan menenangkan pikiran dan konsentrasi bantuan. Akibatnya adalah mental tenang dan menenangkan. Ini adalah warna komunikasi yang jelas. Benda biru tidak muncul untuk menjadi seperti dekat dengan kita sebagai yang merah. Waktu dan lagi dalam penelitian, biru adalah warna favorit dunia. Namun, dapat dianggap sebagai dingin, tanpa emosi dan tidak ramah. Biru memiliki arti stabil karena itu adalah warna langit, kata Eisman. Meski langit kelabu dan akan hujan, kita tahu di atas awan-awan itu warna langit tetaplah biru. Kenapa saya memilih warna biru muda: Biru tua lebih sesuai untuk acara formal atau seragam, sementara biru muda untuk yang sifatnya non formal. Untuk memberi kesan humor dan kreatifitas, kata Eisman

4.0

Gambar Laman

Pengunaan gambar laman tiada kerana tiada halamnan dalam penghasilan karya

5.0

Cabaran Dan Halangan

Cabaran pertama dalam penghasilan bahan pengajaran adalah kekurangan kemahiran dalam penghasilan bahan bantu mengajar dan penghasilan bahan pembelajaran. Justeru itu hasil perbincangan saya dengan pensyarah maka saya mengunakan bantuan rakan-rakan seangkatan dalam penghasilan karya. terdapat pelbagai halangan dalam menghasilkan banhan bantu mengajar tersebuat antaranya. penghasilan dokumen dan juga kekurangan kemahiran mengunakan perisian. cabaran kedua Persepsi Kedudukan Bahasa Melayu Terhadap Penguasaan Bahasa Inggeris Penekanan terhadap K-ekonomi yang dipercepatkan dengan kepesatan perkembangan ICT telah menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin unggul sebagai bahasa pengantar masyarakat dunia selaras dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya sebelum ini sebagai bahasa antarabangsa. Perkembangan bahasa Inggeris ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza di kalangan pemimpin-pemimpin, cendiakawan-cendiakawan, budayawan-budayawan dan sasterawansasterawan di seluruh dunia berkaitan dengan kesannya terhadap kedudukan bahasa-bahasa lain yang melambangkan identiti sesuatu kaum atau bangsa. Peluasan dan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa tidak dapat dielakkan. Masyarakat dunia secara langsung telah dipengaruhi oleh peluasan bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk menghadapi K-ekonomi. Peluasan bahasa Inggeris ini didorongi oleh keperluan memperolehi maklumat dan pembelajaran di peringkat maya melalui kemajuan ICT. Fenomena ini tidak bermaksud untuk menidakkan kepentingan bahasa Melayu tetapi meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa alat berkomunikasi dalam teknologi maklumat, internet dan dagangan antarabangsa. Manakala, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan jati diri masyarakat bahasanya. Namun tidak mustahil dengan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak akan menjadikan bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar dalam penggunaannya di dalam ICT

6.0

Cara Mengatasi Halangan

Bagi mengatasi masalah terdapat 3 peringkat utama 6.1 mengenalpasti kandungan pengajaran

guru mengenalpasti storyboard yang ingin dihasilkan. Guru juga perlu mengabung jalin antara penguasaan kemahiran serta isi pengajaran. Guru perlu menyediakan story mengunakan perisian tertentu seperti powerpoint, converter serta audio recorder. Guru bukan sahaja perlu mahir. Guru bukan sahaja perlu mahir malah tahu mengunakan perisian 6.2 membina kandungan

dalam penghasilan banhan guru perlu membina mengikut urutan pembelajaran. Iaitu pengajaran, bahan bantu mengajar dan latihan. 6.3 menyiarkan/publisher

guru perlu siarkan menggunakan kaedah save dan burning atau print kaedah pengajaran

7.0

Cadangan Dan Komen

Bagi mencapai satu tahap penggunaan bahan-bahan pengajaran yang berkesan, guru perlu memastikan bahan-bahan tersebut benar-benar berfaedah, bermanfaat dan dapat memenuhi matlamat yang hendak dicapai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berikut terdapat beberapa persoalan (penulis hanya menyenaraikan tiga sahaja) yang timbul dalam penggunaan bahan-bahan pengajaran, iaitu:

a. Adakah bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu memenuhi keperluan deria para pelajar? b. Sejauh manakah penggunaannya dapat memenuhi situasi dan pembelajaran pelajar? c. Adakah penggunaannya sesuai dengan bentuk atau perkara-perkara yang hendak diajarkan?

Proses menilai bahan-bahan pengajaran merupakan proses yang terakhir untuk dilaksanakan sebelum menggunakan bahan-bahan pengajaran. Proses ini tidak perlu dilakukan secara profesional, memadailah sekiranya guru menyediakan senarai semak untuk membuat penilaian terhadap bahanbahan tersebut untuk mendapat gambaran secara keseluruhan tentang bahan-bahan pengajaran tersebut.

Berikut adalah contoh senarai semak yang diandaikan dapat membantu guru menilai bahan-bahan pengajaran yang hendak digunakan:

a. Nyatakan objektif-objektif bahan-bahan pengajaran secara ringkas; b. Nyatakan kekuatan-kekuatan bahan pengajaran; c. Berikan perhatian pada kelemahan-kelemahan dan kekurangan yang tertinggal pada bahan pengajaran; d. Bandingkan bahan pengajaran tersebut dengan bahan-bahan yang telah dinilai dan e. Buatkan satu kesimpulan umum mengenai bahan-bahan pengajaran tersebut. Kesimpulan Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajara

8.0

Penghargaan

Ucapan terima kasih kepada pensyarah serta rakan dan ahli keluarga

9.0

Penutup

10.0

BIBLIOGRAFI

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 2. (Ketrampilan Bahasa). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd (1999). Pengajian Melayu 5 dan 6. (Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber Budaya dan Masyarakat Malaysia). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS. Professional Publishing Sdn. Bhd.

You might also like