You are on page 1of 7

Menurut Kamus Dewan, miskonsepsi membawa maksud tanggapan salah.

Miskonsepsi juga dkenali sebagai salah faham ataupun kerangka alternatif. Miskonsepsi boleh dikategorikan kepada lima kategori iaitu pre-conceived notions, kepercayaan bukan-saintifik, salah faham konsep, miskonsepsi vernakular dan miskonsepsi fakta. Pre-conceived notions adalah miskonsepsi yang berlaku berdasarkan pengalaman harian. Contohnya, murid telah biasa melihat air diserap masuk ke dalam tanah. Miskonsepsi wujud apabila mereka mengatakan air dalam tanah akan mengalir ke laut berdasarkan pengalaman tersebut. Kepercayaan bukan-saintifik pula merujuk kepada miskonsepsi berdasarkan kepercayaan agama atau mitos. Contohnya, kepercayaan tentang adanya roh ataupun semangat pada api. Seterusnya, salah-faham konsep. Murid menghadapi miskonsepsi apabila membina teori lemah dalam minda mereka. Contohnya, saiz matahari lebih kecil berbanding bumi. Sedangkan fakta yang sebenarnya adalah sebaliknya.

Miskonsepsi vernakular pula berlaku apabila istilah yang digunakan oleh murid tidak sama maksud dengan istilah sains. Contohnya, murid membina miskonsepsi dengan menyamakan istilah berat dengan jisim. Sedangkan berat dan jisim adalah tidak sama. Akhirnya, miskonsepsi fakta. Miskonsepsi fakta dibina oleh manusia sedari dari kecil dan berlarutan sehingga dewasa. Contohnya, cawan berpeluh apabila air diisi dengan beberapa ketulan ais. Terdapat banyak miskonsepsi yang berlaku di kalangan murid. Antaranya ialah bulan mempunyai cahaya sendiri, bumi berbentuk bulat, tiada bulan ketika siang, awan bergerak disebabkan kita bergerak, awan terbentuk daripada sesuatu di langit, awan terbentuk daripada asap dan suhu merupakan darjah kepanasan sesuatu bahan. Kebiasaannya, miskonsepsi yang berlaku sangatlah biasa. Ini bermakna bukan seorang murid sahaja yang beranggapan demikian. Malah, mungkin

miskonsepsi tersebut dikongsi bersama-sama rakan murid, ibu bapa atau guru mereka sendiri. Miskonsepsi biasanya sukar diubah kerana telah berada di minda manusia sejak bertahun-tahun. Oleh itu, pendekatan PdP yang berkesan diperlukan untuk mengubah miskonsepsi murid.

Menurut Fatienadya, Miskonsepsi adalah kefahaman atau kepercayaan yang tersasar daripada yang asal. Miskonsepsi juga memberi maksud Kefahaman,

tanggapan atau kepercayaan yang berbeza daripada kefahaman sains yang diterima pakai pada satu-satu masa (yang membawa maksud satu kesalahan). Beliau juga berpendapat miskonsepsi adalah berdasarkan pengalaman lalu dan sukar diubah. Setelah bersoal jawab dan melalui pemerhatian didapati murid sering menghadapi miskonsepsi berkaitan tajuk kejadian siang dan malam. Murid menyatakan bahawa semua negeri atau negara mengalami waktu siang dan malam yang sama. Contohnya, sekiranya Malaysia mengalami waktu siang maka, Brazil juga akan mengalami waktu siang pada masa yang sama. Ini merupakan miskonsepsi dan harus diperbetulkan. Konsepsi yang sebenarnya adalah bahagian bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang sementara, bahagian bumi yang tidak menghadap matahari akan mengalami waktu malam. Contohnya, jika Malaysia mengalami waktu siang maka, Brazil akan mengalami waktu malam dan sebaliknya. Jika Mexico mengalami waktu malam maka, Thailand akan mengalami waktu siang dan sebaliknya. Miskonsepsi ini mungkin berlaku kerana pre-conceived notions. Preconceived notions adalah keadaan di mana miskonsepsi berlaku disebabkan oleh pengalaman harian. Terdapat beberapa orang murid yang pernah melancong ke negara-negara ASEAN seperti Indonesia dan Thailand. Mereka mendapati keduadua negara tersebut mengalami waktu yang hampir sama dengan Malaysia. Oleh itu, murid-murid ini berpendapat Brazil juga akan mengalami waktu siang dan malam yang sama dengan Malaysia kerana mengambil contoh negara-negara yang pernah dikunjungi oleh mereka. Miskonsepsi ini juga mungkin berlaku kerana sebelum ini murid tidak bersedia untuk belajar. Menurut Mok Soon Sang, Bruner berpendapat pembelajaran mesti ada motivasi. Untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, kanak-kanak mesti berminat, rela dan sedia untuk belajar. Oleh itu, sebelum PdP guru mesti memastikan murid bersedia untuk belajar. PdP yang menarik dengan alat bantu mengajar yang berkesan juga dapat menarik minat murid terhadap pelajaran. Seterusnya, murid mungkin tidak bersedia dari segi emosi. Menurut Melissa Ching dan Adnan Baharom, kanak-kanak dari kumpulan berpendapatan rendah

lebih kerap menghadapi masalah emosi. Mereka juga berpendapat, keadaan pelbagai kekurangan menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak. Kanak-kanak ini akan mudah berasa sedih, takut dan marah. Oleh itu, PdP sebelum ini tidak dapat diserap dengan baik oleh murid. Miskonsepsi ini harus diperbetulkan. Oleh itu, murid secara berkumpulan seramai 5 orang telah diberi satu buah glob dan lampu suluh. Glob tersebut

mewakili bumi dan lampu suluh mewakili matahari. Murid telah diminta untuk mencari kedudukan Malaysia dan Brazil. Kemudian seorang murid menyuluh kedudukan Malaysia dan seorang murid lagi memastikan samada Brazil juga terkena suluhan lampu tersebut. Murid yang lain ditugaskan untuk membuat pemerhatian.

Murid sedang mencari kedudukan Malaysia dan Brazil pada glob

Murid menyuluh lampu pada kedudukan Malaysia. Murid lelaki memerhatikan samada terdapat nyalaan lampu pada Brazil

Murid sedang menjawab soal selidik yang diberi oleh guru

Setelah pemerhatian dibuat didapati ketika lampu disuluh pada Malaysia, Brazil tidak mendapat suluhan lampu. Maka murid menyimpulkan apabila Malaysia mengalami waktu siang maka, Brazil akan mengalami waktu malam. Sebaliknya berlaku apabila Malaysia mengalami waktu malam. Brazil pula akan mengalami waktu siang. Konsepsi murid telah terbina melalui aktiviti penyiasatan tersebut. Pembinaan konsepsi baru dikesan melalui soal jawab dan soal selidik yang telah dijawab oleh murid. Soal selidik mengandungi soalan berikut:-

NAMA: ___________________________________________________________ TAHUN:_______________________

Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

1. Jika Malaysia mengalami waktu siang, adakah negara lain juga mengalami waktu siang? ___________________________________________________________________

2. Jika Malaysia mengalami waktu siang, adakah Brazil juga mengalami waktu siang? ___________________________________________________________________

3. Jika Malaysia mengalami waktu malam, adakah negara lain juga mengalami waktu malam? ___________________________________________________________________

4. Jika Malaysia mengalami waktu malam, adakah Brazil juga mengalami waktu malam? ___________________________________________________________________

5. Mengapa terjadinya kejadian siang dan malam? ___________________________________________________________________

Kesemua lima murid menjawab tidak bagi soalan satu hingga empat. Ini menunjukkan murid mengetahui bahawa bahagian bumi yang menghadap matahari akan mengalami siang sementara, bahagian bumi yang tidak menghadap matahari akan mengalami waktu malam. Ini merupakan konsep asas bagi kejadian siang dan malam. Soal selidik ini juga menguji murid tentang kefahaman mereka berkaitan sebab mengapa terjadinya kejadian siang dan malam. Konsepsi ini terbina melalui penerangan yang diberi oleh guru selepas murid selesai menjalankan penyiasatan. Murid menjawab kejadian siang dan malam berlaku kerana bumi berputar di atas paksinya. Terdapat seorang murid yang dapat menyatakan kejadian siang dan malam terjadi kerana bumi berputar di atas paksinya dari Barat ke Timur. Murid ini dapat memahami sepenuhnya apa yang diajar oleh guru. Hasil penggunaan alat bantu mengajar ini didapati murid dapat memahami konsepsi yang baru pada mereka. Selain itu, murid juga dapat mengetahui kedudukan Malaysia dan Brazil pada glob yang digunakan. Ini dapat menarik minat murid untuk meneruskan penyiasatan. Penggunaan lampu suluh juga dapat membantu murid menukar miskonsepsi mereka kepada konsepsi yang betul. Ini

kerana ketika penyiasatan dilakukan nyalaan lampu hanya terkena pada kedudukan Malaysia dan tidak pada Brazil. Sememangnya, aktiviti penyiasatan menggunakan glob dan lampu ini dapat memberi konsepsi awal kepada murid sebelum disusuli oleh penerangan guru.

Seterusnya, melalui penggunaan alat bantu mengajar ini murid boleh merangsang minda mereka untuk membuat kesimpulan terhadap konsepsi yang ditekankan ketika PdP. Menurut Mohd Nasrudin Basar & Siti Halimah Md.Yassin, membuat kesimpulan ialah satu proses mental iaitu membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kesimpulan yang dapat dibuat oleh murid adalah putaran bumi di atas paksinya menyebabkan kejadian siang dan malam. Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan melalui penggunaan alat bantu mengajar ini. Alat bantu mengajar ini kurang interaktif. Alat bantu mengajar ini adalah sinonim dengan murid iaitu glob dan lampu suluh. Alat bantu mengajar yang tidak pernah dilihat dan digunakan oleh murid akan lebih menarik minat murid. Selain itu, murid kurang bergerak ketika penggunaan alat bantu mengajar ini. Sekiranya model yang menggunakan bola ping pong digunakan ketika PdP murid akan lebih menggerakkan tubuh mereka. Ini dapat membantu meningkatkan kecerdasan tubuh kinestetik murid. Menurut Mok Soon Sang, kecerdasan tubuh kinestetik adalah kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka-cipta gaya menari (Howard Gardner, 1943). Setelah menggunakan alat bantu mengajar ini didapati terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat. Pertama, kawasan penyiasatan. Penyiasatan boleh diadakan di makmal Sains jika diadakan PdP bagi tajuk yang sama pada masa gelap. Hasil pemerhatian terhadap penyiasatan akan lebih jelas jika keadaan persekitaran lebih gelap. Seterusnya, pada masa hadapan alat bantu mengajar yang lebih interaktif perlu digunakan. Bahan bantu mengajar yang membolehkan murid bergerak lebih aktif dapat mengukuhkan konsepsi murid. Contohnya, penggunaan bola ping pong

yang berfungsi sebagai bumi serta boleh diputar. Bola ping pong ini diletakkan ke dalam kotak yang gelap. Lubang dibuat agar sumber cahaya daripada lampu suluh boleh terkena pada ping pong.

You might also like