You are on page 1of 2

A.

Tugasan Individu (70%) Soalan 1(b) Banding beza teselasi yang dibina dengan kedua-dua kaedah ini dan beri justifikasi mengapa penggunaan aplikasi TMK lebih cekap. Banding beza. Saya meluangkan masa yang banyak untuk menghasilkan teselasi yang menggunakan kaedah cetakan ubi kentang. Manakala, Teselasi yang menggunakkan TMK dapat dilakukan dengan cepat tanpa membuang masa yang lama. Bentuknya tidak rapi kalau kita menggunakan kaedah cetakan, tetapi kaedah TMK bentuknya nampak rapi dan kemas. Perlu dibuat semula sekiranya salah semasa cetakan. Tetapi kita boleh edit kalau kita mengahasilkan teselasi dengan menggunakan TMK. Boleh mendapat pengalaman yang sebenar dengan menyentuh dan mengecap untuk menghasilkan teselasi. Sekiranya kita buat dengan TMK tiada pengalaman sebenar di mana hanya perlu dibuat dengan mouse/ touch pad. Seterusnya kita perlu mengeluarkan kos, dan kosnya akan bertambah sekiranya tersilap buat (perlu pertimbangkan harga ubi kentang, kertas lukisan, warna air dan sebagainya). Manakala TMK pula tidak perlu menggeluarkan kos untuk menghasilkan teselasi.

Justifikasi TMK amat penting dalam kehidupan rutin harian sebagai seorang pendidik. Perkembangan TMK begitu pantas, sehinggakan kita rasa tidak mampu mengejarnya, untuk itu kita tidak perlu lari darinya tetapi yang penting, kita perlu tahu bagaimana dan yang mana perlu untuk keperluan kita sebagai seorang pengguna dan sebagai seorang pendidik. TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk Semasa saya membuat tugasan ini yang memerlukan saya membina teselasi dengan menggunakan Geometer Sketch Pad atau Microsoft Word, saya dapati bahawa penggunaan TMK adalah lebih cekap atas beberapa sebab. Semasa saya mengahasilkan teselasi dengan menggunakan kaedah cetakan ia mengambil lebih ndaripada 3 jam. Manakala dengan menggunakan aplikasi TMK, saya dapat menghasilkannya hanya dalam masa 1jam. Seterusnaya saya menggunaka internet untuk dapatkan corak yang cantik untuk menghasilkan ia dapat mengurangkan bebanan saya untuk mengahsilkan teselasi. Lagipun, pilihan warnapun sangat senang untuk tugasan ini. boleh pilih warna yang sesuai untuk mengahasilkan teselasi. Melalui tugasan ini saya dapat meningkatkan kemahiran saya dalam penggunaan TMK. Juga Sebagai guru saya mengajar teknik yang senang untuk menhasilkan teselasi kepada murid dan memudahkan murid untuk belajar memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan.

You might also like