You are on page 1of 24

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

TUGASAN JANUARI 2014 SEMESTER

KOD KURSUS

EFF 312

NAMA KURSUS

FONETIK DAN FONOLOGI

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

AZMAN BIN

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

AEU KUDAT

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

ISI KANDUNGAN

Perkara

Muka Surat

PENGENALAN

1. Transkripsi Fonetik bagi Lirik Lagu Bunyi gitar dan Getaran jiwa oleh P. Ramlee

2. Esei : Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi Perhatian Di Sekolah Rendah

3. Ringkasan artikel : Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula (Oleh Adi Yusran Abdul Aziz)

16

RUMUSAN

22

RUJUKAN

23

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

PENGENALAN Saya ingin memanjatkan setingg-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini dapat disiapkan dengan jayanya. Objektif tugasan ini ialah membuat justifikasi sumbangan fonetik dan fonologi terhadap perkembangan bahasa Melayu; mengenal pasti permasalahan dan perbezaan yang wujud dalam pendekatan fonetik dan fonologi bahasa Melayu; mengaplikasikan pengetahuan fonetik dan ejaan dalam sistem sebutan dan intonasi; menulis semula sistem bunyi bahasa Melayu berdasarkan rumus fonologi generatif; dan juga menunjukkan rasa prihatin terhadap kepentingan sistem bahasa baku. Tugasan ini mengandungi tiga bahagian jawapan kepada setiap soalan tugasan . Pertama : Penulisan lagu Bunyi gitar dan Getaran jiwa (oleh P. Ramlee) dalam bentuk Transkripsi Fonetik; kedua : Penulisan esei bertajuk Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah; dan yang ketiga : Ringkasan artikel bertajuk Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula oleh Adi Yusran Abdul Aziz. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada kepada pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas nasihat, dorongan dan tunjuk ajar kalian. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah menjalankan sesi kolaborasi bersama saya untuk berkongsi idea atau sebarang pendapat. Kerjasama dan keperihatinan pihak pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan amat saya hargai. Saya yakin bahawa tugasan ini mampu menjelaskan kepada kita berkaitan cabangcabang fonetik, sifat-sifat bunyi bahasa Melayu, ciri-ciri fonem vokal, ciri-ciri fonem konsonan seterusnya kaitan fonetik dan fonologi dengan sebutan baku dan serta sitem ejaan dalam bahasa Melayu. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam meneruskan penghayatan ilmu sepanjang masa. Disediakan oleh :
AZMAN BIN AEU Kudat 27 Mac 2014M

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

1.

Transkripsi Fonetik Lirik Lagu Bunyi Gitar Dan Getaran Jiwa Oleh P.

Ramlee Dalam Bentuk


Lirik Lagu Bunyi Gitar (Oleh P.Ramlee)

Oh bunyi gitar Irama twist Tidak sabar Si gadis manis Dengar lagu rancak gembira Hatinya rindu tergoda Ingin dapat teman Menari suka ria Sungguh merdu Lagu ini Siapa mahu Boleh menari Pilih satu teman sendiri Ataukah si hitam manis Kalau sudi mari, kita menari twist Oh gitar berbunyi Menawan hati sedang berahi Oh rancaknya irama Dapat mikat sukma Gadis dan teruna Mari cari teman gembira Gitar solo, Dan melodi Ikut tempo Kalau menari Sila adik, sila cik abang Marilah kita berdendang Irama gembira Hati jadi riang

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

i.

Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu Bunyi Gitar (Oleh P.Ramlee)

Oh bunyi gitar : [#oh bui gitar#]

Irama twist : [#irama twis#]

Tidak sabar : [#tida sabar#]

Si gadis manis : [#si gadis mans#]

Dengar lagu rancak gembira : [#dar lagu rana gmbira#]

Hatinya rindu tergoda : [#hatia rindu trgoda#]

Ingin dapat teman : [#in dapat tman#]

Menari suka ria : [#mnari suka ria #]

Sungguh merdu : [#suguh mrdu#]

Lagu ini : [#lagu in#]

Siapa mahu : [#siapa mahu#]

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Boleh menari : [#boleh mnari#]

Pilih satu teman sendiri : [#pilih satu tman sndiri#]

Ataukah si hitam manis : [#ataukah si hitam mans#]

Kalau sudi, : [#kalau sudi#]

Mari kita menari twist : [#mari kita mnari twis#]

Oh gitar berbunyi : [#oh gitar brbui#]

Menawan hati sedang berahi : [#mnawan hati sda brahi#]

Oh rancaknya irama : [#oh ranaa irama#]

Dapat mikat sukma : [#dapat mkat suma#]

Gadis dan teruna : [#gadis dan truna#]

Mari cari teman gembira : [#mari ari tman gmbira#]

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Gitar solo : [#gitar solo#]

Dan melodi : [#dan melodi#]

Ikut tempo : [#ikut tempo#]

Kalau menari : [#kalau mnari#]

Sila adik, : [#sila adi#]

sila cik abang : [#sila i aba#]

Marilah kita berdendang : [#marilah kita brdenda#]

Irama gembira : [#irama gmbira#]

Hati jadi riang : [#hati jadi ria#]

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Lirik Lagu Getaran Jiwa (Oleh P.Ramlee)

Getaran jiwa Menlanda hatiku Tersusun nada Irama dan lagu Walau hanya sederhana Tetapi tak mengapa Moga dapat membangkitkan Sedarlah kamu wahai insan Tak mungkin hilang Irama dan lagu Bagaikan kembang Sentiasa bermadu Andai dipisah Lagu dan irama Lemah tiada berjiwa hampa

ii.

Transkripsi Fonetik Bagi Lirik Lagu Getaran Jiwa Oleh P.Ramlee

Getaran jiwa : [#gtaran jiwa#]

Menlanda hatiku : [#mlanda hatiku#]

Tersusun nada : [#trsusun nada#]

Irama dan lagu : [#irama dan lagu#]


7

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Walau hanya sederhana : [#walau haa sdrhana#]

Tetapi tak mengapa : [#ttapi ta mapa#]

Moga dapat membangkitkan : [#moga dapat mmbakitkan#]

Sedarlah kamu wahai insan : [#sdarlah kamu wahai insan#]

Tak mungkin hilang : [#ta mukin hila#]

Irama dan lagu : [#irama dan lagu#]

Bagaikan kembang : [#bagaikan kmba#]

Sentiasa bermadu : [#sntiasa brmadu#]

Andai dipisah : [#andai dipisah#]

Irama dan lagu : [#irama dan lagu#]

Lemah tiada berjiwa hampa : [#lmah tiada brjiwa hampa#]

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

2. Esei : Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi Perhatian Di Sekolah Rendah

Bahasa adalah alat komunikasi dan pengucapan. Ia mempunyai etos yang menghubungkan manusia dengan manusia termasuklah budaya. Bahasa jiwa bangsa pula menggambarkan sesuatu bahasa yang tidak saja diamal dan dihayati tetapi terkandung makna yang menghubungkan pemikiran dan hati. Bahasa Melayu di Malaysia telah wujud ratusan tahun di samping bangsa Melayu bersama-sama mengukir sejarah mengukir sejarah, tradisi dan budayanya. Selepas merdeka bahasa Melayu ditempatkan dalam sistem pendidikan yang membolehkan ia dipelajari secara tertib dengan pemahaman terhadap nahu dan ayat sehingga menjadi baku dalam sebutan. Bahasa Melayu secara perlembagaan merupakan bahasa rasmi dan dalam bidang pendidikan merupakan bahasa pengantar. Bahasa Melayu menjadi asas kepada perpaduan negara. Kebakuan bahasa Melayu dalam perhubungan, percakapan dan pengkaryaan amat penting diperkukuhkan supaya bahasa Melayu mampu tampil sebagai bahasa ilmu, sains dan teknologi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), baku bermaksud sesuatu yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya dan lain-lain) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain (bahasa, sebutan, ejaan, dan sebagainya) dan standard. Nik Safiah (1987) pula mendefinisikan bahasa baku sebagai satu bentuk bahasa yang telah dikodifikasikan, diterima dan dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar komuniti bahasa. Pembakuan pula merujuk kepada proses pengkodan bahasa dalam aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan. Walaubagaimanapun, sehingga kini bahasa Melayu masih menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan kesukaran dalam mempertahankan kebakuannya sehingga menjadi bahasa rojak dan yang lebih dikhuatiri ia berlaku di peringkat sekolah rendah. Melalui pengamatan dan pemerhatian saya di sekolah rendah tempat saya mengajar, penggunaan bahasa baku masih lagi kurang diberi perhatian. Saya juga berkesempatan menjalankan temubual bersama dua orang guru bahasa Melayu yang mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Daerah Kota Belud, Sabah bagi mendapatkan maklumat tentang situasi yang melanda penggunaan bahasa baku di sekolah tersebut sama ada dalam kalangan para pelajar mahu pun kalangan guru-guru. Kedua-dua guru tersebut hanya ingin dikenali sebagai Guru X dan Guru Y.

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Temubual bersama Guru X dan Guru Y membuktikan penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Kedua-dua mereka mengajar di sekolah tersebut. Guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah yang terletak di Kudat, Sabah itu terdiri daripada pelbagai suku kaum yang bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Sebagai contoh suku kaum Rungus yang merupakan suku kaum terbesar di Kudat, seterusnya minoriti adalah suku kaum Bajau, Bugis, Ubian, Suluk, Dusun, Murut dan Melayu. Guru X telah menjelaskan tentang fenomena bahasa yang berlaku di sekolah tersebut iaitu bahasa baku kurang diberi perhatian oleh kalangan segelintir guru dan majoriti para pelajarnya. Beliau menyatakan beberapa masalah telah menyelubungi penggunaan bahasa baku di sekolah itu. Masalah tersebut pertama adalah guru tidak menekankan penggunaan bahasa baku dan tidak pula mengaplikasi sepenuhnya sewaktu perhimpunan rasmi sekolah, sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sewaktu menjalankan perjumpaan unit berunifom (aktiviti kokurikulum) dan sewaktu menyampaikan taklimat sesama guru. Apa yang berlaku adalah terdapat segelintir selain guru bahasa Melayu telah mencampuradukkan bahasa baku dengan penggunaan bahasa pasar. Demikian juga yang berlaku dalam kalangan para pelajar di situ. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa pasar ialah bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Pengertian keduanya ialah campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba ituturkannya. Beberapa contoh ayat yang mengalami percampuran bahasa pasar tersebut adalah seperti berikut :

i.

Jangan kasi besar suara kamu time guru becakap di depan. (Jangan berbuat bising ketika guru berucap di hadapan.)

ii.

Bukak muka surat tigak puluh sembilan dan pakai pensel kamu kasi tanda manamana yang ada isi penting. (Buka muka surat tiga puluh Sembilan dan tandakan perenggan yang mengandungi isi penting.)

iii.

Bisuk semua kamu mesti pakai pakaian seragam Persatuan Puteri Islam. (Besok semua pelajar mesti memakai pakaian seragam Persatuan Puteri Islam.)

iv.

Astaga siapa suru kamu begusti dalam kelas ni? (Astaghfirullah, siapakah yang menyuruh kamu bergaduh di dalam kelas?)

v.

Asik-asik urang yang sama sejak yang balik-balik gaduh.

10

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan

ketidakperihatinan guru terhadap

penggunaan bahasa baku di sekolah rendah. Segelintir mereka lebih suka bertutur dalam bahasa pasar sedemikian dengan alasan supaya murid cepat memberikan respon mereka. Ayat di atas juga mempunyai banyak kesilapan dari sudut bunyi, ejaan dan tatabahasanya. Ini bererti dari sudut fonetik dan fonemiknya dalam bahasa baku juga tidak betul. Guru seharusnya menggunakan bahasa baku ketika menyampaikan arahan, ucapan, penerangan, pengumuman dan isi pelajaran semasa di sekolah. Dengan itu, bahasa Melayu baku mudah diterap penggunaannya ke atas para pelajar. Guru Y pula menambah penjelasannya dengan menyatakan masalah kedua yang dihadapi oleh penggunaan bahasa baku di sekolah itu iaitu masalah penggunaan bahasa ibunda yang dicampuradukkan dengan bahasa baku dalam kalangan para pelajar di sekolah tersebut sama ada dalam bentuk lisan mahupun dalam penulisan ayat juga karangan bahasa Melayu. Bahasa ibunda bermaksud bahasa yang ditutur secara khusus oleh sesuatu bangsa dan diwarisi bergenerasi. Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh bahasa ibunda ke atas penggunaan bahasa baku. Sebagai contoh bahasa Melayu baku bercampur aduk dengan bahasa Samah yang dituturkan oleh suku kaum Bajau, antaranya seperti berikut : i. Ei no jomo ei balik-balik muat salah. (Demikianlah akibatnya jika melakukan kesalahan.) ii. iii. Bana-bana ataiku sedih. (Hatiku benar-benar sedih.) Jangan kita muat keburukan sebab itu nyiak alap. (Jangan melalukan keburukan sebab ia perbuatan yang tidak baik.) iv. v. Kita harus selalu moso buku. (Kita harus selalu membaca buku.) Tekun berusaha ei amalan yang alap. (Tekun berusaha itu amalan yang mulia.)

Guru Y menyambung lagi penjelasan beliau tentang masalah yang melanda penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar di sekolah itu. Para pelajar di sekolah itu sering menggunakan bahasa Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Para pelajar di situ sedang terdedah dengan alat atau gadjet komunikasi seperti telefon bimbit android, I-pad dan sebagainya. Mereka juga terdedah dengan aplikasi internet seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan teknologi informasi biarpun mereka mendiami Daerah Kudat salah sebuah daerah di Sabah, Malaysia timur, sebelah utara pulau borneo. Ekoran daripada penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang kerap oleh para pelajar, ia telah mengundang masalah kesalahan bahasa dari sudut penggunaan singkatan perkataan, lambang
11

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

angka atau kod tertentu untuk menggantikan maksud sebenar. Lalu ia terbawa-bawa dalam situasi rasmi seperti karangan bahasa Melayu, surat rasmi, dan pelbagai penulisan bahasa Melayu. Dengan kata lain ini adalah masalah pencemaran bahasa. Pencemaran bahasa adalah merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa, struktur ayat, ejaan, istilah, penggunaan bahasa rojak dan sebagainya. Guru X seterusnya menjelaskan tentang faktor-faktor yang menjadi punca kepada penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah tersebut. Faktor pertama ialah ketidakbiasaan dalam menggunakan sebutan baku dalam bahasa Melayu. Para pelajar menjadi janggal dan sukar untuk menyebutnya. Bahasa baku sememangnya kurang digunakan melainkan dalam urusan-urusan rasmi seperti dalam majlis rasmi. Para pelajar itu pula lebih selesa menggunakan bahasa pasar atau bahasa ibunda untuk berkomunikasi kerana mereka telah biasa dengan laras bahasa tersebut. Apatah lagi dirumah mereka sendiri, sepenuhnya bertutur dalam bahasa pasar atau bahasa ibunda. Faktor kedua, penggunaan bahasa Melayu baku yang minima dalam kalangan segelintir guru yang tidak mengajar bahasa Melayu di sekolah tersebut. Guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak dengan alasan supaya pelajar lebih mudah dan lebih cepat memahami mesej yang ingin disampaikan, mewujudkan suasana pembelajaran yang menghiburkan, menjalinkan kemesraan antara guru dengan pelajar. Dengan kata lain, guru lebih selesa menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak sama ada dalam sesi pengjaran mahupun dalam aktiviti di luar bilik darjah. Apa pula bahananya ekoran daripada sikap guru yang meremehkan atau mengambil mudah akan penggunaan bahasa Melayu baku ini? Sudah tentu sikap guru-guru ini akan melahirkan pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa Melayu baku. Hal ini perlu dibendung secara berterusan demi memerangi masalah kerancuan bahasa seperti ini tambahan pula ia kian menular dalam kalangan segelintir guru. Kerancuan bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain. Faktor ketiga, pengaruh bahasa ibunda, bahasa asing atau bahasa kedua. Pengaruh bahasa ibunda turut menyumbang kepada penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah tersebut. Guru X menyatakan bahawa sebahagian pelajar di situ kerap menggunakan bahasa ibunda mereka bukan sahaja secara lisan tetapi dalam penulisan bahasa Melayu. Ini jelas menunjukkan mereka telah melakukan kesalahan bahasa dari sudut istilah yang menyalahi, merancu dan mencemari bahasa Melayu baku. Apabila pihak guru tidak berkesempatan atau meremehkan aktiviti pembetulan ke atas jawapan yang salah atau
12

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

membiarkan sahaja pelajar melafazkannya secara lisan, sudah tentu amalan sedemikian akan menjadi kebiasaan pelajar-pelajar tersebut. Hal ini jika berlarutan dikuatiri akan menjejaskan pemahaman pelajar terhadap kosa kata bahasa Melayu yang betul dan sukar membezakan antara kosa kata bahasa Melayu dengan bahasa ibunda masing-masing. Justeru, para pelajar tersebut perlu diberi kesedaran dan latih tubi insentif supaya mengelakkan berlaku ketidakfahaman atau kekeliruan dalam penggunaan kosa kata baku yang betul. Faktor keempat, para pelajar kususnya dan masyarakat secara amnya tidak dapat menggunakan bahasa Melayu yang betul sepenuhnya kerana acuannya sendiri sejak sebelum kemerdekaan lagi telah mengalami pelbagai fenomena. Sebagaimana Awang Sariyan (1994) menyatakan bahawa salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa Melayu ialh wujud manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri. Faktor kelima, kurangnya pendedahan dan penghayatan dalam kalangan pelajar dan guru-guru yang tidak mengajar Bahasa Melayu tentang kehebatan bahasa Melayu, termasuk perjuangan bahasa Melayu itu sendiri dalam menyatupadukan rakyat sejagat, peranannya, keunikannya, keistimewaannya, dan keindahannya dalam kehidupan masyarakat sejak dulu, sekarang dan akan datang. Kalaulah mereka mengenali dan menghayati sepenuhnya akan bahasa Melayu tersebut, sudah pasti kecintaan terhadap bahasa Melayu akan terserlah bukan sahaja hanya pada bibir mereka tetapi juga dalam apa jua amalan seharian mereka. Sesungguhnya bahasa Melayu itu berperanan besar sebagai bahasa jiwa bangsa. Setelah membicarakan tentang masalah yang menimpa penggunaan bahasa Melayu baku, faktor-faktor utama yang menjadi punca masalah tersebut, tibalah pula untuk kita mencari langkah-langkah penyeleasaiannya supaya masalah bahasa Melayu baku ini dibendung segera. Langkah pertama, peranan guru-guru.dan pihak sekolah. Guru hendaklah memperbaiki semua kelemahan yang dikesan dalam penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi perhatian di peringkat sekolah. Sebagai contoh, memperbetulkan terlebih dahulu kesalahan bahasa yang dilakukan oleh guru sendiri kemudian disusuli dengan memperbetulkan kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah pula perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti bahasa seperti mengadakan program bulan bahasa dengan pengisisan pertandingan seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa, pertandingan mencipta

pantun, pertandingan bercerita bahasa Melayu dan banyak lagi. Dengan penyertaan pelajar yang menggalakkan, secara tidak langsung mereka terdedah dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul bak kata pepatah Sambil menyelam minum air. Langkah kedua, pihak kerajaan perlu meningkatkan kempen kesedaran untuk memartabatkan bahasa Melayu baku. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan
13

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

bahasa Melayu yang gramatis dan memperkasakan kembali bahasa Melayu di peringkat sekolah. Kempen itu pula lebih bermakna jika menyediakan penceramah berpenglaman untuk menyampaikan ceramah Cintailah bahasa Melayu. Kempen ini juga selain daripada para pelajar menyertainya, guru-guru turut digalakkan untuk menyertainya. Selain itu, ia boleh dilakukan dalam penyebaran media massa sebagaimana yang kita tahu media massa merupakan satu kompenen yang paling mudah untuk berkongsi informasi. Selain itu kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama badan bukan kerajaan (NGO) juga boleh diwujudkan untuk mengadakan kempen bahasa ke arah memerangi masalah kerancuan bahasa dan pencemaran bahasa. Langkah ketiga, peranan ibu bapa juga penting ke arah membendung masalah yang menghalangi penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Banyak cara boleh dilakukan oleh ibu bapa walaupun hanya berada di rumah kediaman mereka. Antaranya membudayakan anak-anak mereka dengan budaya suka membaca. Melalui pembacaan pelbagai bahan bacaan bermanfaat, anak-anak akan terdedah kepada kosa kata Melayu baku yang betul. Kekeliruan penggunaan kosa kata dapat diminimumkan. Amalan membaca juga membantu pelajar membezakan antara kosa kata Melayu baku dengan kosa kata yang tidak diterima dalam bahasa Melayu baku. Contoh bahan bacaan yang baik adalah seperti buku cerita bahasa Melayu berbentuk cerita pengajaran, buku rujukan penulisan bahasa Melayu, buku rujukan tatabahasa Melayu, majalah-majalah ilmiah, suratsurat khabar bahasa Melayu dan sebaginya. Melalui pembacaanlah, manusia boleh menambah ilmu bahasa dan memperbanyakkan kosa kata bahasa Melayu. Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa semua masalah berkaitan kerancuan bahasa dan pencemaran bahasa telah menyebabkan penggunaan bahasa Melayu baku di peringkat sekolah rendah kurang di beri perhatian. Setelah mencari faktor-faktor utama yang menjadi punca masalah tersebut, kita perlu pula mencari jalan penyelesaiannya. Oleh itu, semua pihak bermula daripada pihak berwajib diikuti dengan pihak sekolah, guruguru, individu pelajar seterusnya ibu bapa perlulah berganding bahu memartabatkan penggunaan bahasa Melayu baku dengan memainkan peranan yang pragmatik. Dengan adanya usaha yang berterusan serta efisien, bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan ini akan sentiasa dihormati dan penggunannya mampu dilindungi daripada kerosakan bahasa dari masa ke semasa. Siapa lagi yang ingin memelihara dan meneruskan penggunaan bahasa Melayu baku kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia. Sesungguhnya, negara tidak mahu kehilangan bahasa yang indah ini, sebaliknya ingin memprioritikan bahasa Melayu sebagai bahasa berprestij di persada dunia dengan harapan generasi akan datang
14

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

dapat menikmati keaslian dan ketulenan bahasa Melayu seterusnya tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas.

15

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

3. Ringkasan artikel : Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu

Penilaian

Semula (Oleh Adi Yusran Abdul Aziz; Sumber : Universiti Putra Malaysia, Jurnal Persatuan Linguistik, 11. Pp. 1-19. IS1823-9242).

i. Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan pendapat dalam kalangan pengkaji. Penulis artikel mengkaji beberapa aspek utama terdiri daripada aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal oral sengau, serta penggunaan simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA).

ii. Kaedah Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah dengan menggunakan data berbentuk dokumen. Menurut Noeng (2000), dokumen bermaksud segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu. Penulis artikel menggunakan analisis dokumen bagi mendapatkan data secara objektif melalui dokumen. Penulis artikel ini juga yang bertanggungjawab ke atas penyelidikan ini telah menngunakan pendekatan fonologi generatif untuk menjalankan analisis ke atas aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal oral sengau, serta penggunaan simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA). Seterusnya data kajian pula terdiri daripada sumber sekunder yang diperoleh daripada kajian kepustakaan sebelum ini seperti kajian yang dilakukan oleh Nik Safiah (1965, 1966), Hashim (1971, 1974), Abdul Hamid (1982, 1994), Ajid (1985) Ahmad Ramizu (2009), analisis oleh Farid (1980) dan analisis semula oleh Teoh (1994).

16

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Dapatan Kajian Penyelidik telah menemui beberapa dapatan kajian dalam analisisnya ke atas inventori vokal dalam Dialek Kelantan menggunakan pendekatan fonologi generatif.

i. Inventori Vokal Dalam Dialek Kelantan Menggunakan Pendekatan Fonologi Generatif Vokal terbitan dalam Dialek Kelantan, iaitu vokal . Segmen vokal [] dan [] kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi fitur, iaitu [-tinggi], [rendah], [-ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [] pula berfitur [+rendah], [+belakang], dan [tegang]. Kedua-dua vokal [, ] adalah vokal terbitan dan bukan berstatus fonem dalam Dialek Kelantan. Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa generalisasi fonologi. Pertama, fonem vokal dialek-dialek Melayu biasanya sama dengan fonem vokal bahasa induknya, iaitu bahasa Melayu (BM) kerana wujudnya saling memahami antara penutur dialek-dialek tersebut dan bentuk fonetik yang dihasilkan itu adalah direalisasikan daripada bentuk fonemik yang sama. Ahli bahasa Melayu telah sepakat mengatakan bahawa fonem bahasa Melayu hanya ada enam sahaja, iaitu /i, e, , a, o, u/. Kedua, kehadiran segmen vokal [, ] dalam kata adalah mudah diramal. Mengikut data yang terdapat dalam Dialek Kelantan tiga kemungkinan kehadiran [] dan [], iaitu [] yang direalisasikan daripada /e/ misalnya : /gelek/ /biasa / /botol/ [ [ge.le]), /ai/ dan /ia/ di tengah kata (missalnya : /haiyan/ [t.ba], /buaia/ ]. Manakala segmen vokal [] pula direalisasikan daripada /o/ misalnya :

[b.t:] atau /au/ dan /ua/ di tengah kata misalnya : /taubat/

[b.j). Bagaimanapun Teoh (1994) mengemukakan pandangan yang berbeza daripada pengkaji-pengkaji sebelumnya dengan mengatakan bahawa vokal /i, u/ pada suku kata akhir tertutup direalisasikan sebagai vokal kendur (laxing vowel) [I, U] bukannya vokal tegang [e, o]. Beliau beranggapan bahawa perealisasian /i, u/ kepada [e, o] pada suku kata akhir tertutup, jarang berlaku dan boleh dianggap sebagai kekecualian. Contoh yang diberikan oleh beliau adalah seperti di bawah :

17

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Penulis artikel berpendapat bahawa transkripsi fonetik yang betul bagi data di atas ialah [bi.si], [lu.kih], [hi.do], dan [tu.to]. Hanya Teoh (1994) pengkaji yang menggunakan kedua-dua segmen vokal ini dalam data mereka. Penulis artikel sebaliknya berpendapat bahawa kedua-dua bunyi vokal ini tidak dituturkan oleh penutur asli Dialek Kelantan. Data yang digunakan oleh Teoh (1994) di atas agak meragukan dan mungkin bersifat ideolek. Teoh juga menamakan bahasa Okpe, salah satu bahasa Benue-Congo yang dituturkan di Nigeria, contohnya berlaku pengenduran vokal seperti ini. Hoffman 1973 (dlm. Casali 1996) beranggapan bahawa dalam bahasa Okpe, segmen vokal
[I, U]

hanya wujud dari

segi fonologinya, tetapi masih [e, o] dari segi fonetiknya. Ini disebabkan kehadiran vokal tersebut ditentukan oleh harmoni vokal. Harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang menunjukkan vokal-vokal berdekatan dalam satu medan (biasanya perkataan) berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur atau fitur-fitur distingtif tertentu (Bakovic, 2003). Hasil daripada analisis kesemua data Dialek Kelantan, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama seperti dalam definisi harmoni vokal di atas ialah [ATR]. Dengan itu, harmoni vokal Dialek Kelantan merupakan satu perlakuan fonologi yang menunjukkan segmen-segmen vokal berdekatan dalam satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur [ATR]. Bagaimanapun Teoh (1994) mendakwa bahawa terdapat rumus fonologi dalam Dialek Kelantan yang menyatakan bahawa vokal akan menjadi [-ATR] dalam suku kata akhir tertutup kata dasar. Berdasarkan data DK yang diberikan Teoh, vokal suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan boleh terdiri daripada [I, U,

, , a, ] yang bersamaan dengan semua vokal

terbitan kecuali [a]. Ini bermakna beliau melihat fenomena yang berlaku dalam skop yang lebih sempit daripada harmoni vokal yang melampaui batas suku kata. Ini menunjukkan bahawa penjelasan berdasarkan harmoni vokal adalah lebih berpada. Berdasarkan prinsip harmoni vokal ini, data yang diberikan oleh Teoh di atas menunjukkan bahawa segmen vokal dalam kedua-dua suku kata adalah tidak harmoni. Dalam suku kata pertama [i, u] adalah berfitur [+ATR], sedangkan vokal dalam suku kata kedua [I, U] berfitur [-ATR]. Kaedah analisis berdasarkan harmoni vokal telah terbukti berkesan. Bagi tujuan tersebut, kaedah ini juga digunakan ke atas Dialek Kelantan, terutamanya bagi menentukan fitur dalaman bagi vokal /i, e, o, u/ yang berfitur [+ATR] pada suku kata akhir tertutup. Sebagai contoh :

18

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Berdasarkan keterangan b, terdapat /e/ dalam suku kata akhir tertutup itu yang dianggap fonemik. Persoalannya mengapa /bilek/ tidak direalisasikan sebagai [bi.l], sebagaimana /golek/ direalisasikan sebagai [g.l]. Harmoni vokal sekali lagi memainkan peranan penting kerana pasangan vokal [i+] adalah tidak harmoni, iaitu tidak berasimilasi pada fitur [ATR]. Segmen vokal [i] berfitur [+ATR] sedangkan [] berfitur [-ATR]. Fenomena ini tidak akan berlaku dalam Dialek Kelantan. Bagi mematuhi syarat harmoni vokal ini, pilihan terbaik ialah mengekalkan bentuk harmoni yang ada dalam input, iaitu /i, e/ yang berasimilasi pada fitur [+ATR]. Dengan menggunakan kaedah harmoni vokal di atas, satu tanggapan boleh dibuat untuk membezakan segmen vokal [i] dan [e] dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan, iaitu kedua-duanya masing-masing direalisasikan daripada vokal /i/ dan /e/ di peringkat dalaman. Hal yang sama juga berlaku pada segmen vokal [u] dan [o] dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan yang juga direalisasikan daripada dua vokal yang berbeza /u/ dan /o/. Pasangan harmoni vokal Dialek Kelantan bagi /u/ dalam suku kata akhir tertutup ialah /i+u/, /u+u/, /+u/, dan /a+u/ seperti berikut :

/tikus/ [ti.kuh] /lutut/ [lu.tu] /letup/ [le.tu] /patuk/ [pa.tu]

19

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

Manakala kombinasi harmoni vokal bagi /o/ pada posisi yang sama, iaitu /i+o/, /u+o/, /+o/, dan /a+o/ yang dikekalkan dalam outputnya, sebagai contoh : /sibok/ [si.bo] /kutok/ [ku.to] /plok/ [p.lo] Kesemua harmoni vokal tersebut berkongsi fitur [-ATR]. Dengan itu penulis artikel ini
mencadangkan bahawa bentuk dalaman dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /e/ dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /o/ dalam suku kata akhir tertutup dianggap sebagai bentuk dalaman bahasa Melayu, sebagaimana Zaharani (1999, 2005) dan sistem ejaan Zaba (1965).

ii. Vokal terbitan [] Teoh (1994) menggunakan simbol [] bagi merujuk kepada segmen vokal []. Istilah IPA bagi simbol [] ialah vokal tengah hampir luas (near-open central vowel). Dalam kajian fonologi ia masih boleh dianggap sebagai vokal rendah dan mempunyai fitur [+belakang]. Secara fonetik pula, ia masih dianggap sebagai vokal tengah. Oleh itu, penggunaan simbol ini masih mengundang kekeliruan terutama dari segi fonetiknya. Contoh bunyi [ ] yang ditemui dalam laman web Wikipedia dan Summer Institute of Linguistics (SIL) International didapati agak berbeza dengan bunyi /a/ di akhir kata dialek Kelantan berbanding dengan bunyi [] dalam laman web yang sama. Perbandingan bunyi [] juga dibuat dengan beberapa perkataan bahasa Inggeris Amerika yang terdapat dalam Compass CD-ROM Oxford Advanced Learners Dictionary (Edisi Ketujuh), iaitu pod [p:d], pot [p :t], dan rock [r:k] yang didapati hampir sama dengan bunyi [] dalam perkataan kata [ka.t], kapak [ka.p] dan marah [ma.yh] dalam dialek Kelantan. Trigo (1991, dlm. Howe, 2003) pula menggunakan simbol [] bagi melambangkan segmen [] dalam Dialek Kelantan. Trigo beranggapan bahawa segmen tersebut mempunyai fitur [+bundar]. Demikian juga pendapat kebanyakan ahli tatabahasa struktural Dialek Kelantan yang beranggapan segmen tersebut adalah [] yang juga mempunyai fitur [+bundar]. Generalisasi fonologi menjelaskan bahawa kehadiran fitur [+bundar] ini boleh diuji dengan menambahkan imbuhan akhiran /-an/. Sekiranya fitur tersebut bundar, contohnya : nya /u/, maka ia akan menyisipkan segmen [w] pada posisi onset imbuhan akhiran /-an/, contohnya : /adu+an/ [a.du.w:]. Apabila perkara yang sama dilakukan ke atas [] dan [] pada posisi akhir kata, sama ada dalam Dialek Kelantan mahupun BM, penyisipan
20

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

segmen [w] tidak berlaku, contohnyanya : /duga+an/ [du.g.:], bukannya *[du.g.w:] atau *[du.g.w:]. Kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai fitur [bundar] sukar dijelaskan secara fonologi terutamanya persoalan dari mana datangnya fitur tersebut. jika kedua-dua /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai [], contohnya : /tolak/ dan /tolok/ direalisasikan sebagai [t.l] dalam Dialek Kelantan, ia akan menyebabkan kehadiran [] dalam kata sukar diramal dan menjadikannya berstatus fonemik. Fenomena ini bertentangan dengan perilaku fonologi Dialek Kelantan dan Bahasa Melayu yang menunjukkan segmen vokal [] tidak fonemik.

Kesimpulan Kajian Kesimpulannya, terdapat sembilan segmen vokal dalam Dialek Kelantan iaitu enam fonem dan tiga vokal terbitan. Manakala fonemnya terdiri dari /i, e, , a, o u/ dan vocal terbitan ialah [,,]. Fonem dialek Kelantan adalah sama dengan fonem bahasa Melayu dan daripada pernyataan tersebut dapat disimpulkan juga bahawa dialek-dialek lain pun mempunyai inventori fonem yang sama. Kajian ini juga telah mengenal pasti bahawa simbol sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata seperti dalam perkataan /duga/ ialah [] bukannya [], [ ]. atau [] seperti yang dianggap oleh pengkaji sebelum ini. Artikel ini juga menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai dengan menggunakan pendekatan fonologi dan juga pendekatan fonetik bagi menghasilkan inventori segmen bunyi yang lebih berpada. Sesungguhnya, artikel ini berjaya menyelesaikan persoalan dan keraguan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik. Artikel ini sangat membantu para pengkaji Dialek Kelantan yang akan datang.

21

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

RUMUSAN

Setelah tugasan Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini berakhir, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan dan lambing yang menunjukkan sebutannya. Transkripsi fonetik pula berupaya membantu pelajar

membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian pada keaslian bunyi fonetik. serta membentuk atau mencipta harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi. Seterusnya, untuk menguasaai bahasa Melayu baku dan mengelakkan daripada penggunaannya kurang diberi perhatian di peringkat sekolah rendah, usaha memartabatkan bahasa Melayu baku perlu digalas dan disedari oleh semua pihak bermula daripada pihak berwajib, diikuti dengan pihak sekolah, barisan guru, ibu bapa seterusnya individu pelajar. Pembakuan bahasa di sekolah rendah perlu dipelihara daripada masalah kerancuan bahasa, kerancuan tatabahasa dan juga pencemaran bahasa. Akhir sekali, Dialek Kelantan

mengandungi sembilan segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e, , a, o u/ dan vocal terbitan ialah [,,]. Artikel Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula (Oleh Adi Yusran Abdul Aziz) ini juga telah berjaya menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik.

22

TUGASAN : F O N E T I K & F O N O L O G I ( EFF 312)

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik : Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa Dan Pustaka (1998). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik Dan Fonologi, Kuala Lumpur : PTS Profesional 2002.

Ismail Dahaman (1994). Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Selangor D. E. : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim (1989 : 16-27). Bahasa Melayu Baku Ke Arah Pembinaan Bahasa Kebangsaan Pembinaan yang sempurna. Dalam Asraf (Editor), Bahasa Melayu Baku : Asas Tamadun, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaludin. Asas Fonetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sulaiman Masri (1989). Inilah Bahasa Baku, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

23

You might also like