You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Kali Ke-3 Tarikh : 3 hb julai 2013

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KE 3

Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran

: 26 Jun 2013 : Rabu : 1:15 petang : Bilik mesyuarat : Semua ahli hadir

LAPORAN

(1) Ucapan Aluan Pengerusi Majlis (1.1) Puan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al Fatihah dan mengalualukan kehadiran semua ahli. (1.2) Puan Pengerusi berharap agar mesyuarat ini akan menghasilkan dapatan perbincangan yang bermutu supaya kualiti pencapaian matematik semakin meningkat dan menarik minat murid. (2) Pengesahan Minit Yang Lalu (2.1) Dicadang untuk disahkan oleh Puan Saieda Binti Musa Disokong oleh En. Che Mat Shafie Bin Che (3) Perkara Berbangkit (3.1) Tiada

(4) Ujian Saringan Linus 2013 (4.1) Puan Saieda Binti Musa memaklumkan bahawa Ujian Saringan Linus kali pertama 2013 telah diadakan pada 18 hingga 24 April 2013 yang lalu. (4.2) Data bagi ujian ini telah dimasukkan ke dalam sistem pada 5 Mei 2013. Tindakan : Guru Linus tahap 1 SK Tengku Bariah

Minit Mesyuarat Kali Ke-3 (5) Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun (5.1) 5.2) Peperiksaan akhir tahun telah diadakan pada 22 hb Mei 2013. Secara keseluruhan terdapat sedikit peningkatan markah bagi setiap tahun berbanding dengan markah TOV di awal tahun yang lalu. (5.3) Semua ahli diminta menggandakan usaha untuk menaikkan lagi peratus pencapaian murid ketika peperiksaan akhir tahun nanti dan usaha-usaha yang berkaitan hendaklah bermula sedari sekarang. Tindakan : Semua Guru

(6) Hal-Hal Lain (6.1) Tuan Haji Abdullah memohon agar bahan-bahan i-think bagi setiap guru hendaklah dijilidkan bagi memudahkan guru-guru lain berkongsi idea tentang sesuatu topik. Tindakan : Semua Guru

(6.2)

Puan Saieda memohon plastik laminating untuk membuat bahan bantu mengajar. Tindakan : Pengerusi

Mesyuarat ditanggungkan pada jam 2:10 petang.

Disediakan oleh, (NURULHUDA JAAFAR) S/U panitia Matematik SK Tengku Bariah Kuala Terengganu
s.k : Fail Panitia GPK pentadbiran Semua ahli

SK Tengku Bariah

You might also like