You are on page 1of 20

ABDUL AZIZ MAT ISA UNITEN ISLAMIC CENTER (UNIC) PENDIDIKAN ISLAM (AQIDAH)

AGAMA Ialah suatu sistem kehidupan yang khusus menghubungkan antara manusia dan Tuhan di mana terangkum di dalamnya aspek-aspek kepercayaan, peribadatan dan tatacara kehidupan.

Oleh yang demikian kita dapati perkataan Agama, al-Din dan Religion sering difahami sebagai mempunyai erti dan makna yang sama. Walau bagaimanapun apabila kita melihat dari persepsi, konsep dan falsafah dalam ketiga-tiga perkataan ini maka ternyata sebenarnya terdapat perbezaan yang amat ketara sekali.

AGAMA Bahasa : adalah berasal daripada bahasa Sanskrit yang terdiri daripada dua suku kata A yang bermaksud : cara (way) dan Gama yang bermaksud : Jalan. Cantuman antara kedua suku kata ini memberi pengertian agama sebagai cara-cara berjalan atau cara-cara untuk sampai kepada keridhaan Tuhan. Istilah : Agama ialah kepercayaan kepada ruh nenek moyang, kuasa ghaib, dewa, tuhan dan sebagainya.

RELIGION Religion pada bahasa : berasal daripada bahasa Latin yang bererti menyatukan. Istilah : ialah penerimaan terhadap tata cara yang ditentukan oleh kuasa yang lebih tinggi daripada manusia.

AL-DEEN Bahasa : al-Deen adalah nama terbitan (masdar) dari kata kerja Dana , Yadinu yang merangkumi beberapa pengertian berikut: > Paksaan kepada mentaatinya dengan menggunakan kekuasaan yang mutlak untuk menjadikan hamba yang patuh. > Ketaatan, pengabdian, perkhidmatan dan menggunakan seseorang supaya bekerja, patuh dan sentiasa mengikut arahan serta sanggup memberikan ketundukkan dan kehinaan di bawah perintahNya. > Perundangan dan undang-undang, jalan, aliran. adat dan taklid. > Balasan, ganjaran, perhintungan dan hukuman. Istilah : al-Deen ialah suatu sistem kehidupan yang lengkap mesti dipatuhi dan diikuti oleh setiap individu dalam sebarang urusan dan aspek kepada satu kuasa Tertinggi samada kepada perundangan, dasar, suruhan dan larangan dengan keyakinan bahawa hanya sistem ini sahaja yang mampu untuk mempertingkatkan status dan kebahagiaan hidup manusia.

Dalam al-Quran kalimah al-Deen merujuk kepada suatu pengertian yang sempurna dibentuk daripada empat ciri berikut : 1. Al-Hakimiyyah (kekuasaan) dan pemerintah yang tertinggi. 2. Ketaatan dan ketundukan kepada pemerintahan dan kekuasaan yang mutlak. 3. Suatu sistem pemikiran dan praktikal yang terbentuk di bawah kuasa kekuasaan pemerintah tersebut.

4. Balasan/ganjaran yang diberikan oleh pemerintah yang tertinggi kerana patuh terhadap pemerintahan dan sistemnya.

SKOP AL-DEEN

Menurut Islam skop al-Deen atau agama adalah luas, syumul meliputi seluruh aspek kehidupan yang merangkumkan aspek perhubungan antara manusia dengan Allah hubungan manusia dengan manusia hubungan manusia dengan alam sejagat
Oleh yang demikian Islam menolak fahaman sekular yang menyatakan bahawa agama hanya menguruskan soal-soal peribadatan dan kerohanian semata-mata. Agama tidak ada kaitan dengan urusan kehidupan, pembangunan duniawi, sains dan teknologi moden.

SEKULAR Definisi :The New World Dictionary : ialah Roh keduniaan atau halatuju duniawi di mana secara khususnya ia adalah suatu sistem yang meliputi dasar dan praktikal yang menolak campurtangan iman dan ibadah dalam apa jua bentuk sekalipun. World Encyclopdia : ialah suatu bentuk aliran dalam menentukan halatuju kehidupan berasaskan kepada prinsip bahawa agama tidak ada kaitan dengan pemerintahan dan kenegaraan. Ia adalah satu sistem sosial dalam akhlak bersandarkan kepada nilai-nilai moral atau akhlak yang berasaskan kepada tanggapan atau nilai kehidupan semasa dan masyarakat tanpa melihat dari aspek agama.

Sekularisme lazimnya diertikan sebagai pemisahan antara urusan agama dengan kehidupan duniawi. Menurut Kamus Dewan, sekularisme membawa maksud berkaitan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan keagamaan. Dari segi filologinya, perkataan secular berasal daripada bahasa Latin, saeculum yang membawa maksud dunia atau dalam lingkungan masa kini. Jika ditelusuri perkembangan sejarahnya, fahaman sekularisme dikembangkan dengan pemikiran rasionalisme zaman Greek, nilai madani dan kemasyarakatan zaman Greco-Roman, zaman Reformasi, Renaissance, Kalvinisme dan falsafah moral dan empirikal fahaman Enlightenment. Pada peringkat awalnya, konsep sekularisme banyak dipengaruhi ahli falsafah Greek, khususnya Aristotle, yang mendakwa tuhan tidak mengetahui hal ehwal dunia dan tidak mengawalnya. Will Durant mengembangkan pemikiran ini dengan konsep tuhan yang tidak berupaya.

Sekularisme muncul dan diguna pakai dalam dunia Kristian, sebahagiannya sebagai pemberontakan terhadap autokrasi atau teokrasi kelompok paderi zaman Jahiliah Eropah (European Dark Ages). Berkebetulan, pemikir Eropah mula terpengaruh dengan fahaman rasionalisme. Antara pemikir handalan dalam golongan ini ialah Thomas Paine dengan nukilannya yang berpengaruh, The Age of Reason.
Selepas berjaya menundukkan kelompok paderi dan gereja kristian, fahaman sekularisme mengalami perubahan wajah. Pada abad ke-18, ia didominasi oleh pemikir berfahaman ateis dan agnostic; kelompok pertama menolak sama sekali sebarang fungsi agama dalam urusan kehidupan kerana mereka menafikan konsep ketuhanan itu sendiri; manakala golongan kedua semata-mata mementingkan pencapaian duniawi adalah dalam kawalan manusia.

Pada abad ke-19 dan ke-20, pertembungan berlaku pula antara versi liberal humanisme dengan sosialisme-komunisme. Dengan berakhirnya blok sosialis pada akhir abad ke-20, fahaman liberal humanisme kini unggul dengan dimanifestasikan menerusi dwitunjangnya: kapitalisme pasaran bebas dan demokrasi liberal. Futuris Amerika, Francis Fukuyama adalah antara pemikir yang mendahului fahaman ini. Jelaslah, sekularisme dari awal kemunculannya sehingga variasi yang mendominasi wacana intelektual kini, adalah binaan ideologi (ideological construct) oleh Barat. Sejarah imperialisme Barat yang bukan sedikit dibantu oleh orientalis yang sesetengahnya juga adalah mubaligh Kristian, jelas menunjukkan sekularisme cukup berkesan sebagai senjata untuk memecahbelahkan ummah.
Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya Al-Hulul al-Mustawradah wa Kayfa Jaat alaa Ummatina menyatakan: ..Penerimaan sekularisme bermakna meninggalkan syariah, penafian petunjuk suci dan penolakan ajaran Allah.

PENGERTIAN ISLAM Menurut bahasa : Islam adalah bahasa Arab dari kata kerja salima ditambah dengan alif menjadi aslama yang bererti; selamat, patuh, tunduk dan menyerah.

Menurut istilah : ialah patuh, tunduk serta melaksanakan segala yang disampaikan oleh Rasulullah saw.
Islam juga dapat ditarifkan sebagai menyerahkan diri kepada Allah dengan perasaan tunduk dan mengaku kehinaan dan kehambaan dengan jiwa serta mengerjakan segala perintah, meninggalkan segala larangan dengan anggota lahir dan batin.

Falsafahnya : Keselamatan dan kesejahteraan sangat penting bagi manusia. Untuk itu setiap individu manusia mestilah berusaha menegakkan keselamatan dan kesejahteraan untuk dirinya dan masyarakat lainnya.

Setiap muslim haruslah faham bahawa segala makluk yang dijadikan Allah adalah tunduk dan patuh pada hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah swt menurut tabiat-tabiat asal kejadiannya.
Oleh itu manusia dengan kelebihan akal dan ikhtiar haruslah tunduk pada hukum-hukum Allah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga segi rohaniah dan akidah atau kepercayaannya. Seseorang yang mengakui dirinya beragama Islam haruslah rela menyerahkan segala jiwa raganya kepada Allah untuk mendapatkan keredhaanNya di dunia dan di akhirat.

Penamaan Islam
Ad-Din yang disyariatkan kepada Nabi Muhammad saw dinamakan dengan Islam adalah kerana ia memberikan satu pengertian yang sangat luas. Iaitu segala puncak kesempurnaan yang tinggi dan lengkap. Penamaan Islam ini tidaklah berdasarkan kepada pembawa atau yang mengajarkannya, sebaliknya ia telah ditetapkan dan ditentukan oleh Allah. Oleh itu Islam bukanlah dikenali dengan Muhammadanisme atau Muhammadan Law seperti yang biasa ditulis oleh ahli-ahli orientalis barat. Ringkasnya Islam bukanlah dicipta oleh Nabi Muhammad saw seperti yang didakwakan oleh musuh-musuh Islam. Islam diturunkan oleh Allah untuk seluruh manusia. Nama yang diberikan oleh sebahagian musuh-musuh Islam dengan Muhammadan Law atau Muhammadanisme kepada Islam adalah tidak tepat lagi mengelirukan dan menyesatkan. Nama Islam adalah ditetapkan oleh Allah swt seperti dinyatakan di dalam surah Ali Imran ayat 19 dan Al-Maidah 3.

Penggunaan Perkataan Islam dalam Al-Quran Digunakan untuk makna am, meliputi semua agama yang diturunkan oleh Allah kepada semua rasulnya seperti maksud ayat Al-Quran dalam surah Ali Imran ayat 19.

Digunakan untuk makna khas. Dikhususukan kepada agama yang diturunkan kepada rasulnya yang akhir Nabi Muhammad saw seperti maksud ayat Al-Quran dalam surah AL-Maidah ayat 3.

Kaedah yang benar dalam mempelajari Islam 1. Hendaklah bersumberkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. 2. Mempelajarinya secara menyeluruh. 3. Melalui kitab-kitab yang ditulis oleh para ulamak yang muktabar, bukan melalui buku-buku yang ditulis oleh para orientalis, musuh Islam dan orang yang jahil tentang Islam. 4. Dipelajari menerusi ajaran Islam bukan menerusi apa yang berlaku di kalangan penganut dan masyarakatnya, kerana tidak semestinya apa yang berlaku pada mereka menggambarkan Islam yang sebenarnya. 5. Dipelajari bukan hanya sebagai ilmu pengetahuan tetapi hendaklah dijadikan sebagai akidah dan syariat yang mesti diamalkan.

Orientalis
Orientalis ialah para sarjana Barat yang mengkaji dan menyelidik ilmu-ilmu ketimuran, iaitu segala yang berkaitan dengan bahasa, sejarah, budaya, tamadun dan peradaban negara-negara Timur. Apabila yang dikaji mereka adalah bersangkutan dengan agama Islam, gelaran orientalis disandarkan kepada sarjana-sarjana bukan Islam Barat yang mengkaji dan menyelidik agama Islam. Di antara orientalis yang mendalami kajian berkaitan Hadis adalah; Ignaz Goldziher (1921M), Joseph Schacth (1969M) dan G.H.A Juynboll

Faktor yang menghalang mempelajari Islam melalui buku orientalis barat 1. Orientalis bukan orang Islam. Kebanyakannya terdiri daripada paderi-paderi Kristian dan Yahudi. 2. Orang yang tidak beriman adalah diragui keikhlasannya apabila menerangkan perkara-perkara yang berhubung dengan agama. 3. Kedua golongan Yahudi dan Kristian sentiasa mencari jalan untuk meracuni pemikiran orang Islam. 4. Mereka tidak mengetahui secara mendalam tentang struktur masyarakat timur. 5. Mereka tidak pernah mengamalkan ajaran-ajaran Islam. apabila mereka memandang, menganalisa dan memberi pendapat tentang Islam kedudukan mereka adalah sebagai orang luar, pendapatnya bukan pendapat Islam tetapi pendapat mereka sendiri.

CIRI-CIRI KEISTIMEWA DINUL ISLAM Syariah (serumpun peraturan) yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai petunjuk dan pedoman hidup yang sebenar dalam semua aspek kehidupan manusia. Ianya merangkumi ciri-ciri berikut; 1. Rabbani 2. al-Thabat wa al-Murunah 3. Syumul 4. Waqieyah 5. Tawazun 6. Alamiyyah 7. Wasatiyyah

STRUKTUR ISLAM DAN PECAHAN STRUKTUR ISLAM ISLAM

Aqidah

Syariah

[Iman]

[Islam]

Akhlak [Ehsan]

Allah Malaikat Kitab Rasul Qiamat Qada & Qadar

STRUKTUR ISLAM DAN PECAHAN STRUKTUR ISLAM ISLAM

Aqidah

Syariah

Akhlak Ibadah

Muamalat

Am Jihad Politik Khilafah Jenayah Kenegaraan

Khas Madiah Munakahat

Am Peraturan Tidak Tetap

Khas Taharah Solah Zakat Puasa Haji

You might also like