You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KADET REMAJA SEKOLAH SMK JALAN TASEK 07 MAC 2011 DEWAN TERBUKA SMK JALAN

TASEK 2.00 PETANG

Kehadiran Guru: 1. En. Abdul Nasir bin Abdul Rahman 2. En. Zulkifli bin Shaari 3. En. Shamsul Adli bin Abdul Majid 4. Pn. Norzaima binti Khalit 5. Pn. Salma Idawati binti Salim 6. Cik Nur Zarith binti Zainal Abidin 7. Pn. Noor Haiyati binti Abdul Rahman Kehadiran Murid: 1. Norsyahrain binti Mohd Shoib 2. Muhammad Aminuddin bin Mohd Isa 3. Nurul Alia Amira binti Ariff Fadzilah 4. Nurul Amirah binti Zainal Abidin 5. Nur Farina Azira binti Roslan 6. Muhammad Fauzee bin Ahamad Fuad 7. Izzarul Hadi bin Hasnol 8. Ahmad Muzammil bin Bakri 9. Ahmad Akmal bin Ismail 10. Tee Kar Mun 11. Muhamad Amiruddin bin Mohd Isa 12. Puteri Nur Ain Humairah binti Anizam Tidak Hadir: Tiada. 1.0 Ucapan Ketua Guru Pemimpin. 1.1 En. Abdul Nasir bin Abdul Rahman mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru pemimpin dan ahli jawatankuasa. Beliau juga menerangkan bahawa mesyuarat kali pertama ini adalah penting kerana kesinambungan pergerakan KRS di SMK Jalan Tasek akan bermula di mesyuarat ini. Seterusnya beliau memberi ruang kepada pengerusi KRS untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.

1.2

2.0

Ucapan Pengerusi. 2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada En. Abdul Nasir bin Abdul Rahman di atas ucapan aluan beliau tadi. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru dan ahli-ahli sekelian.

2.2

2.3

Beliau menerangkan mengenai perkara-perkara yang harus diputuskan di dalam mesyuarat pertama ini agar perlaksanaan aktiviti KRS dapat dijalankan dengan baik bermula dari tahun ini.

3.0

Pembentangan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan KRS SMK Jalan Tasek. 3.1 Pengerusi memohon setiausaha membentangkan kepada ahli mesyuarat tentang Cadangan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan KRS SMK Jalan Tasek. Setiausaha membentangkan Cadangan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan KRS SMK Jalan Tasek. Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan tersebut.

3.2

3.3

4.0

Pembentangan Kurikulum KRS Jalan Tasek. 4.1 Pengerusi memohon setiausaha membentangkan kepada ahli mesyuarat tentang Cadangan Kurikulum KRS SMK Jalan Tasek. Setiausaha membentangkan Cadangan Kurikulum KRS SMK Jalan Tasek. Mesyuarat bersetuju untuk meluluskan Kurikulum KRS SMK Jalan Tasek.

4.2 4.3 5.0

Pembentangan Pungutan Derma Ahli KRS SMK Jalan Tasek. 5.1 Pengerusi membentangkan usul pungutan derma ahli KRS SMK Jalan Tasek berdasarkan Perlembagaan KRS SMK Jalan Tasek. Jumlah kutipan derma ahli bagi tahun semasa adalah sebanyak RM5.00 seorang. Tujuan kutipan derma ini adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti yang tersebut di dalam kurikulum KRS dan pengurusan/pentadbiran KRS SMK Jalan Tasek. Mesyuarat bersetuju mengenai jumlah pungutan dan surat permohonan kelulusan hendaklah diberi dengan kadar segera kepada tuan pengetua. Tindakan: Setiausaha KRS En Abdul Nasir bin Abdul Rahman juga menyatakan bahawa setelah surat kelulusan diterima dari tuan pengetua, senarai nama mengikut tingkatan hendaklah diberi kepada AJK tingkatan supaya senang AJK tingkatan memungut derma tersebut dari setiap ahli. Tindakan: Setiausaha KRS AJK Tingkatan Mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas undian tersebut dan mencadangkan agar aktiviti mingguan secara terperinci dibincangkan di dalam mesyuarat yang akan datang. Tindakan: Setiausaha KRS

5.2

5.3

5.4 5.5

6.0

Lain-Lain Hal. 6.1 6.2 Tiada perkara berbangkit. Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat dan berharap agar perlaksanaan aktiviti atau program pada tahun ini akan berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.55 petang.

Dicatat Oleh,

Disemak Oleh,

______________________________ (Nurul Alia Amira binti Ariff Fadzilah) Setiausaha KRS Tarikh:

____________________________ (Norsyahrain binti Mohd Shoib) Pengerusi KRS Tarikh:

You might also like