You are on page 1of 12

PENGGANDAAN

1. Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

2. Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu

i. ii. iii. iv.

Gandaan penuh Gandaan separa Gandaan berentak Gandaan makna

3.

Bagaimana pun ada ahli bahasa yang membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu

i. ii. iii.

penggandaan penuh penggandaan berentak pengandaan separa.

1) Penggandaan penuh

1. Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya. 2. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk. 3. Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang.

Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut:

Alat Budak Rumah Murid Kura Makan Tadika

Kata nama tunggal alat-alat budak-budak rumah-rumah Murid-murid Kura-kura Makan-makan Tadka-tadika

Ketua Pekebun Makanan Persatuan

Kata nama terbitan ketua-ketua pekebun-pekebun makanan-makanan persatuan-persatuan

pejuang Kedutaan

pejuang-pejuang Kedutaan-kedutaan

2) Penggandaan Berentak

1. Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar. 2. Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah. 3. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar. 4. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar. 5. Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu: i. ii. iii. iv. v. penggandaan suku kata awal penggandaan suku kata akhir penggandaan konsonan penggandaan bersisipan penggandaan berakhiran

6. Bagaimanapun, pnggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan. 7. Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-)

Cerai Hina Sayu

Rentak pada pengulangan vokal atau diftong cerai-berai Hina-dina Sayur-mayur

gunung susap simpang

Rentak pengulangan konsonan Gunung-ganang Susap-sasap Simpang-siur

Penggandaan suku kata awal


Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh: Bukit Warna Batu bukit-bukau warna warni batu-batan

Penggandaan suku kata akhir


Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.

Contoh:

Sayur Kuih Lauk

sayur mayur kuih-muih lauk pauk

Penggandaan konsonan Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya berubah

Contoh:
Gunung Guruh gunung-ganang guruh-garah

Penggandaan bersisipan Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan emselepas konsonan pertama bentuk ulangannya.

Contoh:
Tali Gunung Jari tali-temali gunung-ganang jari jemari

Penggandaan berakhiran Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.

Contoh: Sayur Biji Barang sayur-sayuran Biji-bijian barang-barangan

3) Penggandaan separa

1. Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan. 2. Kata tunggal (a) Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /

Contoh: Kata dasar laki langit suatu budak siku Penggandaan penuh Laki-laki Langit-langit Satu-satu Budak-budak Siku-siku Penggandaan separa Lelaki Lelangit Sesuatu Bebudak sesiku

3. Kata terbitan penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara. .

Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalan dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan

Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau

separa depan.

penggandaan separa belakang. Pengulangan


tetapi dipisahkan dengan sengkang

4. Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)

Kata dasar
bual cari gila borak akan

Kata terbitan
Ber + bual Ter + cari Ter + gila Ber + borak Se + akan

Kata ganda
Berbual-bual Tercari-cari Tergila-gila Berborak=borak Seakan-akan

5. Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)

Kata dasar anak kejar

Kata terbitan Ber + anak Men + kejar

Kata ganda Anak-beranak Kejar-mengejar

6. kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Penggandaan Makna

1. Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:

Ipar Ipar Saudara

ipar duai ipar lamai saudara mara

Makna Penggandaan

Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:

a. menunjukkan banyak

buku ketua jabatan gunung bukit

buku-buku ketua-ketua jabatan-jabatan gunung-ganang bukit-bukau

b. membentuk nama haiwan


biri-biri kupu-kupu kunang-kunang

c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai


langit siku orang langit-langit (menyerupai langit) siku-siku (menyerupai siku) orang-orang (menyerupai orang)

d. Menunjukkan pelbagai jenis


sayur kuih saudara sayur-mayur kuih-muih saudara-mara

Latihan

a. Nyatakan jenis gandaan perkataan dalam ayat-ayat berikut:

Layang-layang putus talinya


Akan daki gunung-gemunung Sumber zat makanan terdapat juga pada biji-bijian

Hutang-piutang beliau belum dibayar


Dia berkahwin dengan seseorang yang mempunyai ramai

adik-beradik

Jari-jemari para penari itu lembut belaka


Pada waktu malam, api-api berterbangan di angkasa

Layang-layang yang tidur di wayar elektrik itu datang


dari Negara Cina pada musim sejuk

Bukit bukau di kawasan itu tidak dilitupi oleh tumbuhan


tebal Apabila buah padi mula timbul orang-orang dipasang di setiap sudut sawah itu.

b. Tentukan makna kata ganda dalam ayat-ayat berikut:

1. Orang-orang dibuat daripada baju buruk bagi menakutkan burung

2. Negara Malaysia kaya dengan hasil-hasilan buminya. 3. Mereka miskin harta benda, tetapi kaya dengan

sahabat-sahabat. 4. Pelajar-pelajar maktab dikehendaki berpakaian kemas


apabila keluar dari asrama. 5. Langit-langit budak itu penuh dengan kudis. 6. Roda itu mempunyai jejari yang diperbuat daripada aluminium.

c. beri bentuk gandaan kata nama berikut:

1. hasil 2. asal 3. sahabat 4. pemuda 5. ibu 6. datuk

You might also like