You are on page 1of 30

1.

RINGKASAN EKSEKUTIF

Idea perniagaan yang kami persembahkan adalah mengenai perhiasan atapun lebih dikenali sebagai accessory. Idea perniagaan ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pertama adalah gelang tangan (bracelet), kedua ialah kerongsang (brooch), ketiga adalah pin tudung dan pin rambut dan terakhir iaitu bahagian keempat adalah key

chain.
Keunikan atau keistimewaan idea yang bakal kami niagakan adalah reka bentuk hasil daripada produk kami merupakan hasil gabungan daripada buah fikiran kumpulan kami dan juga setelah melakukan peninjauan di kawasan Sinsuran dan Segama Kota Kinabalu, Sabah. Hasil reka bentuk yang dihasilkan oleh kumpulan kami tidak terdapat di pasaran. Sumber manusia yang digunakan dalam perniagaan kami adalah daripada anggota atau daripada ahli kumpulan kami sendiri. Kami turut menubuhkan sebuah organisasi untuk membahagikan tugas dalam menghasilkan produk yang bakal diniagakan. Carta organisasi akan disertakan dalam proposal ini dalam muka surat seterusnya berserta dengan peranan dalam setiap ahli kumpulan kami berdasarkan kepada jawatan atau kedudukan yang terdapat dalam organisasi yang telah kami tubuhkan. Sasaran pelanggan dan sasaran pasaran (kumpulan pengguna yang bakal menjadi pelanggan) adalah pelajar Universiti Malaysia Sabah, pengunjung daripada luar yang bakal mengunjungi booth kami semasa Ekspo dijalankan dan juga staff Universiti Malaysia Sabah.
1

Kelebihan persaingan ini adalah kami menyediakan produk daripada hasil buah fikiran kami sendiri dan kami juga yang menghasilkan produk tersebut. Kehendak pelanggan juga kami tidak abaikan, para pelanggan bebas untuk memilih reka bentuk hasil daripada idea mereka berdasarkan bahan yang bakal kami sediakan bahkan bukan itu sahaja mereka dapat memilih warna yang mereka kehendaki. Dapat dilihat bahawa kami lebih mementingkan kehendak daripada pelanggan. Kami juga turut memberi harga yang berpatutan kepada pelanggan. Sumber kewangan yang diperolehi adalah daripada kami sendiri iaitu penghasilan modal daripada kumpulan kami sendiri untuk menghasilkan produk daripada idea yang kami telah perolehi dan bincangkan. Kami telah meramalkan sama ada sumber kewangan yang bakal kami keluarkan mencukupi untuk pengeluaran hasil barangan ataupun produk yang bakal dihasilkan sepanjang tempoh ekspo dijalankan. Jangkaan pertama kami adalah melalui pengeluaran produk sebanyak 300 unit. 2.0 2.1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN Latar Belakang dalam Perniagaan (PELUANG)

Peluang yang kami ambil untuk menghasilkan produk ini adalah untuk memenuhi kehendak pelanggan tanpa mengira jenis jentina. Walaupun penghasilan produk yang bakal kami hasilkan lebih kepada wanita, kaum lelaki juga boleh memiliki produk yang akan kami hasilkan melalui perkhidmatan pesanan (order) mereka boleh membuat pesanan mengikut reka bentuk mereka sendiri khususnya gelang tangan ataupun key

chain. Selain daripada itu, kaum lelaki juga boleh membeli produk kami untuk orang
yang mereka sayangi.

Produk kami juga mengikut trend semasa ataupun masa kini untuk menarik minat pelanggan untuk membeli produk kami. Selain itu, penghasilan produk kami juga mengikut konsep penghasilan produk iaitu Cute and Beauty. Selain daripada itu, kami ingin memberi kelainan dalam pasaran yang menghasilkan produk yang sama dengan menghasilkan produk hasil daripada buatan tangan kami yang tidak terdapat di pasaran tersebut. Hal ini kerana kami telah membuat analisis dan juga pemantauan untuk memperoleh maklumat tentang kelemahan yang terdapat dalam pasaran tersebut, hal ini kerana agar kami tidak melakukan kelemahan yang sama dalam penghasilan produk tersebut. 2.2 Jenis Perniagaan

Jenis perniagaan yang kami jalankan adalah jenis perniagaan perkongsian. Hal ini kerana, sumber kewangan yang diperolehi adalah daripada ahli kumpulan kami seramai 11 orang. 2.3 Visi/ Misi/ Objektif/ Logo

2.3.1 Visi Ingin menjadi sebuah syarikat yang terkenal dan terkemuka hasil daripada penghasilan reka bentuk perhiasan yang unik dan istimewa yang berkonsepkan Cute and Beauty 2.3.2 Misi Misi kami adalah ingin menyediakan barangan yang menepati kehendak pelanggan kami sebagai usaha untuk mencapai visi kami iaitu ingin menjadi sebuah syarikat yang terkenal dan terkemuka. Kami akan mencapainya melalui perkembangan produk,
3

perkhidmatan dan pelanggan dengan meningkatkan kualiti barangan yang kami hasilkan. 2.3.3 Objektif i) ii) iii) Meningkatkan bilangan pelanggan dengan mengikut kehendak pelanggan. Menghasilkan barangan yang berkualiti dan unik Memaksimumkan pengeluaran dan meminimumkan modal pengeluaran

2.3.4 Logo

CB accessory
Sdn.Bhd
2.4 Lokasi Perniagaan Lokasi perniagaan yang bakal dilakukan adalah di hadapan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. 2.5 Kelebihan Persaingan

Dalam skop ini kami lebih mementingkan penghasilan produk hasil reka bentuk daripada buatan tangan ataupun lebih dikenali sebagai hand made. Selain daripada itu juga, kami akan menghasilkan reka bentuk daripada permintaan pelanggan mengikut bahan yang bakal kami sediakan. Para pelanggan dapat memilih warna yang
4

mereka kehendaki ataupun gemari dan seterusnya kami akan menyediakan produk kami berdasarkan permintaan daripada pelanggan tersebut pada waktu yang sama. Kami juga turut memberi harga yang berpatutan kepada pelanggan. 3.0 PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Seperti yang telah dijelaskan, produk yang kami sediakan adalah perhiasan ataupun dikenali sebagai accessory, terbahagi kepada empat bahagian iaitu gelang tangan, kerongsang, pin tudung/ pin rambut dan juga key chain. Keunikan produk kami adalah reka bentuk yang dihasilkan daripada bahan mentah yang telah disediakan daripada buah fikiran atau idea ataupun kekreatifan kami sendiri. Hasil daripada gabungan idea kumpulan kami reka bentuk yang terhasil tidak dapat ditemui di pasaran. Kelebihan produk yang kami hasilkan adalah daripada bahan yang tahan lama dan tidak mudah rosak. Selain daripada itu, kami juga memberikan harga yang berpatutan kepada pelanggan. Para pelanggan juga diberi pilihan untuk memilih reka bentuk dan warna yang digemari daripada bahan-bahan mentah yang akan disediakan semasa pelancaran produk kami. Sekiranya pelanggan tidak menghendaki reka bentuk dan gabungan warna yang kami sediakan, mereka boleh memilih reka bentuk yang mereka kehendaki dan seterusnya kami akan menghasilkan produk tersebut berdasarkan kehendak pelanggan dan menyiapkan pada waktu dan tempat yang sama. Kami turut menyertakan harta intelek ke atas produk kami seperti, tanda dagangan dan juga hak cipta agar tidak akan berlaku pencerobohan hak cipta daripada produk yang kami hasilkan.

4.0 5.0

PENTADBIRAN/PELAN PENGURUSAN 4.1 Pasukan Pengurusan

Pasukan pengurusan kami terdiri daripada 11 orang ahli iaitu:

1. Nama Jawatan Kemahiran/Kelebihan

: : : : :

Jeqhlin Mannoris binti Herman Pengurus Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Geografi Memimpin dan merancang Berpengalaman dalam pembuatan manik baju dan juga berpengalaman dalam membuat gelang getah dan kerongsang.

Mahir membuat pakaian melayu dan kurung melayu.

2. Nama Jawatan Kemahiran/kelebihan

: : : :

Herman Bin Laruna Ketua Pengurus kewangan dan perakunan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Geografi Berpengalaman bekerja sebagai kerani

bahagian perakuanan. 3. Nama Jawatan Kemahiran/kelebihan : : : Ku Aznan Bin Ku Mansor Pengurus Kewangan dan Perakuanan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Geografi
6

Berpengalaman berkerja pembantu tadbir di hotel dan resort.

4. Nama Jawatan Kemahiran/kelebihan

: : : :

Hatikah Binti Jabri Ketua Pengurus Bahagian Kajian Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Geografi Berpengalaman berkerja sebagai penganalisis saham.

5. Nama Jawatan Kemahiran/kelebihan

: : :

Jalmah Binti Kuliling Pengurus Bahagian Kajian Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian

Geografi. : Mahir dalam seni sulaman dan jahitan pakaian Melayu. 6. Nama Jawatan Kemahiran/kelebihan : : : Jamineh Maidum Pengurus Pemasaran dan Promosi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Sosiologi Dan Antropologi Sosial : berkemahiran dan berpengalaman dalam

pengurusan organisasi (kilang). 7. Nama Jawatan Kemahiran/kelebihan : : : Imelda Binti Pilim Pengurus Bahagian Bahan Mentah Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Sejarah

Berpengalaman dalam manik.

memberikan pakaian

perkhidmatan dan sulaman

penghasilan

8. Nama Jawatan Kemahiran/kelebihan

: : : :

Janet Jasneh Pengurus Pemasaran dan Promosi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Sejarah. berpengalaman berniaga sendiri. John Lim En Cung Ketua Pengurus Bahagian Kajian Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Sosiologi Dan Antropologi Sosial

9. Nama Jawatan Kemahiran/kelebihan

: : :

berpengalaman dalam menguruskan pernigaan sendiri.

10 Nama Jawatan Kemahiran/kelebihan :

Kok Pei Yuan Pengurus kewangan dan perakunan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian

Komunikasi. : Berpengalaman bekerja sebagai pembantu kedai. 11. Nama Jawatan : : Khairun Nisa Binti Jamanat Pengurus Bahagian Bahan Mentah
8

Kemahiran/kelebihan

: :

Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Sejarah Berpengalaman berkerja sebagai guru

sandaran sekolah rendah.

4.2.1 Struktur Organisasi

PENGURUS JEQHLIN MANNORIS B. HERMAN PEMASARAN DAN PROMOSI

KAJIAN

KEWANGAN DAN PERAKAUNAN

BAHAN MENTAH

Jamine h Maidu m

Janet Jasney Hatika h B. Jabri

John Lim En Cung Jalmah b. Kuliling

Herman b. Laruna

Khairun Nisa b. Jamanat Imelda b. Pilim

Ku Aznan b. Ku Mansor

Kok Pei Yuan

Rajah 1:

Carta Organisasi CB Sdn Bhd

4.2.2 Pengurus

Berdasarkan carta organisasi di atas pengurus kami adalah Jeqhlin Mannoris binti Herman dan beliau akan memantau segala aktiviti daripada keempat-empat fungsi utama tersebut iaitu pasaran dan promosi, kajian, kewangan dan perakunan, dan bahan mentah. 4.2.3 Bahagian Pasaran dan Promosi Pasaran dan promosi merupakan salah satu bahagian yang sangat penting. Ianya berperanan dalam untuk memberitahu orang ramai tentang kewujudan syarikat kami, produk yang kami hasilkan, misi kami, dan keistimewaan. Bahagian ini

bertanggungjawab dalam strategi pasaran dan merancang untuk menarik banyak pandangan positif untuk memaksimumkan jualan. Bahkan bukan itu sahaja mereka juga akan berhubung dengan bahagian kajian untuk memastikan produk dan perkhidmatan kami akan memuaskan hati pelanggan. Mereka bertanggungjawab untuk menghasilkan perubahan yang diperlukan untuk mencapai keyakinan pelanggan. 4.2.4 Bahagian Kajian Dalam Bahagian kajian, mereka bertanggungjawab untuk meninjau tentang pra pelancaran produk kami dan untuk mengumpul maklum balas daripada pelanggan selepas pelancaran tentang produk kami. Peninjauan diperlukan untuk mengetahui jika orang ramai berminat untuk membeli produk kami apabila pelancaran produk kami bermula dan juga jangkaan pelanggan tersebut. Maklum balas akan diselesaikan untuk dimeriksa jika terlalu banyak perubahan yang kami perlukan mengenai produk dan perkhidmatan kami. Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk meninjau kajian industri dan juga perbandingan begitu juga sebagai penganalisis pesaing. Mereka kemudiannya
10

akan melaporkan kepada pengurus. Hasil kajian mereka akan diperlukan untuk bahagian pemasaran dan bahagian bahan mentah. 4.2.5 Bahagian Kewangan dan perakunan Meninjau dan mengawal kesemua urus niaga secara rasional dan menetapkan sebuah buku penyimpanan rekod untuk kesemua transaksi. Ketua bahagian mempunyai kewajipan untuk mengurus jika terdapat percanggahan dalam rekod perakunan. Bahagian ini hanya boleh mengeluarkan pembayaran jika mendapat kelulusan daripada pengurus. 4.2.5 Bahagian Bahan Mentah Bahagian ini mempunyai peranan utama untuk mendapatkan bahan mentah dengan harga terendah untuk mengekalkan kecekapan. Mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan syarikat tidak kehabisan bahan mentah, selain itu juga memastikan tahap stok yang tidak tahan lama adalah pada tahap optimum. Pembelian bahan mentah hanya boleh dilakukan setelah diluluskan oleh pengurus. Kertas kerja harus dihantar kepada bahagian perakuanan untuk buku penyimpanan. 4.2.7 Carta Gantt 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

minggu perkara
Penerangan mengenai pelancaran jualan

11

Pembahagian tugas Pembentangan idea perniagaan Memastikan produk perniagaan Bajet Perjumpaan dengan penyelia Pembentangan kertas proposal Penghantaran proposal Persediaan EKSPO EKSPO Persediaan laporan perniagaan Penghantaran laporan perniagaan

4.3

Analisis SWOTT

Analisis SWOTT merupakan satu kaedah menganalisis sesuatu perniagaan dan juga persekitaran pernigaan agar dapat memperoleh keputusan yang strategic ianya merangkumi Kekuatan (Strenghts), Kelemahan (Weaknesses), Peluang (Oppurtunities) dan Ancaman (Threats).

12

4.3.1 Kekuatan (Strenghts) Syarikat kami mempunyai pengalaman dalam membuat perhiasan buatan tangan. Selain itu, reka bentuk hasil daripada produk kami adalah hasil gabungan daripada buah fikiran kumpulan kami dan mempunyai keunikan tersendiri. Kami juga berkerjasama dalam sebuah kumpulan. 4.3.2 Kelemahan (Weaknesses) Kelemahan dalam syarikat kami adalah kekurangan sumber bahan mentah dan juga kurang kemudahan misalnya pengangkutan untuk membeli bahan mentah yang diperlukan untukl menghasilkan produk yang bakal kami niagakan. 4.3.3 Peluang (Oppurtunities) Peluang bagi kami untuk mencapai keuntungan yang tinggi adalah pelanggan akan menyukai idea yang akan kami persembahkan melalui penghasilan produk kerana mempunyai keunikan tersendiri. 4.3.4 Ancaman (Threats). Ancaman bagi syarikat kami adalah terdapat banyak pesaing yang menjual produk yang sama dengan produk yang bakal kami niagakan semasa pelancaran jualan. 4.4 Pengurusan Bajet

Syarikat kami yang mempunyai 11 orang telah bersetuju untuk memulakan perniagaan jenis perkongsian dengan setiap orang akan membayar sebanyak RM 30.00 setiap orang. Dengan RM 330.00 kami anggarkan mencukupi bagi kami untuk memulakan
13

perniagaan. Melalui modal yang minimum dan pengeluaran yang maksimum, kami akan mencapai keuntungan yang kami inginkan. 5.0 5.1 INDUSTRI, PASARAN DAN ANALISIS PERSAINGAN Ciri-ciri industri

Bagi industri barang perhiasan, terutamanya perhiasan wanita adalah sangat besar dan jika pengurusan dalam penghasilan produk diurus dengan baik dan berjalan dengan lancar ianya akan membawa keuntungan. Pengurusan dari segi perakunan dan kewangan adalah sangat penting dan juga pengurusan dalam setiap jawatan yang terdapat dalam sesebuah industri adalah penting untuk bersaing dengan industri yang lain yang lebih besar lagi. 5.2 Persaingan yang dihadapi dalam pasaran

Industri perhiasan adalah besar, dengan ini persaingan juga turut juga tinggi. Contohnya, EKSPO yang akan datang, sebanyak 260 kumpulan yang mengambil bahagian dalam EKSPO tersebut. Terdapat 50% adalah industri perhiasan iaitu sebanyak 130 kumpulan. Untuk mengatasi kesukaran ini kami telah kembangkan beberapa idea untuk mengatasi ancaman. Terutamanya kami akan mempersembahkan keunikan produk kami yang akan dipromosikan kepada pelanggan. Seterusnya, melalui pemasaran dan promosi, kami akan sebarkan iklan-iklan kepada di seluruh Universiti Malaysia Sabah agar pelanggan sedia maklum tentang kewujudan syarikat kami di pasaran. 5.3 Analisis Pasaran
14

Analisis pasaran ialah satu kajian tentang pasaran yang ingin diceburi oleh syarikat kami iaitu pasaran industri barang perhiasan. Kewujudan pesaing-pesaing dalam industri barang perhiasan menunjukkan terdapat banyak syarikat yang berminat dalam industri ini dan ia membawa maksud bahawa syarikat kami akan bersaing dengan syarikat lain untuk mendapatkan syer pasaran yang lebih luas. Oleh itu, industri barang perhiasan sememangnya berpotensi untuk dimajukan secara lebih meluas lebih-lebih lagi jika syarikat-syarikat dalam industri ini boleh mendapat keuntungan yang lebih daripada normal. Setelah analisis ini dijalankan, semua pekongsi telah sebulat suara setuju untuk menghasilkan gelang tangan sebagai produk utama syarikat kami. Hal ini disebabkan, produk ini tidak dikeluarkan oleh syarikat lain. Syarikat kami melihat bahawa ia merupakan satu peluang dalam pasaran yang boleh diisi dan diceburi agar dapat menjana keuntungan yang memuaskan kepada syarikat kami. 6.0 6.1 PERANCANGAN PASARAN Sasaran Pasaran

Sasaran pasaran CB Sdn. Bhd. ialah terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi, pensyarah, kakitangan UMS serta orang luar yang datang berkunjung ke UMS. Lokasi yang dipilih adalah strategik kerana sasaran utama kami iaitu para mahasiswa/wi sememangnya berada di sana sepanjang hari untuk ke perpustakaan. Malahan lokasi juga berdekatan dengan perhentian bas para mahasiswa/wi. Hal ini akan memudahkan kerja kami untuk menarik lebih ramai pelanggan dan seterusnya membolehkan kami berupaya untuk menjual lebih banyak jualan produk dan sekaligus meningkatkan keuntungan kami.
15

Seperkara lagi yang turut mempengaruhi jumlah sasaran kami ialah masa operasi berniaga kami dijalankan. Kami memilih untuk berniaga pada hari-hari biasa sesi perkuliahan dijalankan iaitu dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang kerana jumlah pelanggan yang terdiri daripada mahasiswa/si lebih ramai pada hari tersebut berbanding pada hujung minggu. 6.2 Strategi Pasaran

Strategi pasaran mengandungi beberapa aspek seperti strategi produk, strategi harga, strategi promosi dan corak pengedaran. 6.2.1 Strategi produk Pemilihan produk yang bakal dijalankan adalah berdasarkan kepada keperluan dan kehendak para pelanggan sendiri iaitu setelah kami melakukan beberapa tinjauan dan pemerhatian terhadap mereka. Kami memilih untuk menjual gelang tangan kerana kebanyakan pelanggan suka memakai aksesori ini bukan sahaja untuk ke kuliah malah untuk keluar ke kota atau pekan. Namun, ada juga yang memakai aksesori sekadar suka-suka sahaja. Bagi kerongsang, pin tudung dan pin rambut pula, kami memilih untuk menjual produk ini kerana hampir 100% pelanggan wanita kami menggunakan aksesori ini setiap hari, tidak kira masa dan tempat. Bagi key chain pula, kami memilih untuk menjual produk ini kerana aksesori ini amat popular dalam kalangan mahasiswa/si. Hasil tinjauan kami, ramai mahasiswa/si menggunakan aksesori ini pada beg, telefon serta pada kunci rumah, kereta, dan motosikal mereka. 6.2.2 Strategi harga

16

Memandangkan pelanggan utama kami terdiri daripada mahasiswa/si yang tidak mempunyai sumber pendapatan (tidak bekerja), kami menjual produk dengan konsep mesra pelanggan iaitu menjual produk dengan harga yang rendah dan berpatutan. Setelah mengambil kira semua kos operasi, bahan mentah, faktor persaingan dan lainlain, kami bersetuju untuk menjual produk kami dengan harga berikut:

Bil.

Produk

Harga (RM)

Harga diskaun (RM) 1.70 1.20 1.20 1.50

01. 02. 03. 04.

Gelang tangan Kerongsang Pin tudung/rambut

2.00 1.50 1.50 1.80

Key Chain

Jadual 6.2.2 Strategi harga produk CB Sdn. Bhd Kami juga memilih untuk memberikan harga diskaun bagi produk kami kerana ianya juga merupakan strategi kami untuk menarik lebih ramai pelanggan datang membeli. 6.2.3 Strategi promosi Syarikat kami telah membuat beberapa strategi bagi mempromosikan produk kami kepada para pelanggan. Selain daripada menghias gerai kami dengan cantik dan menarik bagi menarik kedatangan pelanggan, kami juga mengedarkan keratan-keratan kertas untuk mengiklankan produk kami di samping menampal poster-poster syarikat di

17

semua kawasan UMS. Antara kawasan utama yang ditampal dengan poster dan iklan mengenai jualan produk syarikat ialah di perhentian bas di setiap kolej kediaman (AB, CD, E, IP dan KF), di perhentian bas di dewan kuliah serta di setiap sekolah yang ada di UMS. Selain itu, kami juga mengiklankan produk kami di lama sosial seperti Facebook dan Twitter. Melalui cara ini, pelanggan akan mengetahui tentang kehadiran produk kami di pasaran dan 6.2.4 Corak Pengedaran Kami memilih untuk mengedarkan produk kami menggunakan dua kaedah iaitu pengiklanan dan penjualan serta merta dan pembungkusan. Memandangkan produk kami adalah produk yang telah siap (barangan siap), pelanggan hanya perlu memilih produk kesukaan mereka lalu membeli. Syarikat kami sudah tentu menjual serta merta barangan tersebut kerana pelanggan sendiri yang datang untuk membeli barangan kami. Bagi pelanggan yang tidak berada di gerai (hanya memesan melalui telefon,

Facebook atau Twitter, kami akan menggunakan kaedah pembungkusan bagi


mengedarkan atau menghantar produk kepada mereka. 6.3 Bil. 01. 02. 03. Bajet Pasaran Jenis iklan yang digunakan Keratan kertas Poster Laman social (Facebook & Twitter) Jumlah Kuantiti (unit) 100 100 200 Kos (RM) 5.00 7.00 12.00

18

6.4

Perancangan Operasi

Perancangan Perkhidmatan Perancangan perkhidmatan memainkan peranan penting dalam

menentukan keberkesanan operasi suatu perniagaan melalui proses yang sistematik dan teratur. Syarikat kami akan beroperasi pada 08 hingga 09 Mei 2012, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. 7.0 PERANCANGAN OPERASI

7.1 Perancangan Perkhidmatan Perancangan perkhidmatan memainkan peranan penting dalam

menentukan keberkesanan operasi suatu perniagaan melalui proses yang sistematik dan teratur. Syarikat kami akan beroperasi pada 08 hingga 09 Mei 2012, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. 5.0.1 Cara penghasilan Proses-proses pembuatan produk kami (a) Gelang Tangan
.

Menyediakan bahan-bahan yang digunakan seperti manik, riben, benang dan jarum

Memilih warna riben dan manik yang dikehendaki

Seterusnya ,memasukkan benang ke jarum dan menjahit riben bersama-sama dengan manik.
19

Gelang tangan siap dan boleh dijual

(b) key chain.


Menyediakan bahan- bahan yang akan digunakan seperti manik, riben, benang dan jarum

Memilih variasi warna manik dan riben mengikut kesesuaian dan kekreatifan

Seterusnya, memasukkan benang ke jarum dan menjahit riben bersama-sama manik Produk berjaya dihasilkan

(c) Pin rambut

Menyediakan pin rambut dan aksesori seperti bunga yang sesuai

Menyisipkan bunga untuk reka bentuk ke atas pin rambut

Meletakkan gam ke atas pin rambut untuk melekatkan bunga ke pin rambut.

20

Pin siap dibuat dan sedia digunakan. (d) Kerongsang atau pin .

Menyediakan bahan-bahan seperti bunga dan kancing pin dan gam UHU

Menyisipkan bunga ke kancing pin

Membentuk kancing pin sehingga membentuk sebentuk kerongsang ataupun pin.

Pin rambut siap dan sedia dijual 5.1 Bahan mentah yang digunakan

Bahan mentah yang kami gunakan sebagai asset penghasilan produk kami iaitu pin rambut, key chain , kerongsang dan juga gelang tangan terdiri daripada manik aneka warna, Kristal, riben fabrik, riben emas (satin), benang jeans, jarum, bunga getah, gam UHU, pemetik api dan juga tali getah. 5.2 Tenaga Kerja

Tanpa sumber tenaga pekerja, maka adalah sukar untuk mencapai suatu matlamat yang telah dirancangkan. Kumpulan kami terdiri daripada 11 orang, iaitu gabungan tiga siswa dan lapan siswi yang masing masingnya berlatar

21

belakangkan asal usul dan pengambilan kursus pengajian yang berbeza. Memandangkan penghasilan produk syarikat kami hanya mengambil yang singkat, maka pembahagian tugas yang ringkas telah dilaksanakan. Kami memperuntukkan individu yang bertanggungjawab menguruskan penghantaran bahan mentah ke tapak penjualan, membuat produk secara langsung kepada pelanggan semasa hari EXPO, menguruskaan kewangan dan lain lain. 5.3 Pengurusan Stok

Memandangkan produk yang syarikat kami hasilkan berasaskan barang bukan makanan, maka kami membeli bahan mentah secara pukal dan menyimpannya di kolej kediaman seawal tiga minggu sebelum hari EXPO. Kami merancang untuk hanya memasarkan dua per tiga daripada bahan yang telah siap diproses dan separa siap untuk dipasarkan dan mengeluarkan stok simpanan sekiranya permintaan meningkat secara mendadak. 5.4 Jentera yang Diperlukan

Syarikat kami hanya menggunakan rangkaian internet untuk menyebarkan maklumat kepada para pelanggan dan Microsoft Office untuk menghasilkan iklan sebagai wacana yang menyampaikan maklumat tentang produk syarikat yang akan kami hasilkan dengan kreatif dan menarik. 5.5 Rangkaian Pembekal

Segala bahan bahan mentah yang digunakan oleh syarikat kami diperoleh daripada pembekal yang menjual bahan bahan aksesori wanita yang berasaskan manik. Kesemua bahan mentah dibeli secara pukal di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah kerana kosnya yang lebih murah dan kualitinya baik.

22

5.6

Bajet Operasi Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak RM 300 RM 500 dijangka akan digunakan bagi membeli bahan bahan mentah, menyewa tapak dan membersihkan kawasan perniagaan.

8.0

PERANCANGAN KEWANGAN 8.1 keperluan Kewangan. Syarikat kami yang dianggotai oleh 11 orang pekongsi telah bersetuju untuk memulakan perniagaan berbentuk perkongsian ini dengan syer modal RM50 bagi setiap pekongsi. Dengan jumlah modal RM 550 ini, kami andaikan ia adalah cukup untuk memulakan perniagaan kami seterusnya mencapai untung yang diinginkan. Berikut adalah merupakan senarai keperluan bagi perniagaan CB accessory Sdn Bhd:
Bahan Manik kristal Bunga 14mm Bunga 10mm Gold ribbon Satin ribbon 1/4 Benang jeans Jarum Sepit rambut Harga (RM) 4 5 0.30 0.20 1.70 0.65 1.40 2 6.30 Kuantiti 20 6 160 110 2 11 3 2 1 Jumlah (RM) 80 30 48 22 3.40 7.15 4.20 10.60 6.30

23

Gam UHU

1.90

4.80 217.05

8.2 JUALAN Produk Harga (RM) 1.80 1.50 0.50 2.50 Kuantiti (unit) Jumlah Jualan (RM) 90.00 90.00 30.00 125.50 335.50

Key chain Kerongsang Pin rambut Gelang tangan

50 60 50 50

8.3 PENYATA PENDAPATAN Perkara Jualan (-): Kos barang dijual Keuntungan kasar (-): Perbelanjaan Perbelanjaan mencetak sewa Perbelanjaan pengangkutan Perbelanjaan luar jangkaan 5.00 40.00 50.00 70.00 -145.00 Untung bersih 36.10 RM 335.00 -163.90 181.10

8.4 LEMBARAN IMBANGAN

24

Aset Aset tetap

RM 0

Liabiliti + ekuiti pemilik Liabiliti

RM 0

Aset semasa Tunai 463.90

Ekiuti pemilik Modal Untung bersih 500.00 36.10 463.90

Jumlah aset

463.90

Jumlah liabiliti + ekuiti pemilik

8.5 PENYATAAN ALIRAN TUNAI Perkara Baki tunai awal Tunai diterima (-) Bayaran tunai Baki tunai akhir RM 0.00 500.00 308.90 191.10

9.0

RISIKO PENGURUSAN

9.1 RISIKO PENGURUSAN DAN STRATEGI MENGATASINYA

PERSAINGAN Persaingan untuk berniaga bagi produk perhiasan (accessory) seperti gelang tangan (bracelet), kerongsang (brooch), pin tudung dan pin rambut, dan key chain akan berlaku kerana cafeteria kampung E juga mempunyai mini Market yang menjual perhiasan seperti ini serta daripada kumpulan-kumpulan yang lain yang menjalankan perniagaan barangan perhiasan yang hampir sama. Oleh itu, risiko yang mesti dihadapi

25

ialah cara memasarkan produk kepada pengguna agar dapat menarik minat pelanggan untuk membeli dan seterusnya dapat meningkatkan keuntungan perniagaan. Penyelesaian : Bagi mengatasi masalah persaingan, strategi yang perlu dilaksanakan ialah seseorang peniaga seharusnya cuba untuk menyakinkan dan menarik minat pelanggan terhadap produk yang diniagakan. Tingkat harga yang dikenakan juga hendaklah berpatutan dan memuaskan hati pelanggan untuk menarik minat mereka seterusnya dapat mengatasi masalah persaingan. Selain daripada itu juga, kami akan menghasilkan reka bentuk daripada permintaan pelanggan mengikut bahan yang bakal kami sediakan yang mana para pelanggan boleh memilih warna yang mereka kehendaki dan seterusnya kami akan menyediakan produk tersebut pada waktu yang sama. KETIDAKPUASAN PELANGGAN TERHADAP PRODUK Terdapat juga pelanggan yang berkemungkinan tidak berpuas hati terhadap produk kami dan meragui kualiti produk kami. Mereka juga ingin mengenal pasti samada harga jualan produk adalah berpatutan atau tidak dengan kualiti produk kami. Oleh kerana itu pelanggan kami mungkin akan membandingkan kualiti dan harga jualan produk kami dengan kumpulan-kumpulan lain yang menjual perhiasaan. Penyelesaian : Kami akan menyediakan pelbagai jenis corak produk yang terbaru dan unik serta berbeza daripada perhiasaan yang dijual di Mini Market dan kumpulan-kumpulan yang lain agar dapat menarik minat orang ramai untuk membelinya serta mengenakan harga
26

jualan yang berpatutan dengan kualiti produk. Selain daripada itu, pelanggan yang tidak mengemari produk yang sudah siap sedia maka mereka boleh menentukan rekaan dan warna yang mereka gemari pada waktu tersebut. SIKAP PEMBELI Sikap pembeli yang tidak mengendahkan semasa berniaga juga merupakan salah satu risiko yang akan dihadapi semasa memasarkan perniagaan perhiasan ini. Walaupun kami memasarkan perhiasaan ini contohnya di papan-papan kenyataan tetapi risiko ini juga akan dihadapi kerana terdapat segelintir pelanggan yang tidak menunjukkan reaksi atau tindakbalas semasa seseorang berniaga itu mengiklankan produk tersebut. Oleh itu, sebagai seorang usahawan atau peniaga, risiko ini harus di hadapi dengan mengambil inisiatif dan melakukan inovasi dalam pemasaran agar dapat menarik minat pelanggan. Penyelesaian: Bagi mengatasi masalah ini kami telah menggunakan teknik promosi, pemujukan, dan mengaji minat serta kehendak pelanggan terlebih dahulu. Kebanyakkan pelangan akan gemar melihat sesuatu rekaan yang menarik. Oleh itu kami akan menambahkan dan meletakkan eksesori yang lebih menarik pada perhiasaan tersebut. 10.0 KESIMPULAN. Kesimpulannya, produk yang dihasilkan oleh syarikat kami merupakan produk yang mematuhi kehendak para pelanggan. Ini dapat memastikan supaya pelanggan mendapatkan kepuasan yang maksimum apabila berbelanja dalam

27

produk yang dihasilkan oleh syarikat kami. Dengan itu, jualan produk kami akan mencapai tahap yang disasarkan di samping untuk menghasilkan produk merupakan bahan yang berkualiti. Ini boleh memastikan jangka hayat produk adalah panjang dan berbaloi dibeli. SUMBER RUJUKAN 1. Universiti Utara Malaysia (2010). Asas Pembudayaan Keusahawanan. Disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Majlis Keusahawanan Mahasiswa University-Universiti Malaysia (MAKMUM). 2. Peggy, Charles (2003). Entrepreneurship. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall. 3. Rwigema Henry (2004). Advanced Entrepreneurship. Cope Town, South Africa: Oxford Southern Africa. 4. Stephen P. Robbins, Mary Coulter (2009). Management. 10th Edition. New Jersey: Prentice Hall. 5. Shaari Isa (2004). Accounting Principles. 2nd Edition. New Jersey:Prentice Hall. 6. Gary Amstrong, Philip Kolter, Geoffrey da Silva (2006). Marketing: An

Introduction An Asian Perspective. 8th Edition. New Jersey: Prentice Hall

28

12. LAMPIRAN 12.1 Carta Gantt 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

minggu perkara
Penerangan mengenai pelancaran jualan Pembahagian tugas Pembentangan idea perniagaan Memastikan produk perniagaan Bajet Perjumpaan dengan penyelia Pembentangan kertas proposal Penghantaran proposal Persediaan EKSPO EKSPO Persediaan laporan perniagaan Penghantaran laporan perniagaan

29

12.2

Peta Lokasi Perniagaan

Lokasi Penjualan : Di Luar Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah

Jalan masuk ke Universiti Malaysia Sabah

30

You might also like