You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID SEKOLAH BIL.3/2013 Sekolah Kebangsaan Karamunting W.D.T. No.

25 90009 Sandakan Sabah No. Tel & Faks : 089-611986 Perkara Tarikh / Hari Tempat Masa : : : : MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL.3/2013 7 SEPTEMBER 2013 / SABTU BILIK GERAKAN TUN MAHATHIR SEK. KEB. KARAMUNTING 7.30 PAGI 9.30 PAGI

KEHADIRAN 1. Habib Abd Rahman b. Habib Mahmud 2. Jamaluddin b. Saling 3. Monica @ Nur Azie bt. Intang 4. Ajijah bt. Ariffin 5. Amali bt. Ibrahim 6. Aminah bt. Hamid 7. Eliabeth Liow Vun Ngar 8. Engku Zarina bt. Engku Musa 9. Haslina bt. Munih 10. Hayati bt. Talip 11. Hj. Mohd Nazri b. Hj Apin 12. Ismail b. Alias 13. Jaidah bt. Idris 14. Jaidah bt. Idris 15. Jessy bt. Nampat 16. Juraini San Juan 17. Khairiah bt. S Abdul Aziz 18. Lumiah bt. Lamadai @ Sapow 19. Marliyana bt. Manja 20. Martini bt. Ali 21. Masdinah bt. Apong 22. Mohd Ajan b. Jakilan 23. Mohd Syah b. Jemilin 24. Noor Aini bt. Hussin 25. Noor Aini bt. Hussin 26. Nor Hasyimah bt. Mahamood 27. Nur Illani bt. Md Ariffin 28. Rahidah @ Roslinah bt. Pg. Hj Mansah 29. Rajid b. Amat 30. Rosidah bt. Abu Bakar 31. Samuel Chin Jin Ming 32. Sebariah bt. Awang Tahir

Guru PK HEM Guru PK Petang Guru PK Kokurikulum Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru 1

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID SEKOLAH BIL.3/2013 33. Siti Faizah bt. Hassan 34. Sitti Norah bt. Mohamad 35. Stefanie K. Nirmal 36. Surija bt. Hapid 37. Susyana bt. Samiran 38. Syafiqah Izwah bt. Ishak 39. Taharuddin b. Brahim 40. Tan Mee Ling 41. Taquddin Ansori b. Mohd Amir 42. Vensaid Gusman Alonto 43. Wan Mohd Sharahuddin b. Wan Jusoh 44. Zalina bt. Amat @ Ahmad 45. Zulkifli Ahmad b. Jusoh TIDAK HADIR BERSEBAB : MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN APC-PENDAFTARAN 1. Mokhtar b. Mohd Neng 2. Nursakinah bt. Abdullah 3. Fauziah bt. Said 4. Hassan b. Abas 5. Marilou De Guzman 6. Nastain b. Ahmad 7. Noor Akmar bt. Azammudeen 8. Nurhazrina bt. Abu Bakar 9. Nurmida bt. Hamid 10. Ratna bt. Thamrin 11. Rozita bt. Abdul Latif 12. Saadiah bt. Ag Yahya 13. Salinah bt. Buhaira 14. Umar b. Ab Rasak PSKPPS 1. Abdullah b. Ajis 2. Abdullah b. Hussin 3. Amat b. Abas 4. Ebrahim b. Tahir 5. Mohd Aris b. Arshad LINUS 1. Heniah bt. Chukup 2. Nurul Ain bt. Ahmad 3. Paridah @ Faridah bt. Ibrahim 4. Rafiqa Hanie bt. Awang Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru

Guru Besar Guru PK Pentadbiran Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru Guru

Guru Guru Guru Guru Guru

Guru Guru Guru Guru 2

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID SEKOLAH BIL.3/2013 CUTI 1. Herdawati @ Nurul Helmi bt. Hassan 2. Puteh Munirah bt. Ibrahim

Guru (Cuti Sakit) Guru (Cuti Bersebab)

AGENDA 1. Ucapan alu-aluan Pengerusi / Guru Besar 2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu 3. Perkara Berbangkit 4. Pelaporan Buku Jadual Kehadiran Murid Pagi / Petang (Analisis) 5. Pelaporan Pengurusan Kelas (Kebersihan, Keceriaan dan ABM) 6. Pengurusan Kantin / RMT 7. Fail KSSR (Tahap 1) dan Rekod Prestasi Murid Murid (Tahap 2) 8. Bilik SPBT 9. Lain-lain Hal

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID SEKOLAH BIL.3/2013 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI / GURU BESAR Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dan mengucapkan terima kasih kerana memberikan komitmen yang baik untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Hal Ehwal Murid Bil.3/2013. Guru Besar tidak dapat hadir atas sebab bertugas di Majlis Sambutan Hari Guru dan APC dan menyampaikan salam kepada semua. Mesyuarat kali ini ramai guru yang tidak hadir atas sebab bertugas di luar. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Minit mesyuarat yang lalu telah disahkan oleh Puan Sebariah bt. Awang Tahir dan telah disokong oleh Puan Surija bt. Hapid. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Encik Habib Abdul Rahman b. Habib Mahmud a) Pengawal Keselamatan bertanggungjawab mengunci pintu pagar sekolah semasa waktu Aktiviti Kokurikulum dijalankan untuk mengelakkan muridmurid ponteng untuk melakukan aktiviti tersebut. Dalam kejadian sebelum, pihak berkenaan berjaya menangkap tujuh orang murid yang cuba keluar dari sekolah melalui pintu pagar kuarters sekolah. b) Semua guru kelas tahun 2013 mendapatkan maklumat mengenai rekod murid dan memastikannya lengkap terletak di dalam fail murid. Puan Aminah bt. Hamid akan memberikan penerangan yang lebih terperinci dalam satu mesyuarat yang lain yang akan diberitahu kelak. c) Antara punca masalah disiplin murid juga disebabkan oleh guru yang lewat masuk ke bilik darjah dan dinasihatkan agar semua guru bertanggungjawab untuk menepati masa dan masuk ke kelas lebih awal. 3.2 Ustaz Haji Nazri b. Haji Apin Ibu bapa dinasihatkan agar berpakaian sopan semasa melakukan sebarang urusan di sekolah. Ini merupakan salah satu cara untuk memupuk nilai murni yang boleh dijadikan contoh kepada semua murid. Puan Nor Azie bt. Intang (GPK Kokurikulum) Guru kelas wajib menyediakan dan menampal jadual waktu murid dan jadual waktu tugasan murid yang telah rosak di dalam bilik darjah di ruang papan kenyataan.

2.0

3.0

3.3

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID SEKOLAH BIL.3/2013 4.0 PELAPORAN BUKU JADUAL KEHADIRAN MURID PAGI / PETANG (ANALISIS) 4.1 Encik Habib Abdul Rahman b. Habib Mahmud 4.1.1 Kedatangan Rekod kehadiran murid setiap hari dilengkapkan dengan baik dan guru kelas diminta melengkapkan juga semua maklumat yang terdapat di bahagian belakang buku rekod tersebut. Kiraan peratus juga mesti ditulis di bahagian belakang buku tersebut agar lengkap dan sempurna. Alhamdulillah semua kehadiran dikemaskini secara on-line oleh Cik Hazirah dan mohon kerjasama guru kelas untuk meletakkan kembali buku rekod kehadiran di rak di pejabat selepas mengambil kehadiran murid. 4.1.2 Analisis Analisis kehadiran bagi semua kelas adalah baik dan Sekolah Kebangsaan Karamunting merupakan salah sebuah sekolah yang awal menghantar laporan.

5.0

PELAPORAN PENGURUSAN KELAS (KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN ABM) Semua guru dinasihatkan agar memastikan murid-murid membersihkan kelas sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula di awal pagi dan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran tamat di akhir waktu. Pemberian penyapu oleh Unit Keceriaan dan Kebersihan membantu murid lebih rajin untuk membersihkan kawasan kelas. Setiap bilik darjah wajib ada jadual waktu dan jadual tugasan murid agar apabila pemantauan dilakukan oleh pihak tertentu berjalan lancar. Bahan bantu mengajar adalah digalakkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid memahami ilmu pengetahuan yang disampaikan guru. PENGURUSAN KANTIN / RMT 6.1 Puan Engku Zarina bt. Engku Musa Pengurusan kantin dan RMT berjalan lancar dengan seramai 504 murid pada waktu pagi dan 492 pada waktu petang. Setiap hari pemantauan dilakukan dan laporan dibuat oleh Puan Ratna bt. Thamrin dan dibantu oleh Puan Engku Zarina bt. Engku Musa, Encik Hassan b. Abas dan Puan Aminah bt. Hamid. Pihak kantin menyediakan makanan mengikut menu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Terdapat beberapa orang murid yang keluar membeli makanan berdekatan kawasan sekolah dan pihak sekolah telah menasihatkan peniaga-peniaga tersebut agar tidak menjual makanan tersebut kepada murid-murid dan pengawal bertanggungjawab menutup pintu pagar agar murid tidak keluar. FAIL KSSR (TAHAP 1) DAN REKOD PRESTASI MURID (TAHAP 2) 7.1 Puan Aminah bt. Hamid Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru tahap 1 kerana meletakkan bukti untuk setiap Fail KSSR setiap murid. Guru kelas diminta memberikan seorang nama murid yang cemerlang dalam mata pelajaran. Semua mata pelajaran hendaklah memberikan satu nama murid untuk dijadikan sebagai contoh. Murid-murid tahap 2 pula boleh mendapat markah

6.0

7.0

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID SEKOLAH BIL.3/2013 ujian murid di dalam SAPS dan boleh terus dicetak untuk ditampal di dalam buku rekod prestasi murid serta dicop dan ditandatangan oleh GPK HEM. 8.0 BILIK SPBT Pertukaran bilik SBPT ditentukan oleh Guru Besar selepas perbincangan bersama para pentadbir untuk memudahkan proses peminjaman dan pemulangan buku tersebut. Proses pemulangan buku teks akan lebih tegas dengan pemberian slip keputusan peperiksaan UPSR akan diberikan apabila murid memulangan semua buku teks dan kehilangannya hendaklah diganti atau membuat pembayaran bagi buku tersebut mengikut harga pasaran. Mata pelajaran Sejarah akan diperkenalkan pada tahun 2014. HAL LAIN-LAIN 9.1 Puan Siti Faizah bt. Hassan Bekas makanan untuk murid-murid RMT tidak mencukupi dan murid-murid terpaksa menunggu murid-murid yang lain menghabiskan makanan dan bekas tersebut telah digunakan terlalu lama sehingga bekas tersebut bertukar warna. Puan Sitti Norah bt. Mohamad Guru-guru yang terlibat diminta untuk memberikan kata-kata hikmah kepada Unit Keceriaan dan Kebersihan sekolah untuk ditampal di sekitar kawasan sekolah. Insya Allah, pihak berkenaan akan menjemput empat buah sekolah berdekatan semasa Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan. Ustaz Ismail b. Alias Guru hendaklah memastikan murid-murid tidak membeli makanan dan minuman semasa waktu proses pengajaran dan pembelajaran kerana tindakan tersebut menyebabkan guru-guru yang makan dan minum di kantin kurang selesa. Encik Taharuddin b. Brahim Memberi cadangan agar pintu setiap bilik darjah dikunci agar barang-barang di dalam kelas tersebut tidak hilang dan haiwanhaiwan lain tidak masuk ke dalam kelas tersebut.

9.0

9.2

9.3

9.4

9.5

Encik Jamaluddin b. Saling (GPK Petang) Murid bertugas dinasihatkan mengawal murid-murid tahap 1 semasa Aktiviti Kokurikulum berjalan agar muridmurid tidak berkeliaran di kawasan sekolah. Puan Azie bt. Intang (GPK Kokurikulum) Ibu bapa yang lewat mengambil anak-anak pulang pada waktu petang dikehendaki mengambil anaknya sendiri di dalam kawasan sekolah agar keselamatan anak-anak terjamin dan murid tersebut tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di luar kawasan sekolah.

9.6

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID SEKOLAH BIL.3/2013 Mesyuarat Hal Ehwal Murid Bil. 3/2013 ditangguhkan pada jam 9.30 pagi.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

..................................................... (PUAN SAADIAH BT. AG. YAHYA)

...................................................... (ENCIK HABIB ABDUL RAHMAN) B. HABIB MAHMUD) GPK Hal Ehwal Murid SK Karamunting, Sandakan Tarikh :

Setiausaha Mesyuarat HEM Sekolah Bil. 3/2013 SK Karamunting, Sandakan Tarikh : 7 September 2013

Dicadangkan oleh :

Disokong oleh :

...................................................... ( Tarikh : )

..................................................... ( Tarikh : )

You might also like