You are on page 1of 17

REFLEKSI

NAMA NO. K/P

: NUR ATIKAH BINTI MOHD NASRUDIN : 910714-03-5356

NO. MATRIK : 0610/1986


KUMPULAN : SAINS

Kami telah diberi tugasan untuk menganjurkan dan mengelolakan satu permainan tradisional iaitu permainan galah panjang. Pada saya permainan tradisional yang kami pilih ini sememangnya terkenal dan biasa dilihat dan ada yang sudah mempunyai pengalaman bermain tetapi dalam konteks ini bukan bermain yang ditekankan tetapi pengurusannya yang menjadi tugasan utama. Sebelum menjalankan pertandingan ini, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat. Perjumpaan pertama adalah melibatkan aktiviti pelantikan ahli jawatankuasa. Dengan terbentuknya jawatankuasa penganjur ,maka pertandingan permainan tradisional ini telah dapat dijalankan dengan jayanya. Mesyuarat-mesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemaskini aktiviti serta berbincang masalah yang timbul. Di samping itu juga, setiap biro akan dipantau mengenai gerak kerja mereka. Aktiviti seumpama ini melatih diri guru setiap pelatih untuk lebih memahami akan aspek pengurusan dan pelolaan sebarang jenis aktiviti yang diberikan sebagai satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan. Beberapa perkara telah diajar dan ditegur serta dibimbing oleh Puan Liza Binti Saad selaku bekas pensyarah pembimbing. Tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau meninggalkan kesan yang cukup bermakna kepada saya. Pada kali ini, saya telah diberikan tugasan sebagai ahli jawatankuasa dokumentasi. Antara tugasan yang perlu disempurnakan adalah untuk mengambil gambar bagi tujuan pendokumentasian. Selain itu juga, biro ini dikehendaki membuat poster sebagai hebahan kepada warga IPG Perlis akan pertandingan yang bakal diadakan. Seterusnya, kami memulakan acara permainan tradisional dengan sesi taklimat ringkas. Pada dasarnya, kami telah memberikan pamplet kepada peserta sebelum hari telah

pertandingan akan peraturan permainan galah panjang ini. Oleh yang demikian, mereka telah memahami serba sedikit permainan yang akan dijalankan. Permainan bermula dengan amat meriah dan kelihatan para peserta amat gembira walaupun pada mulanya terdapat peserta yang agak kekok dengan permainan tradisional ini akan tetapi mereka akhirnya dapat menyesuaikan diri dengan permainan ini. Ada pemain yang biasa bermain da nada yang tidak pernah bermain. Namun, semua itu bukan ukuran kerana melalui kerjasama dan sikap toleransi serta strategi yang digunakan mampu menjadikan kumpulan tersebut mencapai kejayaan. Ada juga peserta yang membantu memberi tunjuk ajar kepada rakanrakan pasukan mereka. Ini sekaligus dapat mengikis sikap pentingkan diri. Melalui aktiviti ini juga, mampu mengeratkan hubungan silaturrahim di antara penganjur dan juga peserta walaupun sebelum ini kami tidak pernah bertegur sapa. Beberapa kekuatan telah saya kenalpasti apabila belajar cara menganjurkan kejohanan atau pertandingan permainan tradisional antaranya saya dapat mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman saya bagaimana menjalankan proses penganjuran yang lebih sistematik. Pengetahuan ini sudah tentu akan membantu saya untuk mengelola sesuatu projek pada masa akan datang. Walaupun program ini telah dirancang dengan penuh rapi dan sistematik. Namun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan. Antara kelemahan ialah terdapat pasukan yang tidak dapat hadir pada hari pertandingan. Kelemahan kami ialah tidak mengesahkan kembali kehadiran mereka pada malam sebelum pertandingan. Walaupun begitu, kami berjaya menangani masalah tersebut. Kesimpulannya sesuatu program pertandingan sukan termasuklah sukan tradisional memerlukan pengurusan yang baik. Pengurusan yang baik pula memerlukan mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman. Di harap agar kekuatan yang yang ada dapat dimurnikan manakala kelemahan yang berlaku bukanlah menyatakan kita ini lemah malah kelemahan ini mengajar setiap individu agar perkara itu tidak diulangi sebaliknya cuba diperbaiki pada masa akan datang. Penghargaan dan pujian harus diberikan kepada peserta kerana memberi kerjasama dan penglibatan yang baik dalam memeriahkan festival sukan permainan tradisional. Tidak dilupakan kepada pensyarah pembimbing Encik Muftar Bin Mohamad Saad serta pemantau pada hari tersebut iaitu Encik Badrulzaman yang banyak memberi tujuk ajar dan nasihat bagi memastikan kami dapat belajar dan terus belajar menjadi guru yang disegani pada masa hadapan.

REFLEKSI

NAMA NO. K/P

: ONG XHING YEE : 920510-02-5534

NO MATRIK : 0610/1734 KUMPULAN : SAINS

Kumpulan kami telah merancang dan menganjur suatu pertandingan permainan tradisional iaitu Permainan Galah Panjang pada 1 Mac 2014. Melalui pertandingan ini, kami telah didedahkan dengan perancangan, pengurusan dan pentadbiran suatu pertandingan permainan tradisional. Daripada proses merancang dan melaksanakan pertandingan ini, saya telah mendapati beberapa kekuatan dan kelemahan. Antara kekuatan yang telah saya dapati adalah setiap biro telah bertanggungjawab terhadap tugas biro masing-masing dalam proses perancangan dan pelaksanaan. Oleh itu, pertandingan telah dijalankan dengan lancar dan berkesan pada hari tersebut. Contohnya, dalam biro hadiah dan makanan, kami telah menentukan memohon hamper daripada majlis menteri besar perlis, biro teknikal dan permaianan pula, menyediakan sistem pertandingan, membuat peraturan, jadual

pertandingan dan sistem permarkahan; biro keselamatan pula menyediakan First-aid dan memberi pertolongan kepada peserta yang cedera; biro persiapan tempat manandakan garisan gelanggang dengan menggunakan tepung supaya kelihatan jelas pada setiap pusingan pertandingan dijalankan serta biro hadiah menyediakan hadiah dengan mendapat sponsorship daripada orang lain. Setiap biro telah melaksanakan tugas dengan sepenuhnya dan saling melengkapi antara satu sama lain agar pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Kerjasama antara rakan-rakan juga telah dipupuk dalam aktiviti ini. Pada pendapat saya, pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan lancar adalah kerana kami telah bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dengan bertoleransi dan bersifat terbuka. Apabila menghadapi masalah dalam proses perancangan dan pelaksanaan, kami

telah berbincang bersama supaya mendapat keputusan yang dipersetujui oleh semua pada akhirnya. Walaupun kadang kala kami mempunyai pandangan yang berbeza, namun kami tetap dapat menanganinya dengan harmoni. Secara tidak langsung, saya juga belajar tentang cara berkomunikasi dan menyelesaikan masalah dengan mengambil kira pendapat rakan-rakan daripada proses ini. Tambahan lagi, hubungan kami juga menjadi lebih erat dalam pelaksanaan pertandingan ini. Seterusnya, kami telah menguasai dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam pengelolaan pertandingan kabaddi ini. Kami telah mengadakan mesyuarat secara rasmi dalam memilih jawatankuasa dan membuat perancangan dari segi kewangan, sistem pertandingan dan peralatan mengikut prosedur yang dipelajari. Dengan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam pertandingan ini, kemahiran kami telah diperkukuhkan lagi. Contohnya, walaupun saya adalah ahli dalam biro hadiah tetapi saya juga dapat menyumbang sedikit tenaga dengan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang telah dipelajari sebelum ini seperti memberi cadangan dalam mengatur pasukan perlawanan dalam jadual pertandingan semasa perbincangan biro kami dijalankan. Walaupun bukan semua cadangan dapat diaplikasikan dalam pertandingan ini, tetapi kemahiran dan pengetahuan saya juga telah dipertingkatkan lagi melalui pertandingan ini. Selain itu, pertandingan ini juga telah mengukuhkan perpaduan antara pelbagai kaum. Ini adalah kerana peserta yang terlibat dalam pertandingan ini terdiri daripada pelbagai kaum dan kami perlu berhubung dengan peserta sebelum pertandingan dijalankan agar mereka mendapat infomasi pada masa pertama. Selain itu, kumpulan kami juga menghantar wakil untuk menjadi peserta ganti akibat terdapat peserta yang cedera dalam sesetengah pasukan. Peserta-peserta dalam pasukan telah bekerjasama untuk menahan pihak penyerang tanpa mengira agama dan bangsa agar dapat mengumpul markah yang banyak kepada pasukan diri. Oleh itu, hubungan silaturrahim telah dibina. Manakala, kelemahan yang saya dapati dalam pelaksanaan pertandingan ini adalah ada satu kumpulan tidak dapat menyertai pertandingan. Masalah ini adalah disebabkan kami tidak menetapkan peraturan sekiranya ada kumpulan tidak dapat menyertai pertandingan, sesuatu tindakan akan diambilkan. Contohnya, pihak penganjur boleh menetapkan bahawa setiap kumpulan perlu membayar sebanyak 10 ringgit dan sebanyak 5 ringgit akan dipulangkan sekiranya kumpulan tersebut dapat melaporkan diri semasa hari pertandingan. Sekiranya tidak, 5 ringgit tersebut tidak akan dipulangkan. Dengan ini, pihak penganjur dapat memastikan setiap peserta akan melaporkan diri pada hari itu.

Selain itu, pihak penganjur juga boleh menyediakan tanah yang lebih lembut untuk menambah tanah yang sedia ada sebelum pertandingan dijalankan atau menukar kawasan gelanggang di atas padang rumput yang lembut agar gelanggang yang digunakan tidak terlalu licin dan dapat mengurangkan bahaya kepada para peserta. Bukan ini sahaja, pihak penganjur haruslah memastikan ukuran gelanggang bagi pertandingan galah panjang adalah dalam ukuran piawai mengikut ukuran yang ditetapkan oleh persatuan galah panjang. Kesimpulannya, penganjuran pertandingan ini telah membolehkan saya memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang amat berharga. Kekuatan yang saya dapati akan terus saya pelajari dan amalkan manakala kelemahan yang peroleh juga akan saya beri perhatian supaya tidak berlaku lagi apabila menganjur pertandingan pada masa hadapan. Akhir sekali, saya amat berterima kasih kepada pensyarah pembimbing kami dan semua pihak yang membantu serta memberi pengalaman yang berharga kepada saya. Pengalaman ini akan membantu saya supaya menjadi seorang guru yang dapat mengurus suatu pertandingan mahupun aktiviti dengan berkesan.

REFLEKSI

NAMA NO. K/P

: RUPINI A/P MANOHARAN : 920418-04-5428

NO. MATRIK : 0610/1740


KUMPULAN : SAINS

Bersyukur kepada tuhan kerana akhirnya kumpulan PISMP Semester 5 berjaya melaksanakan Karnival Sukan Permainan Tradisional telah diadakan pada 1 Mac 2014 di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis secara tertutup. Sebanyak enam buah kelas telah diberikan tugasan untuk menganjur dan mengelolakan pertandingan di mana setiap kelas diminta memilih enam jenis permainan tradisional yang berbeza bagi setiap kelas. Setelah membuat perbincangan dengan semua ahli kelas saya kelas kami iaitu PISMP Sains telah membuat keputusan untuk menganjurkan Pertandingan Galah Panjang. Kami telah menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk membuat pembahagian tugas yang sistematik supaya dapat menganjurkan suatu pertandingan yang cekap dan berkesan. Kali ini saya telah dilatik sebagai biro hebahan dan dokumentasi bersama dua lagi rakan kelas saya. Pengalaman sebagai biro hebahan dan dokumentasi ini cukup besar dan memberi pengalaman yang konkrit kepada saya untuk membuat hebahan tentang permainan kami dan mendokumentasikan segala aktiviti semasa menjalankan pertandingan. Melalui pertandingan yang dijalankan saya dapat membina kemahiran merancang, melaksana dan menguruskan sesuatu pertandingan dengan bersistematik dan berkesan. Sebagai biro hebahan bagi pertandingan ini saya telah memikul tanggungjawab yang besar bagi memastikan pertandingan ini dimaklumkan kepada semua warga IPG kami supaya kedatangan mereka dapat memeriahkan lagi suasana pertandingan. Saya dan ahli

kumpulan saya telah membuat perancangan yang rapi dan membuat hebahan tentang pertandingan kami secara berkesan dengan membuat iklan di laman web social dan menampal iklan di papan kenyataan rasmi IPG dan di sekitar IPG kami yang mana mempunyai tumpuan ramai pelajar IPG kami.

Saya juga diberi tugasan untuk membuat papan peraturan permainan galah panjang untuk membuat tayangan pada hari pertandingan dilaksanakan. Papan peraturan ini sangat penting kerana para peserta permainan galah panjang dapat membuat rujukan sekiranya mereka tidak faham atau pun sebelum pertandingan dimulakan. Melalui tugasan saya juga dapat meningkatkan pegetahuan saya secara mendalam tentang peraturan dan syarat permainan galah panjang. Saya juga bertanggungjawab untuk memberi taklimat mengenai peraturan dan syarat permainan kepada para peserta sebelum memulakan pertandingan. Saya berusaha untuk memberikan taklimat secara berkesan kepada para peserta dan

menyelesaikan segala pertanyaan mereka dengan membuat demontrasi yang betul sebelum pertandingan dimulakan. Walaupun kami menghadapi beberapa masalah yang timbul semasa pertandingan, saya dan rakan kelas berjaya menyelesaikan segala masalah yang timbul. Semasa pertandingan saya menjalankan tugas sebagai biro hebahan untuk memaklumkan para peserta tentang perlawanan yang bakal berlangsung manakala ahli kumpulan saya pula menjadi biro dokumentasi untuk merakam video dan menangkap gambar sepanjang permainan dijalankan. Walaupun saya hanya menjadi biro hebahan dan dokumentasi, saya juga belajar mengenai skop tugasan biro-biro yang lain kerana pengalaman ini sangat berguna kepada saya sebagai bakal guru di sekolah nanti. Saya juga meningkatkan pemahaman saya tentang sistem kalah mati dua kali kerana sistem inilah digunakan oleh kami semasa pertandingan. Semasa menganjurkan permainan tradisional galah panjang ini, antara kelebihan yang kami dapati ialah menjimatkan masa tanpa perlu memberikan penerangan panjang lebar tentang cara bermain kepada para peserta. Kedua yang kami dapati semasa menganjurkan permainan ini ialah para peserta berasa seronok semasa bermain galah panjang ini. Kelebihan yang ketiga ialah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkan permainan galah panjang ini senang di dapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kelebihan yang terakhir ialah masa bagi permainan ini adalah sangat singkat dan boleh menjimatkan masa selain tidak memerlukan susun atur jadual perlawanan yang banyak. Secara keseluruhannya, pertandingan permainan tradisional ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Saya mendapat tahu sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan perancangan yang rapi dimana ia merupakan elemen terpenting dalam bidang pengurusan terutamanya dalam dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki dimana ia akan bertindak sebagai sebuah panduan agar perjalanan pertandingan pada masa akan datang akan berjalan dengan lebih lancar. Projek ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walaupun di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan

pertandingan ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara.

REFLEKSI
NAMA NO. K/P : OWN KE XIN : 920214-13-5018

NO. MATRIK : 0610/1735 KUMPULAN : SAINS

Ini merupakan kali pertama saya dipilih sebagai ketua untuk biro aktiviti. Pada permulaannya, saya tidak mengetahui apa-apa tentang bidang tugas saya. Selepas diberi taklimat oleh pengerusi, saya dan ahli biro saya mula mengadakan mesyuarat untuk menentukan peraturan permainan, syarat bermain, menentukan sasaran, jadual

pertandingan, cara membuat papan permarkahan, borang pemarkahan dan sebagainya. Saya sebagi ketua biro juga mengagihkan tugas-tugas berkaitan dengan protokol dan peralatan kepada ahli biro saya. Dalam penentuan peserta, saya dan ahli biro saya telah mengalami masalah yang besar. Ini adalah kerana jumlah peserta tidak hanya perlu bersesuaian dengan sistem pertandingan, ia juga perlu dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan. Akhirnya kami telah memilih empat kelas dan seramai 42 peserta. Saya dan ahli biro saya juga menentukan bidang tugas semasa hari karnival permainan tradisional agar ahli kelas kita semua faham tentang tugas masing-masing dan dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan lancar pada hari tersebut. Saya mandapati bahawa tugas biro aktiviti adalah sangat berat dan memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu program yang dilaksanakan. Oleh itu, saya sentiasa tanya kawan saya tentang kelemahan yang ada pada saya dan saya sedia menerima teguran agar saya tahu kesalahan yang ada pada saya. Semasa hari Karnival Permainan Tradisional, saya mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang kecil telah timbul iaitu tempat pertandingan itu mempunyai ukuran yang kecil, papan pemarkahan agak kecil serta papan peraturan. Akan tetapi ini tidak mendatangkan sebarang masalah yang besar kepada kita kerana saya dan ahli kelas saya telah berusaha untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Saya juga insaf bahawa tenaga saya sendiri adalah sangat terhad. Tanpa kerjasama dari ahli kelas saya, program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya juga

mendapati bahawa masa untuk setiap pertandingan itu adalah terlalu singkat. Ini adalah kerana terdapat peserta yang bermain tidak puas hati kerana masa pertandingan terlalu pendek. Ini merupakan peluang yang baik untuk saya membuat refleksi agar pada hari yang akan datang, saya dapat mengelakkan masalah ini berlaku lagi. Akhirnya, saya hendaklah mengucapkan terima kasih kepada ahli biro dan kelas saya kerana bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan program yang bermakna ini. Ini merupakan pengalaman yang berharga bagi saya dan saya yakin bahawa pada suatu hari kelak, pengalaman ini dapat membantu saya dan menolong saya menjayakan sesuatu program yang dianjurkan.

REFLEKSI

NAMA NO. K/P

: SAKINAH BINTI CHE IBRAHIM : 920603-03-5096

NO. MATRIK : 0610/1730


KUMPULAN : SAINS

Alhamdulillah, banyak input-input yang berguna diperolehi sepanjang menguruskan pertandingan bagi Karnival Sukan Permainan Tradisional sama ada sebelum, semasa mahupun selepas.Sebelum karnival kami dikehendaki membuat kertas kerja program, saya mendapat pengalaman dalam membuat kertas kerja yang betul dan kemas mengikut format yang ditetapkan. Selain itu, kami juga diberikan peluang oleh pensyarah untuk melakukan latihan percubaan bagi pelaksaan pertandingan yang kami akan anjurkan. Kami memilih permainan galah panjang untuk dipertandingkan pada hari karnival tersebut dan membuat latihan percubaan bersama pensyarah. Hasil refleksi pada hari tersebut, kami masih lagi perlu memantapkan lagi pengurusan kami dan berkomunikasi dengan baik sesama kami agar perjalanan program berjalan lancar . Setiap orang juga perlu memainkan peranan masing-masing sebaiknya. Seterusnya, di peringkat induk pernganjuran karnival ini komunikasi dan semangat kerjasama diantara semua kelas yang terlibat adalah sangat penting. Kurangnya komunikasi yang berkesan dan kerjasama yang kurang akan menggagalkan program karnival kali ini. Namun , dengan semangat kerjasama dan komunikasi yang baik daripada semua pihak yang terlibat. Maka program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Akhir sekali, bukan sahaja daripada aspek pengurusan yang perlu ditekankan dalam program ini. Namun , nilai murni dan warisan nenek moyang ini perlulah dipelihara dan diperkenalkan kepada generasi muda pada masa kini. Takut-takut nanti warisan ini akan hilang dek arus kemodenan. Maka peranan kita sebagai gurulah yang akan memperkenalkan permainan ini kepada pelajar diperingkat sekolah nanti.

REFLEKSI

NAMA NO. K/P

: KIUNG SIEW CHIN : 921123-13-6060

NO. MATRIK : 0610/1731


KUMPULAN : SAINS

Pertandingan Permainan Tradisional telahpun berjaya dilaksanakan pada 1 Mac 2014. Dalam proses membuat perancangan dan perlaksanaan pertandingan tersebut, beberapa kelemahan dan kekuatan telah dikenalpasti. Kekuatan pertama yang dikenalpasti ialah semua ahli jawatankuasa mengetahui tanggungjawab biro masing-masing. Tempoh masa yang diberi oleh pensyarah kami untuk merancangkan pertandingan ini agak panjang, iaitu 6 minggu, kami telah membuat persediaan dari pelbagai aspek yang perlu dirancangkan. Ketua setiap biro telah merancang dan membentangkan di dalam kelas sehingga proses penyediaan pertandingan ini berjaya dilaksanakan. Walaupun terdapat konflik antara pendapat sesama kita, tetapi kami telah bersama-sama menyelesaikan masalah dan mencapai permuafakatan bersama-sama. Pada hari pelaksanaan pertandingan, makanan dan minuman air peserta yang disediakan turut menjadi satu kekuatan. Hal ini demikian kerana makanan yang disediakan membolehkan peserta lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam setiap pelawanan. Kebajikan yang diberi ini dapat mengelakkan rasa terpaksa untuk menyertai pertandingan ini semata-matanya hanya memenuhi hasrat kami sebaliknya mereka berasa sukarela untuk bersama-sama dengan kami untuk menjayakan pertandingan ini dengan kerjasama mereka. Pertandingan galah panjang yang dilaksanakan juga mempunyai kekuatan dari aspek sistem pertandingan yang dipilih. Kami telah memilih sistem kalah mati dua kali. Sistem kalah mati dua kali mempunyai beberapa kelebihan, iaitu peserta berpeluang

bertanding sebanyak dua kali, peserta yang kalah sekali masih berpeluang menjadi johan. Melalui pemilihan sistem pertandingan, saya telah mempelajari bahawa sistem pertandingan yang dipilih adalah mengikut kesesuaian pertandingan tersebut. Disebabkan hanya 4 kumpulan peserta dalam pertandingan galah panjang, sistem kalah mati dua kali diguna supaya pertandingan ini tidak ditamatkan dengan terlalu awal, iaitu kami dapat menjalankan pertandingan ini dalam masa 2 jam. Ia turut memberi manfaat kepada peserta yang kalah pertama kali masih berpeluang menjadi johan. Di samping itu, kami juga mampu menyelesaikan masalah dengan segera berdasarkan perkara yang berlaku di luar jangkaan mengikut keadaan semasa. Misalnya, pada hari pertandingan tersebut, terdapat satu kumpulan tidak hadir. Disebabkan itu, kami bercadang menggunakan sistem bye selepas pengundian antara kumpulan

peserta ditentukan dimana kumpulan peserta yang tidak ada pelawan terus ke peringkat yang seterusnya. Saya menyedari perkara sebegini sememangnya mungkin akan berlaku pada suatu hari kami bertugas sebagai guru di sekolah. Ia turut menguji kefleksibiliti kami semasa berada di situasi tersebut. Kekemasan susun atur peralatan juga merupakan salah satu kekuatan yang dikenalpasti semasa pelaksanaan pertandingan. Misalnya, khemah pendaftaran disediakan, gelanggang galah panjang juga ditetapkan dengan menggunakan marking tape, jadual dan keputusan pertandiangan kemas dan dihiasi dan sebagainya. Maka, penyusunan peralatan telah mengambil kira aspek kemas, teratur, dan selamat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu direfleksi supaya dapat menambahbaikkan lagi penganjuran pertandingan pada masa yang akan datang. Antaranya, lokasi pertandingan galah panjang tidak memusatkan semua peserta. Disebabkan pertandingan ini dijalankan di tapak perhimpunan, keluasannya agak luas dan tidak mempunyai sempadan. Maka, semasa berlangsungnya pertandingan antara 2 kumpulan peserta, kumpulan peserta yang belum sampai giliran akan berjalan ke jauh ataupun duduk di kantin yang bersebelahan dengan tapak perhimpunan. Keadaan ini menyebabkan kekurangan suasana meriah semasa pelaksanaan pertandingan. Keadaan ini dapat ditambahbaik dengan membuat pengumunan kepada peserta lain untuk duduk mengelilingi gelangang galah panjang dan menonton pertandingan. Ataupun penganjur boleh mengehadkan dan membuat satu sempadan bagi kawasan pertandingan galah panjang tersebut. Pertandingan yang dijalankan juga mempunyai kelemahan dalam kurangnya suasana yang meriah. Hal ini demikian berlaku mungkin disebabkan perhiasan yang tidak

mencukupi dan tidak menarik hati peserta. Kelemahan ini dapat diperbaiki dengan mengantungkan banner atau backdrop di antara tiang-tiang supaya dapat dilihat oleh peserta bahawa pertandingan ini sedang dilangsung dan seterusnya meningkatkan kemeriahan suasana pertandingan. Selain itu, kelemahan yang dikenalpasti ialah peraturan pertandingan serta jadual dan keputusan pertandingan kurang jelas jika dilihat dari jauh. Hal ini kerana kami hanya mengguna saiz kad manila yang tidak cukup besar dan perkataan yang digunakan juga menjadi kecil. Keadaan ini telah menyebabkan peserta-peserta perlu mendekati papan untuk melihat peraturan mahupun keputusan pertandingan. Keadaan ini boleh diperbaiki dengan menggantikan kad manila dengan kertas mahjong yang besar atau terus menulis secara manual di papan putih yang sedia ada. Secara kesimpulannya, pertandingan galah panjang yang telah dianjurkan telah memberi satu peluang kepada saya untuk belajar pelbagai kemahiran. Ia turut memberi pendedahan yang baik terutamanya cara merancang dan melaksanakan pertandingan. Pertandingan-pertandingan merupakan sesuatu yang umum akan dianjurkan di sekolah rendah, guru akan dipertanggungjawabkan dalam penganjuran pelbagai pertandingan. Justeru itu, sebagai seorang bakal guru, saya memperolehi pengalaman sebenar ini dan berharap dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari melalui penganjuran ini. Kekuatan yang terdapat dalam proses pelaksanaan pertandingan boleh dikekalkan manakala kelemahan boleh diperbaikkan. Selain itu, permainan tradisional juga perlu digalakkan dan disebarkan dalam kalangan murid supaya ia dapat diwarisi secara turun-menurun.

REFLEKSI

NAMA NO. K/P

: NANDAROOBINI A/P RAJEDRAN : 920517-01-5662

NO. MATRIK : 0610/1739 KUMPULAN : SAINS

Pada 2 Mac 2014 yang lalu, PISMP Sains Semester 5 telah ditugaskan untuk menjalankan amali bagi kursus subjek minor PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani yang bertemakan permainan tradisional iaitu galah panjang. Karnival Permainan Tradisional ini telah diadakan di Foyer Perhimpunan, IPG Kampus Perlis dari jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Karnival ini telah disertai oleh lapan kumpulan pengajian di mana lapan buah permainan tradisional yang berlainan telah dipilih dan berlangsung di tempat masing-masing pada hari tersebut. Sebelum Karnival Permainan Tradisional berlangsung, satu taklimat ringkas telah diadakan bagi membentuk AJK khas yang bakal menggerakkan program ini. Mesyuarat telah diadakan sebanyak tiga kali sebelum perlaksanaan program ini bagi memastikan semua perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar. Semua biro diminta untuk bekerjasama bagi memastikan semua peralatan, persiapan tempat dan perkara yang berkaitan dengan permainan tradisional dapat diselesaikan sebelum Karnival Permainan Tradisional berlagsung. Satu lagi taklimat ringkas telah diberikan sebelum Karnival Permainan Tradisional dijalankan pada keesokkannya bagi memastikan semua persiapan dan perancangan siap dan telah dilaksanakan. Pada hari Karnival Permainan Tradisional, karnival dimulakan dari jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Persiapan tempat iaitu, foyer perhimpunan telah difokuskan terlebih dahulu bagi memastikan tapak atau tempat permainan tradisional diadakan selamat digunakan. Aktiviti memanaskan badan diadakan sebelum permainan dimulakan bagi

mengelakkan kecederaan otot atau untuk memberi kesediaan kepada para peserta. Selesai sahaja aktiviti memanaskan badan maka bermulalah aktiviti permainan tradisional. Ketua biro aktiviti telah memberi taklimat ringkas tentang pergerakan peserta yang bermain permainan tradisional serta peraturan permainan diadakan bagi memastikan para peserta tahu permainan yang bakal mereka main. Sebanyak tiga kumpulan bagi kategori wanita dan empat kumpulan bagi kategori lelaki telah mengambil bahagian dalam Karnival Permainan Tradisional Galah Panjang ini. Para peserta telah mengambil bahagian dengan aktif dan bersungguh-sungguh dalam pertandingan galah panjang ini. Sistem kalah mati telah digunakan dalam pertandingan ini. Dalam pusingan akhir, PISMP PJ B Semester 3 telah menang bagi kategori lelaki manakala bagi kategori perempuan pula PISMP PJ B Semester 1 telah menjuarai. Selepas tamat permainan, majlis penutupan telah diadakan di Dewan Indera Kayangan pada jam 12.30 tengah hari dimana penyelaras program Karnival Permainan Tradisional dan Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani memberikan ucapan dan penyampai hadiah kepada para peserta. Selesai sahaja majlis penutupan maka semua pengelola permainan tradisional bergotong-royong membersihkan tapak yang telah digunakan agar bersih dan boleh digunakan untuk aktiviti lain. Saya dan rakan-rakan kelas saya telah membersihakan tempat yang telah kami gunakan, iaitu Foyer Perhimpunan. Selepas perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional, kami mengadakan postmortem bagi membincangkan tentang kekurangan dan kelebihan program kami. Komitmen daripada biro-biro dan rakan sekelas yang positif dan sangat bekerjasama telah menjayakan karnival ini. Para pensyarah juga telah memberikan respon yang positif terhadap Karnival Permainan Tradisional kali ini. Bimbingan pensyarah yang cukup berpengalaman dan komited telah menjadi antara kelebihan bagi kami untuk menjayakan karnival permainan tradisional galah panjang ini. Selain itu, semua guru pelatih PISMP Sains juga memahami tujuan program ini dan memberikan kerjasama yang baik serta memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan program ini. Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan antara rakan kelas serta dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada kami untuk diaplikasikan di sekolah. Kami juga telah mempelajari cara-cara untuk menguruskan dan mengelolakan suatu program dengan lancar melalui karnival ini. Walaupun terdapat sedikit kekurangan untuk diperbaiki dari segi perancangan dan pegurusan, program ini telah berjalan dengan jayanya.

Program seperti ini amat bagus untuk dilaksanakan kerana memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untuk melihat dan merasai bagaimana struktur pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan.