You are on page 1of 13

SULIT

SULIT 1 1249/1
1249/1
1249/1
Sejarah
Kertas 1
Ogos
2008
1 jam

SEKOLAH BERASRAMA PENUH


BAHAGIAN PENGURUSAN
SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN KLUSTER
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008

SEJARAH

Kertas 1

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.

4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.

5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

[Lihat Sebelah
1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT
SULIT 2 1249/1

1 Bukti berlakunya hubungan perdagangan antara masyarakat Indus dengan


Mesopotamia adalah penemuan

A jalan perhubungan
B alat penyukat
C syiling emas
D cap mohor

2 Karya falsafah perang Sun Tzu, The Art of War membincangkan selok-belok perang
telah diaplikasikan sebagai

A keagamaan
B pendidikan
C perniagaan
D perkahwinan

3 Mengapakah sistem peperiksaan awam di China telah dikendalikan secara ketat?

A Mengelakkan penipuan
B Mengekalkan mandat pemerintah
C Meningkatkan imej pentadbir
D Menjamin taat setia

4 Perdagangan Maritim antara India dengan Alam Melayu berkembang pada Zaman
Gupta.
Antara berikut, barangan manakah diperlukan oleh pedagang India dari Alam
Melayu?

I Rempah
II Sutera
III Emas
IV Bedak wangi

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 3 1249/1

5 Apakah kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor?

I Membekalkan sumber air


II Membekalkan sumber protein
III Menyediakan tempat rekreasi
IV Mewujudkan kawasan yang subur

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Dalam upacara angkat sumpah di Srivijaya, Datu akan meminum air yang
disiram pada batu bersurat.

6 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tujuan upacara tersebut?

A Menguji kekuatan pembesar


B Menghapuskan dosa-dosa pembesar
C Menanam nilai taat setia pembesar kepada raja
D Menanamkan nilai ketahanan diri pembesar

Zaman Jahiliyah Zaman Islam

Peristiwa Pemisah

7 Berdasarkan rajah di atas, yang manakah peristiwa pemisah kedua-dua zaman


tersebut?

A Peperangan al-Basus
B Turunnya surah al-Alaq
C Perletakan batu Hajar Aswad
D Serangan tentera bergajah Abrahah

1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 4 1249/1

8 Wahyu pertama telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah
surah al-Alaq.
Apakah kepentingan wahyu tersebut?

A memiliki pemikiran yang dinamik


B menguasai ilmu melalui membaca
C sentiasa bersedia menerima perubahan
D membuang adat lama yang mengongkong

9 Antara berikut, kriteria manakah yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon
khalifah?

I Beragama Islam
II Lelaki yang merdeka
III Memiliki rupa paras menarik
IV Mempunyai akhlak yang baik

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

10 Apakah kepentingan proses syura dan baiah yang dijalankan semasa perlantikan
khalifah?

A Memastikan bakal pentadbir daripada keturunan baik-baik


B Mendapatkan taat setia pegawai
C Memenuhi kehendak masyarakat
D Menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat

11 Apakah strategi yang digunakan oleh golongan penentang Kerajaan Bani Umaiyah
untuk mendapatkan sokongan ?

A Menjalankan kempen atas nama Ahlul Bait


B Mengisytiharkan orang ramai supaya tidak membayar cukai
C Menggalakkan orang ramai supaya ingkar perintah kerajaan
D Membenarkan pegawai Bani Umaiyah memasuki wilayah mereka

1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 5 1249/1

12 Antara berikut yang manakah bukti yang dikemukakan oleh John Crawford
tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara?

I Penemuan Batu Bersurat Terengganu


II Perkampungan Arab di Sumatera Utara
III Pengaruh budaya Arab dalam adat resam Melayu
IV Persamaan ciri-ciri batu nisan dengan buatan India

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

13 Antara pernyataan berikut, yang manakah menunjukkan ciri-ciri pengajian


pondok?

I Pengajian tidak mempunyai batasan waktu


II Pihak pengurusan akan menyediakan keperluan asas
III Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian
IV Mata pelajaran yang diajar ialah fikah, usuludin, tasawuf, dan lain-lain

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

14 Apakah bukti yang menunjukkan tulisan jawi telah mendapat pengiktirafan yang
tinggi dalam pentadbiran kerajaan Islam di Asia Tenggara ?

A Digunakan dalam penulisan karya


B Diwajibkan dalam bidang pendidikan
C Dijadikan tulisan rasmi dalam pentadbiran
D Diiktiraf sebagai institusi untuk memajukan tulisan jawi

1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 6 1249/1

15 Mengapakah pihak gereja dianggap mengongkong masyarakat Eropah pada Zaman


Pertengahan?

A Mementingkan aspek duniawi dan keduniaan


B Memfokuskan ilmu pembelajaran keakhiratan
C Menentang pengenalan sistem feudal
D Mengubah undang-undang untuk kepentingan mereka

16 Pada tahun 1494, Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani di antara Portugis dan
Sepanyol bagi menyelesaikan pertikaian.
Apakah punca pertikaian tersebut?

A Perang Salib
B Berlaku perang saudara
C Keruntuhan sistem gereja
D Persaingan mendapatkan tanah jajahan

17 Aktiviti ekonomi yang menghasilkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran dikenali


sebagai ekonomi

A import
B saradiri
C komersial
D dwi ekonomi

18 Mengapakah penguasaha Eropah dan Cina menguasai pertanian komersial di Tanah


Melayu pada abad ke-19?

I Tempoh pajakan yang lama


II Memiliki modal yang banyak.
III Pekerja mahir mudah diperoleh
IV Mendapat konsesi tanah yang luas

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 7 1249/1

 Tidak boleh dijual


Akta Tanah Simpanan  Tidak dipajak gadai
 Tidak ditukar milik

19 Kesan pengenalan akta tersebut kepada orang Melayu dari segi ekonomi ialah

A aktiviti mengutip sumber hutan memerlukan kebenaran


B kegiatan penanaman padi berkembang pesat
C pemilikan tanah orang Melayu direkodkan
D penyekatan orang Melayu dalam pertanian komersial

20 Kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah mewujudkan

I pengasingan tempat tinggal


II perbezaan jenis pekerjaan
III peningkatan taraf hidup penduduk
IV pertambahan keperluan bahan mentah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Hospital yang terawal di Tanah Melayu telah dibina


di Taiping dan Kuala Lumpur pada tahun 1898

21 Pada pendapat anda, mengapakah British menyediakan keperluan perkhidmatan


kesihatan di Tanah Melayu?

A Mengawal penyakit berjangkit


B Memaksimumkan keuntungan
C Mengeksploitasi sumber ekonomi
D Mendapat sokongan penduduk tempatan

1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 8 1249/1

 Akta Kampung Ulu


 Akta Perkampungan Burma

22 Apakah kesan daripada pengenalan akta di atas ?

A Mengurangkan kuasa raja


B Menyingkirkan puak pelampau
C Menghapuskan golongan agama
D Melenyapkan pentadbiran tradisional

23 Apakah perubahan pentadbiran yang diperkenalkan bagi mengekalkan


kemerdekaan di Thailand?

I Mengamalkan dasar anti Cina


II Melantik ramai penasihat Barat
III Melibatkan peribumi dalam ekonomi
IV Memperkenalkan raja berperlembagaan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV

24 Antara berikut yang manakah faktor penentangan Mat Salleh terhadap


pentadbiran SBBU di Sabah ?

I Sikap kasar pegawai


II Sistem cukai kepala diperkenalkan
III Kawasan pengaruh Mat Salleh diduduki
IV Anak tempatan tidak terlibat dalam pentadbiran

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 9 1249/1

Pada bulan Mei 1928, kumpulan petani telah menyerang bangunan


kerajaan di Kuala Berang dan berjaya mendudukinya.

25 Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah yang menjadi punca serangan


tersebut ?

A British menghapuskan kuasa pembesar negeri


B British mengugut untuk menurunkan takhta sultan
C Penduduk mahu mengusir British dari Terengganu
D Penduduk tidak puas hati dengan undang-undang tanah British

Novel Pengarang
Anak Mat Lela Gila Ishak Hj. Muhammad

26 Antara berikut, manakah isu yang dibangkitkan menerusi novel tersebut ?

I Mencintai tanah air


II Menghargai warisan bangsa
III Memperjuangkan emansipasi wanita
IV Mementingkan pendidikan moden untuk wanita

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 10 1249/1

27 Hukum Kanun Melaka merupakan sumber bertulis Zaman Kesultanan Melaka.


Antara berikut yang manakah perkara yang terdapat dalam kanun tersebut?

I Bidang kuasa raja dan pembesar


II Hukuman terhadap jenayah di kapal
III Hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
IV Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

28 Antara berikut, yang manakah bukti kedaulatan berada di tangan rakyat dalam
sistem pemerintahan berasaskan Adat Pepatih di Negeri Sembilan?

I Rakyat berhak memecat Yang Dipertuan Besar


II Penentuan pelantikan Yang Dipertuan Besar oleh rakyat
III Perlantikan Yang Dipertuan Besar adalah secara pemilihan
IV Keputusan Yang Dipertuan Besar hasil rundingan dengan Undang

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

29 Apakah faktor yang menyebabkan British memperkenalkan Malayan Union di Tanah


Melayu?

A Membanteras ancaman komunis


B Mendapat sokongan pembesar Melayu
C Memantapkan kuasa politik orang Melayu
D Menyediakan asas berkerajaan sendiri

1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 11 1249/1

30 Mengapakah British melaksanakan Sistem Ahli di Tanah Melayu dari bulan Januari,
1951 hingga Jun,1955?

A Meningkatkan taraf hidup


B Mengukuhkan penjajahan British
C Mendapat sokongan orang Dagang
D Mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya

 UMNO PAKATAN MURNI


 MCA

31 Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui pakatan di atas?

A Kerjasama politik
B Mengusir penjajah
C Menuntut kemerdekaan segera
D Kerakyatan secara naturalisasi

32 Pada tahun 1951, Dato’ Onn Ja’afar dikecam hebat oleh ahli-ahli UMNO.
Mengapa?

A Pakatan dengan kaum bukan Melayu


B Cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu
C Rundingan dengan jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
D Menyokong syarat kerakyatan jus Soli

33 Apakah kesan penubuhan Malaysia terhadap rantau Asia Tenggara?

A Mewujudkan kestabilan politik


B Melahirkan kerjasama ketenteraan
C Mengeratkan perpaduan antara negara
D Menghindarkan campur tangan kuasa asing

1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 12 1249/1

34 Faktor politik yang mendorong kepada pembentukan Gagasan Malaysia adalah

A desakan British
B ancaman komunis
C pengaruh Indonesia
D keseimbangan kaum

X Kuasa mentafsir perlembagaan negara

35 X merujuk kepada

A Badan Eksekutif
B Badan Kehakiman
C Dewan Rakyat
D Dewan Negara

36 Apakah perkara yang menjadi asas untuk menyuburkan semangat perpaduan negara
dalam Penyata Razak 1956?

A Sistem persekolahan yang seragam


B Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
C Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
D Persekolahan percuma di peringkat rendah

37 Mengapakah setiap rakyat Malaysia perlu menghadapi dan mengatasi sembilan


cabaran dalam wawasan 2020?

A Mempertahankan kedaulatan negara


B Melaksanakan tanggungjawab warganegara
C Menjadikan Malaysia negara industri yang maju
D Mewujudkan semangat berdikari dalam kalangan warganegara

1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT


SULIT 13 1249/1

 Adolf Hitler
 Benito Mussolini

38 Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?

A Menceroboh negara jiran


B Mengembangkan ideologi sosialis
C Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
D Mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

Mengekalkan keamanan dan


kestabilan politik serantau.
ZOPFAN
Tidak memihak kepada mana-mana
blok.

39 Apakah peristiwa yang menyebabkan matlamat ZOPFAN teruji?

A Campurtangan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam


B Pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea
C Serangan gerakan pemisah di Thailand
D Ujian nuklear oleh Korea Utara

Sekolah Wawasan
Sekolah Bestari

40 Kedua-dua sekolah tersebut diwujudkan melalui

A k-ekonomi
B k-masyarakat
C modal intelek
D modal insan

KERTAS SOALAN TAMAT

1249/1 © 2008 Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh SULIT

You might also like