You are on page 1of 2

Hari Keluarga

Pada hari minggu yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke Taman Tasik
Titiwangsa untuk menyambut Hari Keluarga. Kami ke sana dengan menaiki
kereta ayah. Apabila tiba di sana, ayah terus mendaftarkan nama dan
diberikan nombor untuk acara cabutan nombor bertuah.
Acara pertama pada hari itu ialah acara sukaneka. Terdapat banyak
acara sukaneka. Antaranya ialah meniup belon, berlari dalam guni, tarik tali,
menganyam ketupat, mencari gula-gula di dalam tepung, dan sebagainya.
Kami telah mengambil bahagian dalam acara berlari dalam guni dan
mencari gula-gula di dalam tepung. Kami telah mendapat naib johan dalam
acara berlari dalam guni dan mendapat johan dalam acara mencari gula-gula
di dalam tepung. Kami berasa sangat gembira.
Ibu dan bapa pula mengambil bahagian dalam pertandingan karaoke.
Sebanyak 20 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan
itu. Suara kebanyakan peserta sungguh merdu. Kami beradik-adik telah
memberi sokongan kepada ibu bapa. Akhirnya, mereka telah berjaya
memenangi pertandingan itu.
Selepas semua acara itu tamat, satu jamuan ringan telah diadakan. Para
pengunjung menikmati juadah yang dihidangkan. Selepas itu, kemuncak
sambutan Hari Keluarga adalah acara cabutan nombor bertuah. Acara itu
memang ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Kami sangat bertuah kerana
telah memenangi sebuah hamper.
Sebelum pulang, semua peserta menangkap gambar untuk dijadikan
kenang-kenangan. Saya berasa sangat gembira kerana berpeluang menyertai
sambutan Hari Keluarga. Walaupun penat tetapi hatiku berasa sangat gembira
kerana pulang dengan membawa banyak hadiah yang besar.

Tulis ayat tunggal dan majmuk berdasarkan petikan.


Ayat tunggal :
1.____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
2.____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
3.____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Ayat majmuk :
1.____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
2.____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
3.____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

You might also like