You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN MINGGU SAINS 2014 ANJURAN PANITIA SAINS SK NANGA SERAU JULAU 1.

0 PENDAHULUAN :

Pada tahun ini, panitia-panitia di bawah bidang Sains akan meneruskan lagi program tahunan panitia dengan mengadakan program Minggu Sains. Program ini akan dijalankan selama 1 minggu. Sempena dengan program tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang .

2.0

MATLAMAT :

Program ini diadakan dengan matlamat untuk mencungkil bakat dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan.

3.0

OBJEKTIF :

Objektif diadakan program Minggu Sains ini ialah untuk : 3.1 Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains bagi semua pelajar Sekolah Kebangsaan Nanga Serau Julau dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 3.2 Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari. 3.3 Memberi pengalaman menarik kepada pelajar melakukan hands-on experiment melalui aktiviti yang dijalankan. 3.4 Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar

3.6

Memupuk kesedaran pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah tuhan menerusi penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.

3.7

Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap bekerjasama, berkeyakinan dan bantu membantu.

4.0

KUMPULAN SASARAN :

Semua pelajar Sekolah Kebangsaan Nanga Serau Julau.

5.0

TARIKH PELAKSANAAN :

5 Mei 2014 9 Mei 2014

6.0 SUMBER KEWANGAN 6.1. Duit Panitia

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM Penasihat : Guru Besar En Kenedy Anak Baling : Penolong Kanan Pentadbiran En Zamerene bin Ruin Pengerusi : Ketua Panitia Sains En Mohd Muhaimin bin Nur Anuar Setiausaha Bendahari AJK : Puan Maslina binti Rosli : En Hairil Faizal bi Mohamad : Semua guru mata pelajaran Sains dan Dunia Sains dan Teknologi

8.0 CADANGAN AKTIVITI Bil 1 2 3 4 5 Tarikh 5 Mei 6 Mei 7 Mei 8 Mei 9 Mei Cadangan aktiviti Peraduan Teka Silangkata dan Cari kata Tayangan perdana bertemakan Sains dan Teknologi Pertandingan Telur Kebal Persediaan terakhir pameran Pameran Rekacipta Sasaran Semua murid Semua murid Tahun 3 dan Tahap 2 Tahun 3 dan Tahap 2 Semua murid

9.0

Penutup

Dengan adanya aktiviti ini, diharap agar minat dan pencapaian murid dalam subjek Sains dapat dipertingkatkan. Kreativiti dan kemahiran berfikir murid juga diharap dapat diasah dengan lebih tajam lagi supaya generasi kreatif dan inovasi dapat dilahirkan di masa hadapan.

Disediakan oleh .. (EN MOHD MUHAIMIN BIN NUR ANUAR) Ketua Panitia Sains SK Nanga Serau Julau

Disahkan oleh (EN KENEDY ANAK BALING) Guru Besar SK Nanga Serau Julau

You might also like