You are on page 1of 7

Bahasa Melayu SPM Kelas Tambahan

2005 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut. (i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi. Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti renaja lain. Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan. [6 markah]

(ii)

(iii)

2006

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat-tempat kosong. Banyak pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi. Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan kerana (i). Media msssa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata perpatah (ii).

Amir :

Sofea :

Amir :

Sofea :

Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana (iii). [6 markah] 2007 Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan JUN maksud ayat tersebut. (i) (ii) Orang yang lupa akan asal usulnya. Bersama-sama dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan.

Amir :

(iii) Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. [6 markah] 2007 Berikan maksud peribahasa di bawah.

1 Oleh : ZuRiDaJaFFaR

Bahasa Melayu SPM Kelas Tambahan

(i) (ii)

Bahasa Jiwa Banga. Bagai dakwat dengan pen.

(iii) Seperti air dalam kolam. [6 markah] 2008 Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkkan maksud dan penggunaannya. (i) (ii) Bagai menantang minyak yang penuh. Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. [6 markah] Latihan 1: Baca ayat di baah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. (i) Walaupun kebanyakan penduduk kampung tersebut pada mulanya hidup dalam kesusahan, mereka tekun bekerja dan sanggup bersusah payah mencari rezeki dan hari ini mereka mula mengecap kesenangan. Kini segala-galanya telah terlambat dan harapannya hancur setelah menegtahui anak kesayangannya terlibat dengan dadah.

(ii)

(iii) Sikap gemar membaca perlu disemai di peringkat kanak-kanak lagi sekiranya kita ingin melahirkan masyarakat Malaysia yang gemar membaca. [6 markah] Cadangan jawapan latihan 1: (i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (ii) Nasi sudah menjadi bubur.

(iii) Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Latihan 2: Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. (i) Encik Salim mengenakan faedah yang inggi terhadap pinjaman yang diberikannya kepada penduduk kampung. Sejak akhir-aakhir ini, Encik Chong kelihatan gelisah kerana perniagaannya merosot dan dia juga mengalami masalah kewangan.

(ii)

(iii) Projek gotong-royong itu telah dirancang oleh penduduk Kampung Wawasan
2 Oleh : ZuRiDaJaFFaR

Bahasa Melayu SPM Kelas Tambahan

tetapi ketua kampung tersebut yang telah mendapat nama. [6 markah] Latihan 3: Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam peikan. Kita amat digalakkkan melakukan sesuatu pekerjaan itu secara beransur-ansur. Kita boleh memulakannya secara sedikit demi sedikit sehingga pekerjaan itu dapat diselesaikan. Kita mestilah berusaha tanpa jemu dan tidak boleh mengharapkan sesuatu kejayaan itu datang dengan sendirinya. Sebaliknya, perasaan berputus asa pula tidak seharusnya menguasai diri apabila kegagalan menjelma kerana setiap masalah yang membelengu itu tentu ada jalan penyelesaiannya. Sebaik-baiknya biarlah usaha yang kita lakukan itu berterusan sehinggalah kejayaan yang dimpikan menjadi kenyataan. [6 markah] Latihan 4: Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam peikan. Komitmen kerajaan Rusia dalam usaha melatih angkasawan dari Malaysia merupakan satu peluang yang dinanti-nantikan. Jika dahulu orang mengatakan bahawa usaha ini hanya mimpi, namun kini apa-apa yang kita idamkan bakal menjadi realiti. Pada Oktober nanti angkasawan sulung dari negara kita akan melepasi orbit dan mncul di angkasa lepas. Hal ini merupakan satu kejayaan besar kepada negara. Program ini menjadikan Malaysia setanding dengan negara-negera maju di dunia. Untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh dengan menyediakan kursus yang berkaitan aeroangkasa di universiti tempatan. [6 markah] Latihan 5: Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal. (i) Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh, tetapi akhirnya mereka berbaikbaik semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga. Tepatlah kata peribahasa, bagaimana tepuk, begitulah tarinya. Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke tempat asalnya, bak kata peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua. [6 markah]

(ii)

(iii)

3 Oleh : ZuRiDaJaFFaR

Bahasa Melayu SPM Kelas Tambahan


CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN (TEMA) Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara kerana ahli pujangga pernah berkata bahawagenerasi berwawasan sebagai pemangkin pembangunan negara. Generasi berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. (ISU) Dewasa ini, isu generasi berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita. Isu generasi berwawasan menjadi amat penting untuk diberikan perhatian dan tumpuan yang sewajarnya kerana mereka merupakan nadi negara. Oleh itu, usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin diberikan keutamaan. (ARAHAN) Persoalannya, apakah ciri-ciri seseorang remaja yang dikategorikan mempunyai wawasan? (ISI 1) Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk menelurkan remaja yang berwawasan. (MENGAPA) Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mencakupi semua bidang dapat membuat penilaian dan keputusan yang bijak dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. (BAGAIMANA) Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. (KESAN) Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, Ikut hati mati, ikut rasa binasa. (PENEGAS)Tegasnya, remaja yang berwawasan sentiasa memastikan dirinya tidak jemu menimba ilmu untuk memiliki mentaliti kelas pertama. (ISI2) Selain itu, remaja yang berwawasan juga perlu sentiasa dinamik dan progresif dalam menjalankan sesuatu tugas. Dinamik dapat diertikan sebagai perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana negara yang pesat membangun seperti Malaysia memerlukan generasi yang memiliki ciri-ciri ini untuk mencapai kemajuan dalam setiap aspek. (BAGAIMANA) Individu yang dinamik tidak memiliki ciri-ciri negatif seperti berputus asa sebaliknya bersemangat tinggi. Dalam mengejar kejayaan, individu yang berwawasan seharusnya gigih menghadapi cabaran tanpa berputus asa kerana tiada kejayaan yang datang bergolek bak kata pepatah,yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. (KESAN) Ekoran daripada itu, remaja yang dinamik dan progresif sudah pasti dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.(PENEGAS) Pendek kata, remaja yang berwawasan sudah pasti akan memastikan dirinya berubah untuk memajukan diri dan negaranya. (ISI3) Dalam nada yang sama, remaja yang berwawasan perlu berkreatif dan berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. (MENGAPA) Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis. (BAGAIMANA) Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan mat jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. (KESAN) Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak. (PENEGAS) Sesungguhnya, pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan ciri remaja yang berwawasan. (ISI4) Jika kita telusuri dari dimensi yang berbeza, remaja yang berwawasan seharusnya cinta akan negara. (MENGAPA) Remaja yang berjiwa patriotik ini akan menjadi bakal pemimpin yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara. Sebagai bakal pemimpin negara sudah pasti mereka perlu sentiasa berusaha untuk memelihara imej negaranya daripada tercemar dan menjadi bahan cemuhan masyarakat luar. (BAGAIMANA) Oleh itu, mereka haruslah menghormati lagu kebangsaan negara iaitu lagu Negaraku dan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Mereka tidak akan sekali-kali menjadi pengkhianat negara dan tidak akan melibatkan diri dalam gejala sosial yang akan mencemarkan imej negara. (KESAN) Jiwa patriotik remaja yang menebal ini akan menjamin keharmonian negara dan sekali gus berupaya menjaga maruah negara di pentas global. (PENEGAS)Ringkasnya, remaja yang berwawasan sentiasa bersemangat patriotik untuk mengekalkan keharmonian dan kedaulatan nusa tercintanya. (PENUTUP) Sebagai intihanya, terdapat banyak ciri yang memaparkan seseorang remaja itu mempunyai wawasan yang tinggi. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita harus terlepas daripada belenggu angkara sosial. Generasi

4 Oleh : ZuRiDaJaFFaR

Bahasa Melayu SPM Kelas Tambahan


yang berwawasan menjadi akar pada pertumbuhan dan pembangunan modal insan yang menjadi agenda utama negara kita. (CADANGAN)Oleh itu, golongan remaja perlulah sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri sebelum terlewat bak kata pepatah, sesal di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Golongan remaja kita perlulah melakukan anjakan paradigma untuk menjadi remaja kelas pertama dan memangkinkan kecemerlangan negara. (HARAPAN) Diharapkan kelahiran remaja berwawasan dapat merealisasikan segala aspirasi negara di samping dan menyerbakkan keharuman negara kita di persada antarabangsa. PUNCA OBESITI (TEMA) Obesiti dapat ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dalam erti kata lain, obesiti ialah badan yang tidak ideal dengan ketinggian. (ISU) Pada zaman yang semakin pesat dengan revolusi perindustrian seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, semakin banyak remaja yang menghadapi masalah obesiti. Kebanyakan remaja pada zaman sekarang kurang menjaga bentuk atau fizikal badan mereka. Fenomena ini terjadi kerana para remaja suka makan makanan segera yang tinggi dengan kalori. Remaja menganggap bahawa obesiti sebagai satu fenomena biasa. Buktinya, Institut Jantung Negara (IJN) dalam kajiannya pada tahun 2007 melaporkan bahawa 60 peratus remaja telah menghidap penyakit jantung pada tahun tersebut. Sepatutnya, setiap individu perlu berpegang teguh serta mengamalkan cogan kata yang berbunyibadan sihat, otak cerdas. (ARAHAN) Persoalannya, apakah punca-punca masalah kegemukan dalam kalangan remaja yang semakin mewabak pada era ini? (ISI 1) Punca masalah obesiti dalam kalangan remaja semakin merebak pada masa ini ialah para remaja tidak mempraktikkan amalan pemakanan seimbang. (HURAIAN MENGAPA) Pada zaman revolusi perindustrian ini, banyak syarikat makanan segera yang berkalori tinggi dan berlemak tinggi. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka senang dan gembira dengan perkembangan perindustrian makanan segera ini kerana mereka tidak sempat menyediakan makanan untuk anak-anak lantaran berkejar-kejar ke tempat kerja. (CONTOH BAGAIMANA) Jadi, anak-anak dibekalkan dengan makanan segera seperti sosej, nuget, burger dan sebagainya. Senario ini dapat dibuktikan apabila pensyarah dari Unit Makanan dan Kesihatan Universiti Malaya telah membuat bancian mengenai gaya pemakanan harian bagi remaja. Hasilnya, sebanyak 70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja terpaksa mengambil makanan segera sebagai makanan harian. (UNGKAPAN MENARIK) Jelaslah bahawa ibu bapa pada zaman ini lebih mengutamakan hal-hal lain daripada anak sendiri ibarat anak kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan. (PENEGAS) Tuntasnya, remaja zaman ini yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang telah menatijahkan obesiti dalam kalangan mereka. (ISI 2) Punca lain bagi masalah kegemukan dalam kalangan remaja kini ialah mereka tidak bersukan dan beriadah. (HURAIAN MENGAPA) Fenomena ini terjadi kerana mereka leka dengan hiburan daripada kaca televisyen dan corong-corong radio, lebih selesa tidur malah sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan atau beriadah. Remaja yang malas juga tidak suka bersukan mahupun bersosial dengan masyarakat luar. Remaja lebih gemar melakukan aktiviti yang langsung tidak mendatangkan faedah. (CONTOH BAGAIMANA) Buktinya, kita sering melihat remaja kini lebih cenderung melepak, merokok, merayau-rayau dan sebagainya. Mereka berpelesiran ke sana dan ke sini seperti tiada arah tujuan. (HURAIAN CONTOH KESAN) Sikap ini tentulah tidak mendatangkan kesedaran kepada para remaja untuk menjaga kesihatan diri. (PENEGAS) Pendek kata, jelaslah bahawa remaja yang kurang gemar bersukan dan beriadah telah menyumbang kepada masalah obesiti yang melanda Malaysia pada alaf baharu ini. (ISI 3) Punca lain tercetusnya masalah kegemukan dalam kalangan remaja juga adalah kerana sikap remaja itu sendiri. (HURAIAN MENGAPA) Sikap remaja yang tiada pendirian dan suka terpengaruh menyebabkan mereka suka mengambil makanan ringan. Bukan itu sahaja, remaja juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang implikasi yang bakal dihadapi oleh mereka jika terlalu banyak mengambil makanan yang berlemak serta berkalori tinggi yang akhirnya akan mengundang penyakit obesiti. Mereka terlalu mengikut hawa nafsu. (CONTOH BAGAIMANA) Apabila syarikat pengeluar makanan segera mencipta produk baharu, mereka akan mengiklankan produk itu kepada orang awam. (HURAIAN CONTOH KESAN & UNGKAPAN) Cara ini telah menyebabkan remaja terpengaruh oleh iklan-iklan yang yang indah khabar daripada rupa. Unit Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menyatakan bahawa remaja sekarang kurang kesedaran terhadap kesihatan diri mereka. (PENEGAS) Ringkasnya, sikap remaja itu sendiri akan mengundang masalah obesiti. (ISI 4) Kegemukan dalam kalangan remaja juga berpunca daripada sikap ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka. (HURAIAN MENGAPA & UNGKAPAN) Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh sehingga mengikut telunjuk mereka. Apabila anak-anak hendak makan apa-apa pun, ibu bapa akan memberikannya walaupun makanan tersebut tidak berkhasiat dan kurang sesuai dengan tumbesaran anak-anak mereka. (CONTOH BAGAIMANA) Ibu bapa akan memenuhi hasrat anak-anak yang ingin makanan segera seperti yang terdapat di Restoren McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain lagi. (HURAIAN CONTOH KESAN) Unit Kesihatan dari Hospital Universiti Malaya telah membuat kajian mengenai ayam

5 Oleh : ZuRiDaJaFFaR

Bahasa Melayu SPM Kelas Tambahan


goreng di KFC bahawa ayam tersebut mengandungi garam yang tinggi, lemak yang tinggi serta berkalori tinggi yang mengundang sahaja mengundang obesiti malah turut mengundang penyakit kronik yang lain.(PENEGAS) Konklusinya, kegemukan dalam kalangan remaja bertitik-tolak daripada sikap ibu bapa yang kurang menjaga pemakanan anak-anak mereka sejak kecil lagi. (PENUTUP KESIMPULAN ISI-ISI) Secara intihanya, beberapa punca yang telah dibincangkan menjadi pencetus masalah obesiti di negara kita. Masalah ini kian serius dan membimbangkan semua pihak. (CADANGAN) Oleh itu, ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak mereka makan makanan yang berkhasiat. Masyarakat juga haruslah melakukan anjakan paradigma supaya tubuh badan mereka sihat selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan insan yang badan cergas, minda cerdas. Kerajaan juga boleh mengadakan kempen secara besar-besaran mengenai keburukan obesiti ini. Kempen yang dijalankan juga sewajarnya secara berketiak ular dan bukan bermusim sahaja atauseperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. (HARAPAN) Komitmen daripada semua pihak sudah pasti dapat merealisasikan usaha negara untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam menuju Wawasan 2020 yang kita semua impikan. LANGAKAH MENANGANI OBESITI 1. Penjagaan makanan:Cara makanan yang baik adalah cara makanan orang miskin iaitu makan makanan biasa seperti nasi sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah banyak orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakanan yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kuih-mueh muih patut makan dengan banyak. Seperti yang ditulis di atas kueh banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya. 2. Elakkan makanan ringan/ makanan segera:Penjajahan Barat bukan setakat mengongkong politik dan ekonomi kita agar serasi dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah jenis makanan kita. Mereka menjadikan negara kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. Salah satu produk mereka adalah makanan ringan dan makanan segera. Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya. Pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi boleh mengganggu sistem penghadaman den pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukan. 3. Bersenam:Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat befungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen. 4. Kawal nafsu makan:Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa-apa sahaja. Badan saya tidak gemuk," kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi, perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang slimketika usia belasan dan 20 -an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok. Menarik & matang: i. Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, Gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit. Kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat. Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom) Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda. Petikan hadis yang bermaksud jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit jelas menunjukkan betapa pentingnya kesihatan sebagai aset yang paling berharga kepada manusia.

ii. iii. iv. v.

6 Oleh : ZuRiDaJaFFaR

Bahasa Melayu SPM Kelas Tambahan


vi. Institut Jantung Negara (IJN) dalam kajiannya pada tahun 2007 melaporkan bahawa 60 peratus remaja telah menghidap penyakit jantung.vii. 70 peratus remaja yang ibu bapanya bekerja terpaksa mengambil makanan segera sebagai makanan harian

7 Oleh : ZuRiDaJaFFaR

You might also like