You are on page 1of 3

Hasil pemerhatian Sepanjang tempoh praktikum saya bermula 31 Mac 2014 banyak perkara yang saya telah perhatikan

mengenai iklim dan budaya sekolah ini. Sekolah SK Bandar Sunway ini terletak di Jalan Pjs 7/15 46150 Petaling Jaya Selangor. Sekolah ini merupakan sekolah yang berstatus bandar dan bilangan muridnya terdapat pada sesi pagi dan sesi petang. Jumlah murid yang ramai yang terdiri daripada 5 kelas bagi setiap darjah menyebabkan sekolah ini perlu mengadakan dua sesi persekolahan kerana jumlah bengunan tidak cukup untuk menampung jumlah murid mereka yang terlalu ramai. Dari aspek pengurusan dan pentadbiran pula diketuai oleh Puan Nor Aidah binti Nordin selaku Guru Besar SK Bandar Sunway. Sepanjang sesi perkenalan bersama beliau, beliau sangat peramah dan komitmen dalam melaksanakan tugasnya dengan penuh amanah dan disiplin. Warga sekolah juga amat megalualukan kehadiran kami sebagai warga baru Sekolah SK Bandar Sunway walaupun tempoh kami mengajar hanyalah sebulan. Banyak ilmu yang para guru sekolah ini kongsikan mengenai pengurusan sekolah ini. Bermula dari guru-guru sekolah tersebut dan kepada murid-muridnya. Dari segi kemudahan yang disediakan disekolah ini pada tahap yang memuaskan dan saya dapat gunakan dengan baik sekali. Misalnya saya boleh menggunakan bilik SALC iaitu bilik Bahasa Inggeris sebagai tempat penyeliaan saya. Kelas tersebut boleh menampung antara 37 orang murid dan amat kondusif. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai dewan PIBG yang kebanyakan aktiviti perhimpunan dan aktiviti sukan diadakan di kawasan tersebut. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan makmal komputer, makmal sains, bilik muzik, pra sekolah dan lain-lain. Dari aspek kebersihan sangat memuaskan kerana sekolah ini amat bersih dan dihiasi dengan taman-taman perhiasan di sekitarnya. Sekolah ini juga dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan keselamatan sekolah tersebut. Lebih kurang 12 kamera litar tertutup dipasang disetiap sudut sekolah tersebut seperti di surau, kantin, pondok pengawal dan lain-lain. Perkara ini bertujuan bagi melihat perlakuan atau disiplin murid di samping untuk melihat disiplin para guru agar melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin.

Dari aspek disiplin pula, sekolah ini mempunyai masalah disiplin yang kurang baik kerana setiap minggu pasti ada masalah salah laku. Apa yang saya perhatikan antara salah laku yang kerap dilakukan oleh murid ialah buli, bergaduh, mencuri dan yang paling ketara ialah ponteng sekolah. Walaupun banyak inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak sekolah namun, masalah ini masih lagi timbul. Namun begitu murid sekolah ini sangat menghormati guru mereka dan sangat mesra dengan para guru yang lain. Mereka saling menghormati antara satu sama lain. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, saya telah mendapat kelas 3 Excellent. Sepanjang tempoh saya mengajar kelas ini apa yang dapat saya lihat murid-murid kelas 3 Excellent ini mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana walaupun merupakan kelas yang kedua. Majority sudah tahu membaca, namun dari segi kemahiran berfikirnya adalah kurang. Hal ini dapat dibuktikan apabila mereka diberi masa untuk membuat penilaian mereka hanya mampu untuk menilai secara luaran dan bukan berfikir secara aras tinggi atau pemikiran yang tersirat. Mereka juga lemas dari aspek menulis dan dari segi ejaan dalam perkataan. Sebilangan murid kelas 3 Excellent ada yang telah menguasai dan ada yang kurang dari segi pengajaran. Mereka kurang berminat apabila mendapat aktiviti menulis. Mereka lebih gemar kepada aktiviti yang berbentuk permainan dan komunikasi dua hala. Bagi saya, andai murid hanya mahu aktiviti seperti ini pasti kemahiran menulis mereka tidak dapat dipertingkatkan kerana rata-rata murid ada yang masih memegang pensel dalam keadaan yang salah. Bagi saya guru perlu mengambil tahu isu ini agar tidak terbawa-bawa ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Dari aspek kawalan kelas juga perlu penambahbaikan kerana rata-rata guru mendenda murid dalam bentuk fizikal. Namun bagi kelas saya saya perhatikan murid kelas saya amat tertarik apabila diberi ganjaran sebaliknya akan berkelakuan baik andai mereka menerima dendaan. Teori Behaviorisme ini saya namapak sangat berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam pengajaran bagi mengawal tingkah laku murid dan amat sesuai dilaksanakan bagi murid sekolah rendah.

Bagi mengatasi masalah ini saya telah melaksanakan aktiviti berbentuk kumpulan agar mereka saling berkongsi dan menjanakan idea mereka sesame kumpulan. Selepas itu baru saya memberi edaran kerja berbentuk kemahiran menulis agar kemahiran ini dapat dikuasai oleh murid. Selain itu aktiviti pemulihan juga turut disediakan bagi murid yang kurang menguasai dan penggayaan bagi murid yang telah menguasai. Hasilnya kaedah ini amat berkesan kepada muridmurid saya. Dari segi aktiviti kokurikulum sekolah ini pula menampakkan bahawa sekolah ini amat aktif dalam aktiviti kokurikulumnya. Sebagai contoh, badan uniform. Permainan dan persatuan bagi setiap mata pelajaran. Sepanjang praktikum aktiviti kokurikulum terlaksana dan kami juga turut terlibat sama dalam aktiviti tersebut. Sepanjang tempoh praktikum juga saya melihat pelbagai program yang telah dilaksanakan seperti pertandingan bola sepak peringkat daerah, bola baling, program pemantapan solat dan yang tebaru ialah program anti buli yang akan dilaksanakan pada hari Rabu iaitu pada 23 April 2014.pelbagai aktiviti yang telah dlaksanakan bagi memastikan sekolah tersebut bergiat aktif dalam apa jua bidang yang disertai. Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan sedikit banyak dapat saya pelajari dan aplikasikan apabila saya ditempatkan dimana-mana sekolah kelak. Walaupun terdapat sedikit kelemahan, namun kelemahan itu dapat diatasi dengan sedikit penambahbaikan secara beransur-ansur. Banyak aspek yang dapat dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan psikolgi apabila mendidik muridmurid.

You might also like