You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK TEBING TEMBAH KALI KE 38

Tarikh : 23.Feb. 2013 ( Sabtu) Masa : 8.30 am 2.00 pm Tempat : Dewan Bakti SK Tebing Tembah Kehadiran : 1. Perasmi : YB Tn Hj Zakaria @ Ariffin b Abdullah ( ADUN Paka ) 2. Dif Jemputan : En.Maliki bin Salleh Wakil PPD 3. Ibu bapa dan guru : 135 orang

SESI 1 :
1. Bacaan doa dan Ayat Suci Al-Quran 1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hussin b Yusuf. 1.2 Diteruskan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci oleh Adik Muhammad Ihtifazuddin bin Mohd Idris. 2. Ucapan Pengerusi Majlis 2.1 Dimulakan dengan membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. 2.2 Ucapan terima kasih kepada semua dif-dif jemputan, AJK PIBG, guru-guru dan ibubapa yang hadir. 3. Ucapan Guru Besar SK Tebing Tembah 3.1 Beliau memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan mengadakan mesyuarat pada hari ini. 3.2 Beliau juga mengalu-alukan kedatangan dif-dif jemputan dan para ibu bapa untuk sama- sama mengambil bahagian dalam mesyuarat ini dan terima kasih kerana sudi hadir. 3.3 Beliau memaklumkan pentingnya ibu bapa menghadirkan diri ke majlis yang diadakan oleh pihak sekolah kerana selain boleh mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak juga boleh mengeratkan silaturahim dengan para guru SKTT. 3.4 Makluman semua ibu bapa bahawa Guru Besar SKTT pada tahun 2013 adalah guru besar yang baru iaitu Pn.Hjh.Myshithah binti Mohamad Ali yang mula bertugas pada16.Sept.2012 menggantikan En. Zubir bin Harun. 3.5 KSSR Tahun 1 bermula pada tahun 2011 dan dimaklumkan ramai ibu bapa yang keliru, tidak faham apa itu KSSR. Tahun 2013 pula KSSR Tahun 3 dilaksanakan. Murid dinilai berdasarkan band 1 hingga 6. Jika masih ada ibu bapa yang tidak faham bolehlah bertanya kepada guru-guru atau AJK PIBG . 3.6 Murid Tahun 6 akan didedahkan dengan pelbagai program. Ibu bapa diminta memantau sekiranya anak-anak terlibat dengan program Tahun 6 supaya tidak ada ya\ng tercicir daripada mengikuti program tersebut. Di samping itu titikberatkan bab solat anak-anak. 3.7 Murid sekarang berbeza kerana banyak didedahkan dengan kecanggihan teknologi. E- book yang dibekalkan telah disalahgunakan oleh murid, maka ibu bapa berperanan penting untuk memantau anak-anak yang menggunakan e-book. Pastikan anak-anak mampu bersaing di masa depan.

3.8 KBSR sebenarnya tidak dihapuskan sebaliknya telah ditambah baik menjadi KSSR..Penekanan bahasa dalam MMBM/MMBI juga diambilkira. Pihak sekolah akan memastikan murid menguasai kemahiran yang diajar. 3.9 Mohon kerjasama ibu bapa tentang keselamatan anak-anak ketika di sekolah, terutama sekali waktu pe 3.10 Pertukaran kelas/ke tandas. Murid dilarang bergurau senda ketika berada di koridor. Pihak sekolah telah menetapkan makanan yang dijual di kantin sekolah mestilah mengandungi pelbagai khasiat makanan. Begitu juga dengan makanan RMT. Oleh sebab itu waktu kelas KAFA murid-murid dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah. Ibu bapa digalakkan membekalkan sendiri makanan anak-anak mereka ataupun bolehlah membeli daripada kantin sekolah. 3.11 Kehadiran murid ke kelas KAFA agak mengecewakan. Ada ibu bapa yang memohon anak mereka dikecualikan dari KAFA. Untuk itu ibu bapa diminta membuat surat pengecualian tetapi telah ditetapkan anak mereka tidak boleh mengambil ujian KAFA. 3.12 Kelas TASMI akan bermula pukul 7.45 am hingga 8.00 am setiap hari Isnin sehingga Khamis. Murid akan lewat balik suku jam. Ibu bapa diminta menghantar anak seawal jam 7.00 am keana 7.30 am perhimpunan pagi dan 7.45 am murid telah berada dalam bilik darjah. 3.13 7hb. Mac. 2013 Majlis Temu Mesra Tahun 6 akan diadakan. PBS penilaian berasaskan sekolah, 60/40(60 penilaian peringkat sekolah dan 40 lagi penilaian oleh lembaga peperiksaan.) 4. Ucapan YDP PIBG 4.1 Beliau mengucapkan tahniah di atas kehadiran ibubapa dan dif-dif jemputan. 4.2 Beliau mengingatkan kembali tujuan kehadiran para ibubapa ke majlis ini. Antaranya untuk sama-sama memastikan kecemerlangan anak-anak mereka. 4.3 PIBG banyak menyumbang dan menyalurkan bantuan kepada pihak sekolah. Justeru itu AJK PIBG memutuskan yuran PIBG 2013 ialah RM10.00 sekepala. Ibu bapalah sebenarnya yang boleh memberi sumbangan kepada sekolah. 4.4 PIBG kini ada agenda-agenda yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Oleh itu PIBG dikehendaki mengadakan bilik gerakan yang dilengkapi dengan fail-failnya sendiri. Justeru itu perlunya sumbangan daripada ibu bapa untuk membantu menyumbang demi membantu pendidikan anak-anak. 4.5 PIBG bersikap terbuka, apa-apa permasalahan boleh dikemukakan kepada PIBG 4.6 Beliau memohon maaf selama tiga tahun meneraju PIBG SKTT. Beliau menawarkan jawatan YDP kepada sesiapa yang berminat. 4.7 Beliau menyeru kerjasama daripada ibubapa untuk sama-sama meningkat kecemerlangan murid-murid di sekolah ini. 5. Ucapan Wakil PPD oleh EN. Maliki bin Salleh 5.1 Terima kasih kepada semua hadirin 5.2 Tahun 2013 merupakan tahun percubaan dalam pendidikan sekolah kerana satu pelan pembangunan negara telah diwujudkan. Negeri perintis adalah negeri Sabah dan Kedah.UPSR akan digantikan dengan PBS. Penambahbaikan yang dijalankan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan anak-anak. 5.3 Tahun 2013 JPNT mendapat peruntukaan 30 juta untuk disalurkan ke sekolahsekolah di negeri Terengganu. Pada 1 Januari, 1 juta diperuntukkan kelas-kelas pendidikan. 5.4 Pelan pembangunan pendidikan banyak menjurus kepada :

Kanak-kanak dibekalkan dengan pengetahuan yang lengkap dalam kurikulum dan kokurikulum. 5.4.2 Kanak-kanan yang hebat dalam kemahiran berfikir akan melahirkan anak anak yang cemerlang. 5.4.3 Kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran memimpin boleh melahirkan insan yang berwibawa dalam kepimpinan. 5.4.4 Kemahiran dwibahasa murid didedahkan dengan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Program J-QAF disediakan, begitu juga dengan pembelajaran Bahasa Arab. Ibu bapa boleh berkongsi kemahiran dengan anak-anak. 5.4.5 Dibekalkan dengan kemahiran kerohanian akan melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam tingkah laku/sahsiah. 5.4.6 Setiap murid diidentiti nasional yang diterapkan dengan Rukun Negara dan Rukun Islam. 5.5 Harapan semoga program-program berkaitan PIBG diteruskan dan diserasikan bersama. 5.6 PIBG berperanan mengumpul dana PIBG, ibu bapa pula bertanggungjawab membantu dalam memantau perkembangan anak-anak. Jangan terlalu memberi kepercayaan kerana dibimbangi anak terdorong untuk menipu. 5.7 Sarankan kepada PIBG untuk main peranan dalam melaksanakan aktiviti sekolah contohnya, sebagai pembantu latihan sukan/permainan, kem solat Bestari ataupun sebagai tenaga pengajar TASMI. 5.8 Tahniah kerana mesyuarat PIBG mengikut panduan yang telah ditetapkan. 6. Ucapan Perasmian oleh YB Tn Hj Zakaria @ Ariffin bin Abdullah 6.1 Tahniah kepada ibubapa yang sudi meluangkan masa dalam menjayakan mesyuarat agung PIBG. PIBG adalah persatuan yang teramat peenting. 6.2 Melihat perkembangan UPSR tahun 2012 hanya 1 5A, 2011 5 5A dan 2009 8 5A mencipta sejarah, sebaliknya tahun 2012 keputusan UPSR menjunam. 6.3 Sebagai projek UPSR, YB meluluskan sumbangan pentadbiran berjumlah RM2000. Oleh kerana itu mohon disegerakan kertaskerja bagi peningkatan pencapaian UPSR 2013 dan kem motivasi supaya SK.Tebing Tembah dapat mencipta semula kecemerlangan UPSR. 6.4 Guru-guru, ibu bapa perlu memastikan masa depan negara yang cemerlang dan stabil. Kepentingan politik mempunyai kaitan dengan masa depan anak-anak. Beri perhatian yang serius dalam menentukan masa depan dan kedudukan negara bagi memastikan masa depan anak-anak terjamin. 6.5 Peranan ibu bapa supaya masa depan anak-anak dapat ditadbir dengan baik. 6.6 Beliau dengan rasminya merasmikan mesyuarat agung PIBG kali ke 38. 7. Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2012 Seramai 4 orang murid diraikan dalam majlis ini iaitu 1 orang yang mendapat 5A dan 3 orang yang mendapat 4A1B. Nama murid 5A UPSR 1. Harris Fadhillah bin Zulkifli Nama nama murid 4A 1B UPSR 1- Nur Asyilah bt. Awang Ngah 2- Nur Syazawardah bt. Ahmad Zamzuri 3- Wan Nur Atikah bt. Wan Hamzah

5.4.1

8. Penyampaian Sijil AJK PIBG 2012 Para AJK PIBG sesi 2012/2013 telah diberikan sijil atas khidmat bakti mereka.

YDP NYDP Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat AJK

: : : : :

En Mohd Idris bin Muda En Kamal Affendi b. Che Latif Puan Rosnani bt Embong Puan Nor Shamsiah bt Ismail Puan Wan Fauziah bt Wan Abu Bakar Puan Zainab bt Awang En Alias bt Awang Puan Jamilah bt Yahya Pn Aini bt Sulong Pn Yosni Arbaeiyah bt Yong Cik Hanisah bt Mat Hassan En Mohd Zaki b Mohamad En Hamzah b Ismail En Kamarudin b Ibrahim

9. Pihak sekolah menyampaikan cenderahati kepada YB Tuan Haji Zakaria @ Ariffin bin Abdullah 10. Penutup Pengerusi Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir

SESI 2
11. Ucapan Pengerusi PIBG sesi 2012/2013 12. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke 37 12.1 Minit mesyuarat dibentangkan oleh SU PIBG 12.2 Pengesahan minit mesyuarat Cadangan : En Zamri b Zakaria (2) Sokongan : Pn Wan Hartini bt Wan Jaafar 13. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti PIBG 2012 13.1 Laporan aktiviti PIBG dibentangkan oleh SU PIBG 13.2 Pengesahan laporan aktiviti PIBG Cadangan : En Wan Mohd Syahmi b Wan Aziz Sokongan : En Mat Harun b Mohamad 14. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG 2012 14.1 Laporan Kewangan dibentangkan oleh Bendahari PIBG 14.2 Pengesahan Laporan Kewangan Cadangan : Pn Nor Alidayu bt Abdullah Sokongan : En Mohamad b Awang

15. Pembubaran Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013 15.1 Ahli jawatankuasa telah dibubarkan untuk memberi laluan pemilihan AJK baru. 15.2 Pelantikan pengerusi sementara. 16. Perlantikan Ahli jawatankuasa baru PIBG sesi 2012/2013 16.1 Pemilihan YDP Calon : En Mohd Idris bin Muda Cadangan : En Jusoh @ Mohamad b Awang Sokongan : Cik Hanisah bt Hassan Keputusan : En Mohd Idris bin Muda menang dengan undi majoriti 16.2 Pemilihan Timb YDP Calon : En Kamal Efendi b Che Latif Cadangan : Pn Nor Acma bt Yazid Sokongan : En Jusoh @ Mohamad b Awang Keputusan : Kamal Efendi b Che Latif menang tanpa bertanding Pemilihan AJK 1 : En Jamaluddin b Zakaria @ Jaafar 2 : Pn Jamilah bt Yahya 3 : Pn Wan Fauziah bt Abu Bakar 4 : Pn Rosmani bt Ismail 5 : Pn Noria bt Mohd Nor 6: Cik Hanisah bt Mat Hassan (pemeriksa kira-kira)

16.3

17. Hal-hal lain 17.1 Pn Nor Acma bt Yazid menanyakan tiadanya penyata karnival ria dalam penyata kewangan PIBG 2012. Tindakan YDP: Duit didermakan kepada tabung surau sekolah untuk membuat lantai mozek surau. 17.2 Beliau memaklumkan kebanyakan cadangan yang diterima tidak layak dibawa sebagai usul dalam mesyuarat agung PIBG. 17.3 Pn Nazirah bt Mamat mencadangkan sebarang jadual aktiviti, perancangan, jadualpeperiksaan diagihkan lebih awal kepada ibu bapa. Tindakan YDP :Pihak sekolah menghadapi masalah mesin fotostat yang rosak yang menyebabkan kegagalan memberikan info yang awal kepada ibu baapa. 17.4 Beliau juga mencadangkan waktu pulang Tahap 1 dan 2 diselaraskan. Tindakan YDP : Pihak sekolah terpaksa akur dengan peraturan yang diteetaapkan oleh kementerian. 17.5 Pn Wan Hartini bt Wan Jaafar membangkitkan tentang hadiah merentas desa yang disediakan adalah sama sahaja untuk Tahun 1,2,3. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati ibu bapa. Tindakan YDP: Pihak sekolah akan mempertimbangkan dan cuba mencari sumber lebih untuk itu. 17.6 Pn Norhayati bt Abdullah meminta pihak sekolah menyediakan tempat letak makanan yang sesuai untuk murid kelas KAFA. Tindakan GB: Akan dibincangkan dan melihat kepada keramaian ibu bapa yang datang menghantar makanan.

17.7 En Wan Muhammad Syahmi b Wan Aziz mencadangkan pihak sekolah mewujudkan persatuan ALUMNAI SK Tebing Tembah yang terdiri dari bekas murid-murid SKTT untuk bekerjasama dengan PIBG bagi mendapatkan dana tabung PIBG. Tindakan GB : akan dipertimbangkan dan dibincangkan dengan lebih teliti. 18. Rumusan keseluruhan Mesyuaarat Agung PIBG SK TEBING TEMBAH KE 38 18.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada YDP/NYDP yang masih dikekalkan jawatan berserta AJK yang dilantik. 18.2 AJK PIBG berperanan membantu pendidikan murid-murid SKTT menuju kecemerlangan dengan penuh rela mencurah tenaga. 18.3 Maklumkan kepada ibu bapa yang tidak hadir tentang program yang akan dibuat/dijalankan seperti Karnival Niaga tarikh akan dimaklum kemudian oleh PK1. Gotong Royong Cat Pagar Sekolah pada 9hb.Mac.2013. Mohon ibu bapa datang beramai-ramai jam 9.00 am. 18.4 Temu Mesra Ibu Bapa Tahun 6 bersama Idris b Bidin akan dijalankan. Surat edaran akan diberikan kelak. 18.5 Sokongan ibu bapa amat-amat diperlukan dalam memastikan kecemerlangan murid- murid SKTT. 19. Ucapan Penangguhan dan Penutup oleh YDP PIBG sesi 2013/2014 19.1 Penipuan dalam pengisian borang yang diberikan oleh pihak sekolah kepad ibu bapa amat dikesalkan. Sepatutnya jbu bapa hendaklah bersikap jujur dan bertanggungjawab. 19.2 Yuran PIBG boleh mula dibayar pada hari Ahad ini. Bayaran yuran UPSR sebanyak RM150 untuk murid Tahun 6 pula boleh dibuat secara ansuran. 19.3 Ibu bapa yang ingin menyumbang untuk kegiatan gotong royong pada 9hb.Mac.2013 ini amat dialu-alukan. JK yang baru diminta bersama menaikkan kecemerlangan sekolah. 19.4 Mesyuarat ditutup dengan Surah Al-Asr

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Pencatat: 1) Pn Anidah bt Wasli 2) Pn Norlaila bt Rozali

You might also like