You are on page 1of 29

1 Bab 9: Pengaruh Keluarga

B Ba ab b9 9: :
P PE EN NG GA AR RU UH HK KE EL LU UA AR RG GA A
Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh: Jelaskan bagaimana keluarga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak Membandingkan gaya keibubapaan yang berlainan Menerangkan impak status sosioekonomi kepada perkembangan kanak-kanak Menilai kesan perceraian kepada perkembangan kanak-kanak Menerangkan ciri-ciri keluarga ibubapa tunggal yang berjaya Discuss the consequences and causes of maltreatment

GAMBARAN UMUM BAB

9.1 Keluarga dan memupuk anak-anak 9.2 Gaya keibubapaan 9.3 Kelakuan tertentu yang mempengaruhi kanak-kanak 9.4 Status sosioekonomi keluarga 9.5 Pengaruh adik beradik 9.6 Perceraian 9.7 Keluarga ibubapa tunggal 9.8 Keluarga teradun 9.9 Penganiayaan kanak-kanak Ringkasan Istilah Penting Rujukan

Di dalam bab ini kita akan meneliti dengan lebih terperinci peranan keluarga dalam perkembangan kanak-kanak dan belajar bagaimana keluarga memainkan peranan tersebut. Kita akan melihat hubungan antara ibubapa dan kanak-kanak, bagaimana keluarga sedang berubah dalam abad ke-21, hubungan di antara adik beradik dan akhirnya daya yang dapat menyebabkan ibubapa menganiayai anak-anak mereka.

2 Bab 9: Pengaruh Keluarga 9.1 Keluarga dan Memupuk Kanak-kanak

Keluarga terdiri daripada orang yang mungkin mempunyai pertalian melalui darah, perkahwinan, atau pilihan. Ia merupakan suatu unit sosial asas yang terdiri daripada satu atau lebih orang dewasa bersama dengan anak-anak yang mereka pelihara, dianggap sebagai sebuah kumpulan, samada tinggal bersama ataupun tidak. Keluarga telah menjadi sangat penting hari ini, dengan berbagai pernyataan dibuat tentang peranan keluarga. Pertambahan kes pembulian di sekolah adalah disebabkan keluarga; peningkatan kehamilan remaja adalah disebabkan keluarga; bilangan yang besar kanak-kanak gemuk disebabkan keluarga; dan banyak lagi. Pada umumnya, keluarga dilihat sebagai ibu, bapa dan anak-anak mereka. Dalam realitinya, keluarga adalah pelbagai sebagaimana orang di dalamnya. Ada keluarga yang terdiri daripada ibubapa tunggal dan anak tunggal; yang lainnya terdiri daripada ibubapa, ramai anak-anak, dan datuk nenek, saudara yang lain. Semua konfigurasi ini, walau bagaimanapun, mempunyai matlamat yang sama; memupuk anak-anak dan membantu mereka menjadi ahli dewasa yang penuh dalam budaya mereka. Sekiranya keluarga merupakan tempat untuk memupuk dan merasa dihargai dan disayangi, bagaimanakah kita memastikan bahawa kita memupuk prinsip ini dalam hubungan kita? Berikut adalah EMPAT perkara utama bagaimana keluarga memupuk kanak-kanak dengan positif: Pendedahan Sosial/Budaya: Ibubapa yang memberikan pengalaman budaya dan sosial yang kaya dan pelbagai semasa pra-sekolah dan awal sekolah rendah mempunyai kanak-kanak yang berpencapaian lebih baik dalam ujian dan dimarkatkan sebagai lebih berorientasikan tugasan oleh guru mereka (Bradley et al., 1988). Aktiviti sosial dan budaya yang disyorkan termasuk penggunaan yang kerap perpustakaan, muzium, tapak bersejarah dan tempat menarik yang lain (Bloom, 1931). Menyediakan Stimulasi Untuk Belajar: Ketersediaan bahan permainan yang sesuai di dalam rumah, sepanjang peringkat umur bayi dan tahap berjalan jatuh, mempunyai kesan yang positif terhadap pencapaian dalam sekolah rendah, khususnya dalam pencapaian membaca (Bradley et al., 1988). Adalah sangat penting agar di rumah tersedia manipulatif yang menggalakkan kanakkanak kecil untuk mempunyai pengalaman sensori yang pelbagai, dan untuk dapat mengembangkan kemahiran motor halus dan kasar. Strategi Penyelesaian Masalah: Ibubapa yang mendedahkan anak-anak pra-sekolah mereka kepada strategi penyelesaian masalah lebih berkemungkinan mempunyai anak-anak yang menggunakannya (Freund, 1990). Ibu yang berinteraksi dengan anak-anak Rajah 9.1 Keluarga bermain board games

3 Bab 9: Pengaruh Keluarga pra-sekolah mereka dalam tugasan penyelesaian masalah, dan mendedahkan mereka kepada soalan terbuka tentang tugasan tersebut, mempunyai anak-anak yang kemudiannya menunjukkan prestasi yang lebih berdikari dengan tugasan serupa yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah (lihat Gambarajah 9.1). Kecelikan dan Peluang Perkembangan Bahasa: Kanak-kanak yang berpencapaian tinggi mempunyai ibubapa yang membaca kepada mereka dengan kerap dan membantu mereka mencapai kesedaran fonemik (Juel, 1988). Terdapat hubungan yang kuat antara pengetahuan awal kanak-kanak tentang puisi berirama dan perkembangan kemahiran fonemik kemudiannya (Maclean, Bryant, & Bradley, 1987). Di dalam keluarga di mana kanak-kanak terlibat dalam perbincangan keluarga, kanak-kanak adalah lebih bersedia untuk yang mereka akan dengar dalam bilik darjah. Interaksi ibubapa-anak dengan bahan membaca adalah penting semasa jangka waktu pra-sekolah kerana pada masa inilah kanak-kanak menjadi terbiasa dengan struktur cerita, sintaks yang kompleks, dan perbendaharaan kata. Mereka akan menjadi lebih bersedia untuk membentuk konsep yang menjadi prasyarat kepada kefahaman membaca dan mendengar (Juel, 1988). Untuk keupayaan membaca terbentuk dan terus konstan sepanjang sekolah rendah, kanak-kanak mesti mendengar dan berlatih bahasa daripada peringkat umur yang awal.
9.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah peranan keluarga di samping memberi makan, pakaian dan perlindungan? b) Bagaimanakah keluarga dapat meransang pembelajaran kanak-kanak? c) Jelaskan bagaimana keluarga dapat membentuk bahasa kanak-kanak.

9.2 Gaya Keibubapaan

Ahli psikologi perkembangan sudah lama berminat tentang bagaimana ibubapa memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, mencari hubungan sebab dan akibat sebenar antara tindakan ibubapa yang khusus dan kelakuan kanak-kanak kemudiannya adalah amat sukar. Ada kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang sangat berbeza mungkin kemudiannya membersar dengan mempunyai keperibadian yang sangat serupa. Sama juga, kanakkanak yang berkongsi keluarga yang sama dan dibesarkan dalam persekitaran yang sama mungkin membesar dengan keperibadian yang sangat berbeza antara satu sama lain. Walaupun terdapat cabaran tersebut, pengkaji telah menemui hubungan yang meyakinkan antara gaya keibubapaan dan kesan gaya tersebut ke atas kanak-kanak. Semasa awal 1960an, ahli psikologi Diana Baumrind telah menjalankan sebuah kajian ke atas lebih daripada 100 kanak-kanak pra-sekolah (Baumrind, 1967). Dengan menggunakan pemerhatian semulajadi, temubual dengan ibubapa dan kaedah

4 Bab 9: Pengaruh Keluarga penyelidikan yang lain, beliau telah mengenal pasti empat dimensi penting keibubapaan: Strategi disiplin Kemesraan dan kepemukukan Gaya komunikasi Jangkaan tentang kematangan dan kawalan

A) GAYA KEIBUBAPAAN Berdasarkan dimensi ini, Baumrind (1967) telah mencadangkan bahawa kebanyakan ibubapa menunjukkan satu daripada tiga gaya keibubapaan yang berbeza. Kajian seterusnya juga telah menunjukkan penambahan gaya keibubapaan yang keempat (Maccoby & Martin, 1983).

Autoritarian
Saya bos Tegar Pematuhan Kerana saya katakan begitu Mengarah Hukuman

Autoritatif
Menyokong Demokratik Lentur Membolehkan Tegas Pengaturan diri

Gaya Keibubapaan Tidak Terlibat


Jarak Tidak berminat Cuai Pasif Tidak hadir

Permisif
Anda bos Lembut Memanjakan Tiada Peraturan

Gambarajah 9.2 Gaya Keibubapaan 1. Keibubapaan Autoritarian Dalam gaya keibubapaan ini, kanakkanak dijangka menurut peraturan ketat yang diletakkan oleh ibubapa. Kegagalan untuk mematuhi peraturan selalunya membawa kepada hukuman. Ibubapa autoritarian gagal untuk menerangkan sebab di sebalik peraturan ini. Sekiranya diminta untuk menerangkannya, ibubapa itu mungkin hanya menjawab, "Kerana saya katakan begitu". Ibubapa ini mempunyai permintaan yang tinggi,

Rajah 9.3 Gaya keibubapaan autoritarian

5 Bab 9: Pengaruh Keluarga tetapi tidak responsif kepada anak-anak mereka. Menurut Baumrind (1991) ibubapa ini "adalah berorientasikan pematuhan dan status, dan menjangkakan perintah mereka dipatuhi tanpa apa-apa penerangan" (diterjemah). IMPAK: Gaya keibubapaan autoritarian umumnya membawa kepada kanakkanak yang patuh dan lancar, tetapi mereka berpangkat lebih rendah dalam kebahagiaan, kecekapan sosial dan harga diri. 2. Keibubapaan Autoritatif Seperti ibubapa autoritarian, mereka yang mempunyai gaya keibubapaan autoritatif meletakkan peraturan dan garis panduan yang anak-anak mereka dijangka akan patuhi. Walau bagaimanapun, gaya keibubapaan ini jauh lebih demokratik. Ibubapa autoritatif adalah responsif kepada anak-anak mereka dan bersedia untuk mendengar soalan. Apabila anak-anak gagal untuk memenuhi jangkaan, ibubapa ini lebih memupuk dan memaafkan dan tidak menghukum. Baumrind mencadangkan bahawa ibubapa ini "memantau dan menyampaikan standard yang jelas tentang kelakuan anak-anak mereka. Mereka adalah tegas, tetapi tidak mengganggu dan membatas. Kaedah disiplin mereka adalah menyokong, dan bukan punitif. Mereka mahu anak-anak mereka menjadi tegas dan sambil itu bertanggungjawab sosial, dan berperaturan diri dan bekerjasama" (1991, diterjemah). IMPAK: Gaya keibubapaan autoritatif selalunya menyebabkan anak-anak tidak bahagia, berkebolehan dan berjaya (Maccoby, 1992). 3. Gaya Keibubapaan Permisif Ibubapa permisif, kadang kala dirujuk sebagai ibubapa yang memanjakan, mempunyai sedikit permintaan daripada anak-anak mereka. Ibubapa ini jarang mendisiplin anak-anak mereka kerana mereka mempunyai jangkaan tentang kematangan dan kawalan diri yang secara perbandingannya lebih rendah. Menurut Baumrind, ibubapa permisif "adalah lebih responsive daripada mendesak.Mereka adalah tidak tradisional dan lembut, tidak memerlukan kelakuan yang matang, membenarkan peraturan diri yang banyak, dan mengelak konfrontasi" (1991, diterjemah). Ibubapa yang permisif umumnya memupuk dan komunikatif dengan anak-anak mereka, selalu mengambil status sebagai kawan dan bukan sebagai ibubapa. IMPAK: Gaya keibubapaan permisif selalunya menyebabkan anak-anak berpangkat rendah dalam kebahagiaan dan peraturan diri. Anak-anak ini adalah lebih berkemungkinan untuk mengalami masalah dengan pihak berkuasa dan selalunya berpencapaian rendah di sekolah.

4. Keibubapaan Tidak Terlibat Gaya keibubapaan yang tidak terlibat bersifat mempunyai jangkaan yang sedikit, kurang responsif dan komunikasi yang sedikit. Sementara ibubapa ini memenuhi keperluan asas anak-anak mereka, mereka umumnya tidak terikat dengan kehidupan anak-anak mereka. Dalam kes yang melampau, ibubapa ini mungkin menolak atau mengabaikan keperluan anak-anak mereka.

6 Bab 9: Pengaruh Keluarga IMPAK: Gaya keibubapaan Tidak Terlibat berpangkat paling rendah dalam kesemua domain kehidupan. Anak-anak ini selalunya kurang kawalan diri, mempunyai harga diri yang rendah dan kurang berkecekapan berbanding rakannya yang lain.

Selepas mempelajari impak gaya keibubapaan ke atas perkembangan kanak-kanak, Anda mungkin terfikir kenapa semua ibubapa tidak menggunakan GAYA KEIBUBAPAAN AUTORITATIF. Apapun, gaya keibubapaan ini merupakan yang paling mungkin menghasilkan kanakkanak yang bahagia, yakin dan berkebolehan. Apakah sebab-sebab kenapa gaya keibubapaan mungkin berbeza? Antara sebab-sebab yang berpotensi perbezaan ini termasuk budaya, keperibadian, saiz keluarga, latar belakang keluarga, status sosioekonomi, tahap pendidikan dan agama. Sudah tentunya, gaya keibubapaan individu ibubapa juga bergabung untuk membentuk suatu adunan yang unik dalam setiap keluarga. Sebagai contoh, si ibu mungkin menunjukkan suatu gaya autoritatif samada si ayah lebih suka dengan pendekatan yang lebih permisif. Untuk membentuk suatu pendekatan kepada keibubapaan yang kohesif, adalah penting agar ibubapa belajar untuk bekerjasama sambil mereka menggabungkan berbagai elemen gaya keibubapaan mereka yang unik.

9.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah gaya keibubapaan? b) Jelaskan perbezaan di antara gaya keibubapaan permisif dan gaya keibubapaan autoritarian. c) Sekiranya gaya keibubapaan autoritatif adalah yang paling dikehendaki, kenapakah ia tidak diamalkan dalam sesetengah keluarga? d) Jelaskan kenapa keibubapaan autoritatif dikaitkan dengan hasil akademik dan sosial yang baik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. 9.3 Kelakuan Khusus Ibubapa Yang Mempengaruhi Anakanak

Kelakuan ibubapa dalam situasi yang tertentu mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perkembangan anakanak. Kelakuan khusus ibubapa apakah dapat mempengaruhi anak-anak mereka? Tiga kelakuan khusus berikut mempengaruhi anak-anak: pengajaran langsung, belajar melalui pemerhatian dan maklumbalas. Rajah 9.4 Ibu menegur anak dengan menjerit

7 Bab 9: Pengaruh Keluarga PENGAJARAN LANGSUNG Ibubapa selalu memberitahu anak-anak mereka apa harus dibuat seperti Tutup TV, Kemaskan barang-barang dan sebagainya yang merupakan arahan langsung (lihat Gambarajah 9.4). Suatu pendekatan yang lebih baik adalah pengajaran langsung yang melibatkan memberitahu anak-anak apa yang harus, bila dan yang paling penting kenapa. Misalnya, bukan sekadar menjerit, Kamu tidak patut mematahkan pensil Zak, seorang ibu boleh berkata, Zak sedih sebab kamu telah mematahkan pensilnya. Di sini si ibu sedang menerangkan kenapa; akibat tindakan anak itu. Ibubapa itu sedang membuatkan anak tersebut berasa empati dan memahami akibat kelakuan negatifnya. BELAJAR MELALUI PEMERHATIAN Kanak-kanak banyak belajar daripada ibubapa hanya dengan memerhati atau melihat mereka. Seorang kanak-kanak adalah seperti sebuah cermin yang memantulkan bukan sahaja kelakuan yang baik tetapi juga yang buruk daripada ibubapa mereka atau orang dewasa lain yang penting kepada mereka. Tidak ada ibubapa yang mahu mengajar anak-anak mereka tabiat yang buruk tetapi harus diingat bahawa mata kecil mereka sentiasa memerhati. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa salah satu sebab kanak-kanak menipu pada umur yang awal adalah kerana mereka hanya meniru ibubapa mereka. MAKLUMBALAS Dengan memberikan maklumbalas kepada anak-anak mereka, ibubapa memberikan indikasi samada suatu kelakuan adalah sesuai dan harus diteruskan atau tidak sesuai dan harus dihentikan. Ibubapa boleh menggunakan pengukuhan (seperti pujian) untuk meningkatkan kemungkinan suatu kelakuan berterusan. Sebagai contoh, memberikan ganjaran untuk menyelesaikan suatu kerja di rumah seperti membasuh pinggan mangkuk selepas makan malam. Ibubapa mungkin menghukum anak-anak dengan tidak membenarkan mereka menonton televisyen apabila mereka mendapat gred yang rendah di sekolah. Hukuman merupakan apa-apa tindakan yang tidak menggalakkan berlakunya suatu kelakuan tertentu. Status Sosioekonomi Keluarga dan Pengaruhnya Ke Atas Kelakuan

9.4

Status sosioekonomi (SES) keluarga adalah berdasarkan pendapatan keluarga, tahap pendidikan ibubapa, pekerjaan ibubapa, dan status sosial dalam komuniti seperti kontak dalam komuniti, perkaitan dengan kumpulan, dan persepsi komuniti tentang keluarga tersebut (Demarest, Reisner, Anderson, Humphrey, Farquhar, & Stein, (1993). Umumnya, keluarga dengan status sosioekonomi yang rendah selalunya kekurangan sokongan kewangan, sosial, dan pendidikan yang menjadi ciri keluarga dengan status sosioekonomi yang tinggi. Keluarga yang miskin juga mungkin mempunyai akses yang tidak Gambarajah 9.5 Keluarga dengan SES yang rendah dengan ramai anak

8 Bab 9: Pengaruh Keluarga cukup ataupun terhad kepada sumber komuniti yang mempromosi dan menyokong perkembangan kanak-kanak dan kesediaan ke sekolah. Walau bagaimanapun, SES juga dikaitkan dengan masa keibubapaan dan saiz keluarga. Apakah maksudnya? Orang yang bekerja sebagai pekerja manual mahir dan spara mahir seperti pekerja binaan, pemandu lori, pekerja kilang, dan lain-lain cenderung berkahwin dan mendapat anak lebih awal berbanding orang dalam pekerjaan profesional, pengurusan dan teknikal. Pasangan dengan SES yang rendah juga cenderung mempunyai lebih anak, berbanding pasangan dengan SES yang tinggi (lihat Gambarajah 9.5). Kedua-dua kumpulan juga berbeza dalam nilai dan jangkaan penjagaan anak-anak. Dalam suatu kajian oleh Duncan & Magnusson (2003), ibubapa telah ditanya apakah yang mereka paling inginkan daripada anak-anak mereka. Ibubapa dengan SES yang rendah selalunya menekankan ciri-ciri luaran seperti pematuhan, kesopanan, kekemasan dan kebersihan. Ibubapa dengan SES yang tinggi menekankan sifat psikologikal seperti sifat ingin tahu, kebahagiaan, pengarahan diri dan kematangan kognitif dan sosial. Perbezaan ini dilihat daripada segi cara ibubapa berinteraksi dengan anak-anak mereka. Ibubapa dengan SES yang tinggi selalunya bercakap, membaca kepada dan memberikan stimulasi verbal kepada anak-anak mereka, yang membawa kepada anakanak berfikir tentang idea yang abstrak dan subjektif (Uribe, LeVine & LeVine, 1994). Sebaliknya, ibubapa dengan SES yang rendah cenderung menjadi mengarah seperti Buat perkara itu kerana aku suruh, menghukum anak-anak secara fizikal dan meluangkan masa yang sedikit bercakap dengan anak-anak. Ramey dan Ramey (1994) menumpukan kepada kesediaan anak-anak ke sekolah dan mendapati bahawa merentas kesemua kumpulan sosioekonomi, ibubapa berhadapan cabaran utama tentang memberikan penjagaan yang optimal dan pedidikan kepada anak-anak mereka. Bagi ibubapa dengan SES yang rendah cabaran ini boleh jadi menggerunkan. Kadang kala,apabila keperluan asas kurang, ibubapa terpaksa meletakkan keutamaan kepada rumah, makanan, pakaian, dan penjagaan kesihatan. Permainan pendidikan dan buku mungkin nampaknya menjadi kemewahan, dan ibubapa mungkin tidak mempunyai masa, tenaga, atau pengetahuan untuk mencari cara yang inovatif dan murah untuk memupuk perkembangan anak-anaknya. Ibubapa ini selalunya kurang masa dan tenaga untuk melaburkan dengan sepenuhnya kepada persediaan anak-anaknya ke sekolah, dan mereka kadang kala mempunyai sedikit pilihan untuk mendapatkan penjagaan anak yang bermutu; sebelum anak-anak mereka mula bersekolah dan semasa awal persekolahan. Guru tadika selalunya melaporkan bahawa kanak-kanak dengan SES yang rendah selalunya mula bersekolah dengan persediaan yang terhad. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan pada kekayaan. Walaupun latar belakang pendidikan yang terkehadapan dan kekayaan material mereka, ibubapa yang kaya selalu gagal untuk terlibat dalam interaksi keluarga. Kajian oleh Luthar & Latendresse (2005) dan Luthar & Becker (2002) telah melaporkan perkara berikut dalam kalangan keluarga yang kaya: Anak-anak tidak akrab secara emosi dengan ibubapa mereka Ibubapa tidak ada secara fizikak dan emosi untuk anak-anak mereka kerana mereka sibuk bekerja Ibubapa mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi terhadap kejayaan yang membawa kepada tekanan dan kebimbangan dalam kalangan anak-anak mereka

9 Bab 9: Pengaruh Keluarga Remaja selalunya terlibat dengan salah guna alkohol dan dadah di peringkat sekolah menengah
9.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Sejauhmanakah kanak-kanak belajar daripada meniru ibubapa mereka? Berikan contoh yang khusus. b) Adakah keluarga dengan SES yang rendah mempunyai cita-cita yang berlainan untuk anak mereka dan melayan mereka dengan berbeza daripada keluarga dengan SES yang tinggi? Jelaskan. 9.5 Pengaruh Adik beradik

A) HUBUNGAN ADIK BERADIK Seorang kanak-kanak pra-sekolah mungkin mendapati kelahiran seorang adik sukar untuk diterima. Kanak-kanak itu menyedari bahawa perhatian dan kemesraan ibubapa mesti dikongsikan dengan bayi yang baru lahir itu dan dengan itu menjadi sangat kuat mendesak, bergayut dan sengaja nakal untuk suatu jangka waktu. Walau bagaimanapun, kebencian ini akan berkurangan dan kanak-kanak itu menunjukkan kemesraan dengan mencium dan menepuk bayi itu (lihat Gambarajah 9.6). Ibubapa adalah lebih pandai mengajar tentang Rajah 9.6 Kemesraan di adat tertib sosial suasana yang formal bagaimana antara adik-beradik untuk bertindak di tempat awam, bagaimana untuk tidak memalukan diri sendiri di meja makan, misalnya. Tetapi adik-beradik merupakan model peranan yang lebih baik untuk kelakuan yang lebih tidak formal bagaimana untuk bertindak di sekolah atau di atas jalan raya, atau, yang paling penting, bagaimana untuk bertindak tenang di sekeliling rakan itu merupakan kebanyakan pengalaman harian seorang kanak-kanak. Ibubapa lebih hampir kepada persitaran sosial yang kanak-kanak alami semasa kebanyakan hari, yang menyebabkan penting untuk tidak terlepas pandang peranan adik beradik (Kramer, 2010). Sama juga, kanak-kanak belajar kelakuan yang kurang menyenangkan daripada adik beradiknya seperti menghisap rokok, minum minuman keras dan tindakan delinkuen yang lain, daripada pendedahan kepada kelakuan antisosial seorang abang atau kakak dan juga kelakuan adik beradik rakan-rakannya. Misalnya, seorang remaja perempuan adalah lebih berisiko menjadi hamil sekiranya kakaknya adalah aktif secara seksualnya sebagai seorang remaja.

10 Bab 9: Pengaruh Keluarga

B) KONFLIK ADIK BERADIK Suatu bidang penyelidikan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak adalah yang berkaitan dengan konflik adik beradik dan cara yang terbaik untuk ibubapa campur tangan apabila anak-anak berbalah (Dunn & Munn, 1986). Konflik adik beradik adalah selalu, tidak diselesaikan dengan baik, dan kadang kala sangat agresif, ganas atau malahan kasar (lihat Gambarajah 9.7). Konflik adik beradik dalam zaman kanak-kanak adalah juga dikaitkan dengan penyesuaian yang kurang baik kemudian dalam kehidupan. Misalnya, konflik adik beradik di zaman kanak-kanak dikaitkan dengan kecenderungan kepada sifat ganas sebagai orang dewasa (Gully, Dengerink, Pepping & Bergstrom, 1981). Dengan memerhati dapatan tersebut, tidak hairanlah konflik adik beradik merupakan sumber Gambarajah 9.7 Konflik kebimbangan ibubapa dan mereka bimbang tentang adik beradik dapat cara terbaik untuk campur tangan. Sebaliknya, ibubapa yang masuk campur menyebabkan keganasan dan menyelesaikan konflik mungkin menidakkan anak-anaknya peluang untuk membina strategi penyelesaian konflik mereka sendiri dan mungkin sebenarnya membuatkan konflik semakin teruk. Sebaliknya pula, intervensi kadang kala dapat membantu untuk membuat konflik kurang tegang dan membawa kepada penyelesaian yang lebih konstruktif. Intervensi dalam konflik adik beradik cuba untuk menjadi perantara dan menggalakkan proses tolak ansur tetapi membiarkan penyelesaian akhir dalam tangan anak-anak sendiri. Intervensi cuba memperbaiki hasil konflik sambil pada masa yang sama membantu anak-anak memahami antara satu sama lain dan membina strategi penyelesaian yang lebih konstruktif. Apabila ibubapa melayan anak-anaknya dengan berlainan dengan mempelbagaikan jumlah belaian, keresponsifan, kawalan dan disiplin yang positif terhadap anak-anak; hubungan adik beradik lebih berkemungkinan menjadi konfrontasional dan kurang mesra sekiranya anak-anak melihat perbezaan itu sebagai tidak adil (Volling, B. & Belsky. J. 1992). Anak sulung terlibat dalam peranan kepimpinan dan mengajar, manakala anak kedua lebih berkemungkinan mengajuk, mengikut dan menjadi pelajar. Semasa awal zaman kanak-kanak, adik beradik dapat bertindak sebagai sumber sokongan dalam situasi penjagaan dalam ketiadaan ibunya untuk beberapa ketika dan di pertengahan zaman kanak-kanak (i.e. semasa sekolah rendah) adik beradik mungkin memberikan sokongan pada waktu mengalami detik tertekan. Daya perbezaan semula jadi yang terhasil daripada perbezaan umur antara adik beradik bermakna bahawa dua orang kanak-kanak mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza dalam keluarga. Misalnya, anak kedua mempunyai manafaat dapat belajar daripada abang atau kanaknya, tetapi yang sulung tidak begitu, kadang kala membawa kepada perkembangan yang yang cepat bagi anak kedua dalam beberapa hal (Howie & Reechia, 2006).

11 Bab 9: Pengaruh Keluarga 9.6 Perceraian

A) KADAR PERCERAIAN Perceraian semakin meningkat dalam kebanyakan negara di dunia. Di Malaysia, bilangan perceraian telah meningkat daripada 16,013 dalam tahun 2002 kepada 32,776 dalam tahun 2009, suatu peningkatan sebanyak 105%. Kadar perceraian di Malaysia adalah lebih kurang 13% yang nampak kecil apabila dibandingkan dengan Amerika Syarikat (51%), Australia (46%) dan Jerman (44%). Ini bermakna bahawa untuk setiap 100 perkahwinan di Malaysia, 13 berakhir dengan perceraian. Daripada ini, sebanyak 40% peratus daripada pasangan Malaysia telah bercerai dalam masa lima tahun selepas bernikah, manakala 26.5% telah bercerai selepas 6-10 tahun perkahwinan. Hasilnya, lebih ramai kanak-kanak membesar dalam keluarga ibubapa tunggal ataupun keluarga dengan bapa tiri, ibu tiri, dan adik beradik tiri. Dengan itu, guru harus sedar bahawa terdapat pelajar daripada keluarga yang telah bercerai dalam kelas mereka. Guru terpaksa peka dengan perasaan mereka, khususnya apabila kanak-kanak lain di dalam kelas mungkin mempunyai ayah dan ibu, manakala ada kanak-kanak yang mungkin hanya mempunyai ayah atau ibu. Misalnya, di dalam kelas bahasa, ia mungkin sukar untuk seorang kanak-kanak untuk menulis sebuah esei tentang ayahnya, sekiranya keluarganya telah bercerai semasa dia masih kecil lagi dan ibunya merupakan ibu tunggal. Umumnya, tidak ramai yang akan menafikan bahawa perceraian adalah sangat menyedihkan untuk kanak-kanak kerana ia melibatkan konflik antara ibubapa dan biasanya perpisahan antara satu sama lain. Banyak kajian telah dijalankan tentang kesan perceraian kepada kanak-kanak dan bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak mengalami beberapa masalah seperti prestasi akademik yang lemah, tekanan dan rasa tidak selamat secara emosi. Walau bagaimanapun, dapatan ini tidak bermakna bahawa semua kanak-kanak daripada keluarga yang telah bercerai mengalami masalah seperti itu, tetapi kanak-kanak daripada keluarga yang telah bercerai lebih berisiko untuk mendapat hasil seperti itu. Tahun pertama selepas perceraian adalah yang paling trauma untuk ibubapa dan guru. Tetapi bermula dengan tahun kedua, kebanyakan kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu. Kanak-kanak lebih bersedia menyesuaikan diri dengan perceraian sekiranya ibubapa yang telah bercerai bekerjasama antara satu sama lain, khususnya dalam hal disiplin. Apabila si ibu diberikan hak penjagaan anak-anak, anak-anak mendapat manafaat apabila si bapa terus terlibat dalam urusan keibubapaan. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa budak lelaki lebih baik bersama ayah mereka dan budak perempuan lebih baik bersama ibu mereka (McLanahan, 1999).

12 Bab 9: Pengaruh Keluarga

B) APAKAH YANG MENYEBABKAN TEKANAN UNTUK ANAK-ANAK DALAM KELUARGA YANG TELAH BERCERAI? Perubahan: Salah satu kebimbangan anak-anak adalah perubahan. Dengan perceraian, perubahan akan berlaku dalam kebanyakan tanggungjawab keluarga. Anak-anak mungkin terpaksa menyesuaikan diri dengan jadual dan rutin yang baru. Mereka tidak lagi mempunyai kontak dengan beberapa orang kawan dan ahli keluarga luas (seperti datuk nenek dan sepupu). Kehilangan Ikatan: Kanak-kanak menjadi terikat kepada ibubapa, abang, kakak dan haiwan peliharaan. Tidak mengetahui banyak mana kontak dengan mana-mana daripadanya boleh menyebabkan tekanan. Sebagai contoh, berpindah ke rumah yang baru dan jauh daripada kepunyaan yang mereka sudah terbiasa juga dapat menimbulkan tekanan. Takut ditinggalkan: Kanak-kanak takut sekiranya mereka telah kehilangan salah satu ibubapanya, mereka mungkin kehilangan yang kedua itu. Mereka mungkin menyalahkan diri mereka, berasa tidak disayangi dan berasa tidak selamat. Mereka bimbang tentang siapa yang akan menjaga mereka. Permusuhan antara Ibu dan Bapa: Pertelingkahan dan ketegangan antara ibubapa mungkin membuatkan anakanak berasa bersalah, marah dan kesunyian. Untuk cuba membuatkan anakanak menyebelahi mana-mana pihak atau membelakangi salah satu daripada ibubapanya akan menimbulkan kekeliruan bagi anak-anak yang terperangkap di tengah-tengah pergelutan antara orang dewasa. Mereka mereka harus membuat keputusan sendiri!

C) KENAPA SESETENGAH KANAK-KANAK TERKESAN OLEH PERCERAIAN SEMENTARA YANG LAIN TIDAK? Terdapat maklumat yang semakin banyak yang menunjukkan bahawa terdapat faktor tertentu yang mungkin membuatkan sesetengah kanak-kanak lebih berisiko daripada segi kurang dapat menyesuaikan diri berbanding yang lain. Ada faktor yang tidak dapat diubah dan ada yang sudah sedia ada sebelum perceraian. Faktor yang lainnya pula memberikan tekanan kepada anak-anak pada saat perpisahan atau perceraian, dan ada pula yang mempengaruhi anak-anak selepas perceraian itu. JantinaBudak lelaki lebih berisiko berbanding budak perempuan, terutamanya disebabkan si ibu selalunya diberikan hak penjagaan dan bukan bapa. Adalah sukar kerana ibubapa yang sama jantina, si bapa, tidak lagi tinggal bersama di rumah. Ketiadaan model peranan lelaki menjadikannya lebih sukar untuk budak lelaki untuk menyesuaikan diri dengan perceraian. UmurKanak-kanak yang lebih muda lebih berisiko dalam jangka pendek disebabkan oleh kekeliruan yang menyelubungi perceraian itu dan kehilangan ibu atau bapa yang tidak lagi tinggal bersama mereka. Kanak-kanak yang lebih muda

13 Bab 9: Pengaruh Keluarga kurang berupaya memahami semua perubahan yang berlaku. Kanak-kanak praremaja dan remaja lebih berisiko dalam jangka masa panjang, kerana dalam jangka pendek keakraban mereka dengan rakan sebaya menahan perasaan mereka tentang perceraian ibubapa mereka (Amato & Keith, 1991). Status soiioekonomiStandard kehidupan selalu berubah dengan ketara selepas perceraian. Kurangnya wang mungkin bermakna bahawa terdapat keperluan anakanak tidak dipenuhi. Sejauhmana anak itu diheret ke dalam konflik rumahtangga tersebut. Lebih banyak anak itu dibabitkan dalam konflik ibubapanya, lebih terkeliru, kecewa, marah, dan berkonflik kesetiaan dia akan alami. Hubungan dengan ibu dan bapa sebelum perceraian. Sekiranya hubungan praperceraian dengan ibubapa adalah positif dan memupuk, risiko masalah pascaperceraian dapat dikurangkan. Sekiranya masalah dengan hubungan ibubapa-anak wujud sebelum perceraian, masalah tersebut sangat berkemungkinan akan menjadi lebih teruk selepas perceraian. Keupayaan ibubapa untuk memisahkan peranan mereka sebagai ibubapa dan pasangan. Pasangan yang akan berpisah tetapi tidak dapat membuat keputusan tentang kebajikan anak-anak mereka dengan aman dan berunding tentang isu-isu berkaitan dengan anak-anak mereka, meletakkan anak-anak mereka dalam risiko yang lebih besar untuk menghadapi masalah. Konflik terbuka yang berpanjangan antara pasangan. Lebih banyak konflik antara ibubapa, lebih tinggi risiko bagi anak-anak mengalami kekacauan emosi. Tanggapan kehilangan ibu/bapa yang tidak mendapat hak penjagaan . Melainkan perhatian yang lebih diberikan oleh kedua-dua ibubapa untuk memupuk hubungan antara ibu/bapa yang tidak mendapat hak penjagaan dengan anak tersebut, seorang anak mungkin berasa kehilangan dan malahan terbuang.
[Sumber: Sebutan untuk dokumen ini: Hughes, R., Jr. (2005). The effects of divorce on children. Urbana, IL: University of Illinois Extension. Izin diberikan untuk mencetak dokumen ini untuk tujuan pendidikan]

9.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Jelaskan bagaimana adik beradik mempengaruhi kanakkanak. b) Bagaimanakah ibubapa harus menangani konflik adik beradik? b) Kenapakah sesetengah kanak-kanak terkesan oleh perceraian manakala yang lain kurang terkesan? .

14 Bab 9: Pengaruh Keluarga

9.7

Keluarga Ibu/Bapa Tunggal

Selepas perceraian, kebanyakan anak-anak mula dengan tinggal dalam sebuah keluarga ibu/bapa tunggal yang berbeza daripada sebuah keluarga asas atau keluarga dengan dua orang ibubapa yang dianggap sebagai sebuah struktur keluarga yang ideal. Adakah ibubapa tunggal mempengaruhi pencapaian akademik dengan negatif? Pada masa ini, kajian tidak memberikan suatu jawaban yang lengkap kepada persoalan ini. Daripada beberapa segi, anak-anak dalam keluarga dengan ibubapa tunggal lebih berisiko berbanding anak-anak dalam jenis keluarga yang lain. Walaupun apabila mereka mempunyai keupayaan akademik yang sama, anak-anak dalam keluarga ibubapa tunggal adalah tiga kali lebih berkemungkinan untuk keciciran di sekolah menengah berbanding anak-anak daripada keluarga dengan dua orang ibubapa (Thiessen, 1997). Oleh kerana mereka merupakan sumber kewangan utama dan selalunya sumber kewangan yang tunggal bagi keluarga tersebut, ibubapa tunggal mempunyai kurang masa untuk membantu anak-anak dengan kerja rumah mereka, kurang berkemungkinan untuk menggunakan disiplin yang konsisten, dan mempunyai kawalan keibubapaan yang kurang, dan semua keadaan ini mungkin membawa kepada pencapaian akademik yang lebih rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa apabila tahap pendapatan ibubapa tunggal dan keluarga dengan dua orang ibubapa adalah sama, terdapat hanya sedikit perbezaan dalam pencapaian akademik anak-anak mereka.

Ada pengkaji yang telah bertanya ibubapa tunggal yang berjaya bagaimana mereka telah berjaya dan berikut adalah apa yang mereka telah katakan: Penerimaan Tanggungjawab. Ibubapa tunggal yang berjaya menerima tanggungjawab dan cabaran sebagai ibubapa tunggal. Mereka tidak mengurangkan atau menambah kepada masalah tetapi mencari penyelesaian. Mereka menyedari kesukaran (seperti kurang masa untuk diri sendiri, kehidupan sosial yang terhad, tunggungjawab tunggal bagi memenuhi pelbagai keperluan, dan tekanan kewangan) tanpa rasa kasihan kepada diri sendiri atau kepahitan. Komitmen Kepada Keluarga. Ibubapa tunggal berjaya menjadikan keluarga keutamaan mereka. Mereka menumpukan kepada menjadi sebaik ibubapa tunggal yang boleh, yang selalunya bermakna meletakkan keperluan anak-anak dahulu. Mereka benar-benar suka dan gembira dengan anak-anak, mengorbankan masa, wang, dan tenaga demi anak-anak mereka. Gambarajah 9.8 Ibubapa Mereka cuba memberikan sokongan dan Tunggal yang stabil mengatasi kesan negatif perceraian

15 Bab 9: Pengaruh Keluarga kesabaran serta membantu anak-anak. Seperti juga ibubapa lain yang berkesan, mereka konsisten dan tidak terlalu punitif. Gaya mendisiplin ini memberikan anak-anak piilihan, menggunakan kesan yang semula jadi dan logik, dan memberikan suatu struktur. Komunikasi Terbuka. Ibubapa tunggal yang berjaya memupuk komunikasi terbuka. Ibubapa ini menggalakkan ekspresi pemikiran dan perasaan yang jelas dan terbuka dalam keluarga tersebut sebagai kunci kepada perkembangan hubungan yang jujur dan saling mempercayai. Mereka memupuk identiti tersendiri dalam sebuah unit keluarga yang menyokong. Ibubapa ini berusaha untuk mencapai identiti tersendiri dan keberdikarian dengan setiap ahlinya mempunyai minat individu dan membina kemahiran individu. Pengurusan Rumah Berjaya. Ibubapa tunggal yang berjaya mengurus keperluan keluarga dengan baik. Mereka berusaha untuk menjadi terurus dan boleh diharapkan, dan mereka bekerja keras untuk mengkoordinasi jadual. Mereka berasa bangga dengan keupayaan mereka untuk menyediakan kewangan untuk keluarga mereka, walaupun kewangan masih menjadi suatu pergelutan. Penjagaan Diri. Ibubapa tunggal berjaya menjaga diri mereka sendiri. Walaupun mempunyai kekurangan masa, ibubapa ini menyedari bahawa menjaga diri mereka sendiri adalah penting. Mereka cuba berbuat demikian dengan cara fizikal, kerohanian, emosi, dan sosial. Mereka terhubung dengan orang lain yang mereka akan hubungi untuk mendapatkan sokongan praktikal dan emosional. Meneruskan Tradisi dan Hubungan. Keluarga ibubapa tunggal yang berjaya meneruskan tradisi, samada upacara waktu tidur, waktu istimewa bersama keluarga, atau keraian percutian. Suatu tradisi merupakan apa-apa acara yang mempunyai makna yang istimewa kepada sebuah keluarga. Apabila sebuah keluarga telah diganggu, meneruskan tradisi menjadi suatu daya yang menstabilkan, sesuatu yang dapat diharapkan. Mempunyai Pandangan Yang Positif Tentang Cabaran. Ibubapa tunggal berjaya mempunyai sikap yang positif terhadap keibubapaan dan hidup secara umumnya. Mereka melihat aspek positif dalam situasi yang menekan dan berasa bahawa mereka telah berjaya walaupun terdapat banyak keraguan.

[sumber: Being a successful single parent. Real Families Real Answers]


9.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Bagaimanakah ibubapa tunggal telah berjaya dalam membesarkan anak-anak mereka? b) Komen tentang pencapaian akademik dan kelakuan kanak-kanak kepada ibubapa tunggal dalam kelas anda. .

16 Bab 9: Pengaruh Keluarga 9.8 Keluarga Teradun

The Brady Bunch Dalam pertengahan 70an terdapat sebuah siri televisyen di Amerika bertajuk "The Brady Bunch" yang disiarkan di TV Malaysia. Sitcom tersebut telah disiarkan semasa perceraian dan perkahwinan semula sedang meningkat di Amerika. Sitcom berkisar tentang sebuah keluarga besar, Mike Brady dan tiga orang anak lelakinya dan isteri yang baru dikahwininya Carol Martin yang mempunyai tiga orang anak perempuan. Siri tersebut menunjukkan bagaimana keluarga tersebut belajar untuk mengharungi persekitaran yang baru, penuh dengan perselisihan dan persaingan tetapi akhirnya mereka menjadi satu keluarga. Selepas perceraian, kebanyakan anak-anak mula dengan hidup di dalam sebuah keluarga beribubapa tunggal buat seketika dan sesetengah ibubapa ini berkahwin semula membentuk sebuah keluarga teradun. Apakah sebuah keluarga teradun? Sebuah keluarga teradun merupakan suatu terma yang menerangkan sebuah keluarga di mana ibubapa berkahwin Rajah 9.9 Keluarga teradun yang stabil dengan pasangan yang lain dan mesra sebelumnya, membawa anak-anak mereka daripada perkahwinan sebelumnya itu untuk tinggal bersama atau becampur di dalam susunan sekarang. Sementara 'keluarga teradun' sudah biasa di Amerika dan negara barat, ianya merupakan suatu fenomena yang semakin bertambah di Malaysia dan di negara Asia yang lain (Jamilah Ariffin, Bernama News, 25 Oktober, 2010). Sebuah keluarga teradun boleh jadi "mudah", di mana hanya satu ahli daripada pasangan tersebut mempunyai seorang atau lebih anak, ataupun ia boleh jadi "kompleks" atau "teradun". Di dalam sebuah keluarga teradun, kedua-dua pasangan mungkin telahpun ada anak, atau pasangan tersebut mungkin mempunyai anak tambahan bersama. Sekiranya kedua-dua ahli dalam pasangan tersebut mempunyai anak sebelumnya, anak-anak itu adalah adik beradik tiri masing-masing. Mana-mana anak seterusnya yang dilahirkan hasil daripada perkahwinan pasangan itu menjadi adik beradik seibu atau seayah kepada anak-anak yang sedia ada. Oleh kerana selalunya si ibu diberikan hak penjaga anak-anak, bentuk keluarga teradun yang paling biasa dijumpai adalah seorang ibu, anak-anaknya dan seorang ayah tiri. Kebanyakan ayah tiri tidak menyertai dengan aktif dalam penjagaan anak, selalunya mereka nampak keberatan untuk terlibat. Walau bagaimanapun, budak lelaki selalunya mendapat manafaat daripada kehadiran seorang ayah tiri, khususnya apabila dia mesra dan terlibat. Budak perempuan pra-remaja, walau

17 Bab 9: Pengaruh Keluarga bagaimanapun, tidak mudah menyesuaikan diri dengan ibunya berkahwin lagi, nampaknya kerana ia mengganggu hubungan akrab yang mereka telah jalinkan dengannya (Bray, 1999). Penyesuaian ini adalah lebih sukar apabila si ibu remaja itu berkahwin lagi. Remaja tidak mudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan keluarga barunya sepertimana kanak-kanak; mereka lebih berkemungkinan mencabar kuasa seorang ayah tiri. Dan penyesuaian adalah lebih sukar apabila seorang ayah tiri membawa anak kandungnya. Di dalam keluarga seperti itu, ibubapa kadang kala melebihkan anak kandung mereka berbanding anak tiri mereka; mereka lebih terlibat dan lebih mesra dengan anak kandung mereka. Layanan yang lebih istimewa ini selalunya akan membawa kepada konflik dan kesedihan. Dan apabila si ibu dan ayah tiri itu bergaduh, anak-anak selalunya menyebelahi ibu atau ayah kandungnya (Dunn, OConnor & Cheng, 2005). Strategi terbaik untuk ayah tiri adalah untuk menjadi berminat dalam anak tiri mereka yang baru tetapi elakkan menceroboh ke dalam hubungan yang sudah terbina. Ibu yang baru berkahwin mesti berhati-hati agar keghairahan mereka terhadap pasangan baru mereka tidak mengurangkan masa dan belaian kepada anak-anak mereka. Dan kedua-dua ibubapa dan anak perlu mempunyai jangkaan yang realistik. Keluarga terpadu dapat menjadi berjaya dan memanafaatkan kepada anak-anak dan remaja, tetapi ia memerlukan usaha disebabkan hubungan yang rumit, kesetiaan yang berkonflik, dan cemburu yang selalunya hadir. Lama kelamaan anak-anak akan menyesuaikan diri dengan keluarga teradun itu. Sekiranya perkahwinan itu bahagia, kebanyakan anak-anak akan mendapat manafaat daripada kehadiran dua orang dewasa yang prihatin. 9.9 Penganiayaan Kanak-kanak

KENAPA?...... KENAPA?........ KENAPA?......... Balasundram, Norshafiqah dan Afiq harus sudah berumur awal dua puluhan tahun ini; orang muda dengan impian untuk dicapai. Malangnya, tidak ada di antara mereka masih hidup, mereka telah menjadi mangsa penganiayaan dan tewas kepada kecederaan dua dekad lalu. Dalam tahun 1990, Balasundram yang berumur 26 bulan, telah dijumpai terdampar di Hospital Kuala Lumpur. Badannya penuh dengan calar dicucur puntung rokok, diserang dan diliwat oleh kekasih ibunya. Dia menderita akibat kerosakan otak dan buah pinggang dan walaupun doctor telah berusaha tetapi gagal menyelamatkannya daripada maut. Norshafiqah, pada masa itu 17 bulan, telah meninggal akibat kecederaan yang disebabkan oleh penjaganya. Afiq yang berumur 2 tahun telah meninggal selepas dianiaya dengan kejam oleh ayahnya sendiri. Kes-kes yang mengejutkan itu, dan mendapat liputan media yang luas pada masa itu, telah membangkitkan kemarahan orang Malaysia untuk bersatu dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap penganiaya kanak-kanak dan membawa kepada terbentuknya Akta Perlindungan Kanak-kanak dalam tahun 1991. Teledera telah ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan dalam tahun 1992 untuk orang awam melaporkan kes-kes penderaan kanak-kanak.

18 Bab 9: Pengaruh Keluarga

Yang tragis, cerita Bala, Norshafiqah dan Afiq telah diulangi lagi dan lagi dalam dua dekad yang lepas di bandar-bandar, subbandar dan kampong di Malaysia. Dan di sebalik kemarahan orang awam pada masa itu, kanak-kanak terus menderita disebabkan penderaan di tempat yang mana mereka seharusnya merasa paling selamat di rumah, sekolah, dan kejiranan mereka. Dalam tahun 2008, 2,780 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan, yang bermakna purata seramai tujuh orang kanak-kanak telah didera setiap hari pada tahun itu di Malaysia. Jenis penganiayaan yang paling banyak adalah penderaan fizikal yang melibatkan serangan yang membawa kepada kecederaan; penderaan seksual yang melibatkan pencabulan, persetubuhan, liwat atau kelakuan seksual yang lain; dan kecuaian yang melibatkan tidak memberikan kanak-kanak makanan, pakaian atau perubatan yang mencukupi.

A) KESAN PENGANIAYAAN Bukan semua kanak-kanak yang dianiaya dan terabai akan mengalami kesan jangka panjang. Hasil daripada kes-kes individu berbeza dengan ketara dan terkesan oleh suatu kombinasi faktor-faktor, termasuk: Umur anak itu dan status perkembangannya semasa penderaan atau pengabaian berlaku Jenis penderaan (penderaan fizikal, pengabaian, penderaan seksual, dan sebagainya) Kekerapan, jangka waktu, dan keterukan penderaan Hubungan antara mangsa dan penderanya. Kajian juga telah mula mempelupori mengapa, dalam keadaan yang sama, ada kanakkanak yang mengalami kesan jangka panjang penderaan dan pengabaian sementara yang lainnya nampaknya langsung tidak terkesan. Keupayaan untuk menangani, dan malahan berjaya, selepas suatu pengalaman yang negative kadang kala dirujuk sebagai "kebingkasan". Beberapa faktor melindung (faktor yang mungkin melindung anak itu daripada menderita disebabkan penganiayaan) mungkin menyumbang kepada kebingkasan seorang kanak-kanak yang didera atau diabaikan. Ini termasuk sifat individu, seperti optimis, harga diri, kecerdikan, kreativiti, humor, dan kemandirian. Faktor melindung juga termasuk persekitaran keluarga atau sosial, seperti akses anak itu kepada sokongan sosial; khususnya, seorang dewasa yang prihatin terhadap kehidupan anak itu dapat menjadi suatu faktor melindung yang penting. Kebajikan komuniti, termasuk kestabilan kejiranan dan akses kepada perubatan, adalah juga faktor melindung.

19 Bab 9: Pengaruh Keluarga

a) Kesan Psikologi Kesan emosi yang segera akibat penderaan dan pengabaian - pengasingan, ketakutan, dan ketidakupayaan untuk memberikan kepercayaan dapat diterjemahkan kepada kesan sepanjang hayat, termasuk harga diri yang rendah, kemurungan, dan masalah dengan hubungan. Pengkaji telah mengenal pasti kaitan antara penderaan dan pengabaian kanak-kanak dengan yang berikut: Kesihatan mental dan emosional yang lemah. Di dalam sebuah kajian jangka panjang, seramai 80 peratus orang muda yang telah didera telah memenuhi kriteria diagnostik bagi sekurang-kurangnya satu gangguan psikiatrik pada umur 21 tahun. Orang-orang muda ini telah menunjukkan banyak masalah, termasuk kemurungan, kebimbangan, gangguan pemakanan, dan percubaan membunuh diri. Masalah psikologikal dan emosional yang dikaitkan dengan penderaan dan pengabaian termasuk gangguan panik, gangguan dissosiatif, gangguan kekurangan perhatian /hiperaktiviti, gangguan tekanan pasca trauma, dan gangguan ikatan reaktif. Masalah Kognitif. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diletakkan di dalam rumah anak Gambarajah 9.10 Penderaan yatim disebabkan penderaan atau Kanak-kanak kerana Ayah pengabaian lebih berkemungkinan mengalami tekanan kerja mendapat ukuran keupayaan kognitif, perkembangan bahasa, dan pencapaian akademik yang lebih rendah daripada populasi umum. Masalah Sosial. Kanak-kanak yang didera dan diabaikan oleh penjaga mereka tidak membentuk ikatan yang selamat dengan mereka. Masalah ikatan awal ini boleh membawa kepada masalah kemudian hari daripada segi hubungan dengan orang dewasa yang lain serta dengan rakan sebaya.

b) Kesan Kepada Kelakuan Bukan semua mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak akan mengalami kesan daripada segi kelakuan; walau bagaimanapun, penderaan dan pengabaian kanakkanak nampaknya membuatkan yang berikut lebih berkemungkinan: Masalah semasa remaja. Kajian telah mendapati bahawa kanak-kanak yang didera dan diabaikan adalah sekurang-kurangnya 25% lebih berkemungkinan untuk mengalami masalah seperti delinkuen, kehamilan dalam usia remaja, pencapaian akademik yang rendah, penggunaan dadah, dan masalah kesihatan mental. Delinkuens juvenil dan Jenayah Dewasa. Kanak-kanak yang telah didera dan diabaikan lebih berisiko ditahan sebagai juvenil. Penderaan dan pengabaian menambah kemungkinan kelakuan jenayah orang dewasa dan jenayah ganas dengan 30%. Salah guna alkohol dan dadah lain. Kajian telah dengan konsisten mencerminkan kemungkinan yang lebih tinggi bahawa anak-anak yang telah didera dan diabaikan akan merokok, menyalahguna alkohol, atau

20 Bab 9: Pengaruh Keluarga mengambil dadah. Di Amerika, menurut sebuah kajian oleh National Institute on Drug Abuse, seramai dua pertiga orang di dalam program rawatan dadah telah melaporkan telah didera semasa kanak-kanak. Pada pendapat anda apakah situasinya di Malaysia? Kelakuan Mendera. Ibubapa yang mendera selalunya telah mengalami penderaan semasa mereka kanak-kanak. Telah dianggarkan bahawa lebih kurang satu pertiga daripada kanak-kanak yang telah didera dan diabaikan akan kemudiannya mendera anak-anak mereka sendiri di Amerika.

c) Kesan Kesihatan Fizikal Kesan fizikal yang segera daripada penderaan atau pengabaian boleh jadi kecil secara relatifnya (lebam atau luka) ataupun teruk (tulang patah, pendarahan, malahan kematian). Dalam sesetengah kes kesan fizikal itu sementara; walau bagaimanapun, kesakitan dan penderitaan yang mereka kenakan kepada seorang kanak-kanak tidak harus diperkecilkan. Sementara itu, impak jangka panjang penderaan dan pengabaian kanak-kanak terhadap kesihatan fizikal baru mula dipelupori. Berikut adalah beberapa kesan yang telah dikenal pasti melalui hasil kajian: Sindrom menggoncang bayi. Kesan segera menggoncang seorang bayi, yang merupakan suatu bentuk penderaan kanak-kanak yang biasa yang melibatkan bayi, mungkin termasuk muntah, patah, kesukaran bernafas, kejang, dan kematian. Kesan jangka panjang boleh termasuk buta, masalah pembelajaran, terencat mental, serebral palsi, atau lumpuh. Perkembangan otak yang kurang. Penderaan dan pengabaian kanakkanak telah ditunjukkan, dalam sesetengah kes, dapat menyebabkan kawasan penting otak gagal berfungsi dengan betul, menyebabkan kurangnya perkembangan fizikal, mental, dan emosional. Dalam kes lain, tekanan daripada penderaan yang kronik menyebabkan tindakbalas "hyperarousal" oleh sesetengah kawasan otak, yang mungkin menyebabkan hiperaktiviti, gangguan tidur, dan kebimbangan, dan juga kerentanan yang lebih tinggi kepada gangguan tekanan pasca trauma, kekurangan perhatian/hiperaktiviti, gangguan kelakuan, dan masalah pembelajaran serta ingatan.

B) SEBAB-SEBAB PENGANIAYAAN Tidak terdapat satu sebab penganiayaan kanak-kanak yang diketahui. Tidak juga terdapat satu penerangan yang menggambarkan semua keluarga yang di mana anak-anak menjadi mangsa penderaan dan pengabaian. Penganiayaan kanak-kanak berlaku merentas kumpulan sosio-ekonomi, agama, budaya, kaum, dan etnik. Sementara tidak terdapat sebab yang khusus telah dikenalpasti membawa ibubapa atau penjaga yang lainnya kepada penderaan atau pengabaian seorang anak, kajian telah mengenali beberapa faktor risiko atau sifat yang biasa dikaitkan dengan penganiayaan. Kanak-kanak dalam keluarga dan persekitaran di mana faktor-faktor ini wujud mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami penganiayaan. Harus ditekankan, walau bagaimanapun, bahawa sementara sesetengah faktor selalunya ada dalam kalangan di mana penganiayaan berlaku, ini tidak bermakna bahawa

21 Bab 9: Pengaruh Keluarga kewujudan faktor tersebut akan sentiasa menyebabkan penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada penganiayaan dalam satu keluarga mungkin tidak menyebabkan penderaan atau pengabaian kanak-kanak dalam keluarga yang lain. Misalnya, beberapa pengkaji telah memerhatikan bahawa terdapat hubungan di antara kemiskinan dan penganiayaan, namun begitu harus diperhatikan bahawa kebanyakan orang yang tinggal dalam kemiskinan tidak menyakiti anak-anak mereka. Faktor risiko yang dikaitkan dengan penganiayaan kanak-kanak boleh dikumpulkan kepada empat domain: Domain ibubapa atau penjaga Domain keluarga Domain anak Domain persekitaran Semakin diterima bahawa penganiayaan kanak-kanak datang daripada interaksi pelbagai faktor merentas empat domain ini.

1) Domain Ibubapa Ada sifat ibubapa atau penjaga (orang dewasa lain) seperti keperibadian, sejarah, sikap dan pengetahuan, umur mereka dan penggunaan dadah telah ternyata menyumbang kepada penganiayaan kanak-kanak. Ciri-ciri Keperibadian: Tidak ada suatu set ciri-ciri atau keperibadian yang konsisten telah dikaitkan dengan ibubapa atau penjaga yang menganiaya. Beberapa ciri yang selalu dikenalpasti ada pada mereka yang menganiaya atau mengabaikan secara fizikal termasuk harga diri yang rendah, lokus kawalan luaran (i.e. percaya bahawa kejadian ditentukan oleh nasib atau daya luaran yang di luar kawalan seseorang), kawalan gerak hati yang lemah, kemurungan, kebimbangan, dan kelakuan antisosial. Sejarah Ibubapa: Sejarah zaman kanak-kanak ibubapa memainkan peranan yang penting dalam bagaimana dia bertindak sebagai ibubapa. Individu yang mempunyai model peranan keibubapaan yang lemah atau mereka yang mempunyai keperluan yang tidak dipenuhi akan mendapati sukar untuk memenuhi keperluan anak-anak mereka. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa penulisan tentang penganiayaan kanak-kanak selalunya menyokong dapatan bahawa sesetengah ibubapa atau penjaga yang menganiaya adalah mangsa penderaan atau pengabaian semasa mereka kanak-kanak. Salah guna Bahan Kimia: Salah guna bahan kimia oleh ibubapa telah dilaporkan sebagai suatu faktor yang menyumbang kepada antara satu hingga dua pertiga kanak-kanak yang dianiaya. Di dalam sebuah kajian di Chicago, Amerika Syarikat; pengalaman penganiayaan

22 Bab 9: Pengaruh Keluarga dalam kalangan kanak-kanak yang ibubapanya menyalah guna alkohol dan dadah jenis lain adalah hampir tiga kali lebih berkemungkinan dianiaya dan lebih daripada empat kali lebih berkemungkinan terabai berbanding kanakkanak yang ibubapanya tidak mengalahgunakan bahan kimia. Penyalahgunaan bahan kimia dapat mengganggu fungsi mental, pertimbangan, kesekatlakuan dan keupayaan melindung seorang ibu atau bapa. Ibubapa yang sangat terkesan oleh penggunaan dadah dan alkohol mungkin mengabaikan keperluan anak-anak mereka, menggunakan wang untuk dadah dan bukan keperluan rumah, atau terlibat dalam aktiviti jenayah yang menggugat kesihatan atau keselamatan anak-anak mereka. Sikap dan Pengetahuan: Sikap dan atribusi yang negatif tentang kelakuan seorang anak serta pengetahuan yang tidak tepat tentang perkembangan kanak-kanak mungkin memainkan peranan yang menyumbang kepada penganiayaan kanak-kanak. Misalnya, ada kajian yang telah mendapati bahawa ibu yang mendera anaknya secara fizikal mempunyai jangkaan yang lebih negatif dan lebih tinggi daripada biasa terhadap anaknya, dan juga kurang pemahaman tentang norma perkembangan yang sesuai. Kurang pengetahuan ibubapa tentang perkembangan kanak-kanak yang normal mungkin membawa kepada jangkaan yang tidak munasabah. Jangkaan yang tidak dipenuhi boleh membawa kepada hukuman yang tidak sesuai (e.g., seorang ibu atau bapa memukul seorang anak berumur satu tahun kerana kencing di dalam seluarnya). Umur ibubapa atau penjaga: Umur penjaga mungkin menjadi suatu faktor risiko untuk sesetengah bentuk penganiayaan, walaupun dapatan kajian tidak konsisten. Ada kajian tentang penderaan fizikal, khususnya, telah mendapati bahawa ibu yang lebih muda semasa kelahiran anak mereka menunjukkan kadar penderaan anak yang lebih tinggi berbanding ibu yang lebih berumur. Faktor penyumbang yang lain, seperti status ekonomi yang lebih rendah, kekurang sokongan sosial, dan tahap tekanan yang lebih tinggi mungkin mempengaruhi hubungan antara kelahiran yang lebih muda khususnya keibubapaan remaja dan penderaan anak.

2) Domain Keluarga Situasi kehidupan yang khusus bagi sesetengah keluarga; seperti konflik rumahtangga, keganasan domestik, keibubapaan tunggal, pengangguran, tekanan kewangan, dan pengasingan sosial mengkin meningkatkan kemungkinan penganiayaan. Sementara faktor-faktor ini dengan sendirinya mungkin tidak menyebabkan penganiayaan, mereka selalunya menyumbang kepada corak fungsi keluarga yang negatif. Struktur Keluarga: Kanak-kanak yang tinggal dengan ibubapa tunggal mungkin berisiko lebih tinggi mengalami penderaan fizikal dan seksual serta pengabaian berbanding kanak-kanak yang tinggal dengan kedua-dua ibubapa kandung. Keluarga ibubapa tunggal adalah lebih berkemungkinan mempunyai pendapatan di bawah paras kemiskinan. Pendapatan yang lebih rendah, tekanan yang lebih tinggi yang dikaitkan dengan memikul bebanan tanggungjawab keluarga berseorangan, dan lebih sedikit sokongan

23 Bab 9: Pengaruh Keluarga dikatakan menyumbang kepada risiko seorang ibu atau bapa tunggal menganiaya anak-anaknya. Tambahan lagi, kajian telah mendapati bahawa berbandingkan dengan keluarga serupa yang tidak mengabaikan anak-anak mereka, keluarga yang mengabaikan cenderung mempunyai lebih bilangan anak atau lebih bilangan orang yang tinggal di dalam rumahtangga itu. Suatu analisis kes penderaan kanak-kanak di dalam sebuah sampel kebangsaan yang mewakili di 42 negara telah mendapati bahawa kanak-kanak daripada keluarga ibubapa tunggal lebih berkemungkinan menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual berbanding kanak-kanak yang tinggal dengan kedua-dua ibubapa kandung. Berbanding dengan rakan sebaya mereka yang tinggal bersama kedua-dua ibubapa, kanak-kanak dalam rumah ibubapa tunggal adalah 77% lebih berisiko didera secara fizikal, 87% lebih berisiko dicederakan oleh pengabaian fizikal dan 80% lebih berisiko menderita daripada kecederaan yang serius disebabkan penderaan. Konflik Rumahtangga: Menurut kajian yang telah diterbitkan, di dalam 30 hingga 60 peratus daripada keluarga di mana penderaan pasangan berlaku, penderaan kanak-kanak juga berlaku. Anak-anak di dalam rumah yang ganas mungkin menyaksikan ibubapa yang ganas, yang mungkin mereka sendiri Gambarajah 9.11 Ibubapa bertengkar menjadi mangsa penderaan fizikal, mempunyai kesan emosi yang dan mungkin diabaikan oleh menyakitkan kepada anak-anak seorang ibu atau bapa yang menumpu kepada pasangannya atau tidak responsif kepada anak-anaknya disebabkan ketakutan mereka sendiri. Seorang anak yang menyaksikan keganasan antara ibubapanya berisiko dianiaya, tetapi, walaupun anak itu tidak dianiaya, dia mungkin mengalami kesan emosi yang menyakitkan daripada menyaksikan keganasan ibubapa (lihat Gambarajah 9.11) Tekanan: Tekanan adalah juga dianggap memainkan peranan yang penting dalam fungsi keluarga, walaupun hubungan yang tepat dengan penganiayaan belum difahami sepenuhnya. Penderaan fizikal telah dikaitkan dengan kejadian sebenar yang menekan, tekanan keibubapaan, dan kesedihan emosi dalam berbagai kajian. Ada kajian yang telah mendapati bahawa keluarga yang mengabaikan melaporkan tekanan harian yang lebih tinggi berbanding keluarga yang tidak mengabaikan khusus dengan situasi yang menekan (e.g., kehilangan pekerjaan, penyakit fizikal, masalah rumahtangga, atau kematian ahli keluarga) mungkin menyebabkan sesetengah sifat ahli keluarga terkesan, seperti permusuhan, kebimbangan, atau kemurungan, dan ia mungkin juga memburukkan tahap konflik keluarga dan penganiayaan.

24 Bab 9: Pengaruh Keluarga

3) Domain Anak Anak-anak tidak bertanggungjawab kerana menjadi mangsa penganiayaan. Sesetengah faktor, walau bagaimanapun, boleh menjadikan sesetengah anak-anak lebih terdedah kepada kelakuan menganiaya. Umur anak dan perkembangannya daripada segi fizikal, mental, emosional, dan sosialmungkin meninggikan kemungkinan anak itu terdedah kepada penganiayaan, bergantung kepada interaksi antara ciri-ciri tersebut dengan faktor ibubapa yang telah dibincangkan di atas. Umur: Kajian telah menunjukkan bahawa penganiayaan adalah paling tinggi bagi kanak-kanak berumur antara baru lahir dan 3 tiga tahun dan menurun apabila umur meningkat. Bayi dan kanak-kanak kecil, oleh kerana saiz fizikalnya yang kecil dan memerlukan penjagaan yang konstan, terdedah kepada penganiayaan kanak-kanak seperti sindrom bayi digoncang dan juga lebih berisiko menerima penderaan seksual. Kecacatan: Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan fizikal, kognitif, dan emosional nampaknya mengalami kadar penganiayaan yang lebih tinggi berbanding kanakkanak lain. Kajian telah menunjukkan bahawa penganiayaan adalah 1.7 kali lebih berkemungkinan dalam kalangan kanak-kanak dengan kecacatan kerana kanak-kanak ini dianggap sebagai berbeza. Permintaan terhadap penjagaan bagi kanak-kanak ini mungkin melemaskan ibubapa. Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan juga mungkin terdedah kepada penganiayaan berulang kerana mereka mungkin tidak memahami bahawa kelakuan mendera itu tidak kena, dan mereka mungkin tidak berupaya untuk melepaskan diri atau mempertahankan diri dalam situasi penderaan, 4) Domain Persekitaran Faktor persekitaran selalunya didapati berkombinasi dengan faktor , ibubapa, keluarga dan anak, seperti yang telah ditekankan di atas. Faktor persekitaran termasuk kemiskinan dan pengangguran, pengasingan sosial, dan ciri-ciri komuniti. Adalah penting untuk ditekankan bahawa kebanyakan ibubapa atau penjaga yang tinggal dalam jenis persekitaran ini tidak mendera. Kemiskinan dan Pengangguran: Kemiskinan dan pengangguran menunjukkan perkaitan yang kuat dengan penganiayaan kanak-kanak, khususnya pengabaian. Adalah penting untuk ditekankan bahawa kebanyakan orang miskin tidak mendera anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, kemiskinankhususnya apabila berinteraksi dengan faktor risiko yang lain seperti kemurungan, salah guna bahan kimia, dan pengasingan sosialdapat meningkatkan kemungkinan penganiayaan. Misalnya, pendapatan yang rendah menimbulkan tekanan keluarga yang lebih tinggi, yang seterusnya membawa kepada kemungkinan penderaan yang lebih tinggi. Sama juga, ibubapa dengan pendapatan yang rendah, walaupun mempunyai hasrat yang baik, mungkin tidak dapat menyediakan penjagaan yang cukup semasa membesarkan anak-anak dalam kejiranan berisiko tinggi, dengan rumah dan penjagaan harian yang tidak selamat atau sesak. FAKTOR MELINDUNG Sepertimana terdapat faktor yang meletakkan keluarga dalam risiko mendera anakanak mereka, terdapat juga faktor lain yang mungkin melindungi mereka daripada terdedah kepada penganiayaanfaktor yang mempromosi kebingkasan. Umumnya,

25 Bab 9: Pengaruh Keluarga kajian telah mendapati bahawa hubungan yang menyokong dan memuaskan secara emosi, dengan suatu jaringan saudara mara atau kawan-kawan dapat membantu meminimakan risiko ibubapa mendera anak-anak, khususnya semasa kejadian kehidupan yang menekan. Misalnya, ibubapa yang telah didera semasa mereka kanakkanak lebih berkemungkinan tidak mendera anak-anak mereka sendiri sekiranya mereka telah menyelesaikan konflik dalaman dan kesakitan yang berkaitan dengan sejarah mereka yang didera dan sekiranya mereka mempunyai hubungan dengan pasangannya yang kukuh, stabil, menyokong, dan tidak mendera. Tambahan lagi, program pendidikan dan pengukuhan perkahwinan dan mungkin dapat memberikan suatu roadmap cabaran yang dijangkakan seperti kelahiran anak pertama, menjadi ibubapa kepada remaja, dan perbezaan jantina yang biasa yang mungkin bertindak sebagai faktor melindung yang mengukuhkan keluarga.

[sumber: dengan izin daripada Goldman, J., Salus, M. K., Wolcott, D., Kennedy, K. Y. (2003), A Coordinated Response to Child Abuse and Neglect: The Foundation for Practice. Office on Child Abuse and Neglect (HHS), Washington, DC. Child Welfare Gateway]

9.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) b) c) d)

Apakah keluarga teradun? Bincangkan akibat penganiayaan. Jelaskan sebab penganiayaan kanak-kanak. Pernahkah anda berhadapan dengan kanak-kanak teraniaya dalam kelas anda? Bincangkan bagaimana anda telah menangani kanak-kanak tersebut.

. RINGKASAN

Keluarga terdiri daripada orang yang mungkin berkait melalui darah, perkahwinan, atau pilihan. Keibubapaan autoritarian adalah apabila kanak-kanak dijangka mematuhi peraturan yang ketat yang diletakkan oleh ibubapa. Ibubapa yang autoritatif lebih responsif kepada anak-anak mereka dan bersedia mendengar soalan. Ibubapa permisif jarang mendisiplin anak-anak mereka kerana mereka mempunyai jangkaan tentang kematangan dan kawalan diri yang secara relatifnya lebih rendah. Gaya keibubapaan yang tidak terlibat adalah dicirikan oleh permintaan yang sedikit, keresponsifan yang rendah dan komunikasi yang sedikit.

26 Bab 9: Pengaruh Keluarga Kanak-kanak banyak belajar daripada ibubapa mereka hanya dengan melihat dan memerhatikan mereka. Dengan memberikan maklumbalas kepada anak-anak mereka, ibubapa memberikan indikasi samada suatu kelakuan adalah sesuai dan harus diteruskan ataupun tidak sesuai dan harus dihentikan. Ibubapa dengan SES yang rendah selalunya mengekspresi ciri-ciri luaran seperti pematuhan, kesopanan, kekemasan dan kebersihan. Ibubapa dengan SES yang tinggi menekankan sifat psikologikal, seperti sifat ingin tahu, kebahagiaan, pengarahan kendiri dan kematangan kognitif dan sosial. Selepas perceraian, kebanyakan kanak-kanak mula tinggal dalam rumahtangga dengan satu ibu atau bapa, yang berbeza daripada sebuah keluarga asas ataupun keluarga dengan dua orang ibubapa yang dianggap sebagai sebuah struktur keluarga yang ideal. Umumnya, tidak ramai yang akan menafikan bahawa perceraian adalah menyedihkan untuk anak-anak kerana ia melibatkan konflik antara ibubapa dan selalunya perpisahan daripada salah satu daripada mereka. Sebuah keluarga teradun merupakan suatu terma yang menerangkan sebuah keluarga di mana ibubapa yang telah berkahwin dengan pasangan yang lain sebelumnya, membawa anak-anak mereka daripada perkahwinan yang sebelumnya itu untuk tinggal bersama atau 'teradun' bersama dalam struktur yang ada sekarang. Jenis penganiayaan yang paling biasa adalah penderaan fizikal, penderaan seksual dan pengabaian. KEY TERMS Status sosioekonomi Konflik adik beradik Keluarga teradun Keluarga asas Ibubapa tunggal Gaya keibubapaan Penganiayaan Keibubapaan autoritarian Kadar perceraian Keibubapaan autoritatif Tekanan Keibubapaa permisif Intervensi Keibubapaan tidak terlibat

27 Bab 9: Pengaruh Keluarga

RUJUKAN: Amato, Paul R. & Keith, B. (1991). Parental divorce and adult well-being: A metaanalysis. Journal of Marriage and the Family, 53, 43-58. Bloom, B. S. (1981). All our children learning: A primer for parents, teachers, and other educators. New York: McGraw-Hill, pp.92-101. Baumrind, D. (1967). Child-care practices anteceding three patterns of preschool behaviour. Genetic Psychology Monographs. 75. 43-88. Baumrind, D. (1991). The influence of parenting style on adolescent competence and substance use. Journal of Early Adolescence. 11(1). 56-95. Bradley, R H., Caldwell, B. M., & Rock, S. L. (1988). Home environment and school performance: A ten year follow-up and examination of three models of environmental action. Child Development, 59, 852-867. Bus, A. G. & van Ijzendoorn, J. H. (1988). Mother-child interactions, attachment, and emergent literacy:A cross-sectional study. Child Development, 59, 1262-1272. Demarest, E.J., Reisner, E.R., Anderson, L.M., Humphrey, D.C., Farquhar, E., & Stein, S.E. (1993). Review of research on achieving the nation's readiness goal. Washington, DC: U.S. Department of Education.
Dunn J, Munn P. Sibling quarrels and maternal intervention: Individual differences in understanding and aggression. Journal of Child Psychology and Psychiatry and Allied Disciplines 1986;27(5):583-595. . Elings, L. R. (1988, May). The effects of parenting styles on children's self-esteem: A developmental perspective. Doctoral research paper, Biola University.

Estrada, P., Arsenio, W. F., Hess, R. D., & Holloway, S.C. (1987). Affective quality of the mother-child relationship: Longitudinal consequences for children's school relevant cognitive functioning. Developmental Psychology, 23 (2), 210-215. Freund, L. S. (1990). Maternal regulation of children's problem solving behavior and its impact on children's performance. Child Development, 61, 113-126. Goldman, J., Salus, M. K., Wolcott, D., Kennedy, K. Y. (2003), A Coordinated Response to Child Abuse and Neglect: The Foundation for Practice. Office on Child Abuse and Neglect (HHS), Washington, DC. Greenberg, P. (1989). Parents as partners in young children's development and education: A new American fad? Why does it matter? Young Children, (May) 61-75. Gully K, Dengerink H, Pepping M, Bergstrom D. Research note: Sibling contribution to violent behaviour. Journal of Marriage and the Family 1981;43(2):333-337.

28 Bab 9: Pengaruh Keluarga Henderson, A. (1987). The evidence continues to grow: Parent involvement improves student achievement. Columbia, MD: National Committee for Citizens in Education, pp.1-10. Howe N, Recchia H. (2006). Sibling relations and their impact on childrens development. In: Tremblay RE, Barr RG, Peters RDeV, eds. Encyclopedia on Early Childhood Development [online]. Montreal, Quebec: Centre of Excellence for Early Childhood Development: 1-8. Juel, C. (1988). Learning to read and write: A longitudinal study of 54 children from first through fourth grades. Educational Psychology, 4, 437447. Kramer, L. (2010). Siblings play formative, influential role as 'agents of socialization. New Bureau. University of Illinois. Maccoby, E. & Martin, J. (1983). Socialisation in the context of the family: Parentchild interaction. In P.H. Mussen & E. Hetherington. Handbooks of child psychiatry: vol. 4. Socialisation, Personality and Social Development, New York: Wiley. Maccoby, E. (1992). The role of parents in the socialisation of children. An historical overview. Developmental Psychology. 28. 1006-1017. Maclean, M., Bryant, P., & Bradley, L. (1987). Rhymes, nursery rhymes, and reading in early childhood. Merrill-Palmer Quarterly, 33, 255-281. Maroon, R. A., Boldrick, E., & Harkins, C. (1988). The impact of parental involvement on preschoolers' school success. Paper presented at the 34th annual meeting of the Southeastern Psychological Association, New Orleans, March. Nogy, C. A. (1989). The relationship between selected paternal childrearing practices, locus of control, and motivation to achieve in preschool children. Doctoral dissertation, Florida State University. Pratt, M. W., Merig, P., Cowan, P. A., & Cowan, C. P. (1988). Mother and fathers teaching 3-year olds: Authoritative parenting and adult scaffolding of young children's learning. Developmental Psychology, 24 (6),832-839. Ramey, S.L., & Ramey, C. T. (1994, November). The transition to school: Why the first few years matter for a lifetime. Phi Delta Kappan, 76(30), 194-198. Siddiqui, A, Ross, H. (1999). How do sibling conflicts end? Early Education and Development. 10(3):315-332. Song, M. J., & Ginsburg, H.P. (1987). The development of informal and formal mathematical thinking in Korean and U.S. children. Child Development, 58,12861296. Stevenson, D. L., & Baker, D. P. (1987). The family-school relation and the child's school performance. Child Development, 58, 1348-1357.

29 Bab 9: Pengaruh Keluarga Thiessen, Sarah. (1997). Effects of single parenting on adolescent academic achievement: Establishing a risk and protective framework. Unpublished manuscript. (ERIC Document No. ED412479) Vuchinich S. Starting and stopping spontaneous family conflicts. Journal of Marriage and the Family 1987;49(3):591-601. Volling, B. & Belsky, J (1992). The contribution of mother-child and father-child relationships to the quality of sibling interaction: A longitudinal study. Child Development. 63(5):1209-1222. Ziegler, S. (1987, October). The effects of parent involvement on children's achievement: The significance of home/school links. Toronto Board of Education, Ontario.