You are on page 1of 2

PIAGAM PELANGGAN

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik. 2. Menerima semua klien tanpa syarat dan prejudis. 3. Memenuhi temujanji klien. 4. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain. 5. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional. 6. Menjalankan sesi kaunseling individu atau kelompokdenan penuh etika dan profesionalisme. 7. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab. 8. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien. 9. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis. 10. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling. 11. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negera.

VISI Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang terapeutik dan kondusif di sekolah. MISI Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.

Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia.

Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.


Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.

Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid. Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.

VISI "Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Peneraju Suasana Teraputik dan Kondusif di Sekolah" MISI "Membangun Modal Insan Murid Melalui Pendekatan Insaniah" SLOGAN "Informasi Kecemerlangan Kesejahteraan Untuk Semua"

You might also like