You are on page 1of 25

Pengenalan

Kemasukan kuasa asing ke negara China telah menimbulkan pelbagai reaksi dari semua pihak. Hal ini dapat dilihat melalui imperialisme yang dilakukan oleh kuasa asing ke atas China yang mana telah mendatangkan pelbagai implikasi dari sudut politik, ekonomi mahu pun sosial. Dalam usaha untuk mengembalikan kedaulatan dan kegemilangannya, China berdepan pula dengan tuntutan kuasa imperialis asing yang mempunyai kepentingan tersendiri sama ada dari segi politik mahu pun ekonomi.1 Tambahan pula, China telah dipaksa untuk melakukan beberapa perjanjian dengan kuasa asing seperti Jepun, Amerika Syarikat, British dan sebagainya. Hal ini menyebabkan negara China di ibaratkan sebagai sebiji tembikai yang dibahagikan. Rentetan itu, sekitar abad ke 19, gerakan membebaskan negara China dari pengaruh asing mula di lakukan oleh golongan revolusiner China seperti Dr Sun Yat Sen. Ada pun begitu, ianya juga turut melibatkan pengaruh golongan intelektual yang lain seperti dari Universiti Peking yang mana ianya merupakan pencetus kepada peristiwa Gerakan 4 Mei yang berlaku di China. James Z. Gao menyatakan: On the afternoon of 4 may, over 3000 students of Peking University and 13 other schools gathered together in Tiananmen Square and held a demonstration in protest of the resolution of the Paris Conference and urged the government to punish those Chinese diplomats who were willing to accept the resolution 2

Gerakan 4 Mei merupakan kemuncak kepada kebangkitan golongan intelektual terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa asing ke atas China. Gerakan ini bermula pada 4 Mei 1919 oleh golongan cendikiawan dan intelektual dari Universiti Peking (Peita). Penglibatkan golongan intelektual khususnya golongan pelajar universiti tersebut telah memberi satu pembaharuan dan semangat kepada masyarakat di China supaya bangkit menentang kuasa asing. Malahan, gerakan ini juga berkaitan dengan susulan tindakan kerajaan China yang dilihat tidak mementingkan kepentingan negara dan rakyat sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan diri. Menurut Rana Mitter :

1 2

Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit University Malaya. hlm 66. James Z Gao. 2009. Historical Dictionary of The Modern China (1800-1949) . Maryland: Scarerow Press, INC. hlm 235.

At the time, it was not immediately clear that the event of 4 May 1919 would has such lasting effects. Yet the demonstrations did not emerge spontaneously but were planned as a powerful political gesture by students angry with a Chinese government they felt had betrayed the interest of the country3

Malahan golongan ini juga menjadi pencetus kepada perasaan tidak puas hati yang selama ini di rasai oleh masyarakat China terhadap tekanan kuasa asing yang dilihat semakin bermaharaja lela di negara mereka. Gerakan 4 Mei ini juga berlaku akibat daripada perasaan tidak puas hati China terhadap tuntutan Perjanjian Versailles dan Tuntutan 21 Jepun ke atas China. Keadaan sedemikian kerana kedua-dua perjanjian dan tuntutan tersebut hanya berkepentingan untuk sebelah pihak sahaja dan dilihat seakan akan menggadaikan maruah China ke tangan kuasa asing seperti Jepun. Ekoran itu, ia telah menimbulkan kemarahan golongan intelektual tersebut kerana merasakan tuntuntan yang di lakukan oleh Jepun ke atas China adalah tidak wajar dan China seakan-akan tidak mempunyai hak untuk bersuara. Oleh itu, insiden 4 Mei 1919 adalah kemuncak kepada gerakan intelektual di China.4

Rana Mitter. 2004. A Bitter Revolution:China Struggle With The Modern World. Oxford: Oxford University Press. Hlm. 4. 4 Suffian Mansor. 2012. Sejarah China Moden. hlm. 122.

FAKTOR- FAKTOR TERCETUS GERAKAN 4 MEI

Sentimen anti-Jepun

Sentimen anti Jepun semakin berleluasa di China ekoran daripada tindakan Jepun yang melakukan tuntutan 21 ke atas China. Hal ini kerana, China merasakan tuntutan tersebut tidak wajar di lakukan oleh Jepun kerana ianya seakan-akan memaksa China untuk tunduk kepada arahan Jepun sedangkan China berkuasa penuh terhadap negara China. Jepun pula hanya kuasa asing yang dilihat cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dan tekanan yang di alami oleh China. Melalui tuntutan 21 Jepun ke atas China, Jepun telah menuntut beberapa perkara yang mencabar kedaulatan negara China seperti memperakui kedudukan Jepun di wilayah shantung, memaksa China membeli senjata dari Jepun dan sebagainya. Tuntutan tersebut bagaimana pun telah mengheret China kepada satu keadaan yang memaksa China menerima tuntutan tersebut. Adapun begitu, bagi golongan terpelajar tersebut ia dilihat sebagai satu tindakan penghinaan secara nyata yang dilakukan oleh Jepun kepada China. Hal ini kerana Jepun tidak mempunyai kuasa yang penuh ke atas China dan tuntutan yang dilakukan juga adalah tidak wajar dan seolah-olah memberi kedaulatan China kepada Jepun. Tindakan yang dilakukan oleh Jepun tersebut menyebabkan berlakunya perasaan anti-Jepun di China sehingga membawa kepada gerakan 4 Mei. Malahan golongan intelektual yang menjadi tulang belakang kepada pergerakan gerakan 4 Mei ini juga merasakan bahawa mereka perlu bangkit menentang tuntutan tersebut kerana ia adalah tidak adil bagi China untuk tunduk kepada gesaan Jepun. Kesannya, golongan terpelajar ini berjaya menyebar pengaruh sentimen anti-Jepun kepada masyarakat China sehingga menyebabkan masyarakat China bangkit memboikot barangan Jepun di China. Tindakan memboikot barangan Jepun tersebut telah menyebabkan ekonomi Jepun di China kian merosot dan barangan Jepun tidak dapat di pasarkan di China. Jepun juga terpaksa menanggung kerugian yang banyak akibat dari tindakan tersebut.

Sentimen anti Jepun ini juga berlaku kerana tindakan Jepun yang mengambil alih beberapa wilayah di China sesuka hati mereka sehingga menyebabkan China kehilangan banyak wilayah antaranya wilayah shantung yang menjadi lubuk emas kepada ekonomi China. Jepun bagaimana pun menafikan hak China ke atas wilayah shantung dan mengeksploitasi ekonomi shantung secara keseluruhannya. Keadaan sedemikian

membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat China terhadap Jepun dan menyemarakkan

lagi perasaan anti Jepun. Golongan intelektual China juga merasakan tindakan Jepun tersebut adalah diibaratkan seperti membuli China. Oleh itu, mereka perlu mengambil tindakan segera supaya kedaulatan China dapat dikembalikan dan Jepun dapat menyerahkan semula wilayah China yang diambil. Oleh sebab itu, gerakan 4 Mei di cetuskan oleh golongan intelektual tersebut kerana mereka menyedari bahawa pentingkan sentiment anti Jepun di China agar masyarakat sedar bahawa tuntutan dan perjanjian yang dilakukan adalah sangat tidak wajar dan menjatuhkan maruah China sebagai sebuah negara bertamadun.

Peranan Universiti Peking

Gerakan 4 Mei 1919 merupakan satu gerakan revolusi peradaban Cina. Gerakan ini dicetuskan oleh golongan intelektual Cina dan para pelajar dari Universiti Peking. Demontrasi yang dilakukan oleh para pelajar adalah simbol kepada politik dan sosial Cina.5 Matlamat utama Gerakan 4 Mei adalah untuk membebaskan negara China dariapada imperialime asing dan anti-kuasa feudal yang cuba untuk menegakkan semula pemerintahan monarki. Selain itu, keadaan hura-hara dan pelbagai peperangan yang berlaku telah memberi kesedaran kepada masyarakat China terutamanya golongan intelektual atau para cendikiawan untuk bangkit mencari jalan penyelesaian dalam menghadapi krisis tersebut. Mereka juga menyarankan agar masyarakat Cina meninggalkan semua elemen yang dianggap melemahkan peradaban Cina. Mereka juga memperkenalkan idea-idea sains dan demokrasi sebagai asas Order Baru Cina. The 4 May Movement as its become known, was associated closely with the New Culture, which intellectuals and radikal thinkers proposed for China, underpinned by the exciting ideas of Mr Science and Mr Democracy.6

Idea Gerakan 4 Mei 1919 adalah cetusan daripada Canselor Universiti Peking sendiri iaitu Cai Yuanpei. Beliau telah banyak membawa perubahan kepada Universiti Peking dari sebuah institusi tinggi kepada gedung ilmu yang memupuk nilai-nilai demokrasi, snilai-nilai sains dan budaya baru yang progresif dalam peradaban Cina. Beliau juga mengizinkan para siswazah yang berumur dua puluh satu tahun ke atas mengikuti aktiviti politik di atas kemahuan dan pilihan sendiri. Antara tokoh-tokoh lain yang dikaitkan dengan Universiti
5 6

Rana Mitter. 2008. Modern China: A Very Short Introduction. hlm. 35. Chung Wah Chow, Dawid Eimer, etc. 2009. China. Ebook Edition: Lonely Planet. hlm. 47.

Peking yang terlibat dalam mengembangkan gerakan ini adalah seperti Li Dazhoa (head librarian), Chen Duxiu (dean of humanities) dan Moa Zedong (a mere library assistant).7 Para cendiakiawan juga mengambil inisiatif dari Universiti Peking dengan menggalakkan revolusi intelektual dalam kalangan siswazah. Lebih 3000 pelajar Universiti Peking dan 13 buah university dan kolej terlibat dalam demotrasi dan tunjuk perasaan untuk membantah

keputusan Persidangan Damai Versailles di hadapan The Gate of Heavenly Peace. On 4 May 1919, some 3000 students gathered in central Beinjing, in front of The Gate of Heavenly Peace, and then marched to the house of a Chinese government minister closely associated with Japan.8

Demontrasi dan tunjuk perasaan yang dilakukan oleh mereka penuh dengan semangat nasionalisme sebagai tanda kecewa dan marah terhadap imperialisme asing. Mereka juga turut membawa sepanduk-sepanduk dengan melaungkan slogan-slogan seperti Jangan menerima 21 tuntutan dan Hukum Pengkhianat.9 Semangat demontarasi daripada para pelajar dan para cendiakiawan telah menaikkan semangat nasionalisme China dan juga memperkenalkan revolusi intelektual kepada Pergerakan Kebudayaan Baru. Seterusnya, Gerakan 4 Mei semakin membara perjuanggannya terutamanya dari segi budaya pemikiran. Banyak majalah-majalah dihasilkan oleh pensyarah-penyarah Universiti Peking seperti Majalah Pemuda Baru (New Youth) diasaskan oleh Chen Duxiu pada tahun 1915 sebagai agen penggerak Gerakan 4 Mei 1919. Melalui majalah tersebut pelbagai intipati dimuatkan dengan menyemai bibit-bibit budaya baru bagi melawan feudalisme dan menyingkap pembebesan pemikiran. Melalui majalah-majalah yang diterbitkan bukan sahaja bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat malah berperanan sebagai penyebaran reformasi dan revolusi politik dan juga pewujudan budaya baru dalam kalangan masyarakat Cina. Secara tidak langsung, Universiti Peking menjadi sebuah tapak penggerak reformasi dan idea-idea gerakan baru dari segi politik dan sosial yang membawa kepada pemodenan peradaban baru Cina.

7 8

James Z. Gao. 2009. Historical Dictionary of Modern China (1800-1949). hlm. 235. Chung Wah Chow, Dawid Eimer, etc. 2009. China. hlm. 47. 9 Ibid. hlm. 46.

Penolakan Tuntutan Dua Puluh Satu Jepun

Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama kerana Jepun telah mempunyai agenda dann rancangan tersendiri. Antaranya adalah untuk memperluaskan kuasa dan pengaruh Jepun di China. Selain itu, penglibatan Jepun di dalam Perang Dunia Pertama adalah disebabkan kelemahan kerajaan Okuma yang sensitif dan lemah yang menerima tentangan dari peniakan kerana pelaksanaan Cukai Perniagaan.10 Pada 23 Ogos 1914, Jepun telah mengistiharkan perang ke atas Jerman apabila Jerman tidak memberi keputusan kepada permintaan Jepun agar menyerahkan kapal-kapalnya dan Teluk Kiaochow kepada Jepun.11 Keadaan ini telah memberi peluang kepada Jepun memberi tekanan keatas negara China dengan mengemukakan tuntutan dua puluh satu.

Jepun telah membuat tuntutan dua puluh satu ke atas China ketika itu di bawah pemerintahan PresidenYuan Shikai pada tahun 1915. Kesibukan pihak Barat dengan peperangan yang berlaku di Eropah telah mendorong Jepun mengambil kesempatan ini ke atas China. Keadaan menjadi semakin rumit, apabila tuntutan tersebut mendapat bantahan daripada masyarakat Cina kerana menerima tuntutan tersebut seperti menggadai kemerdekaan China kepada kuasa Jepun. Hal ini demikian menyebabkan Jepun bertindak menggubal kembali tuntutan tersebut dan memaksa pihak China untuk menerimanya kerana jika tidak negara China akan mengalami kerugian yang besar. Tuntutan dua puluh satu membahagikan China kepada lima bahagian iaitu mengiktirafkan kedudukan Jepun di Shantung, kedudukan istimewa Jepun di Machuria dan Munyoka Dalam, Usaha Jepun-China dalam industri keluli, China tidak akan menyerahkan mana-mana kawasan kepada pihak ketiga dan Jepun mengawal beberapa pentandbiran tempatan yang penting di China. Justeru, jelas dapat dilihat bahawa kandungan dalam tuntutan tersebut lebih menguntungkan Jepun dan membolehkan Jepun dapat menguasai kepentingan ekonomi dan politik di kawasankawasan terpenting di China seperti, Shantung, Chefoo dan Tsingtao.

Selepas Perang Dunia Pertama tamat, Persidangan Damai Versailles yang diadakan di Paris pada Januari 1919 dihadiri oleh pihak Berikat mengiktiraf tuntutan dua puluh satu. Perdamaian dari pihak Jerman telah diisytiharkan dan Jepun diwakili oleh Marquis Saiojii
10 11

M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Snd Bhd. hlm. 118. Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Snd Bhd. hlm. 196.

manakala China diwakili oleh C.T. Wong dan Wellington Khoo.12 Hak Jerman di Shantung telah di serahkan kepada Jepun melalui Perjanjian Versailles. Oleh hal demikian, beribu golongan pelajar dan pensyarah-pensyarah Universiti Peking telah mengadakan demontrasi dan tunjuk perasaan bagi membantah keputusan Persidangan Damai Versailles di hadapan bangunan kedutaan iaitu Tien an Men dan membawa sepanduk-sepanduk dengan sloganslogan seperti Kembalikan hak China di Shantung dan Negeri China kepunyaan orang Cina. Mereka juga mendesak wakil China dalam Pesidangan Versailes iaitu C.T. Wong dan Wellington Khoo supaya jangan menantangani Perjanjian Versailles yang akan dijadualkan pada 28 Jun 1919. Perasaan anti-penjajahan dan anti- imperialism telah tersebar dalam kalangan masyarakat Cina seperti peniaga, pekerja-pekerja kilang dan saudagar-saudagar turut bangkit menetang imperialisme Jepun. Mereka telah memboikot barangan buatan Jepun dan turut mengumpul dana bagi membangunkan industri dalam negara. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat memperkukuhkan kuasa saingan China dari segi ekonomi dan perdadangan.

Tuntutan Pengambilan Hak-hak China di Shantung.

Salah faktor, pergerakan 4 Mei juga kerana kemuncak kepada penolakkan nilai-nilai tradisi yang terdiri daripada golongan intelektual moden China. Tarikh 4 Mei adalah merujuk kepada demonstrasi atau insiden 4 Mei yang berlaku di Peking pada 4 Mei 1919. Ia adalah merupakan pergerakan yang memprotes Persidangan Damai Paris. Persidangan ini telah membangkitkan kemarahan golongan intelektual kerana Shantung telah diserahkan kepada Jepun oleh pihak Jerman.13 Walau bagaimanapun, pergerakan ini banyak memainkan peranan dalam membentuk pemikiran rakyat daripada berbentuk tradisi kepada pemikiran moden. Jepun mula mendapatkan Shantung selepas Perang Dunia I yang terbesar berlaku di Eropah dan pihak Jepun mula menguasai wilayah-wilayah di China.

Selain itu, pelabuhan-pelabuhan seperti Peking, Shanghai, Wuhan, Nanking, Tientsin dan Canton, telah berkembang menjadi metropolis sehingga melahirkan golongan bijak

12

Jessy. J. S. 1978. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd. Hlm 205. 13 Lucien Bianco. 1971. Origins of The Chinese Revolution 1915-1949. California: Stanford University Press. hlm. 32.

pandai yang baru.14 Hal ini demikian kerana, bandar-bandar tersebut telah diperkenalkan dengan sistem pendidikan yang moden dari barat ditambah pula pusat penterjemahan bahasabahasa asing. Walau bagaimanapun, golongan intelektual China ini telah menerima pendidikan klasik China sebelum menerima pendidikan barat. Contohnya, Chen Tu hsiu, penggerak utama majalah The Youth telah menerima pendidikan awal klasik China sebelum ke Perancis untuk menyambung pelajarannya. Walaupun pernah menerima pendidikan melalui pembelajaran klasik China, tetapi mereka dapat membiasakan diri dengan peradaban barat.15 Pada tahun 19071917, sekurang-kurangnya 10 juta ahli dari kelas saudagar dan buruh telah menerima pendidikan moden dan telah diliputi semangat nasionalis dengan penuh keazaman untuk menyelamatkan negara mereka dari kuasa imperialis dan kekacauan dalaman. Kemuncaknya adalah ketika Perang Dunia Pertama, sentimen nasionalisme dan demokrasi telah menular ke dalam diri mereka dan juga di dorong oleh keadaan hubungan ChinaJepun yang tegang akibat daripada Tuntutan Dua Puluh Satu yang dibuat oleh pihak Jepun.16 Oleh itu, rakyat China mula bangkit untuk mengambil Shantung daripada Jepun. Hal ini demikian kerana Jepun secara teknikal merupakan anti- Jerman dan mula menyerang Shantung. Jepun juga tidak mahu keluar dari Shantung dan ini telah membuatkan masyarakat China marah kerana Jepun berkeras tidak mahu keluar.

Selain itu, keadaan di Barat juga telah memberikan kesedaran kepada masyarakat China untuk komited di negara mereka. Revolusi Bolshevik di Rusia 1917, Pemberontakan Sosialis di Finland, Jerman, Austria, dan Hungary telah memberi makna kepada intelektual China untuk menyemarakkan sentimen nasionalisme dan juga demokrasi.17 Terpengaruh dengan idea-idea dan juga ideologi di luar telah menyebabkan golongan intelektual mencari jalan untuk mengeluarkan kuasa imperialis dari negara mereka seterusnya mendapatkan semula Shantung kerana ia merupakan satu pusat ekonomi yang penting di China. Salah satunya ialah dengan penolakan nilai-nilai tradisi untuk membawa rakyat China dalam peradaban yang lebih moden. Oleh itu, mana-mana kuasa yang menguasai Shantung sama seperti menguasai ekonomi China sama seperti melombong emas China.

14

Lok Chong Hoe. 1998. Tamadun China Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. hlm. 209. 15 Immanuel C.Y. Hsu. 2006. The Rise of Modern China 6th Edition. New York: Oxford University. hlm. 497. 16 Ibid. hlm. 495. 17 Ibid. hlm. 494.

Perjanjian Gerakan Revolusi Intelektual 4 Mei.

Faktor terakhir gerakan 4 Mei ialah perjanjian gerakan revolusi intelektual. Perjanjian ialah ke arah menyatupadukan masyarakat China. Gerakan 4 Mei mula tercapai apabila golongan intelektual bersatu padu untuk membebaskan China daripada ancaman Barat dan warlords. Selain itu, gerakan 4 Mei juga berjaya mencetuskan gerakan anti-Jepun yang menyebabkan Jepun terpaksa keluar dari Shantung. Perkembangan luaran dan masalah dalaman telah memberikan inspirasi kepada golongan intelektual untuk melancarkan revolusi. Mereka yang telah belajar di luar negara telah terpengaruh dengan idea-idea moden barat dan mereka cuba sebarkan di negara mereka. Contohnya, Revolusi Bolshevik di Rusia pada 1917, Revolusi di Finland, German, Austria, dan Hungary serta rusuhan beras di Jepun. Pada tahun 1903-1919, 41.51% orang pelajar China telah menyambungkan pelajaran ke Jepun, 33.85% di Amerika Syarikat dan 24.64% di Eropah.18 Pengajian mereka di sana telah memberikan satu dogma baru dalam membawa negara China dari terus dibelenggu kuasa-kuasa asing.

Antara golongan bijak pandai China terkenal yang belajar di luar negara ialah Chen Tu- hsiu dan Tsai Yuan pei (Perancis), Kuo Mo-Jo dan Lu Hsun (Jepun) serta Hu Shih dan Chiang Monlin (Amerika Syarikat).19 Mereka semua telah pulang ke China dan telah menjadi pembakar semangat kepada revolusi intelektual dan memperkenalkan ideologiideologi baru seperti liberalisme, pragmatisme, sosialisme dan sebagainya yang lebih moden. Mereka ini juga telah melancarkan penolakkan nilai-nilai tradisi China bagi kepentingan negara mereka. Golongan intelektual yang belajar di luar dan terpengaruh dengan idea-idea barat telah melancarkan ideolgi baru dalam negara mereka. Mereka mahu sistem pemerintahan yang lebih demokrasi dan liberalisasi diamalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan maharaja yang bersandarkan kepada ajaran Konfucius. Mengikut ajaran Konfucius, maharaja yang tidak dapat mandat dari syurga akan diturunkan pelbagai bencana seperti banjir gempa bumi dan kemarau serta jangkitan penyakit. Oleh yang demikian, maharaja yang memerintah perlu bertanggungjawab di atas setiap bencana yang berlaku. Ia

18 19

Immanuel C.Y. Hsu. 2006. The Rise of Modern China 6th Editio. hlm. 496. Ibid. hlm. 496.

akan digantikan dengan pemerintah yang baru yang telah mendapat mendapat mandat dari syurga.20 Walau bagaimanapun, golongan intelektual sudah terpengaruh dengan idea demokrasi telah menolak ajaran Konfucius termasuk sistem pemerintahan autokratik. Mereka telah melancarkan anti autokratik yang telah menjadikan rakyat China patuh dan tunduk kepada pemerintah sehingga rakyatnya tidak pandai berdikari dan tidak yakin kepada kebolehan diri dalam menghadapi dunia yang baru. Ia telah dinyatakan dalam ajaran Konfucius berkenaan dengan prinsip perhubungan antara orang bawahan dengan pemerintah. Berdasarkan prinsip ini, rakyat wajib taat kepada pemerintah manakala raja bersifat kemanusiaan. Menurut golongan intelektual dalam Pergerakan 4 Mei, hubungan ini perlu dihapuskan dalam negara kerana ia adalah bentuk pemerintahan zalim yang tidak sesuai lagi diamalkan pada era moden.21 Selain itu, golongan intelektual juga mula memboikot barangan Jepun yang menyebabkan eksport dan import Jepun ke China terus merudum. Oleh itu, arahan Jepun juga tidak dipedulikan oleh masyarakat China.

Golongan intelektual ini mengkritik secara terbuka terhadap sistem keluarga suku dalam masyarakat China. Sistem keluarga suku ini merujuk kepada percantuman beberapa kumpulan yang membentuk satu masyarakat yang pada mulanya hanya seorang sahaja. Golongan intelektual ini menentang sistem ini kerana berpendapat ianya tidak sesuai untuk digunakan pada masa hadapan. Sekiranya ingin melihat negara China berjaya sama dengan negara Barat maka sistem ini haruslah dihapuskan. Sistem ini membawa kepada taat setia kepada ketua masing-masing dan tidak akan bergabung dengan suku lain. Maka, segala perebutan kuasa akan berlaku demi mencapai kepuasan dan keinginan sesuatu puak. Akibat daripada ini, negara China senang dijajah oleh Barat dan sebagai buktinya adalah kekalahan China kepada Barat dan menyebabkan China tidak digelar sebagai Middle Kingdom lagi. 22

Golongan intelektual ini menolak sistem pendidikan tradisional yang dianggap sebagai kuno dan ketinggalan zaman. Salah satu sebab mereka menentang sistem pendidikan yang dianjurkan oleh Konfucius ini kerana kandungan kurikulumnya yang hanya mengandungi cerita-cerita klasik dan juga syair-syair klasik sebagai sumber rujukan utama bagi pelajar-pelajarnya. Perkembangan pendidikan hanya diterhadkan kepada hal-hal yang
20 21

Edward L.Shaughnessy. 2000. China Empire and Civilization. Oxford University Press: New York. hlm. 45. Lucien Bianco. 1971. Origins of The Chinese Revolution 1915-1949. hlm. 39. 22 Harold M. Vinacke. 1967. Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 386

telah berlalu dan bukannya memfokuskan kepada hal-hal keadaan pada masa itu dan juga masa akan datang. Kaedah pengajaran hanya menumpukan kepada teknik hafalan dan hanya menanam ingatan yang kuat namun bukannya kebolehan-kebolehan yang melahirkan pendapat baru.23 Oleh itu, China mula bangkit untuk menghalau Jepun keluar dari China dan Pergerakan 4 Mei ini akhirnya mencapai matlamatnya.

23

Ibid. hlm. 369.

KESAN-KESAN GERAKAN 4 MEI 1919

Matlamat Gerakan 4 Mei Tercapai.

Gerakan 4 Mei yang tercetus di China lazimnya mempunyai matlamat dan objektif yang ingin dicapai sepanjang tempoh tersebut. Suatu revolusi baru yang mencetuskan suatu gerakan pembaharuan China yang melibatkan aspek politik, ekonomi dan sosial wajar dipuji dan diambil iktibar kerana perjuangannya yang tulus dalam menentang Barat mahupun pencabar terdekatnya iaitu Jepun. Aspek penekanan yang ditekankan dalam membawa penyatuan pembaharuan di China melibatkan pemimpin birokrat, golongan-golongan elit, cendiakawan, konservatif, mahasiswa-mahasiswi, mahupun rakyat biasa di China.24 Pemodenan yang dirangka dan dirancang dalam memenuhi matlamat oleh golongan intelektual mula menyebarkan pengaruh dan melancarkan kempen-kempen kesedaran yang menuntut rakyat China supaya sedar akan ancaman kuasa-kuasa Barat seperti German mahupun Jepun dalam cubaan menakluk wilayah di Shandong. China juga sedar akan kekuatan Jepun yang mempunyai hubungan dengan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Perancis, Britian dan Itali.25 Namun begitu, ia tidak melemahkan semangat dan perjuangan China dalam menuntut kembali wilayahnya yang didokong kuat oleh sokongan padu rakyat China sama ada dari dalam negara atau luar negara. Oleh itu, kemunculan matlamat Gerakan 4 Mei ini menumpukan kepada masalah kuasa-kuasa Barat cuba melemahkan pengaruh di China dan menjatuhkan imej China.26 Walaupun diancam dengan ancaman oleh kuasa asing, China tetap dengan matlamatnya yang ditunjang oleh parti politik yang terkuat dan kukuh pengaruhnya iaitu Parti Koumintang China (PKC). Parti Koumintang begitu ekstrem dengan ideologi dan falsafah parti berkenaan agar menyelesaikan isu penuntutan hak wilayah China iaitu Shandong daripada Jepun. Situasi ini sangat rumit kerana melibatkan dua buah negara tersebut lalu China mengambil suatu pendekatan yang berani mencabar Persidangan Versailles di Perancis pada 28 Jun 1919. Persidangan Damai Versalles juga dijadikan modal oleh China dalam memboikot persidangan tersebut daripda menghantar wakil China iaitu C.T.Wong dan

24 25

Jessy. J. S. 1978. Sejarah China dan Jepun. hlm.58. Akira Iriye. 1980. The Chinese and the Japanese Essays in Political and Cultural Interactions . United Kingdom: Princeton University Press. hlm. 88 26 Orville Schell & Joseph Esherick. 1972. Modern China: The Story of a Revolution. New York: Alfred A. Khopf. hlm. 31.

Wellington Khoo. Mahasiswa-mahasiswi dari Unversiti Peking telah mendesak C.T. Wong dan Wellington Khoo daripada hadir dalam memeterai perjanjian tersebut. Tujuan dan matlamat mereka adalah memulaukan perkara yang tidak memihak kepada kepentingan dan keistimewaan China. Oleh sebab itu, peristiwa ini menjadi penyebab suatu gerakan demontrasi secara besar-besaran yang melibatkan 5000 orang pensayarah dan mahasiswa-mahasiswi dari 13 buah unversiti dan kolej membantah keputusan dalam Persidangan Damai Versailles di hadapan The Gate of Heavenly Peace (Tian An Men). Mereka menghantar telegram yang mengharapkan China supaya meminta balik hak-hak wilayah China di Shandong dan mendesak secara keras untuk menolak 21 tuntutan yang dikemukan oleh Jepun. Perjuangan matlamat dan kesungguhan mahasisiwa-mahasiswi ini begitu komited dalam memelihara hak dan kedaulatan China yang meluahkan rasa kebencian terhadap pengkhianat dan memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat China. Hal ini demikian kerana 21 tuntutan Jepun sangat mencalar maruah negaranya sedangkan Shandong akan dijadikan hospital, rumah ibadat seperti gereja, sekolah-sekolah. Akhirnya matlamat dan usaha yang berterusan dalam menjaga tanah suci China diperhebatkan kerana bagi mereka wilayah tersebut merupakan tempat lahir Kong Zi dan Meng Zi. Disamping itu, matlamat dalam menghapuskan pengkhianat negara telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Parti Koumintang China (PKC).27 Peristiwa perletakan jawatan oleh tiga tokoh besar dalam kepimpinan kerajaan iaitu Chang Tsung Hsing, Lu Hsung Yu, Tsao Ju Lin ini dianggap suatu kejayaan besar dalam mengurangkan pengaruh mereka dalam barisan kabinet China. Mereka dianggap pro-Jepun yang bertindak sebagai pendokong dan bertanggungjawab dalam memenuhi 21 tuntutan Jepun ketika berlakunya Persidangan Washington pada 21 November 1921. Setelah perletakaan jawatan dan sentiment kebencian terhadap orang-orang Jepun dalam kalangan orang China, Jepun telah mengambil langkah yang drastik menarik diri dari wilayah Shandong. Sekali lagi pencapaian China ini telah mengatasi masalah kepimpinan China yang sering berkelahi dan bergaduh. Oleh sebab itu, boleh dikatakan gerakan 4 Mei ini merupakan suatu yang diiktiraf sebagai gerakan anti-tradisonal yang terkuat di dunia melibatkan hampir seluruh masyarakat China bersatu padu mengemukan bantahan terhadap kuasa-kuasa asing. Pembentukkan negara China dalam mengembalikan zaman

kegemilangannya mula bergerak secara seimbang dan seiring dengan sistem birokrasi dalam

27

Li Chien Nung. 1956. The political History Of China 1840-1928. hlm. 140.

usaha negara-negara Barat memandang China sebagai sebuah tamadun dan bukannya negara yang mundur. Arus politik dan sosial semasa di China telah berubah kearah yang lebih baik kerana usaha dan matlamat melantik pegawai yang berpendidikan tinggi dan maju dalam pemikiran kritis. Gerakan 4 Mei ini telah melenyapkan masalah rakyat dan peniaga dipandang rendah, namun telah membantu meningkatkan usaha sistem sosial yang lebih teratur dan pemerintahan yang lebih dinamik. Usaha yang dapat dilihat oleh China adalah untuk mengembalikan zaman kemegahan yang dipanggil sebagai Middle of Kingdom. 28

Kedudukan Parti Koumintang China (PKC) semakin kukuh.

Parti Koumintang China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen merupakan parti yang paling berpengaruh mengatasi parti-parti di China yang lain. Hal ini telah menyebabkan Parti Koumintang China mudah diterima baik oleh setiap pelosok masyarakat China sama ada peringkat bawahan dan peringkat pemerintah. Parti Koumintang China merupakan suatu parti yang berfahaman komunis dan ideologi yang yang berteraskan falsafah hak sama rata antara golongan kaya mahupun miskin. Ideologi komunis ini yang diasaskan oleh Karl Marx menjadi ikutan masyarakat China kerana prinsip yang telus oleh pihak parti pemerintah yang mana seseorang kaya tidak boleh mampu memiliki harta kekayaan yang banyak dan dibenarkan hanya untuk sara hidup sahaja. Oleh sebab itu, ideologi komunis ini sangat diterima oleh masyarakat bawahan dan miskin seperti petani, peniaga, dan rakyat biasa. 29 Oleh sebab itu, gerakan 4 Mei ini menjadi pembuka jalan terhadap penyebaran ideologi komunis di China sekaligus menubuhkan Parti Koumintang China. Disamping itu, ideologi-ideologi Barat telah berjaya dicedok atau diambil pendekatannya oleh China untuk memajukan pemikiran intelektual terhadap golongan cendiakawan dan berpendidikan untuk memajukan hala tuju politik dan pendidikan di China. Usaha dan kesungguhan seorang tokoh terkenal iaitu Li Tao Chao telah berjaya menubuhkan Society for the Study of Marxism di Universiti Peking pada tahun 1918. Perancangan yang teliti dalam menarik sokongan mahasiswa-mahasiswi Universiti Peking untuk menerima dan meresap fahaman komunis dalam mengkaji lebih mendalam prinsip-prinsip komunis.
28 29

Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. hlm. 112. Morton. W. S & Lewis. C. M. 2005. China: Its History and Culture. New York: McGraw-Hill Companies. hlm. 170.

Sesungguhnya, usaha sebegini telah membantu menguatkan Gerakan 4 Mei berjaya melahirkan ahli fahaman komunis yang tegar seperti Chang Kuo Tao dan Mao Tse Tung. Mereka berdua memainkan peranan penting dalam menggerakkan gerakan komunis di China. Oleh sebab itu, tokoh-tokoh ini diangkat menjadi pemimpin dalam membantu menguatkan Parti Koumintang China dan mencapai agenda parti berkenaan iaitu matlamat dalam menguasai China kelak.30 Di samping itu, kemunculan seorang lagi tokoh terkemuka iaitu Chen Tu Hsiu yang menganut fahaman Marx-Lenin pada tahun 1920. Sumbangan beliau yang terbesar dalam membantu pengukuhan Parti Koumintang China menubuhkan Socialist Youth Corps di Peking. Jika dilihat dari sudut ini, jelaslah Peking sangat terkenal untuk dijadikan suatu pusat komunis yang membantu memperhebatkan Gerakan 4 Mei ini. Kesannya, pada tahun 1921, telah muncul banyak pertubuhan yang berideologikan Marxism telah disatukan menjadi satu unit politik yang berfahaman komunis di China. Sebagai contoh, Chen Hsiu dan Li Ta Chao telah menubuhkan Parti Komunis China (PKC) dengan bantuan Comintern. Setelah Parti Koumintang China telah mendapat sokongan kuat, pengaruh dan mandat daripada rakyat yang mahukan pembaharuan dan pemodenan dalam ideologi komunis ini diterima baik oleh mereka. Oleh itu, Gerakan 4 Mei ini juga telah menumpukan sepenuhnya usaha membanteras pengaruh dan kedudukan hulubalang di Peking. Hulubalang menimbulkan masalah dan menjadi penghalang besar kepada pembukaan pembaharuan China serta mampu menggugat kedudukan Parti Koumintang China. Oleh sebab itu, parti Koumintang China nekad untuk menghapuskan hulubalang atau dipanggil sebagai Wallords. Semasa China di bawah pemertintahan hulubalang, telah berlaku kemunduran dan kemerosotan ekonomi di samping isu kebuluran yang mengakibatkan banyak kematian rakyat China. Masalah penyalahgunaan kuasa dan mencabul hak-hak rakyat juga terjadi sehingga aspek ketenteraan menjadi mundur. Oleh sebab itu, mahasiswa-mahasiswi di Universiti Peking telah menyalahkan mereka di atas kegagalan China menjamin hak wilayahnya ke atas Shandong. Tambahan pula, Gerakan 4 Mei ini dilihat sebagai penggerak sehingga memberi kesan yang cukup mendalam ke atas barisan kabinet China. Tuan Chi Jui yang mengetuai kepimpinan di China telah dipaksa meletak jawatan serta merta dan telah dibubarkan. Hal ini telah memberikan kesan terhadap Parti Koumintang China memperbaiki kedudukan menjadi sebuah parti politik yang

30

Micheal. G. Fry. 2002. Guide to The International Relations and Diplomacy. London: Continuum International Publishing Group. hlm.153.

dominan dan mendapat sokongan majoriti rakyat China sendiri.31 Malah, ia juga mendapat sokongan kuat dari negara-negara Barat kerana membawa usul pemodenan dan pembaharuan dalam menggantikan sistem feudal yang berada di takuk lama. Kesannya begitu ketara, kerana ia membawa masuk sistem pemerintahan Barat yang disesuaikan dengan ideologi komunisnya seperti sistem demokrasi, negara berkebajikan dan semangat nasionalisme. Pembaharuan secara drastik ini hasil kesedaran dan kemampuan Gerakan 4 Mei yang berjaya mendapat tempat dalam diri rakyat China. Kesannya, lahirlah ramai intelektual-intelektual China moden yang berpendidikan kelas tinggi sehingga menerima falsafah pemikiran Barat dalam menerajui sesebuah negara.32 Namun, kesan Gerakan 4 Mei ini dapat dilihat dari segi hubungan dua hala antara China dengan Moscow, Rusia dalam menjalinkan hubungan diplomatik. Kelebihan yang diperolehi oleh China khususnya Parti Koumintang China adalah mendapat bantuan ketenteraan, teknonologi, bantuan kewangan serta perlindungan daripada Rusia untuk keselamatan China daripada Jepun.33 Hal ini demikmian kerana Rusia merupakan sebuah negara berfahaman komunis dalam menjaga kerjasama yang baik dengan Parti Koumintang China. Akhirnya, Gerakan 4 Mei ini telah mula berperang dengan hulubalang-hulubalang dalam menewaskan mereka di setiap daerah yang dikuasai. Setelah kematian Dr. Sun Yat Sen, Chiang Kai Shek telah mempinpin Parti Koumintang China. Peperangan menentang hulubalang telah dirancakkan lagi sehingga ke utara China dan dipanggil Ekspedisi ke Utara. Akhirnya, pada tahun 1928 Parti Koumintang China telah menang dan menjadi kuat di China dan menubuhkan kerajaan baru di Nangking.

Kemunculan gerakan kebudayaan baharu. Gerakan 4 Mei telah membawa perubahan kepada negara China dari segi politik, sosial dan kebudayaan. Gerakan ini bertujuan untuk memodenkan China dan menjalankan reformasi keintelktualan dan peradaban. Untuk mencapai hasrat mereka iaitu memodenkan China, mereka berhasrat untuk menggantikan pemikiran yang kuno dan tradisi dengan pemikiran baru.Mereka juga sering mengkritik ilmu-ilmu tradisional dan cuba untuk

31 32

Chiang Kai-Shek. 1947. Chinas Destiny and Chinese Economy Theory. New York: Roy Publishers. hlm.185. Harry. G. Gelber. 2007. The Dragon and The Foreign Devil: China and The World, 1100 B.C to The Present. New York : Walker & Company. hlm. 229. 33 Park. Edwin Wah Leung. 2005. Modern Chinese History Essentials.New. Jersey: Research & Education Association. hlm. 176.

menyedarkan rakyat cina tentang kepentingan ilmu dari Barat dan menyokong pembentukan negara China yang moden iaitu berasaskan ilmu sains dan idea-idea barat. Antaranya tokoh Gerakan 4 Mei iaitu Hu Shi. Beliau merupakan salah seorang yang berhujah supaya berlakunya asimilasi pemikiran cina dengan ilmu-ilmu barat secara beransur-ansur. Beliau juga telah menyeru supaya dilakukan penilai semula semua terhadap elemen-elemen dalam peradaban Cina, dan mengkaji masalah peradaban Cina pada masa itu supaya dapat menyerap pemikiran dan ilmu baru dari Barat. Chen Duxiu yang kembali dari Jepun pada tahun 1915, telah mengasaskan majalah New Youth (Pemuda Baru)34 yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada golongan muda supaya meminggalkan kepercayaan tradisional dan cuba untuk membina negara China yang rnoden berasaskan sains dan demokrasi. Beliau juga menyarankan supaya golongan muda ini untuk lebih bersifat progresif, kosmopolitan, agresif, bebas dan utilitarian. China dan Konfiusianisme sememangnya amat sinonim. Hal ini kerana konfusianism sangat dipandang tinggi dan merupakan aliran falsafah paling teragung bagi negara China dengan penegasan bahawa Tiada Konfusianisme, tiada China. 35 Namun setelah tercetusnya Gerakan 4 Mei, kedudukan Konfusianisme telah tercabar apabila pemimpin Gerakan 4 Mei menyatakan bahawa moral yang dikemukan oleh Kong Zi36 dan pengikutnya hanya sesuai bagi masyarakat yang hidup dalam sistem tradisi dan tidak sesuai bagi masyarakat demokrasi. Selain itu, ahli Gerakan 4 Mei menyatakan bahawa semua tradisi lama dan Konfusianisme perlu dihapuskan untuk memodenkan China secara menyeluruh. Untuk menjayakan matlamat mereka, mereka telah banyak menulis artikel dan karya penulisan untuk menyedarkan masyarakat china tentang keburukan Konfusianisme dan tradisi lama. Mereka juga telah memperkenalkan cogan kata seperti Jatuhkan Kong Zi dan anak-anaknya. Namun begitu, Gerakan 4 Mei tidak berjaya untuk menghapuskan Konfusianisme secara keseluruhan. Hal ini disebabkan Konfusianisme telah bertapak dan diamalkan di China kira-kira 2000 tahun dahulu. Hal ini juga kerana ada juga dikalangan pemimpin Gerakan 4 Mei yang dari segi pemikirannya ke arah Barat namun dari segi moral masih lagi terikat dengan

34

Pada peringkat awal, Majalah Pemuda Baru telah mencetak karya-karya yang telah diterjemah daripada Russia, Perancis, Norway dan lain-lain. Namun tidak mendapat sambutan yang besar kerana bahasanya terlalu klasik. Walaubagaimana pun, majalah ini merupakan satu agen penting bagi Gerakan 4 Mei. 35 Chow Tse-tsung.1960. The May Fourth Movement: intellectual revolution in Modern China. Cambridge: Harvard University Press. Hlm 293 36 Kong Zi merupakan pengasas ajaran Konfusianisme.

tradisi-tradisi lama. 37 Tetapi walaupun tidak berjaya menghapuskan Konfusianisme secara keseluruhan, Gerakan 4 Mei berjaya untuk menyedarkan masyarakat Cina terutamanya golongan Muda untuk beralih tumpuan kepada idea santifik dalam membuat keputusan dan bersedia untuk menerima ilmu dan falasafah Barat sebagai rujukan. Rancangan Hu Shi untuk menyambut lawatan John Dewey ke China pada 1919 merupakan satu titik permulaan kepada rancangannya. Dewey yang tiba di Shanghai pada bulan Mei dan telah menyampaikan kuliah sebanyak beratus-ratus kali berkenaan ilmu falsafah, pendidikan dan politik dan ia telah berangsung selama dua tahun telah dapat menyebarkan permikiran John Dewey berteraskan sains kepada pemikir-pemikir Cina. Hasil dari lawatan ini, Hu Shi telah berjaya menerapkan corak pemikiran berasaskan sains dalam pemikiran masyarakat Cina. Selain Hu Shi, majalah Pemuda Baru, Chen Duxiu telah memuji John Dewey dengan setinggi-tingginya. Chen telah berkata Kita mempercayai syarat utama pemodenana negara China ialah sains dan falsafah pragmatik tetapi bukan kepercayaan sihir. 38 Keyakinan dan kepercayaan terhadap sains dikalangan rakyat Cina makin bertambah kukuh. Terdapat juga pemikir-pemikir Cina ang menyanjungi ilmu sains sehingga melampaui pemikiran falsafah sains yang sepatutnya. Sebagai contoh Hu Shi, beliau telah menwujudkan satu sistem penilaian kepada fakta-fakta saintifik dan beliau menyatakan bahawa boleh merangkumi lingkungan yang bukan bidang sains. Hal ini secara terangnya, beliau telah mengabaikan hakikat bahawa hukum sains adalah neutral sifatnya dan pemutus kepada penilaian bukan daripada fakta saintifik semata -mata.39 Mereka berharap untuk mengikuti jejak langkah Barat iaitu mengetepikan agama dan membia satu sistem sekular yang baru untuk peradaban China. Hal ini telah menampakkan penolakan kepada Konfusianisme secara keseluruhan. Namun begitu, perubahan ini akan menghadapi halangan yang besar kerana elemen agama memainkan ciri penting sepanjang peradaban Barat. 40

37

Lin Yusheng. 1989. Wusi: Dou Yuan de Fansi ( Gerakan 4 Mei : Pemikiran yang pelbagai ragam). Hong

Kong : Sanlian Shudin. Hlm 115


38

Chen Duxiu. 1987. Xin Qingnian Xuanyan (catatan pemuda baru) dipetik daripada Chen Duxie Wencun (Koleksi Esei Chen Duxiu). Wuhu: Anhui Renming Chubanshe. hlm 245 39 Hok Kok Chung. 1998. Hu Shi: Pragmatist and Reformist. Tesis PHD: University of London. Hlm 122 40 Ibid hlm 124

Asimilasi ideologi-ideologi Barat terus berlangsung tanpa henti. Selain sains, ideologi Barat seperti demokrasi telah mempengaruhi China. Ahli pemodenan tidak henti-henti mengkritik nilai tradisi lama. Untuk memudahkan pomodenan, bahasa Cina telah diubah dan melalui pengubahsuaian bahasa pelbagai pencapaian telah tercapai.

Melahirkan Semangat Kebangsaan. Gerakan 4 Mei telah melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang-orang China. Ianya merupakan saru revolusi mental di kalangan orang-orang China yang digerakkan oleh golongan intelek. Pelajar muncul sebagai golongan penting pembela kepentingan nasional China. Sekitar tahun 1920-an, kebangkitan semangat nasionalisme wujud dalam memperjuangkan ideologi bagi membentuk sebuah negara yang berasaskan kepada Tiga Prinsip Rakyat. Nasionalisme menekankan pembebasan untuk negara China, kebebasan dari imperialisme Barat, dan persamaan untuk semua bangsa dalam negara China.41 Ideologi dibawa oleh Sun Yat Sen dilihat sebagai kelangsungan daripada Revolusi 1911 yang bermatlamat untuk membentuk kerajaan republik. Gerakan ini memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga kerajaan tentang tindak-tanduk kuasa-kuasa Barat yang menyebabkan China terumbang-ambing dan dipermain-mainkan oleh mereka. Sun Yat Sen mengutuk sikap tidak bersungguh-sungguh kuasa Barat membantu China sejak Perjanjian Versailles.42 Penubuhan persatuan nasionalisme adalah disebabkan daripada keinginan untuk mengubah keadaan negeri China dan menentang penjajahan asing.43 Kesan daripada penjajahan asing di beberapa buah kawasan negeri China menyebabkan berlakunya masalah dalaman dalam negara tersebut oleh kerana pihak asing yang telah mengenakan beberapa perjanjian yang tidak adil. Golongan pelajar merupakan golongan yang penting sebagai penggerak kepada nasionalisme di China. Hal ini demikian kerana pendidikan Barat yang diperoleh oleh golongan pelajar semasa menuntut di negara Barat mahupun di Jepun telah membuka pemikiran dan pandangan mereka tentang tujuan kedatangan barat datang ke China. Kesedaran yang diperoleh ini yang membawa kepada gerakan-gerakan menentang barat di

41 42

Suffian Mansor. 2009. Sejarah China moden. Hlm. 129. Abdullah Zakaria, Azharuddin, Azhar, Suffian. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm 129. 43 Ibid., Hlm. 373.

China. Antara penentangan yang dilakukan adalah melalui peristiwa 4 Mei 1919. Peristiwa ini adalah, Chinese student movement from the demonstration of May 4, 1919, which was staged to protest this injustice to denounce the pro- Japanese warlords and the politicians who had acquiesced in it. The ensuing nationwide indignation culminated in Chinas refusal to sign the treaty and more important, made student opinion a power to be reckoned with.44 Gerakan ini menunjukkan satu perubahan pandangan dalam masyarakat China yang di gerakan oleh golongan terpelajar. Gerakan ini sebenarnya telah mula memberi kesedaran kepada masyarakat China tentang niat dan tindakan yang dilakukan oleh Barat di China yang bertujuan untuk memenuhi kehendak mereka dari segi ekonomi sehingga menyebabkan keadaan di China menjadi tidak stabil. Dalam hubungan mengembangkan semangat nasionalisme, golongan pelajar dan intelek dari Universiti Kebangsaan Peking memainkan peranan penting. Antara tahun 1903 hingga 1919 semakin ramai pelajar-pelajar China dari luar negara pulang ke tanah air mereka seperti Chen Tu Hsiu, dan Tsai Yuan Pei dari Perancis, Kuo Mo Jo dan Lu Hsu dari Jepun dan Hu Shih dan Monlin dari Amerika Syarikat.45 Para pelajar inilah yang menjadi perangsang kepada gerakan nasionalisme di China dan cuba untuk melakukan reformasi ke arah pemodenan supaya seiring dengan barat dan Jepun. Antara cara yang telah digunakan oleh golongan pelajar ini untuk menyebarkan idea-idea barat yang diperoleh dengan menggunakan pusat pengajian tinggi terutama Universiti Kebangsaan Peking (Peita). 46 Di Peita ini, Tsai Yuan Pei telah dilantik sebagai Canselor telah melakukan gerakan pembaharuan di universiti ini. Beliau telah bertanggungjawab meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar di Universiti ini. Tsai Yuan Pei juga telah menggariskan tiga hala tuju penting bagi memajukan Peita iaitu universiti adalah institusi untuk penyelidikan akademik, pelajar harus menganggap universiti sebagai pusat mendapat pekerjaan dan universiti harus menjamin kebebasan
44 45

John Israel. 1966. Student nationalism in China 1927- 1937. California: Stanford University Press. Hlm. 3. Maswari Rosdi. 1985. Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Hlm. 214. 46 Ibid., Hlm. 214.

akademik.47 Matlamat yang diwujudkan ini membolehkan perkembangan ilmu pengetahuan tanpa sekatan dan perkembangan ini dapat meningkatkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan masyarakat yang belajar di situ kerana mereka bebas untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan melakukan kajian akademik mereka. Demonstrasi oleh pelajar-pelajar mengakibatkan demonstrasi dan permogokan di seluruh China. Golongan pelajar juga telah menganjurkan pemulauan barang-barang buatan Jepun. Pemulauan ini mendapat sokongan ramai dan menjejaskan perdagangan Jepun dengan China. Gerakan mereka bukan sekadar terhad di kalangan golongan pelajar semata-mata, tetapi melewati pelbagai pihak dalam masyarakat China. Demonstrasi rakyat China menentang Jepun merebak dengan begitu cepat kerana dengan adanya kemudahan teknologi yang boleh menyebarkan maklumat penentangan terhadap Jepun melalui media cetak dan media elektronik. Perasaan anti-Jepun telah bertambah di kalangan orang-orang China. Buat kali pertama, pekerja-pekerja China telah mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di beberapa buah Bandar besar di China seperti di Peking, Tientsin, Shanghai, Hankow dan bandar-bandar lain. Kemaraan nasionalisme dalam kalangan orang China terutama para tenteranya, telah membawa beberapa kejayaan dalam melawan barat. Antara lain ialah mengenai ketidakupayaan pihak England membantu puak kanan kerana perhubungan China-Inggeris telah merosot akibat peristiwa 30 Mei di Shanghai di mana sebilangan besar pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja telah melancarkan mogok terhadap kilang-kilang kepunyaan Jepun. Bantahan terhadap tindakan polis yang membunuh pemogok-pemogok mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai Shakee-shameen di Canton oleh pasukan polis British. Reaksi terhadap tindakan ini diambil serta merta yang mana perdagangan British di China dan Hong Kong diboikot.48 Kesan kejadian ini menunjukkan bahawa pergelutan dalam parti yang ditubuhkan sepanjang perjuangan nasionalisme telah menjelma menjadi satu pergerakan anti penjajah. Ini dapat dilihat apabila Rusia mengambil kesempatan di atas situasi yang tidak tenteram ini.49

47 48

Suffian Mansor. 2009. Sejarah China moden. Hlm. 121. C.Martin Wibur. 1983. The nationalist revolution in China, 1923-1928. Cambridge: Cambridge University Press. Hlm. 15. 49 Jessy.J.S. 2007 Sejarah China dan Jepun. Hlm. 245.

KESIMPULAN. Gerakan 4 Mei merupakan satu gerakan kebangsaan yang telah mempengaruhi perkembangan politik dan sosial negeri China. Pendekatan moden yang dibawa oleh pelajarpelajar sebagai pengajaran falsafah, sains, idea-idea baru seperti demokrasi, kebudayaan Barat dan bentuk kesusasteraan moden mula diterima oleh masyarakat. Dalam usaha mengembangkan nasionalisme, golongan pelajar dan intelek dari Universiti Kebangsaan Peking telah memainkan peranan penting. Di mana sesungguhpun Gerakan 4 Mei ini telah memainkan semangat nasionalisme bangsa China ke tahap yang sangat tinggi berbanding zaman-zaman lain. Mereka amat sensitif terhadap sebarang bentuk penekanan yang berunsurkan imperialisme yang dikenakan oleh kuasa-kuasa ke atas bangsa dan negara China. Negeri China telah mengalami perubahan politik dan sosial yang mendadak selepas gerakan ini dan ianya juga telah merintis jalan kepada kemunculan Parti Komunis China sebagai sebuah kuasa yang berpengaruh dewasa itu sehingga akhirnya PKC berjaya menubuhkan sebuah Kerajaan Republik Komunis pada tahun 1949.

Bibliografi Abdullah Zakaria, Azharuddin, Azhar, Suffian. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Akira Iriye. 1980. The Chinese and the Japanese Essays in Political and Cultural Interactions. United Kingdom: Princeton University Press.

C.Martin Wibur. 1983. The nationalist revolution in China, 1923-1928. Cambridge: Cambridge University Press.

Chen Duxiu. 1987. Xin Qingnian Xuanyan (catatan pemuda baru) dipetik daripada Chen Duxie Wencun (Koleksi Esei Chen Duxiu). Wuhu: Anhui Renming Chubanshe. Chiang Kai-Shek. 1947. Chinas Destiny and Chinese Economy Theory. New York: Roy Publishers. Chow Tse-Tsung.1960. The May Fourth Movement: Intellectual Revolution In Modern China. Cambridge: Harvard University Press Chung Wah Chow. Dawid Eimer. etc. 2009. China. Ebook Edition: Lonely Planet.

Edward L.Shaughnessy. 2000. China Empire and Civilization. Oxford University Press: New York.

Harry. G. Gelber. 2007. The Dragon and The Foreign Devil: China and The World, 1100 B.C to The Present. New York : Walker & Company.

Harold M. Vinacke. 1967. Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Immanuel C.Y. Hsu. 2006. The Rise of Modern China 6th Edition. New York: Oxford University.

James Z Gao. 2009. Historical Dictionary of The Modern China (1800-1949) . Maryland: Scarerow Press, INC.

Jessy. J. S. 1978. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd.

John Israel. (1966). Student nationalism in China 1927- 1937. California: Stanford University Press.

Li Chien Nung. 1956. The Political History Of China 1840-1928.

Lin Yusheng. 1989. Wusi: Dou Yuan de Fansi ( Gerakan 4 Mei : Pemikiran yang pelbagai ragam). Hong Kong : Sanlian Shudin. Lok Chong Hoe. 1998. Tamadun China Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Lucien Bianco. 1971. Origins of The Chinese Revolution 1915-1949. California: Stanford University Press.

M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Snd Bhd.

Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd.

Micheal. G. Fry. 2002. Guide to The International Relations and Diplomacy. London: Continuum International Publishing Group.

Morton. W. S & Lewis. C. M. 2005. China: Its History and Culture. New York: McGraw-Hill Companies. Orville Schell & Joseph Esherick. 1972. Modern China: The Story of a Revolution. New York: Alfred A. Khopf.

Park. Edwin Wah Leung. 2005. Modern Chinese History Essentials New. Jersey: Research & Education Association. Rana Mitter. 2004. A Bitter Revolution:China Struggle With The Modern World. Oxford: Oxford University Press

Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit University Malaya.

You might also like