You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN STALON, DARO.

MINIT MESYUARAT STAFF BIL 2/2014 Tarikh Hari Masa Tempat Agenda : 17 Mac 2014 : Isnin : 2.30 petang : Bilik Gerakan (Bilik Komputer), SK. Stalon. : 1. Waktu Persekolahan. 2. Sit-in. 3. Kod Etika Pakaian. 4. E-Operasi. 5. Pencerapan guru. 6. LINUS. 7. Kebitaraan 8. Amalan 5S. 9. Semak Hasil Kerja Murid. 10. Pencerahan Perkhidmatan. 11. Claim Sebulan Sekali. 12. 1 Bestari.net 13. Semangat Mengajar. 14. Sudut Untuk Subjek Dalam Bilik Darjah. 15. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). 16. Minit Mesyuarat. 17. Larangan Memelihara Haiwan Peliharaan. 18. Larangan Merokok Di Kawasan Sekolah. 19. Sekolah Ganti. 20. Pengecualian Kehadiran GB dan AKS Untuk Sekolah Ganti. 21. Tugas Semasa Cuti Sekolah. 22. Cuti Rehat Khas(CRK). 23. Penjualan CRK. 24. Guru Ganti untuk Guru Cuti Bersalin. 25. Program Kolaborasi SK Stalon 2014.

Kehadiran: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Cik Tham Siew Mei. -Guru Besar En. Dolli bin Dol. -Penolong Kanan Pentadbiran En. Marvin Ak. Dongkeng. -Penolong Kanan Kokurikulum En. Silvester Charles Ak. Fabian. En. Mohd Hanif Nawi. En. Ahmad Shahrani Razni bin Mohd. Razni. En. Shamrul Sulhairil Kamal bin Sulaiman.

8. En. Mohd Norfakhri bin Abdul Majid. 9. Cik Nurhidayah binti Rosli. 10. Puan Faizura binti Mejri. 11. Cik Sabariah Ak. Mut. Tidak Hadir: 1. Puan Azli binti Bujang Rezali Cuti Sakit 2. Puan Dayang Suhaila binti Awang Suhaili (PK.HEM) Mesyuarat.

1. Waktu Persekolahan. 1.1. Menepati waktu persekolahan yang telah ditetapkan, termasuk waktu balik mengikut jadual yang telah disediakan. 1.2. Pelepasan hanya dibenarkan sebulan sekali (kebenaran yang diberi atas alasan urusan gaji). 1.3. Larangan guru keluar awal pada hari Jumaat. (kecuali dengan kebenaran pihak sekolah). 2. Sit-in. 2.1. Guru yang keluar berkursus/taklimat perlu sediakan latihan atau kerja kepada guru ganti untuk diedarkan kepada murid. 2.2. Kelas prasekolah yang ketiadaan guru prasekolah (kursus atau taklimat), guru aliran perdana perlu masuk ganti di prasekolah. 2.3. Borang guru ganti perlu diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran/ Penolong Kanan Hem/ Penolong Kanan Koko (atau kepada jawatankuasa jadual waktu sekolah). 3. Kod Etika Pakaian. 3.1. Pemakaian tanda nama semasa p&p. 3.2. Pemakaian baju batik pada hari Khamis. 3.3. Mesyuarat (petang) memakai pakaian kemas dan sesuai. 3.4. Pemakaian Baju unit beruniform (TKRS) pada hari Rabu. 4. E-operasi. 4.1. Perlu ingat id (username) dan kata laluan (password), serta kemaskini maklumat masing-masing. 4.2. Maklumkan kepada guru data jika ada perubahan pada maklumat diri.

5. Pencerapan Guru. 5.1. Pencerapan dua kali setahun, pencerapan kali pertama pada bulan Mac. 5.2. Pencerapan secara mengejut oleh guru besar pada bila-bila masa. 5.3. Pemantauan semasa p&p adalah sepanjang tahun oleh pihak pentadbir.

6. LINUS. 6.1. Guru yang berkenaan (LINUS) pastikan objektif dan aktiviti yang dijalankan dicatat dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). 7. Kebitaraan. 7.1. Kebitaraan (ikon) sekolah perlu dipilih. 7.2. Hasil persetujuan dan perbincangan, fokus kebitaraan yang dipilih ialah tarian (waktu khas akan diwujudkan). 8. Amalan 5S 8.1. Amalan 5S adalah sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amalkan. 8.2. Amalan ini perlu diamalkan di setiap bilik di sekolah. 8.3. Bilik yang perlu diberi perhatian lebih adalah Bilik Kemahiran Hidup. 8.4. Barang yang tidak diperlukan, hendaklah dihapuskira. 9. Semak Hasil Kerja Murid. 9.1. Setiap guru panitia perlu pilih tarikh untuk semak hasil kerja murid. 9.2. Tetapkan perkara yang diperiksa dan direkodkan. 10. Pencerahan Perkhidmatan. 10.1. Tugas lama yang dimampatkan dari 100% kepada 50%, tugas dalam PPPM (50% digabungkan). 10.2. Guru perlu sedia dengan tugasan tambahan. 11. Claim (tuntutan)sebulan sekali. 11.1. Hanya sebulan sekali sahaja tuntutan dibenarkan, menggunakan satu borang. 11.2. Perlu disertakan salinan asal resit yang dicop, semua dokumen perlu disahkan. 12. 1 Bestari.net 12.1. Guru berkenaan memberi id (username) dan kata laluan (password) ibu bapa dan murid. 13. Semangat Mengajar. 13.1. Hasil pemantauan dari pegawai PPD yang datang pada awal tahun, mereka berpuas hati dengan semangat mengajar yang tinggi guruguru. 13.2. Guru-guru perlu kekalkan momentum (semangat mengajar yang tinggi) sepanjang tahun.

14. Sudut Untuk Subjek Mata Pelajaran Dalam Bilik Darjah. 14.1. Sudut setiap subjek MP dalam bilik darjah perlu diwujudkan. 14.2. Keceriaan kelas perlu dipertingkatkan, kerja amal akan dilakukan oleh kelas yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan (tercorot kedudukan). 15. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 15.1. Semua staff dan guru perlu baca buku PPPM. 15.2. Semua perkara tercatat dalam buku PPPM. 16. Minit Mesyuarat 16.1. Minit mesyuarat perlu disiapkan dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat. 16.2. Guru yang bertugas pada hari mesyuarat diadakan akan mengambil tugas mencatat minit mesyuarat. 17. Larangan Memelihara Haiwan Peliharaan. 17.1. Perkara ini di diutarakan oleh semua guru besar sekolah-sekolah (Pekeliling 1995), memelihara haiwan ternakan di kawasan sekolah adalah dilarang. 18. Larangan Merokok Di Kawasan Sekolah. 18.1.Semua kawasan sekolah, adalah kawasan larangan merokok. 18.2.Denda sebanyak RM 300 untuk kesalahan merokok di kawasan sekolah, dan denda sebanyak RM 500 untuk guru besar. 19. Sekolah Ganti. 19.1.Sekolah ganti perlu diganti mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 19.2.Jika sekolah tidak diganti pada tarikh yang ditetapkan, perlu membuat surat sebab kepada PPD. 20. Pengecualian Kehadiran GB dan AKS Untuk Sekolah Ganti. 20.1.Sekolah ganti, guru besar dan AKS tidak terlibat. 21. Tugas Semasa Cuti Sekolah. 21.1.Semua guru boleh dipanggil bertugas (wajib) walaupun cuti sekolah. 22. Cuti Rehat Khas(CRK). 22.1.Tidak boleh menggunakan CRK untuk awalkan cuti atau memanjangkan bilangan hari cuti. 22.2.Setahun, ada 7 hari CRK boleh digunakan.

23. Penjualan CRK. 23.1.Penjualan CRK ialah pada minggu akhir persekolahan tahun tersebut. 24. Guru Ganti untuk Guru Cuti Bersalin. 24.1.Perlu guru ganti untuk guru yang cuti bersalin. 24.2.Guru-guru membantu guru ganti bagi melancarkan perjalanan tugasnya di sekolah. 25. Program Kolaborasi SK Stalon 2014. 25.1.Program kolaborasi pada bulan April. 25.2.Perlu sediakan dua tempat penginapan untuk guru-guru dan muridmurid tahun 6 dari SK Bayang. 25.3.Mengemas rumah penginapan dan keceriaan rumah yang akan dihuni oleh guru-guru dan murid-murid SK Bayang. PENUTUP a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya pada 22 April 2014. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.05 petang. Dicadang oleh En. Silvester Charles Ak. Fabian. Disokong En. Marvin Ak. Dongkeng. Disediakan oleh, .......................................... ( NURHIDAYAH BINTI ROSLI ) Guru Bertugas Tarikh : Disemak Oleh, ............................... ( ) Pengerusi / Ahli Mesyuarat Tarikh :

You might also like