You are on page 1of 3

TIPS BIDASAN BIdasan Konsep 1. Mulakan dengan menyebut balik kes @ hujah lawan,restate, 2.

Kemudian rebut,membidas dengan meragukan kes @ fakta/hujah, 3. Dan penting untuk gantikan dengan alternatif ,replace facts Pertikaikan definisi konsep Bangkitnya Perdana Menteri sebentar tadi telah membentangkan satu ide pendefinisian konseptual yang saya kira kabur dan kurang jelas . Kes yang cuba dibentang amat tidak relevan dengan usul pada hari ini . -Percanggahan antara definisi konsep dengan kayu ukur -Buktikan usul dan hujah pihak lawan kurang bernutu -Buktikan hujah pihak lawan tiada perkaitan dengan perkara ataupun kiblat perdebatan -Bidasan secara rambang / keseluruhan tanpa perincian Bidasan Hujah -Dimulakan dengan hujah ketiga,Menteri kedua . -Hujah kedua -Hujah ketiga -Mulakan dengan penganalisian tajuk hujah/premis pihak lawan -Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukannya contoh. Misalnya, pembahas pihak Kerajaan telah memberikan beberapa contoh yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap, maka pihak lawan sepatutnya membidas hujah tersebut dan bukannya contoh-contoh lemah tadi kerana itulah kehendak perbahasan. Bidasan Taktikal Berikut adalah keadaan-keadaan yang memerlukan bidasan taktikal dikemukakan;

i) pihak lawan tidak memenuhi peranannya. Contoh : tidak memberikan definisi konsep, tidak menyatakan premis pasukan, tidak menjelaskan strategi dan bidang tugas pasukan, tidak membidas hujah dan sebagainya. Tuan Yang DiPertua, Bangkit Ketua Pembangkang sebentar tadi langsung tidak menyatakan apakah premis pihak Pembangkang. Ini menunjukkan bahawa pihak Pembangkang pada hari ini tampil tanpa sebarang pendirian bagi membangkang usul gagasan Perdana Menteri. ii) pihak lawan tidak menjawab kayu ukur, izin laluan atau cabaran yang dilontarkan. Tuan Yang DiPertua, Sebentar tadi kami telah memberikan izin laluan bagi menanyakan tentang ..... tetapi tidak dijawab dengan baik oleh mereka. Sepatutnya ..... iii) pembahas kedua tidak memberikan penegasan semula definisi atau pindaan definisi. Tuan Yang DiPertua, Bangkit Menteri Kedua sebentar tadi tidak memberikan penegasan semula terhadap definisi konsep rakan beliau, Perdana Menteri. Bahkan beliau juga tidak menolak pindaan definisi Ketua Pembangkang. Dalam frasa ..... , kami telah meminda ..... Maka, Tuan Yang DiPertua, pindaan definisi kami wajar diterimapakai dalam dewan yang mulia pada hari ini. iv) pembahas tersilap melaksanakan peranan. Contoh : Sepatutnya Ketua Pembangkang melakukan pindaan definisi, tetapi terus sahaja menerima definisi Kerajaan tanpa pindaan. Namun begitu, Pembangkang Kedua pula bangkit menyatakan pindaan definisi

(yang tidak pernah dilakukan oleh Ketua Pembangkang). Hal ini adalah percanggahan peranan antara kedua-dua pendebat tersebut.

You might also like