You are on page 1of 11

NUR ATIKAH BINTI MOHD NASRUDIN PISMP SAINS SEMESTER 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

SCE 3109: TENAGA DALAM KIMIA

PRAKTIKAL 6: NILAI PEMALAR AVOGADRO

NAMA NO. K/P PENSYARAH

: NUR ATIKAH BT MOHD NASRUDIN : 910714-03-5356 : PUAN HJH. HABIBAH BINTI BUANG
PRAKTIKAL 6 NILAI PEMALAR AVOGADRO

NUR ATIKAH BINTI MOHD NASRUDIN PISMP SAINS SEMESTER 5


Tujuan :

Untuk mengetahui nilai pemalar Avogadro dengan menggunakan prosedur elektrolisis. Teori : Hukum Elektrolisis Faraday ialah jisim bahan yang termendak pada elektrod yang mana berhubung dengan kuantiti elektrik, Q (Arus x Masa) menertusi larutan dan juga jisim molar bahan berkenaan. Hukum Avogadro dikenali sebagai Teori Avogadro ataupun Hipotesis Avogadro. Prinsip ini merupakan satu hukum dimana gas-gas dengan isi padu yang sama, pada suhu dan tekanan yang sama dan ia mempunyai bilangan zarah mahupun molekul yang sama. Bilangan molekul yang ada pada isi padu gas yang tertentu adalah bebas daripada saiz ataupun jisim molekul gas tersebut. Nilai teori bagi pemalar Avogadro merupakan 6.02 1023. Hukum ini boleh juga dinyatakan seperti berikut:

di mana,

ialah isipadu gas ialah kuantiti bahan dalam gas / bilangan mol gas itu ialah pemalar berkadar terus / pembolehubah tetap

Senarai Bahan

1 mol dm-3 larutan kupum(II) sulfat Larutan propana Dua kepingan kurpum

Senarai Radas

Bateri Bikar 250 cm3 Wayar penyambung dan klip buaya

NUR ATIKAH BINTI MOHD NASRUDIN PISMP SAINS SEMESTER 5


Ammeter Suis Reostat Jam randik

RAJAH 1: ELEKTROLISIS MENENTUKAN NILAI PEMALAR AVOGADRO

Prosedur

1. Dua kepingan kuprum dicuci dengan menggunakan kertas pasir dan seterusnya, jisim kuprum tersebut ditimbang. 2. Bikar diisi dengan larutan 1 mol dm-3 kuprum(II) sulfat sehingga separuh penuh. 3. Radas disediakan seperti dalam Rajah 1. Suis kemudiannya dihidupkan dan jam randik dimulakan. 4. Reostat diselaraskan bagi membenarkan sejumlah arus yang kecil melaluinya. 5. Bacaan ammeter direkodkan ke dalam Jadual 1 bagi setiap selang masa satu minit. 6. Suis dimatikan selepas 30 minit. 7. Perubahan yang berlaku di anod dan di katod direkodkan. 8. Kepingan kuprum dibasuh dan dikeringkan dengan mencelupkannya ke dalam propanon. Kepingan tersebut ditimbang sekali lagi.

NUR ATIKAH BINTI MOHD NASRUDIN PISMP SAINS SEMESTER 5


Langkah Berjaga-Jaga :

1. Propanon hendaklah dijauhkan dari muka atau hidung kerana propanon mudah mengewap dan menyebabkan kerengsaan. 2. Berhati-hati ketika membersihkan kepingan zink dan kuprum kerana bucu kepingan tersebut tajam dan boleh mencederakan jari. 3. Propanon perlu dikendalikan dengan berhati-hati kerana ia mudah terbakar dan ia harus dielakkan berhampiran dengan api.

Keputusan

a. Hasil Pemerhatian

Katod (Kuprum 1)

Anod (Kuprum 2)

Jisim Sebelum, g

22.0

22.9

Jisim Selepas, g

22.2

22.7

Tindak Balas

Berlaku tindak balas penurunan : Cu2+ + 2e- Cu

Berlaku tindak balas pengoksidaan. : Cu Cu2++ 2e-

Menerima dua elektron untuk membentuk ion Cu Elektron

Membebaskan dua elektron dan membentuk ion Cu2+

Keadaan fizikal elektrod / Perubahan jisim

Jisim logam kuprum semakin bertambah disebabkan enapan logam kuprum.

Jisim logam kuprum semakin bekurang dan menjadi semakin nipis kerana terhakis.

NUR ATIKAH BINTI MOHD NASRUDIN PISMP SAINS SEMESTER 5


Persamaan Setengah Persamaan setengah : Cu2+ + 2e- Cu Persamaan setengah : Cu Cu2+ + 2e-

Elektrolit

Warna Biru

-Warna biru -Kepekatan warna larutan tidak berubah kerana kepekatan ion dalam elektrolit tidak berubah

Arus (A)

0.10

Keputusan

Pengiraan nilai pemalar Avagadro berdasarkan eksperimen: Langkah 1 Persamaan setengah di elektrod kuprum anod dan katod. Di anod : Cu Cu2+ + 2eDi katod: Cu2+ + 2e- Cu

Langkah 2 Jumlah bahan yang dihasilkan (M) berkadar terus dengan kuantiti daya elektron (Q) yang mengalir melalui elektrolit Hukum Faraday Pertama Q = It I = 0.10 A T = 30 min = 30 X 60 saat = 1800 saat Q = It = (0.10) (1800) = 180 C

NUR ATIKAH BINTI MOHD NASRUDIN PISMP SAINS SEMESTER 5


Langkah 3 Bilangan mol bagi kuprum

Bil. Mol =
Jisim

= 22.2 g 22.0 g = 0.02g

JAR Cu = 63.5 = 3.15 X 10-4 mol

Langkah 4 Jumlah bahan-bahan berbeza yang dihasilkan oleh jumlah daya elektrik yang sama adalah berkadar sonsang dengan cas pada ion Hukum Faraday Kedua Cas pada 1 mol elektron = pemalar Faraday F =NA x eNA = pemalar Avogadro = 6.02 X 1023 mol-1 e- = cas pada satu elektron = 1.60 X 10-19 C Penghasilan 1 mol Cu = = = 571428.57

Langkah 5 Pemalar Avagadro, n F = Le F = 571428.57 e = 1.60 X 10-19 C 571428.57= L (1.60 X 10-19)

NUR ATIKAH BINTI MOHD NASRUDIN PISMP SAINS SEMESTER 5


L= = 3.57 x 1024

1mol Cu2+ =

(3.57 x 1024)

= 1.79 x 1024 mol-1

Perbincangan

1. Secara teori, pertambahan jisim dalam satu elektrod kuprum sepatutnya sama dengan pengurangan jisim pada satu lagi elektrod. Jelaskan mengapa terdapat sedikit perubahan kecil bagi kedua-dua nilai ini di dalam eksperimen yang telah dijalankan. Perbezaan adalah disebabkan oleh kuantiti ion Cu2+ yang ditarik untuk dinyahcaskan di elektrod katod adalah lebih daripada kuantiti ion Cu dibentuk oleh elektrod anod.
2+

yang dibebaskan untuk

2. Tuliskan persamaan tindak balas yang seimbang untuk tindak balas yang berlaku di anod dan katod. Cu (pe) Cu2+ + 2eCu
2+

Anod : Katod :

[ Pengoksidaan ] [ Penurunan ]

+ 2e Cu (pe)

3. Apakah kesan ke atas pemalar Avogadro yang diperoleh jika bekalan kuasa dimatikan beberapa saat selepas 30 minit dan bukannya tepat 30 minit?

Nilai pemalar Avogadro akan bertambah kerana pertambahan masa menyebabkan lebih banyak zarah Cu dipindahkan melalui elektrolit dari anod ke katod. 4. Apakah kesan ke atas pemalar Avogadro yang diperoleh jika elektrod tidak dibiarkan kering sebelum jisim akhir elektrod diambil?

NUR ATIKAH BINTI MOHD NASRUDIN PISMP SAINS SEMESTER 5


Akan berlaku ralat ke atas nilai pemalar Avogadro kerana elektrod yang tidak kering masih mengandungi lapisan elektrolit iaitu propanon dan pepejal kuprum tidak dapat terbentuk sepenuhnya sewaktu masih basah. Hal ini akan menjejaskan bacaan jisim bagi elektrod tersebut.

5. Nyatakan dan terangkan dua cara bagaimana untuk meningkatkan ketepatan keputusan yang diperolehi.

Melalui cara pembersihan lapisan oksida pada permukaan kepingan kuprum dengan menggunakan kertas pasir. Ini bagi memastikan elektrod kuprum dapat ditimbang dan data yang tepat dapat diperolehi. Selain itu juga, dengan melaraskan reostat sepanjang eksperimen dijalankan agar beza keupayaan dalam sel elektrolisis tetap dan tidak menurun sepanjang eksperimen dijalankan.

6. Selain daripada mengukur nilai pemalar Avogadro, nyatakan dan jelaskan dua kegunaan proses elektrolisis dalam industri.

A. Pengelektrosaduran

Proses menyalut kepingan logam dengan logam yang lain melalui elektrolisis dipanggil sebagai proses pengelektrosaduran. Misalnya, keluli boleh

dielektrosadurkan dengan kromium. Tujuan pengelektrosaduran adalah bagi melindungi logam tersadur daripada kakisan dan menjadikannya kelihatan lebih cantik. Dalam sel elektrolisis bagi pengelektrosaduran katod ialah bahan yang ingin disadur, anod ialah logam saduran dan elektrolit ialah larutan garam yang mengandungi ion-ion logam saduran contohnya seperti NiSO4, CrSO4 dan AgNO3.

Tindak balas : Anod

NUR ATIKAH BINTI MOHD NASRUDIN PISMP SAINS SEMESTER 5


Logam penyadur akan mengkakis untuk menghasilkan ion-ion bercas positif di dalam lauratan elektrolit. Setengah persamaan : Ni Ni+ + e-

Katod : Bagi kation pula akan tertarik ke elektrod katod dan dinyahcas menjadi logam yang terenap sebagai satu lapisan nipis di atas permukaan logam atau bahan yang ingin disadur. Setengah persamaan : Ni+ + e- Ni

Kebaikan proses pengelektrosaduran : Dapat melindungi logam atau bahan daripada kakisan atau pengaratan Mencantikkan rupa logam dan meningkatkan penampilan fizikal sesuatu logam atau bahan B. Penulenan Logam

Logam tidak tulen akan bertindak sebagai elektrod anod, sebagai contoh kuprum. Kepingan nipis logam tulen pula akan bertindak sebagai elektrod katod. Elektrolit dalam proses ini merupakan larutan akues yang mengandungi sebatian ion logam bahan berkenaan seperti contoh sebatian kuprum sulfat (CuSO4) Anod: Atom kuprum daripada logam tidak tulen akan larut dalam elektrolit. Setengah persamaan: Cu Cu2+ + 2eKatod: Ion kuprum daripada elektrolit akan ditarik ke elktrod katod dan dinyahcas menjadi ion kuprum yang terenap pada elektrod ini. Cu2+ + 2e- Cu Pemindahan kuprum yang tulen ialah dari elektrod anod ke katod. Bendasing yang kurang aktif daripada kuprum akan termendap pada dasar bikar manakala bendasing yang reaktif akan larut sebagai larutan ion akues.

NUR ATIKAH BINTI MOHD NASRUDIN PISMP SAINS SEMESTER 5


Kebaikan: Dapat menulenkan logam dari bendasing iaitu menjadikan tekstur logam bertambah baik. Kesimpulan :

Nilai pemalar Avogadro boleh ditentukan dengan menggunakan proses elektrolisis.

10

NUR ATIKAH BINTI MOHD NASRUDIN PISMP SAINS SEMESTER 5


SENARAI RUJUKAN Andrzej Baranski. (2009). The Atomic Mass Unit,The Avogardo Constant and the Mole : A Way To Understanding : Journal of Chemical Education, 3, pp 8-120. Eng, N.H.,Lim, E.W. dan Lim, Y.C. (2004). Fokus e-Masteri SPM Kimia. Bandar Baru Bangi, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Lim Y. S. & Yip K. H. (2008). Longman Pre-U text STPM Physical Chemistry. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.. Tan Y. T., Loh W. L., & Tan O. T. (2007). Success Chemistry SPM. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.. Oxidation and Reduction. Diakses pada 29 Mac http://preparatorychemistry.com/Bishop_Book_6_eBook.pdf 2014 daripada

Penulenan dan penyaduran logam. Diakses pada 4 Mac 2014 daripada http://mindakimia.blogspot.com/2009/09/penulenan-dan-penyaduran-logam.html Peter Chong dan Soh May Ling (1997). Chemistry for Matriculation College. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Tan, Y.T., Kathirasan, M. dan Loh, W.L. (2008). Ace Ahead STPM Chemistry. Shah Alam,Selangor: Oxford Fajar BaktiSdn. Bhd.

11