You are on page 1of 2

REFLEKSI

Bagi tugasan Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral (ELM3103) ini, banyak perkara yang telah saya pelajari dan pengalaman yang diperolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini, misalnya dari segi pengurusan matapelajaran ini sendiri. Antara ilmu yang saya peroleh daripada tugasan ini adalah perbezaan antara penilaian formatif dan sumatif. Walaupun kedua-duanya adalah bentuk penilaian yang hampir sama, namun dari segi pelaksanaan serta tumpuan yang diberikan adalah berbeza. Ujian formatif lebih menumpukan kepada kemajuan murid menguasai sesuatu tahap atau topik dalam matapelajaran tersebut, manakala ujian sumatif pula lebih tertumpu kepada penilaian murid di penghujung pengajaran matapelajaran terbabit. Tugasan bagi kursus ini pada semester ini lebih tertumpu kepada penilaian dalam matapelajaran Pendidikan Moral. Penilaian ini adalah penting bagi membantu guru untuk menilai sejauh mana prestasi dan kemajuan murid dalam sesuatu matapelajaran itu. Sebagaimana matapelajaran yang lain, Pendidikan Moral juga mempunyai kaedah penilaian dan pentaksirannya yang tersendiri. Dalam memberikan penilaian kepada murid, Pendidikan Moral juga tidak terlepas daripada permasalahan dan isu yang berkemungkinan timbul. Antaranya adalah bagaimana matapelajaran ini hendak dinilai secara afektif, kerana matapelajaran ini lebih menerapkan nilai moral dalam diri murid-murid. Walaupun mereka dapat menunjukkan tingkah laku bermoral di sekolah, namun tidak dapat dipastikan lagi sama ada mereka benar-benar bertingkahlaku moral di rumah atau luar sekolah. Antara permasalahan lain bagi matapelajaran ini adalah matapelajaran ini sendiri bersifat subjektif dan penilaian ini boleh bergantung kepada persepsi dan emosi penilai seseorang murid tersebut. Kadang kala, penilai memberikan skor yang tinggi kerana mereka hanya membuat penilaian berdasarkan pemerhatian mereka sendiri, dan juga dipengaruhi oleh faktor emosi mereka. Ini berlaku apabila penilaian dilakukan oleh ahli keluarga atau rakan dan jiran di kawasan perumahan murid-murid tersebut. Maka, skor yang diperoleh oleh murid tersebut boleh diragui kesahihannya. Selain itu, saya juga belajar bagaimana untuk menyediakan jadual spesifikasi ujian (JSU). Sememangnya bukan mudah untuk seseorang guru itu untuk menyediakan JSU dan membuat pembahagian soalan mengikut peringkat taksonomi Bloom. Setiap peringkat taksonomi tersebut mempunyai pecahan paratusan dan pembahagiannya mengikut bahagian objektif dan subjektif. Jadual ini juga dilakukan berdasarkan nilai-nilai berkaitan yang hendak disoal dalam soalan peperiksaan. Bagi seorang guru Pendidikan Moral, JSU

itu sendiri adalah penting kerana ianya adalah sebagai panduan kepada kami untuk membina soalan mengikut pecahan dan pembahagian yang betul, dan bukannya secara sembarangan. Panduan di dalam JSU ini memudahkan penggubal soalan untuk menggubal soalan megikut tahap taksonomi yang tertentu. Untuk pembinaan soalan pula, terdapat dua soalan yang perlu kami bina dalam tugasan ini, iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Kedua-dua soalan ini juga terdiri daripada beberapa jenis yang boleh digunapakai oleh guru untuk menyoal murid-murid dalam soalan Pendidikan Moral. Walaubagaimanapun, soalan yang hendak dibentuk bukannya dibina sesuka hati sahaja, namun perlu mengikut pecahan sebagaimana yang dinyatakan di dalam JSU dan tahap taksonomi Bloom. Dengan adanya ilmu dan pengetahuan baru yang saya peroleh ini, diharap agar saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai seorang guru Pendidikan Moral di sekolah dengan baik dan berkesan. Panitia Pendidikan Moral juga penting sebgaimana pentingnya matapelajaran teras seperti Bahasa, Matematik mahupun Sains kerana matapelajaran ini mampu membentuk peribadi murid-murid dan melahirkan modal insan seagaimana yang dihajatkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MOHAMAD AZWAN BIN AZAHARI 920505-13-6213

You might also like