You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED SHEH BARAKBAH

SUNGAI BAKAP, 14200 SUNGAI JAWI, SEBERANG PERAI SELATAN


MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS TERAS
BIL 2 TAHUN 2012
TARIKH
MASA
TEMPAT

:
:
:

02 APRIL 2012
2.40 PETANG
BILIK MULTIMEDIA

HADIR:
1. Pn. Chin Yeat Sim (Guru Kanan Sains & Matematik)
2. En. Yeoh Thong Huat (Ketua Panitia Fizik)
3. Pn. Marina bt Mustaffa
TIDAK HADIR:
Tiada
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1 Pn. Chin Yeat Sim selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima
kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua ahli panitia ke mesyuarat
kali kedua ini.
1.2 Pn. Chin memaklumkan bahawa Minggu Sains & Matematik telah berjalan
dengan lancar dan berjaya serta mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua guru Panitia Sains & Matematik yang terlibat dalam minggu
Sains & Matematik.
1.4 Pn. Chin memaklumkan bahawa pelajar sekolah telah menyertai
Pertandingan Modal Air Plane dan Pelancaran Roket anjuran USM
Kerian
yang dibimbing oleh PnSyafawati bt Mohamat Ishar dan terus
mendapat Johan untuk kedua-dua kategori.
1.5 Program Pelancaran Roket peringkat negeri yang akan datang juga akan
dibimbing oleh Pn. Syafawati bt Mohamat Ishar.
2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL 1 TAHUN 2011
2.1

Minit Mesyuarat Bil. 1 Tahun 2011 telah dibentangkan oleh En Yeoh


Thong Huat telah diterima. Pn Marina bt Mustaffa telah mencadangkan
minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh En Yeoh Thong Huat.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada
1

4.0 LAPORAN PENCAPAIAN UP1, SPM DAN STPM TAHUN 2011


4.1 Ujian Prestasi
4.1.1 En Yeoh melaporkan pencapaian Fizik dalam Ujian Prestasi 1
adalah
seperti berikut:
UP1 Tingkatan 4 : Lulus 55.17% iaitu 16 orang pelajar daripada
29 orang.
UP1 Tingkatan 5 : Lulus 60.61% iaitu 20 orang pelajar daripada
33 orang.
UP1 Tingkatan 6S2: Lulus 75.00% iaitu 6 orang pelajar daripada
8 orang.
4.2 Postmortem SPM dan STPM
4.2.1 En Yeoh melaporkan bahawa postmortem SPM dan STPM telah
siap disediakan. Fizik T5 disediakan oleh En Chew Haw Chung
manakala Fizik T6A Sains telah disediakan oleh beliau sendiri.
Pencapaian Fizik SPM pada tahun 2010 adalah 87.50%, turun
sebanyak 7.2% manakala peratus lulus penuh pada peringkat
STPM ialah sebanyak 75.00%, naik sebanyak 41.67%.
5.0 PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011
5.1 Jadual menyediakan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011
adalah seperti dalam jadual minit mesyuarat kali pertama.
5.2 Soalan-soalan peperiksaan adalah mengikut format peperiksaan awam.
5.3 En Yeoh memaklumkan bahawa Pn Looi Li Foong (SU Peperiksaan
Dalaman) memesan kepada semua guru bahawa:
5.3.1 Pelajar yang tidak hadir peperiksaan perlu mengemukakan
surat cuti sakit atau surat daripada waris atau surat daripada
pengetua untuk mengambil peperiksaan semula.
5.3.2 Guru matapelajaran perlu menghantar senarai nama
pelajar yang tidak hadir untuk mengambil peperiksaan.
Peperiksaan akan dijalankan pada hari terakhir minggu
peperiksaan. Pelajar perlu membawa bersama
surat cuti sakit atau surat waris atau surat pengetua.
5.3.3 Soalan peperiksaan akan diambil daripada bank soalan dan ianya
akan diuruskan oleh Pn Looi Li Foong.
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Pn. Chin menggalakkan guru Sains melayari laman web di :
http://www.moe.gov.my/bpk untuk mendapat makluman buku
panduan pengurusan dan keselamatan makmal di sekolah menengah.
6.2 Papan kenyataan baru akan dipasangkan di makmal bangunan baru.
6.3 Makmal Biologi telah dibaikpulih.
6.4 Ketua Panitia Fizik meminta semua guru menyerahkan satu set
soalan ujian/peperiksaan untuk disimpan di dalam fail bank soalan
Panitia Fizik.
6.5 En. Shahrol (Jawatankuasa Pembangunan) memesan bahawa sebarang
aduan kerosakan makmal hendaklah diisi dalam borang aduan kerosakan
2

yang telah diletak dalam pigeon hole masing-masing dan diserahkan


kepada beliau.
7.0 PENUTUP
Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

You might also like