You are on page 1of 2

,

Sesungguhnya kami pada hari ini, ingin merafakan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai Terangilah hati kami
dengan cahaya pertunjukMu sebagaimana Engkau menerangi bumi
dengan cahaya Matahari. selama-lamanya



Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami
dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah
usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberianMu dan
jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan
daripada kami.



Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa anak2 kami akan
menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan
perjuangan mereka. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami
lakukan baik guru, mahupun kami selaku ibu bapa mereka, keputusannya
adalah di bawah kekuasaan dan kehendakMu jua.

Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada
anak2 kami, maka kembalikanlah semula kepada mereka ketika mereka
memerlukannya dan janganlah Engkau biarkan anak2 kami melupainya.

Justeru itu, kami memohon kepadaMu berikanlah taufik dan hidayahMu.
Kuatkanlah ingatan dan janganlah Engkau biarkan anak2 kami terlupa.
Lapangkanlah dada mereka dan janganlah Engkau sempitkannya.
Permudahkanlah segala urusan mereka dan janganlah Engkau persulitkan.



Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada anak2
didik kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah anak2 didik
kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat.
Panjangkanlah usia mereka dengan amalan ketaatan kepadaMu dan suka
berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.



Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang
kami nyatakan. Semoga Engkau terima solat hajat kami, Engkau
mengetahui hajat kami semoga Engkau kabulkan permohonan kami
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami, justeru itu kami
mohon keampunanMu Ya Ghaffar,

You might also like