You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM SOLAT DHUHA DAN SOLAT HAJAT


SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1

PENDAHULUAN
Majlis solat Dhuha dan solat Hajat merupakan aktiviti kerohanian
yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1. Ia
merupakan salah satu persediaan bagi murid-murid beragama Islam
yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR).

Justeru itu, untuk menambah keyakinan dan semangat murid-
murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR, maka program tersebut
dirangka dan dijadikan aktiviti rutin sekolah. Program ini diharap
bukan sahaja dapat memenuhi aktiviti Pendidikan Islam namun yang
lebih penting agar murid-murid tersebut mendapat Rahmat dan
keberkatan Ilahi dengan mengurniakan akal yang sihat dan kekuatan
rohani supaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan.

OBJEKTIF
Antara objektif program tersebut ialah:
1- Memohon pertolongan dari Allah agar murid-murid sentiasa
bersedia dan celik hati dalam proses pembelajaran dan
peperiksaan serta dianugerahkan keputusan peperiksaan UPSR
yang cemerlang.

2- Merupakan satu galakan kepada murid-murid agar melibatkan
diri dalam aktiviti keagamaan disamping mendidik murid-murid
bahawa faktor kejayaan selain usaha yang gigih ,sifat tawakkal
dan mengharap kepada Allah juga perkara yang penting yang
akan menentukan kejayaan.


3- Melatih murid-murid dengan sentiasa menunaikan solat sunat
setiap hari.

TARIKH DAN WAKTU
Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.35 pagi.

SASARAN
Semua murid Tahun Enam dan guru yang mengajar Tahun Enam.

TEMPAT.
Musolla Petra Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1.

ANJURAN
PanitiaPendidikan Islam.

PENUTUP
Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan
mencapai objektifnya dalam membantu murid-murid dengan
dibekalkan kekuatan mental dan rohani untuk menghadapi peperiksaan
UPSR. Kerjasama semua pihak diharapkan agar program ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan diterima Allah s.w.t sebagai satu
ibadah kepada-NYA.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ ....................................
(ROSIZA BT. ZAKARIA) (ROZNAN B. MOHD NOOR)
Ketua Panitia Agama Islam Guru Besar
SK Sultan Yahya Petra 1 SK Sultan Yahya Petra 1
Kuala Krai. Kuala Krai.















SEK KEB SULTAN YAHYA PETRA 1
18000 KUALA KRAI
KELANTAN

PROGRAM
SOLAT DHUHA & SOLAT HAJAT

ISNIN _ RABU
KHAMIS

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SOLAT MEMBINA MODAL INSAN GEMILANG

You might also like