You are on page 1of 16

PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 1

1.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat llahi kerana dengan keizinanNya
membolehkan saya menyiapkan tugasan reflektif praktis ini mengikut masa yang
telah ditetapkan.
Setinggi - tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Lim Yoke Chu selaku
mentor reflektif praktis saya atas segala penerangan dan tunjuk ajar yang diberikan
sepanjang saya menyiapkan tugasan reflektif ini.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam membantu saya semasa menyiapkan reflektif praktis ini samada
secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima kasih.










PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 2

2.0 PENGENALAN
Diabetes mellitus atau kencing manis adalah penyakit sistemik yang berlaku
akibat dari gangguan metabolisme karbohidrat, protein dan lemak disebabkan oleh
kurang penghasilan insulin yang menyebabkan seseorang mengalami
hyperglycemia ( paras glukos yang tinggi dalam darah ) yang berterusan. Ia boleh
diklasifikasikan kepada diabetes mellitus type 1, type 2, dan gestational diabetes.
Diabetes mellitus type1 disebabkan oleh kemusnahan sel beta yang berpunca dari
tindakan autoimmune yang menyebabkan kekurangan insulin. Diabetes mellitus
Type 2 pula mempunyai rintangan terhadap tindakan insulin dalam tisu peripheral
manakala jenis yang ketiga iaitu gestational diabetes didiagnos semasa
mengandung disebabkan hormon yang dihasilkan lalu plasenta merencat tindakan
insulin. Tanpa insulin, sel - sel tubuh tidak menerima cukup glukosa, walaupun
kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan tubuh akan
kekurangan tenaga.
Terapi insulin pula adalah perawatan yang membantu dalam mengurangkan
kadar gula dalam darah dengan meningkatkan pengangkutan glukos ke dalam sel
serta menghalang pertukaran lemak, protein dan glikogen ke glukos. Terdapat
beberapa jenis insulin dan ia dikumpulkan mengikut jangkamasa tindakan ubatan
tersebut didalam tubuh samada cepat atau lama tindakan tersebut untuk mengawal
gula dalam darah.
Suntikan insulin ini juga boleh memberi kesan sampingan kepada pesakit.
Antaranya ialah hypoglycaemia iaitu satu keadaan dimana kekurangan gula dalam
darah pesakit iaitu kurang dari 3.9mmol/l. Hypoglycaemia boleh berlaku disebabkan
insulin yang berlebihan, berpuasa atau makan sedikit, pengambilan diet yang tidak
PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 3

teratur, tidak makan setelah diberi suntikan dan disebabkan gangguan pada trek
alimentari dimana pesakit mengalami loya muntah dan diarea hingga menyebabkan
tiada glucose dalam darah. Antara tanda - tanda hypoglycaemia yang mungkin
dialami adalah pening kepala, berdebar - debar, lapar, berpeluh - peluh, pitam, kulit
pucat, menggeletar, pergerakan tidak berkoordinasi, rasa bimbang, penglihatan
kabur dan keliru. Jika ia tidak dirawat, keadaan pesakit akan menjadi lebih teruk
hingga menyebabkan hilang tahap kesedaran dimana pesakit boleh mengalami
sawan dan koma.
















PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 4

3.0 LAPORAN REFLEKTIF PRAKTIS
3.1 DESCRIPTION

Peristiwa ini berlaku pada 5 Ogos 2013 sewaktu menjalani praktikal di wad
medikal perempuan Melur 7C, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Pada hari
tersebut, saya telah ditugaskan untuk menjaga ubatan bersama seorang jururawat
terlatih. Pada jam 11.10 pagi, jururawat terlatih tersebut telah mengarahkan saya
memulakan pemeriksaan ujian capillary blood glucose menggunakan glukometer
dan melakukan suntikan insulinkepada pesakit.
Pada jam 11.20 pagi, saya telah melakukan ujian capillary blood glucose
kepada pesakit di katil 7 yang bernama Mariam binti Ahmad berumur 62 tahun
dengan diagnosis uncontrolled diabetes mellitus ( DM ). Hasil pemeriksaan
mendapati bacaan pesakit tersebut adalah 5.4 mmol/l.
Selepas itu, saya memeriksa preskripsi ubat dan doktor mengarahkan
pemberian subcutaneous actrapid sebanyak 18 unit TDS kepada pesakit tersebut.
Saya menyediakan ubat dengan betul mengikut dos yang dikehendaki dan terus
memberi suntikan tanpa memberitahu pesakit supaya terus makan selepas suntikan
diberi kerana terlupa. Selepas menyedari hal tersebut, saya masih tidak beritahu
kerana menjangkakan pesakit tahu memandangkan pesakit tersebut sudah selalu
menerima suntikan.
Saya terus menyambung melakukan prosedur kepada pesakit seterusnya
sehingga selesai. Ketika saya melalui kubikle subacute, tiba-tiba pesakit di katil 7
memanggil saya dan menyuruh saya mendudukkannya kerana hendak minum.
Semasa saya membantunya, saya melihat perubahan pada pesakit tersebut dimana
PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 5

pesakit tersebut kelihatan pucat dan berpeluh-peluh. Selain itu, pesakit tersebut juga
mengadu pening kepala dan terasa hendak pitam.
Tanpa berlengah lagi saya terus memaklumkan kepada jururawat terlatih yang
bertugas mengenai hal tersebut. Jururawat terlatih menyuruh saya melakukan
pemeriksaan ujian capillary blood glucose sekali lagi dan mendapati bacaannya
adalah 2.6 mmol/l. Saya terus memaklumkan kepada jururawat terlatih mengenai
bacaan itu dan beliau terus melaporkan kepada doktor yang bertugas. Jururawat
bertanya kepada pesakit tersebut sama ada sudah makan atau belum selepas
suntikan diberi dan pesakit memberitahu bahawa dia belum mengambil sebarang
makanan selepas suntikan diberi kerana tiada makanan didalam lacinya.
Jururawat menegur saya kerana tidak memberi pesakit makanan dan tidak
memberitahu pesakit supaya terus makan selepas suntikan diberi. Selepas itu,
jururawat terlatih menyuruh saya memberi air glukos kepada pesakit tersebut dan
menyuruh saya periksa bacaan sekali lagi setengah jam selepas itu. Saya terus
memberikan air glukos kepada pesakit tersebut. Tidak lama kemudian, makanan
tengahari sampai dan saya terus menyuruh pesakit makan. Dalam pukul 12.30
tengahari, saya periksa ujian capillary blood glucose sekali lagi dan mendapati
bacaannya naik 8.2 mmol/l. Saya bersyukur, keadaan pesakit itu kembali pulih dan
tiada kejadian yang teruk berlaku.



PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 6

3.2 FEELINGS
a) SEBELUM
1. Sebelum itu, saya berasa yakin untuk melakukan ujian capillary blood glucose
dan melakukan pemberian suntikan insulin kepada pesakit tanpa memerlukan
pemantauan oleh jururawat terlatih ataupun jururawat klinikal kerana sudah
ada pengalaman melakukannya.
2. Sewaktu menyediakan ubatan pula, saya berasa yakin kerana saya telah
menyediakan ubatan mengikut dos yang dikehendaki doktor dan memberi
suntikan dengan cara yang betul kepada pesakit tersebut.
b) SEMASA
1) Semasa melakukan perawatan kepada pesakit lain, tiba - tiba saya teringat
bahawa saya lupa hendak beritahu pesakit nasihat dan kesan sampingan
yang boleh didapati selepas pemberian suntikan insulin. Saya berasa sangat
khuatir selepas menyedari hal tersebut kerana ia boleh mengakibatkan
komplikasi dan boleh membahayakan nyawa pesakit.
2) Saya juga rasa bersalah kerana tidak memberitahu terus kepada pesakit
selepas menyedari yang saya terlupa beritahu nasihat selepas suntikan .
Saya juga tidak memberitahu pesakit tersebut supaya terus makan selepas
suntikan dalam masa 30minit. Hal ini kerana saya memikirkan mungkin
pesakit tersebut sudah makan kerana pesakit itu sudah biasa mengambil
suntikan insulin.
3) Saya berasa sangat takut selepas melihat muka pesakit tersebut yang
sangat pucat dan bila diberitahu terasa hendak pitam kerana kesalahan yang
PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 7

berlaku berpunca daripada kelalaian diri saya. Hal ini kerana saya tidak
menasihati pesakit supaya terus makan selepas suntikan diberi.
4) Saya juga berasa menyesal kerana memberi suntikan insulin awal kepada
pesakit kerana pesakit tiada sebarang makanan di lacinya .
5) Dengan rasa bertanggungjawab, saya memaklumkan kepada jururawat
terlatih yang menjaga ubatan mengenai peristiwa tersebut kerana takut
keadaan pesakit menjadi lebih teruk dan boleh membahayakan nyawa
pesakit.
6) Saya juga takut jika perkara ini dimaklumkan kepada pihak atasan dan saya
akan berhadapan dengan tindakan disiplin yang boleh menyebabkan saya
digantung atau ditamatkan latihan kerana menyebabkan pesakit mengalami
hypoglycemia.
c) SELEPAS
1) Selepas berlakunya kejadian ini, saya berasa amat takut dan bimbang serta
merasa kurang keyakinan diri dalam melakukan sebarang prosedur pada hari
itu kerana telah menyebabkan seorang pesakit mengalami tanda
hypoglycaemia selepas pemberian suntikan insulin.
2) Saya berasa gembira dan bersyukur kerana keadaan pesakit tersebut tidak
bertambah teruk dan paras gula dalam darahnya kembali normal selepas
makanan diberi.



PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 8

3.3 EVALUATION
a) Kesan positif
1) Kebaikan yang diperolehi ialah saya bertindak cepat dan proaktif apabila
menyedari perubahan pada pesakit dan selepas mengetahui bacaan ujian
capillary blood glucose yang kali kedua adalah rendah. Ini ditunjukkan
semasa saya memaklumkan segera kepada jururawat terlatih dan doktor
yang bertugas untuk mengelakkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk jika
rawatan segera tidak dilakukan.
2) Saya memerhatikan keadaan pesakit selepas prosedur dilakukan bagi
memastikan pesakit dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang
komplikasi. Saya dapat mengesan awal perubahan pada wajah pesakit dan
dapat melakukan perawatan yang cepat kepada pesakit bagi mengelakkan
keadaan pesakit dari lagi teruk.
3) Saya akan lebih berhati - hati dan tidak lupa mengamalkan apa yang telah
dipelajari setiap kali melakukan prosedur bagi mengelakkan kesilapan
tersebut berlaku lagi. Oleh itu, saya akan sentiasa mengamalkan
tanggungjawab dalam pemberian ubatan, beritahu pesakit mengenai suntikan
insulin dan memberi pendidikan kesihatan selepas suntikan agar kejadian
tersebut tidak berlaku lagi.
4) Hal ini juga menjadikan saya lebih bertangunggungjawab atas insiden yang
berlaku dan tidak boleh lepas tangan kerana ia melibatkan diri saya juga.
Selepas sedar kesilapan yang dilakukan hingga menyebabkan pesakit
mengalami hypoglycemia, saya berasa bertanggungjawab untuk cuba sedaya
upaya membantu bagi meningkatkan paras glukos dalam darah pesakit
dengan bantuan dari jururawat terlatih.
PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 9

5) Saya mempraktikkan Standard Operating Procedure ( SOP ) dalam
pemberian ubatan iaitu amalan prinsip 7R ( right patient, right drug, right
dose, right route, right time, right to refuse, right documentation ) semasa
memberi suntikan kepada pesakit untuk mengelakkan kecuaian dalam
pemberian ubatan.
6) Semangat kerja berpasukan ditunjukkan di kalangan jururawat pelatih dan
jururawat terlatih semasa memberikan perawatan. Hal ini dimana saya
bekerjasama dengan jururawat terlatih melakukan perawatan segera kepada
pesakit bagi meningkatkan kadar gula dalam badannya untuk mengelakkan
keadaan pesakit lebih teruk.

b) Kesan Negatif
1) Keadaan pesakit mungkin lebih teruk dimana pesakit boleh jatuh dan
pengsan semasa berada di katil jika saya lambat menyedari keadaan pesakit
yang mengalami tanda - tanda hypoglycaemia itu. Tindakan tatatertib boleh
dikenakan ke atas jururawat pelatih kerana boleh membahayakan nyawa
pesakit.
2) Kesan negatif yang lain ialah saya bersikap sambil lewa selepas menyedari
yang saya belum memberi pendidikan kesihatan selepas pemberian insulin
walaupun menyedari yang ianya boleh membahayakan nyawa pesakit.
3) Saya menjadi kurang yakin dalam melakukan sebarang prosedur selepas itu
kerana takut jika kejadian tersebut berulang lagi. Oleh itu, saya akan lebih
berhati - hati semasa melakukan perawatan kepada pesakit dan memastikan
setiap prosedur yang saya lakukan mendapat pemantauan dari jururawat
terlatih untuk mengelakkan saya melakukan kesilapan yang sama.
PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 10

3.4 ANALYSIS
1) Pendidikan kesihatan selepas pemberian suntikan insulin kepada pesakit
adalah penting bagi mengelakkan hypoglycaemia berlaku. Jika saya
memberitahu pesakit supaya makan selepas suntikan diberi dalam masa 30
minit dan beritahu tanda-tanda untuk mengesan hypoglycaemia kejadian
seumpama itu pasti tidak berlaku dan tidak akan membahayakan nyawa
pesakit.
2) Jururawat pelatih perlu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan sesuatu
prosedur. Apabila menyedari kesilapan yang dilakukan, saya merasa
bertanggungjawab untuk membantu jururawat terlatih memberikan perawatan
bagi memulihkan keadaan pesakit tersebut untuk mengelakkan keadaan
pesakit menjadi lebih teruk.
3) Jururawat pelatih juga perlu peka dengan keadaan persekitaran dan juga
keadaan setiap pesakit di dalam wad. Jika jururawat pelatih menyedari awal
yang pesakit tiada makanan di lacinya, jururawat boleh melewatkan suntikan
insulin iaitu beberapa minit sebelum makanan tengahari sampai bagi
mengelakkan hypoglycaemia berlaku.
4) Jururawat pelatih prihatin dengan keadaan pesakitnya. Jika jururawat tidak
menyedari perubahan pada pesakit dimana pesakit kelihatan pucat dan
berpeluh-peluh dan tidak mendengar aduan dari pesakit, mungkin keadaan
pesakit akan menjadi lebih teruk. Hal ini boleh membahayakan nyawa pesakit
dimana pesakit boleh pengsan atau jatuh dari katil.
5) Jururawat pelatih juga perlu merujuk kepada jururawat terlatih terlebih dahulu
sebelum melakukan sebarang prosedur terhadap pesakit. Saya akan merujuk
kepada jururawat terlatih atau jururawat klinikal untuk memantau setiap
PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 11

tindakan dan perawatan yang dilakukan untuk mengelakkan kejadian yang
sama berlaku lagi.
6) Semangat kerja berpasukan adalah perlu di dalam wad tidak kira samada
doktor, jururawat terlatih mahupun jururawat pelatih. Hal ini perlu supaya
perawatan segera dan cekap dapat dilakukan semasa mengendalikan dan
menyelamatkan nyawa pesakit untuk mengelakkan keadaan pesakit menjadi
lebih teruk.
7) Jururawat pelatih bersikap sambil lewa dalam perawatan yang dilakukan
hingga menyebabkan pesakit mengalami hypoglycaemia . Jika saya terus
memberi pesakit makanan selepas suntikan diberi, mungkin keadaan pesakit
dalam keadaan baik dan tiada sebarang komplikasi berlaku. Ini kerana
pesakit tidak mengalami kesan sampingan dan komplikasi dari suntikan
tersebut.
8) Jururawat pelatih perlu melakukan perawatan mengikut Standard Operating
Procedure ( SOP ) yang telah dipelajari iaitu prinsip 7 R ( right patient, right
drug, right dose, right route, right time, right to refuse, right documentation )
bagi mengelakkan kecuaian dalam pemberian ubat pula.
9) Peristiwa yang berlaku ini memberi pengajaran kepada jururawat pelatih dan
menjadikannya lebih berhati - hati dalam setiap tindakan yang dilakukan
supaya tidak mengulanginya pada masa akan datang. Tindakan seperti ini
boleh menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap kerjaya
jururawat dan mencemarkan nama baik hospital kerana ianya membahayakan
nyawa pesakit.


PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 12

3.5 ACTION PLAN
1) Saya mestilah melakukan sesuatu perawatan dengan sempurna dan perlulah
mempunyai sikap prihatin dan peka dengan keadaan pesakit yang diberi
perawatan supaya pesakit dalam keadaan baik dan juga untuk mengelakkan
sesuatu perkara seumpama itu berlaku lagi.
2) Setelah reflective diary ini siap, saya ingin ia diletakkan di perpustakaan agar
peristiwa ini dapat dikongsikan dengan jururawat pelatih lain agar dapat
dijadikan pengajaran dan pedoman untuk yang lain agar lebih berhati - hati
semasa melakukan perawatan ke atas pesakit untuk mengelakkan kejadian
yang tidak diingini berlaku.
3) Saya juga perlulah bertindak proaktif semasa menjalankan perawatan kepada
pesakit. Oleh itu, saya perlulah melaporkan sebarang keabnormalan yang
dialami pesakit dengan segera kepada jururawat terlatih atau doktor yang
bertugas supaya rawatan yang efektif dan cepat dapat dilakukan bagi
menyelamatkan nyawa pesakit.
4) Saya juga perlulah memberitahu pesakit dengan jelas mengenai jenis
suntikan yang diberi dari segi jenis ubat, dos ubat, dan kesan sampingan
ubatan tersebut serta memberitahu pesakit tanda-tanda dan penyebab
hypoglycaemia berlaku supaya pesakit faham dan dapat memberitahu
jururawat atau doktor dengan segera jika mengalami tanda - tanda
hypoglycaemia seperti yang diberitahu.
5) Untuk memastikan saya menjadi seorang jururawat yang berkebolehan dan
berkemahiran, saya perlulah selalu mempraktikkan setiap prosedur yang
telah dipelajari dengan cara melakukan prosedur dengan kerap dan kerap
PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 13

membuat latihan amali di bilik kemahiran dengan nasihatnya sekali bagi
memastikan saya cekap dalam melakukan sebarang prosedur.
6) Saya juga akan berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan saya tentang
sesuatu penyakit, cara perawatan untuk jenis penyakit tersebut, jenis ubatan
yang perlu diberikan untuk merawat penyakit dan sebagainya bagi membantu
saya menjalankan perawatan terhadap pesakit dengan yakin dan
berpengetahuan.
7) Selain itu juga, ketua jururawat hendaklah sentiasa memantau dan
mengawasi setiap prosedur yang dilakukan oleh jururawat pelatih, jururawat
terlatih dan kakitangannya yang lain untuk memastikan setiap prosedur
dilakukan dengan betul menggunakan satu garis panduan yang seragam dan
berkualiti. Ketua jururawat juga haruslah memberi teguran yang membina
kepada kakitangannya sekiranya mendapati mereka melakukan kesilapan
semasa melakukan prosedur bagi mengelakkannya mengulangi kesilapan
yang sama pada masa akan datang.
8) Jururawat terlatih juga perlulah mengamalkan pemikiran yang kritis dalam
melaksanakan tugasnya dengan menilai keperluan dan melakukan assesmen
sebelum, semasa dan selepas memberikan perawatan dan penjagaan
kepada pesakit. Hal ini membolehkan jururawat terlatih menjangkakan risiko
yang bakal timbul sekiranya tindakan yang akan diterima oleh pesakit akibat
daripada sikap Jururawat terlatih tidak mengamalkan sesuatu prosedur
mengikut Standard Operating Procedure ( SOP ).
9) Bagi pengurusan pihak kolej pula, boleh menambahkan bilangan local
preceptor ( LP ) di kawasan penempatan klinikal di setiap wad mengikut
hospital supaya dapat memantau dan memberi tunjuk ajar mengenai setiap
PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 14

prosedur yang dilakukan oleh jururawat pelatih di wad mengikut garis
panduan yang betul dan seragam.



PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 15

4.0 RUMUSAN
Setelah melakukan tugasan ini, dapatlah dirumuskan disini bahawa reflektif
praktis ini amat berguna terhadap pelatih kerana boleh diberi kesedaran dan
dijadikan pengajaran kepada pelatih agar tidak mengulangi kesalahan yang telah
dilakukan.
Pengajaran yang didapati dari peristiwa yang berlaku boleh dijadikan contoh
untuk masa hadapan bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi. Dengan
itu, akan menjamin keselamatan pesakit.
Selain itu juga, pengajaran daripada peristiwa ini dapat meningkatkan tahap
keyakinan diri dan menjadikan jururawat pelatih lebih peka dalam melakukan proses
perawatan dengan menjadikan pelatih lebih berhati - hati dan berfikir dengan lebih
lanjut dalam mengambil sebarang tindakan yang boleh membahayakan nyawa
pesakit.
Kesilapan yang saya lakukan pada masa kini akan saya jadikan pengajaran
untuk mengelakkan ianya berulang lagi agar dapat membantu saya menjadi seorang
jururawat yang cekap pada masa akan datang






PROFESSIONAL DEVELOPMENT ( NPDM 3222 ) Page 16

5.0 RUJUKAN
1) Joyce M.Black & Jane Hokanson Hawks. 2010. Medical Surgical Nursing. 8
th

Edition.page 1062-1105
2) http://diabetes.webmd.com/types-of-diabetes-mellitus
3) http://medicastore.com/diabetes/terapi_diabetes_mellitus.php
4) http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/treatment-and-care/blood-
glucose-control/hypoglycemia-low-blood.html

You might also like