You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN LOTONG

PETI SURAT 319 KUDAT SABAH




MINIT MESYUARAT HEM KALI PERTAMA 2013 (bil. 1/2013)
SEKOLAH KEBANGSAAN LOTONG KUDAT

Tarikh : 27 Febuari 2013 (Rabu)
Masa : 2.00 petang 3.30 petang
Tempat : Bilik guru.

Kehadiran :
1. En Nicolas Ingkian
2. En Ziki bin Nasimen setiausaha HEM
3. En Zamir bin Zaki
4. Ust Ahmad Fadzli Abd Aziz
5. Pn. Sijah Ajis
6. En. Rickmon bin Usop
7. En Sahad Ghaffar
8. En Nicolas Ingkian

Ahli tidak hadir bersebab;
1. En. Zanaim Anjil bercuti
2. En. Hendry Lukin MSSD
3. En. Kensin t - MSSD




1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS (En. Nicolas Ingkian)

1.1 Tuan pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan semua guru atas
kesudian menghadiri Mesyuarat HEM kali yang pertama ini. Beliau berterima kasih diatas
kerjasama dan komitmen dari semua yang hadir.
1.2 Tuan pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah
menjalankan tugas dengan baik selama ini.
1.3 Tuan pengerusi memberitahu agar guru-guru berusaha lebih keras agar kelemahan yang telah
ditegur oleh pihak Jemaah Naazir diperbaiki. Kelemahan-kelemahan ini melibatkan semua
pihak/guru terutama sektor pengurusan dan aktiviti di Kurikulum, Kokurikulum dan HEM.
Pengerusi juga menyatakan agar fail-fail yang dipertanggungjawabkan dikemaskini seperti mana
yang telah dimaklumkan oleh pihak jemaah nazir.
Tindakan : semua guru
1.4 Tuan pengerusi menyatakan agar waktu latihan sukan/permainan disemak semula agar tidak
mengganggu pengajaran dan pembelajaran murid.
Tindakan : guru jurulatih

2. Skor unit HEM oleh Jemaah Nazir (en. Bowby Otah)

2.1 PKHEM mengingatkan tentang skor untuk unit HEM sangat lemah. Untuk maklumat lanjut sila
rujuk lampiran yang diedarkan hasil pemantauan Jemaah Nazir.
2.2 PKHEM memaklumkan perubahan portfolio Bantuan Sekolah bertukar kepada en. Sahad yang
diambil alih dari Ust. Ahmad Fadzli.
Tindakan : En Sahad
2.3 Buku Panduan Peraturan Sekolah (edaran individu murid) haruslah disediakan dan diedarkan
seperti yang disyorkan oleh Jemaah Nazir. Masa yang diperuntukkan adalah sebelum
pertengahan april 2013.
Tindakan : en. Ziki Nasimen
2.4 Mewujudkan program HEM sekolah
- PKHEM meminta guru-guru yang mempunyai cadangan tentang aktiviti HEM
peringkat sekolah diminta menyatakan idea masing-masing untuk dibincangkan.
- Cadangan-cadangan adalah seperti latihan kecemasan, program kaunseling, sahsiah
murid dan lain-lain.
2.5 Pemakaian lambang sekolah dan tanda nama pada seragam murid dikuatkuasakan secepat
mungkin. Urusan untuk memperolehi diserahkan kepada AJK terlibat.
Tindakan : en. Sahad/Pn. Sijah

3. Hal-hal lain
3.1 Pengerusi mengingatkan tentang Ujian Pertengahan Semester 1 yang perlu dilaksanakan serta
pemarkahan yang perlu dikemaskini (SAPS & KSSR).
Tindakan : semua guru
3.2 Pengerusi menasihati semua guru kelas agar dapat menjalankan aktiviti kebersihan kelas secara
harian dengan menguatkuasakan jadual pembersihan kelas dan penguakuasaan disiplin murid.
Tindakan : semua guru
3.3 En bowby memaklumkan penyerahan e-kasih pada minggu hadapan dan Mesyuarat PIBG juga
akan diadakan dalam masa terdekat.
3.4 Pn. Masrinah Rijin memaklumkan bahawa pemantauan bagi pelaksanaan KSSR akan dilakukan
oleh pihak PPD dan guru-guru diminta bersedia dari segi dokumentasi dan system fail.
Tindakan : Semua guru terlibat
4. Ucapan penangguhan
Pengerusi meminta agar semua warga SK Lotong dapat member kerjasama untuk melaksanakan
tugas dengan baik agar murid mendapat yang terbaik.


Disediakan oleh,
..............................
Setiausaha HEM
Disemak Oleh,
..............................................
(PK HEM)

You might also like