You are on page 1of 2

Thariqat Ahmadiyah Badawiyah

Nama resminya ialah Ahmad ibn �Aly (al-Husainy al-Badawy). Di antara nama-nama
gelaran yang telah diberikan kepada beliau ialah Syihabuddin (bintang agama), al-
Aqthab, Abu al-Fityah (bapa para kesateria), Syaikh al-�Arab dan al-Quthab an-
Nabawy. Malah, asy-Syaikh Ahmad al-Badawy telah diberikan nama gelar (laqab) yang
banyak, sampai dua puluh sembilan nama.

Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiran


Al-Ghautha al-Kabir, al-Quthab al-Syahir,Shahibul-Barakat wal-Karamat, asy-Syaikh
Ahmad al-Badawy adalah seorang lelaki keturunan Rasulullah SallAllahu �alaihi wa
sallam, melalui Saiyidina al-Husain.

Menurut as-Saiyid Muhammad Murtadla az-Zabidy (meninggal dunia pada tahun 1205
Hijrah), silsilah keturunan yang lengkap bagi asy-Syaikh Ahmad al-Badawy ialah
Ahmad ibn �Aly ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn Abi Bakr ibn Ismail ibn �Umar ibn �Aly
ibn �Uthaman ibn al-Husain ibn Muhammad ibn Musa al-Asyhab ibn Yahya ibn ��sa ibn
�Aly ibn Muhammad ibn Hasan ibn Ja�far ibn �Aly al-H�dy ibn Muhammad al-Jawad ibn
�Aly ar-Ridlo ibn Musa al-Kadzim ibn Ja�far as-Shadiq ibn Muhammad al-Baqir ibn
Zain al-��bidin �Aly ibn al-Husain ibn �Aly ibn Abi ThaAlib.

Ibu kepada asy-Syaikh Ahmad al-Badawy yang bernama Fathaiimah bint Muhammad ibn
Ahmad ibn �Abdull�h ibn Musa ibn Syu�aib juga adalah seorang keturunan Raslull�h
Sallallahu �alaihi wa sallam. Dan nenek (yakni ibu kepada ibu) kepada asy-Syaikh
Ahmad al-Badawy yang bernama Asma� bint �Uthaman pula, adalah anak saudara kepada
seorang raja yang pernah memerintah negara Moroko.

Asy-Syaikh Ahmad al-Badawy telah dilahirkan pada tahun 596 Hijrah di Fez (yang
dieja juga sebagai F�s, dan disebut Fas di dalam Bahasa Arab), yang menjadi ibu
negara Moroko pada waktu itu. Dia telah meninggal dunia pada hari Selasa, 12
haribulan Rabiulawal tahun 675 Hijrah, ketika berumur 79 tahun, di kota Thantha,
yang terletak di utara negara Mesir, dan berada lebih kurang 90 kilometer dari
kota al-Qahirah. (Pada masa dahulu, THantha pernah dikenali sebagai Thananditha).

Asy-Syaikh Ahmad al-Badawy adalah seorang wali Allah yang sangat luas
kemasyhurannya dan telah diberikan penghormatan yang istimewa. Karena itu,
kuburnya sentiasa dikunjungi para pelawat pada setiap hari. Mereka ini datang dari
jauh dan dekat, dengan berbagai-bagai niat dan hajat. Dan Allah Ta�ala selalu
memakbulkan doa-doa mereka di situ, karena memuliakan waliNya ini.

Orang-orang Mesir telah mengkhususkan tiga upacara tahunan untuk memperingati asy-
Syaikh Ahmad al-Badawy. Sambutan maulid asy-Syaikh Ahmad al-Badawy di Thantha ini
dihadiri oleh ramai manusia, sehingga kadangkala jumlah mereka mencecah angka tiga
juta orang. Dan yang turut menghadiri sambutan maulid asy-Syaikh Ahmad al-Badawy,
bukan saja mereka dari kalangan para pengamal ath-Thariqah al-Ahmadiyyah al-
Badawiyyah, tetapi juga dari kalangan para pengamal tarekat-tarekat lain, dan
termasuklah juga beberapa orang pembesar negara Mesir. Malah, presiden negara
Mesir sendiri telah menghantar seorang menteri sebagai wakil peribadinya ke
majlis-majlis maulid asy-Syaikh Ahmad al-Badawy.
Kota Thantha adalah sebuah kota yang agak sederhana geografisnya. (Universiti al-
Azhar juga mempunyai cabang di kota Thantha, di mana terdapat juga beberapa orang
penuntut dari Malaysia.) Tetapi, ketika sambutan maulid asy-Syaikh Ahmad al-Badawy
sedang diadakan, jumlah penduduk kota Thantha akan menjadi berlipat ganda. Ia
menjadi seakan-akan kota Makkah al-Mukarramah pada waktu musim haji. Ini adalah
sebagai satu tanda yang asy-Syaikh Ahmad al-Badawy masih popular di kalangan
rakyat jelata, walaupun sudah lebih dari tujuh ratus tahun dia meninggal dunia.

Silsilah Tarekat dan Peninggalannya


Asy-Syaikh Ahmad al-Badawy adalah seorang wali Allah yang sangat terkenal di
negara Mesir. Dia juga adalah pengasas ath-Thariqah al-Ahmadiyyah, yang dikenali
juga sebagai ath-Thariqah al-Badawiyyah. Dan ath-Thariqah al-Ahmadiyyah pula,
telah berpecah kepada beberapa cabang dan ranting lain, seperti ath-Thariqah al-
Anbabiyyah ath-Thariqah al-Bandariyyah, ath-Thariqah al-Baiy�miyyah, ath-Thariqah
al-Halabiyyah, a ath-Thariqah al-Hammidiyyah, ath-Thariqah al-Kannasiyyah, ath-
Thariqah as-Salamiyyah, ath-Thariqah asy-Syinnawiyyah, ath-Thariqah as-Suthhiyyah,
ath-Thariqah az-Zahidiyyah.

Asy-Syaikh Ahmad al-Badawy telah menerima ijazah tarekat dari asy-Syaikh al-Birry,
yang telah menerima dari asy-Syaikh �Abi Nu�aim al-Baghdady, yang telah menerima
dari asy-Syaikh Abi al-�Abbas Ahmad ibn Abi al-Hasan �Aly ar-Rifa�y, yang telah
menerima dari asy-Syaikh ManS�r al-Batha�ihy ar-Rabbany, yang telah menerima dari
asy-Syaikh �Aly al-Qari� al-Wasithy, yang telah menerima dari asy-Syaikh Abi al-
Fadhl ibn Kamikh, yang telah menerima dari asy-Syaikh Abi �Aly Ghulam ibn Tarakan,
yang telah menerima dari asy-Syaikh �Aly ibn Barbary (yang disebut juga sebagai
Ibn al-Baranbary), yang telah menerima dari asy-Syaikh �Aly al-�Ajamy (yang
dikenali juga sebagai asy-Syaikh Mahally al-�Ajamy), yang telah menerima dari asy-
Syaikh Abi Bakr Dulaf ibn Jahdar asy-Syibly, yang telah menerima dari asy-Syaikh
Abi al-Qasim al-Junaid ibn Muhammad al-Baghdady, yang telah menerima dari asy-
Syaikh Abi al-Hasan Sary ibn al-Mughalis as-Saqathy, yang telah menerima dari asy-
Syaikh Ma�ruf ibn Fairuz al-Karkhy, yang telah menerima dari asy-Syaikh Abi
Sulaiman Dawud ibn Nasirr ath-Tha�y, yang telah menerima dari asy-Syaikh Abi
Muhammad Habi ibn ��sa al-�Ajamy, yang telah menerima dari asy-Syaikh Abi Sa�id
al-Hasan ibn Abi al-Hasan Yasar al-Bashry, yang telah menerima dari al-Imam al-
Hasan ibn �Aly, yang telah menerima dari bapanya yakni al-Imam �Aly ibn Ab�
Thalib, yang telah menerima dari sepupunya yang juga adalah bapa mertuanya yakni
junjungan kita Saiyidina Muhammad Raslullah SallAllahu �alaihi wa sallam.

Asy-Syaikh Ahmad al-Badawy tidak pernah mengarang sebarang kitab. Cuma yang ada
ialah sebuah kitab yang telah ditulis oleh seorang muridnya, mengikut pengimlakan
asy-Syaikh Ahmad al-Badawy. Kitab ini tersimpan di dalam masjid asy-Syaikh Ahmad
al-Badawy di kota Thantha.

Di antara amalan-amalan asy-Syaikh Ahmad al-Badawy yang masih popular dan


diamalkan oleh umat Islam di seluruh dunia ialah selawat an-Nur dan selawat al-
Qabdlah (dikenali juga sebagai selawat ar-Ra�ysiyyah). Asy-Syaikh Ahmad al-Badawy
juga meninggalkan beberapa Hizb ringkas yang diamalkan oleh para pengikut ath-
Thariqah al-Ahmadiyyah pada waktu Subuh dan pada waktu Isyak.

Asy-Syaikh Ahmad al-Badawy telah diumpamakan oleh ahli-ahli sufi sebagai satu
permata cemerlang dari perbendaharaan Ahlul-Bait. Seperti keadaan beberapa orang
wali Allah lain yang telah diberikan tugas untuk mendidik, asy-Syaikh Ahmad al-
Badawy juga telah bertugas sebagai seorang guru dan pendakwah. Namun, asy-Syaikh
Ahmad al-Badawy telah dipilih untuk mendidik kumpulan para petani di daerah
pendalaman, sebagaimana ada wali-wali Allah lain yang telah dipilih untuk mendidik
para saudagar dan para cerdik pandai di kota-kota besar.

You might also like