You are on page 1of 3

1

Tarikh : 20 Ogos 2013


Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Kelas Tahun 3

Agenda :
1. Kata-kata aluan Pengerusi
2. Tugas-tugas Khas Kurikulum
3. Tugas-tugas Khas HEM
4. Tugas-tugas Khas Kokurikulum
5. Headcount & Pelaporan
6. Bengkel Headcount & Pelaporan
7. Hal-hal lain
8. Penutup

Kehadiran :
Nama Jawatan
1. Encik Othaman bin Hj. Yunus Guru Besar
2. Puan Hasina binti Hj. Rosli Penolong Kanan Kurikulum
3. Encik George Langat Ngau Penolong Kanan HEM
4. Puan Sharifah Rakiah binti Wan Drahman Penolong Kanan Kokurikulum
5. Ustaz Kamal Arifin bin Ali Guru Pengajian Islam
6. Encik Mohd Hasrol bin Esa Guru Akademik Biasa
7. Puan Nik Asilati binti Nik Ideris Guru j-Qaf
8. Puan Nasihah binti Yusoff Guru j-Qaf
9. Puan Eshantee Engkamat Guru Pemulihan Khas
10. Puan Roslina binti Mohamad Guru Prasekolah
11. Puan Rani Arumugam Guru Akademik Biasa
12. Puan Zaleha binti Main Guru Akademik Biasa
13. Puan Noorine Ak Edoi Guru Akademik Biasa
14. Cik Engku Nurul Farahana binti Engku Aziz Guru Akademik Biasa
15. Cik Maizureen Mahidin Guru Akademik Biasa

Tidak Hadir bersebab
1. Pn Suhaffiza binti Salim (Permohonan Cuti Tanpa Gaji) Guru Akademik Biasa
2. Cik Wan Nor Haslinda binti Wan Zaidi (Kursus) Guru Akademik Biasa

MINIT MESYUARAT STAF 3 / 2013 & BENGKEL HEADCOUNT &
PELAPORAN
2


1. Kata-kata Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi memberitahu tentang pelantikan Puan Sharifah Rakiah binti Wan
Drahman sebagai Penolong Kanan Kokurikulum menggantikan Encik Omar
bin A.Zamani yang telah berpindah sekolah.
1.2 Pengerusi juga memaklumkan untuk semua guru memberikan kejasama yang
padu untuk bahagian kokurikulum di masa yang akan datang.
1.3 Pengerusi menerangkan serba ringkas tentang Composite Score Bands
sekolah. Teacher must do the best that she/he can do.
1.4 Pengerusi juga menyentuh tentang SPR (Sekolah Berprestasi Rendah), GPR
(Guru Berprestasi Rendah) dan MPR (Matapelajaran Berprestasi Rendah).
1.5 Pengerusi mengingatkan semua guru untuk bekerja dan berusaha lebih kuat
dan sentiasa bersedia di masa hadapan untuk menaikkan band sekolah.
1.6 Pengerusi juga menekankan tentang band sekolah di mana sekolah sekarang
berada di Band 3 (2013) meningkat dari Band 6 (2010) dan Band 4 (2011 &
2012).
Tindakan: Untuk makluman dan tindakan

2. Tugas-tugas Khas Kurikulum
Puan Hasina memaklumkan perubahan jawatankuasa di dalam bidang
kurikulum berkuatkuasa mulai 21 Ogos 2013.
Tindakan : Untuk makluman

3. Tugas-tugas Khas HEM
Puan Hasina memaklumkan perubahan jawatankuasa di dalam bidang hal
ehwal murid berkuatkuasa mulai 21 Ogos 2013.
Tindakan : Untuk makluman

4. Tugas-tugas Khas Kokurikulum
Puan Hasina memaklumkan perubahan jawatankuasa di dalam bidang ko-
kurikulum berkuatkuasa mulai 21 Ogos 2013.
Tindakan : Untuk makluman

5. Headcount & Pelaporan
5.1 Pengerusi menerangkan tentang headcount dan apa yang perlu ada.
a. Analisis Item (Penjejakan)
b. Headcount Kelas
c. Headcount Subjek
d. Kertas Soalan
3

e. Penerangan
f. Slip Keputusan
g. Tindakan
5.2 Pelaporan lengkap perlu diserahkan kepada Guru Besar.

Tindakan: Untuk makluman dan tindakan

6. Bengkel Headcount & Pelaporan
Puan Hasina mendemonstrasikan langkah-langkah dalam membuat
pelaporan headcount.
Tindakan: Untuk makluman dan tindakan


7. Perkara-perkara lain
7.1 Puan Hasina memngumumkan sambutan Merdeka Raya bakal dilakukan
pada 30 Ogos 2013.
7.2 Pengerusi meminta PK HEM, Encik George mencari perutusan Merdeka
Raya 2013 dan lagu-lagu patriotik.
7.3 Ustaz Kamal mengumumkan Majlis Pengizinan Ilmu & Solat Hajat akan
dilakukan pada 6 September 2013 berserta Majlis Khatam Quran Tahun 6.

Tindakan: Untuk makluman dan tindakan

8 Penutup
Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar
semua guru bekerjasama dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Beliau turut berharap agar semua guru dapat melaksanakan program dengan
cemerlang dan menghantar pelaporan headcount pada waktu yang
ditetapkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh ;

Cik Maizureen binti Mahidin

You might also like