You are on page 1of 6

Yayasan Islam Terengganu

MANUSIA ANTARA
DUA HALUAN

Disediakan oleh:
Ahmad Fadluldin bin Mohamad
Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Insan
Yayasan Islam Terengganu
B.A. Hons Syariah ( Al-Azhar )
M.A. Islamic Revealed Knowledge and Heritage In Fiqh & Usul Fiqh ( UIAM )

-1-
Muqaddimah

Agama Islam mengutamakan perbentukan jiwa dan pemikiran manusia mengatasi


segala perkara yang lain. Antara mesej ajaran Islam adalah untuk melahirkan individu
yang mempunyai kesucian rohani dan kekuatan mental, spiritual yang sihat serta
pemikiran yang hebat merupakan merupakan aset terpenting dalam menentukan
gerak-kerja seseorang.

Jika kedua-dua ansur tadi hilang maka ia akan mengundang mara bahaya bahkan
menimpa kerosakkan alam sekitar. Oleh itu, usaha untuk mengubah sikap dan
pemikiran sangat penting bagi mengorak langkah ke arah kemajuan.

Iman dan Moral

Kita melihat bagaimana usaha Rasulullah SAW membentuk spiritual ( rohani )


masyarakat arab jahiliah ke jalan yang lebih baik. Dari aspek keimanan antara fokus
utama Nabi SAW menekankan kesempurnaan iman itu terletak pada nilai moral
seseorang mukmin. Sabda baginda:

‫ني إِميَانًا‬ِِ ِ ِ ُ ‫ال رس‬


َ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم أَ ْك َم ُل الْ ُم ْؤمن‬َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َ َ‫ال ق‬ َ َ‫َع ْن أَيِب ُهَر ْيَر َة ق‬
1
‫َح َسُن ُه ْم ُخلًُقا َو ِخيَ ُار ُك ْم ِخيَ ُار ُك ْم لِنِ َسائِ ِه ْم ُخلًُقا‬ْ‫أ‬
Maksudnya:
Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik
akhlaknya dan orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang baik akhlaknya
terhadap isteri-ister mereka.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda:

َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َما ا ِإلميَا ُن ق‬


‫ال إِ َذا‬ ِ َ ‫َن رجال سأ ََل رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َ ُ َ َّ ‫َع ْن أَيِب أ َُم َامةَ أ‬
2 ِ
‫ت ُم ْؤم ٌن‬َ ْ‫ك فَأَن‬
َ ُ‫ك َسيِّئَت‬
َ ْ‫ك َو َساءَت‬
َ ُ‫ك َح َسنَت‬
َ ْ‫َسَّرت‬
Maksudnya:
Jika kamu gembira melakukan amal kebaikan dan dukacita bila melakukan kejahatan,
maka kamu adalah seorang mukmin.

Kehebatan Mental

Begitu juga kelebihan akal fikiran yang ada pada manusia perlu dimanfaatkan. Di
dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menggesa agar kita merenung dan berfikir.
Di antaranya:

.304 ‫ ص‬,3 ‫م ) ج‬1999 - ‫هـ‬1419 ,1 ‫ ط‬,‫ دار الحديث‬: ‫ مصر‬,‫ سنن الترمذي ( القاهرة‬,‫ رواة الترمذي‬- 1
}140 ‫ ص‬/ 45 ‫ مسند أمحد – {ج‬- 2

-2-
ِ ‫ف اللَّي ِل والنَّها ِر والْ ُف ْل‬
‫ك الَّيِت جَتْ ِري يِف‬ ِ ِ ‫ضو‬ ِ َّ ‫إِ َّن يِف خ ْل ِق‬
َ َ َ ْ َ‫اختال‬ ْ َ ِ ‫الس َم َاوات َواأل َْر‬ َ
‫ض َب ْع َد َم ْوهِتَا‬ ِِ ‫السم ِاء ِمن َّماء فَأ‬ ِ ‫ِ مِب‬
َ ‫األر‬
ْ ‫َحيَا به‬ ْ َ َّ ‫َنز َل اللّهُ م َن‬
َ ‫َّاس َو َما أ‬
َ ‫الْبَ ْحر َا يَن َف ُع الن‬
َّ َ ‫اب الْ ُم َس ِّخ ِر َبنْي‬
‫الس َماء‬ ِ ‫الس َح‬
َّ ‫اح َو‬ ِ َ‫الري‬ ِ ‫ص ِر‬
ِّ ‫يف‬ ٍ ِ ِ َّ ‫وب‬
ْ َ‫ث ف َيها من ُك ِّل َدآبَّة َوت‬ ََ
3
‫ات لَِّق ْوٍم َي ْع ِقلُو َن‬
ٍ ‫ض آلي‬
َ ِ ‫َواأل َْر‬
Maksudnya:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan
siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda
yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah
turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi
sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang;
demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada Kuasa Allah)
terapung-apung di antara langit dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada
tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya,
dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

Kelebihan akal serta ketinggian moral disebut oleh Ibnu Qayyim al-Jauziah:

‫َح َس َن ِم ْن َع ْقلِ ِه َو ِم ْن أ ََدبِ ْه‬ ِ


ْ ‫ أ‬... ً‫الم ِرئ هبَة‬ ْ ُ‫ب اهلل‬ َ ‫َما َو َه‬
4 ِ
‫ َف َف ْق ُدهُ لِْل َحيَ ِاة أَمْج َ ُل ب ْه‬... ‫ال الْ َفىَت فَإ ْن فُِق َدا‬
ُ َ‫مُهَا مَج‬

Maksudnya:
Tiada sesuatu yang lebih berharga dianugerahkan oleh Allah SWT kepada seseorang
iaitu akal dan budi pekerti-mulai. Kedua-duanya lambang keelokkan pemuda, jika
hilang kedua-duanya, maka kematian itu lebih baik baginya.

Makhluk Yang Paling Mulia

Manusia adalah ciptaan Allah SWT yang paling mulia dengan sebab ada akal
fikirannya. Kehebatan akal fikiran tadi telah diterjemahkan dengan daya kemampuan
ciptaan manusia yang sangat canggih dari masa ke semasa.

Sekalipun manusia tidak berkaki empat sepert kuda, namun dia dengan keretanya
lebih cepat berlari daripada kuda. Sekalipun dia tidak dilengkapi alat-alat renang
seperti ikan, dengan kapalnya dia mampu berenang dan menyelam daripada ikan.
Sekalipun dia tidak mempunyai sayap seperti burung, dengan pesawat udaranya dia
dapat terbang lebih cepat dan jauh daripada burung. Sekalipun dia tidak dilengkapi
dengan alat tubuh seperti cacing, dia lebih mampu menjunam dalam ke petala bumi
lebih daripada cacing.

.164 :‫ البقرة‬- 3
.17 ‫ ص‬,) ‫م‬1996 -‫هـ‬1416 ,1‫ ط‬,‫ دار الخير‬:‫ سورية‬,‫ روضة المحبين ( دمشق‬,‫ هبن القيم الجوزي‬- 4

-3-
Selama ini disangka manusia terikat oleh bumi, kerana dia tidak mungkin menembusi
lapisan udara yang mengelilingi planet kediamannya. Namun dengan akal yang
menjadi sumbar sains dan tangan sebagai pangkal teknikal, manusia mampu
meloloskan dirinya dari bumi, menjelajah ruang angkasa luar hingga ke bulan.

Salah Guna Anugerah

Demikianlah manusia dengan sains dan alat-alat ciptaannya menjadi penguasa di


bumi, menjadi raja dalam kehidupan dunia, mewakili kekuasaan Allah SWT. Dengan
akal dan bentuk tangan yang istimewa yang diberikan Allah SWT kepadanya, Allah
SWT meneguhkan kekuasaan manusia dalam kehidupannya.

Akan tetapi, bukan sahaja manusia dengan akalnya membina kehidupan, dengan akal
itu juga dia merosakkan kehidupan. Firman Allah SWT:
ِ ِ
َ ‫َكال إ َّن اإل‬
5
}7{ ‫اسَت ْغىَن‬
ْ ُ‫} أَن َّرآه‬6{‫نسا َن لَيَطْغَى‬
Maksudnya:
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau
yang sewajibnya), dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

‫ كال ال يعلم اإلنس ان إن اهلل هو ال ذي خلقه من العلقة وعلمه بعد‬: ‫ق ال مقاتل‬


6
‫اجلهل‬

Maksudnya:
Sesungguhnya manusia tidak ketahui bahawa Allah SWT yang menciptanya daripada
segumpal darah dan member ilmu kepadanya setelah dia jahil.

Dengan senjata-senjata perang yang dicipta, manusia membunuh sesama manusia dan
memusnahkan alam. Dicemarinya udara dan laut, dikacaunya udara dan
diberantakkannya keselarasan alam.

Firman Allah SWT:

‫ض الَّ ِذي َع ِملُ وا‬ ِ ِ ِ ‫ظَه ر الْ َفس اد يِف الْب ِّر والْبح ِر مِب ا َكس بت أَي ِدي الن‬
َ ‫َّاس ليُ ذي َق ُهم َب ْع‬ ْ ْ ََ َ ْ َ َ َ ُ َ ََ
7
‫لَ َعلَّ ُه ْم َيْر ِجعُو َن‬
Maksudnya:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah
dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat).

.7-6 : ‫ العلق‬- 5
.19‫و‬18 ‫ ص‬,32‫م ) ج‬2000 -‫هـ‬1321 ,1‫ ط‬,‫ دار الكتب العلمية‬:‫ لبنان‬,‫ التفسير الكبير ( بيروت‬,‫ الرازي‬- 6
41‫ الروم‬- 7

-4-
Apabila akal atau otak sahaja yang diperkaya dengan ilmu pengetahuan tetapi kalbu
( hati) dibiarkan kosong dari agama, maka bisikan halus syaitan mengerakkan tangan
menciptakan alat-alat yang akan merosakan diri manusia sendiri dan persekitarannya.

Perubahan Sikap

Kecenderungan baik yang semulajadi atau fitrah yang mana mendorongkan manusia
kepada kebaikan, gemar mencapai hasil dari amal kebaikan itu disamping melihat
kepada kejahatan dengan rasa kesal dan sedih apatah lagi jauh dari melakukannya
sambil memandangkan perkara amal soleh itu sebagai kebahagiaan.

Manakala kecenderungan kepada kejahatan akan mejerumus seseorang ke lembah


yang hina serta seronok dengan amal keburukan melampau membinasakan dirinya,
bahkan keluarga dan kehidupan di sekelilinginya.

Firman Allah:

َ ‫} قَ ْد أَْفلَ َح َمن َز َّك‬8{‫ور َها َوَت ْق َو َاها‬


‫} َوقَ ْد‬9{‫اها‬ َ ‫} فَأَهْلََم َها فُ ُج‬7{‫س َو َما َس َّو َاها‬ٍ ‫َو َن ْف‬
8
}10{‫اها‬ َ ‫اب َمن َد َّس‬
َ ‫َخ‬
Maksudnya:
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan
yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan
yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;
-Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih -
bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),dan Sesungguhnya
hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam
kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Justeru, kedua-dua kecenderungan tadi sentiasa berebut-rebut untuk mengawal


'stering' atau kemudinya. Nasib dan kesudahannya akan ditentukan oleh siapa yang
berjaya dalam persaingan atau perebutan kuasa. Walau apa jua cabaran atau halangan,
manusia sendiri yang mampu mengubah haluan hidupnya.

Firman Allah SWT:

َ‫إِ َّن اللّ هَ الَ يُغَِّي ُر َما بَِق ْوٍم َحىَّت يُغَِّي ُرواْ َما بِأَْن ُف ِس ِه ْم َوإِ َذا أ ََر َاد اللّ هُ بَِق ْوٍم ُس وءاً فَال‬

‫َمَر َّد لَهُ َو َما هَلُم ِّمن ُدونِِه ِمن َوال‬
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah
menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan
kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan

. 10-7 :‫ الشمس‬- 8
11‫ الرعد‬- 9

-5-
apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan
melindungi mereka selain daripadaNya.

Menurut Prof. Dr. Hamka: Inilah ayat yang terkenal tentang kekuatan akal budi yang
dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia sehingga manusia itu dapat bertindak
sendiri dan mengendalikan dirinya sendiri dibawah naugan Allah SWT. Sebab itu,
maka manusia wajib berusaha sendiri menentukan garis hidupnya. Manusia diberi
akal dan berupaya mempertimbangkan akalnya itu antara perkara yang baik dan
buruk.10

Penutup

Anugerah atau keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia perlu
dimanfaatkan. Bersesuaian dengan kedudukan manusia sebagai ciptaan Allah SWT
yang paling mulia. Namun, apabila kelebihan ini disalahgunakan maka kedudukan
manusia sebagai semuli-mulia makhluk akan merudum ke tahap yang lebih hina.
Firman Allah:

ِِ
ْ ‫نسا َن يِف أ‬
ْ ‫} مُثَّ َر َد ْدنَاهُ أ‬4{‫َح َس ِن َت ْق ِو ٍمي‬ ِ
11
‫ني‬
َ ‫َس َف َل َسافل‬
}5{
َ ‫لََق ْد َخلَ ْقنَا اإل‬
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
(dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). kemudian (jika ia panjang umur
sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke
serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. ( neraka ).

‫اللهم اهدنا هبداك واجعلنا ممن يسارع يف رضاك‬


‫واحلمد هلل رب العاملني‬

10
- Hamka, Tafsir Al-Azhar ( Jakarta: Penerbit Panjimas, 1983), juzuk 13, m.s. 17.
. 5 ‫ و‬4 ‫ التين‬- 11

-6-

You might also like