You are on page 1of 13

1

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurniaNya dapat
saya menyiapkan kerja kursus PKP3110 Kaedah Pemulihan Matematik.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya
iaitu En. Azizi b Abd Rahman kerana beliau memberi segala tunjuk ajar dan panduan
bagi saya. Seterusnya, saya juga mengucapkan kepada semua yang telah membantu
saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik. Salah satu daripada mereka ialah
rakan-rakan saya yang sanggup menolong saya dalam menunjukkan cara-cara
membuat kerja kursus dengan cekap. Terima kasih kepada semua yang telah
membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini saya berasa tertekan. Ia kerana
segala maklumat yang perlukan saya harus mencari dengan sendirinya. Semoga
tuan/puan memaafkan saya jika terdapat cacat cela dalam penghargaan saya. Melalui
tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru mengenai penguasaan
bahasa. Segala tunjuk ajar tuan/puan tidak akan saya lupakan.
Sekian terima kasih.

2

1.0 Pengenalan

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang
daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ianya juga disebut sebagai Remedial
education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-
kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-
mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan
atau pengajaran biasa.

Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas
pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang
dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan pulih. Pendidikan Pemulihan
adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau
membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Namun hari ini setelah
memasuki alam pemulihan untuk beberapa ketika, kami disuruh mendalami dan
mengkaji isu dan trenda dalam pendidikan pemulihan di sekolah.

Isu dan trenda dalam pendidikan pemulihan di sekolah boleh dibahagikan
dengan beberapa bahagian seperti, guru pemulihan, murid pemulihan, pihak
pengurusan, peruntukan yang diberikan, bahan bantu mengajar yang digunakan,
penglibatan ibu bapa dan akhir sekali kemudahan fizikal.

3

2.0 Isu-Isu Dalam Pemulihan Khas

2.1 Pihak Pengurusan Sekolah

Pihak pengurusan merupakan tunjang kepada sesebuah organisasi
termasuklah di sekolah-sekolah. Malang jika sesebuah program yang diadakan
di sekolah tidak mendapat sokongan daripada pihak pengurusan khususnya
program seperti Pemulihan Khas. Masalah ini merupakan masalah utama yang
boleh terdiri daripada beberapa isu berbangkit.

Isu pertama seperti isu layanan kelas kedua yang diterima oleh guru-
guru dan murid Pemulihan Khas daripada pihak pentadbir. Kenapa guru
Pemulihan Khas? Jawapannya kerana mereka tidak menerima layanan yang
sepatutnya apabila sering diperkecilkan oleh guru-guru daripada aliran perdana.
Contohnya, guru Pemulihan Khas diperlekeh kerana mengajar murid-murid
mempunyai masalah dalam pembelajaran. Guru-guru dari aliran perdana
menganggap tugas mengajar murid-murid ini tugas yang sia-sia.

Isu kedua ialah murid-murid pemulihan khas pula dipinggirkan dan tidak
diberikan perhatian dimana Guru Besar sekolah tidak mengamalkan
pendemokrasian pendidikan. Contohnya Md Aziz B. Haji Lani (n.d.) melalui
dapatan yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negara, mendapati terdapat
Guru Besar yang merasakan tumpuan perlu diutamakan kepada murid aliran
perdana yang ramai berbanding murid-murid pemulihan khas.

Isu ketiga pula adalah berkaitan dengan peperiksaan yang diambil oleh
murid-murid Pendidikan Khas. Ari (2008) menyatakan Isu ini timbul kerana rasa
kurang senang pihak pentadbiran apabila murid khas mengikuti peperiksaan
umum di negara kita seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah. ( dalam
http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/05/pentaksiran-dalam-pendidikan-khas )
Pihak pentadbiran tidak begitu menggemari situasi ini kerana mereka takut
perkara ini akan menjatuhkan graf peperiksaan sekolah.

4

Isu keempat pula merupakan isu berhubung aspek pembangunan fizikal
sekolah. Secara umumnya, kebanyakan kelas-kelas di program Pemulihan Khas
mempunyai ruang yang terhad dan keadaan biliknya pula sangat uzur. Ruang
yang terhad menyekat pergerakan murid untuk melakukan aktiviti dan masalah
yang serupa berlaku kepada guru Pemulihan Khas. Sedangkan murid-murid
aliran perdana pun berasa tidak selesa belajar di kelas yang sempit, apatah lagi
mereka yang terdiri dari murid khas. Selain itu, program Pemulihan Khas
selalunya ditempatkan di blok bangunan-bangunan lama yang keadaannya teruk
dan uzur, tidak kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Meskipun
mereka sekadar murid pemulihan dan tidak memiliki apa-apa keistimewaan pada
mata guru biasa malah orang lain, namun mereka juga pelajar yang tidak
dipedulikan. Dalam hati kecil mereka tetap menyemat satu harapan ingin berjaya
pada masa hadapan. Bermaksud, mereka juga perlukan kelas yang kondusif dan
menyelesakan.

2.2 GURU

Apabila melibatkan faktor guru isu yang paling popular pada masa ini
adalah Sekolah tidak mempunyai guru pemulihan khas. Sekalipun di sekolah
mempunyai guru Pemulihan Khas, namun guru yang dilantik bukanlah guru yang
mempunyai kepakaran dalam pendidikan pemulihan. Namun sedikit bernasib
baik apabila guru tersebut sentiasa menghadiri kursus-kursus berkaitan hingga
membuatkan guru itu faham dunia pemulihan sebenar.

Selain itu, kekurangan guru di sekolah menyebabkan GPK tidak dapat
dilantik atau GPK diminta mengajar murid-murid di kelas-kelas biasa. GPK
dibebankan dengan tugas-tugas menggantikan guru-guru lain (relief) dan
terpaksa menjalankan tugas-tugas bukan mengajar. Sikap negatif sesetengah
guru yang tidak berminat dan tidak komited untuk mengajar murid-murid
pemulihan khas juga menjadi satu isu dan permasalahan yang dihadapi oleh
individu yang terlibat dalam pendidikan pemulihan.

Selain itu, guru Pemulihan Khas juga dibebankan dengan tugas-tugas
bukan mengajar kerana dilantik memegang jawatankuasa yang mempunyai
5

tugasan berat seperti setiausaha sukan di sekolah. Melalui jawatankuasa seperti
ini, guru Pemulihan Khas sentiasa meninggalkan kelas untuk bermesyuarat dan
menjalankan menghadiri aktiviti luar yang akan menyebabkan murid-murid
pemulihan terabai.

Isu seterusnya yang membabitkan guru-guru peulihan khas ialah
berkenaan sikap dan minat mereka sendiri. Sikap guru Pemulihan Khas yang
negatif membawa kesan buruk kepada murid-murid khas dan sekolah itu sendiri.
Seorang guru Pemulihan Khas yang tidak berminat selalunya menjalankan
tanggungjawabnya dengan tidak komited. Bak kata pepatah, seperti melepaskan
batuk di tangga. Malang bagi murid-murid khas yang mendapat guru seperti ini.
Contohnya, mengajar tanpa menggunakan rancangan pengajaran harian, tiada
inisitif menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar dan sebagainya.

2.3 MURID PEMULIHAN KHAS

Isu yang melibatkan murid jua menjadi satu masalah yang harus
menemui jalan penyelesaian secepatnya supaya dengan itu, contohnya murid
kerap ponteng sekolah. Sekiranya murid kerap ponteng sekolah, secara tidak
langsung mereka akan ketinggalan beberapa unit pembelajaran di dalam kelas
mereka. Ini menyebabkan murid yang terlibat akan ketinggalan berbanding
rakannya yang lain. Hal ini bukan sahaja menyukarkan pihak guru pemulihan itu
sendiri, malah pelajar itu juga pada masa hadapannya.

Antara faktor penyebab kepada masalah ini ialah masalah pengangkutan
dan masalah kesihatan. Terdapat Ibu bapa yang tidak berkemampuan serta
tidak memiliki kenderaan yang menyukarkan mereka untuk menghantar anak-
anak ke sekolah. Pernah saya lihat seorang tua yang menghantar cucunya ke
sekolah dengan menaiki basikal setiap hari, namun apabila dia jatuh sakit maka
cucunya tidak dapat hadir. Namun perkara ini adalah satu masalah kerana
kehadiran merupakan salah satu perkara penting yang termaktub dalam undang-
undang sekolah dan menjadi perhatian Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di
sekolah.

6

Seterusnya isu yang melibatkan murid adalah berkenaan pelabelan murid
semasa berada di program Pemulihan Khas. Murid-murid khas sering dilabel
dengan panggilan-panggilan yang buruk. Ini membuatkan mereka tertekan
secara emosi. Kadangkala ia akan menimbulkan masalah tingkahlaku seperti
bersembunyi bagi mengelakkan daripada diejek oleh murid-murid lain ataupun
terdapat murid yang bertindak lebih ganas sehingga memukul mereka.

Selain itu, murid pemulihan memiliki sikap negatif terhadap pelajaran.
Terdapat murid yang malas, malah ramai yang tidak berminat untuk belajar .
Mereka adalah individu yang mempunyai motivasi yang kurang, kurang
berusaha, tidak aktif dan tidak berani mencuba.


2.4 Bahan Bantu Mengajar

Pemerolehan bahan bantu mengajar yang sesuai juga menjadi isu dalam
pendidikan pemulihan pada hari ini. Secara keseluruhannya hampir semua
sekolah sukar untuk mendapatkan bahan bantu mengajar yang sesuai dan
terkini. Bagi Guru pelatih pendidikan pemulihan pula, bahan rujukan sukar untuk
didapati dan kurang di pasaran pada hari ini.

Pendidikan pemulihan bukan satu topik yang baru malah pemulihan telah
diperkenalkan sejak 1960-an lagi. Namun isu rujukan masih menjadi isu dalam
pendidikan ini ekoran majoriti rujukan yang adalah adalah dalam bentuk jurnal
dan buku-buku bahasa inggeris dan hanya dipasarkan dalam pasaran maya
sehingga menelan belanja berates ringgit untuk satu buku.

Murid pemulihan sepertimana murid di kelas perdana juga sukar akan
bahan bantu mengajar berbentuk elektronik. Mereka bersemangat untuk belajar
apabila guru mengeluarkan computer riba. Meskipun computer riba itu sangat
membantu, namun saya yakin dan percaya dengan adanya bekalan LCD maka
pembelajaran akan lebih telus dan berkesan.


7

2.5 Peruntukan Kewangan

Selain isu berkaitan guru, murid dan bahan bantu mengajar, isu
peruntukan kewangan daripada kementerian untuk pendidikan pemulihan juga
seringkali dijadikan isu. Berdasarkan temubual dengan hampir 10 orang guru
pemulihan, rata-rata menyatakan mereka menggunakan wang sendiri untuk
menyediakan segala bahan bantu mengajar malah segala keperluan murid di
dalam kelas mengggunakan duit sendiri. Kementerian tidak menyediakan
peruntukkan yang spesifik untuk pendidikan pemulihan sebaliknya hanya
bergantung kepada panitia bahasa melayu dan matematik memberikan
sumbangan.

2.6 IBU BAPA/ WARIS

Isu yang seterusnya adalah penglibatan ibu bapa. Ibu bapa seharusnya
mengambil bahagian yang penting dalam usaha memajukan anak-anak mereka.
Membiarkan mereka dirumah tanpa hadir kesekolah bukan satu cara yang harus
diberikan pujian. Malah membiarkan anak ke sekolah kemudian balik ke rumah
tanpa menelaah juga bukan satu cara yang baik. Anak harus diberikan
pendidikan yang baik dari rumah. Sekiranya ibu bapa yang kurang pandai
dijadikan satu alasan untuk mereka tidak mengajar anak-anak mereka, maka
berilah perhatian serius ke atas kerja sekolah yang telah dibekalkan. Murid boleh
belajar bersama kawan-kawan mereka untuk menyiapkan kerja rumah mereka.
Paling penting mereka siapkan kerja rumah kerana melalui kerja rumah itu, guru
berusaha untuk membina kemantapan konsep dan isi pembelajaran yang telah
diajarkan disekolah pada sesi pembelajaran disekolah. Selain pelajaran,
kemudahan dan makanan anak-anak juga harus diambil kira.

Terdapat ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka
mengikut program yang dianjurkan oleh pihak program Pemulihan Khas untuk
anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa mahupun waris juga tidak memberikan
kerjasama apabila tidak hadir ke program bersama yang dianjurkan di sekolah
terutamanya yang berkaitan dengan Pemulihan Khas seperti perbincangan
Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
8

Isu kedua pula merupakan isu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-
anak mereka. Maksud tanggungjawab ibu bapa di sini menjadi isu apabila
mereka kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan
kesihatan anak-anak mereka sebaliknya melepaskan tanggungjawab tersebut
kepada guru Pendidikan Khas. Antara contoh yang boleh diperhatikan ialah
apabila ibu bapa tidak mengambil inisiatif untuk melakukan tindakan susulan
dirumah seperti aktiviti berbentuk intervensi ataupun bagi yang ibu bapa yang
berkemampuan, mereka boleh mendapatkan khidmat daripada pakar-pakar
terapi untuk membantu mengurangkan masalah anak-anak mereka.


3.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH

Masalah yang banyak mempengaruhi seorang guru Pemulihan Khas ialah
masalah dari aspek pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, saya ingin memberikan
cadangan untuk mengatasi isu layanan kelas kedua yang diterima oleh guru-guru dan
murid Pemulihan Khas daripada pihak pengurusan sekolah.

Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi isu yang tedapat dalam masalah
ini, yang memerlukan penglibatan beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran
Malaysia dan guru Pemulihan Khas sendiri. Melalui pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia, cadangan yang diberikan supaya boleh dilaksanakan ialah dengan
mengeluarkan pekeliling atau pun peringatan kepada Jabatan Pelajaran Negeri, PPD
dan sekolah tentang kepentingan program Pemulihan Khas. Pekeliling yang dikeluarkan
oleh Pihak Kementerian harus dipatuhi oleh semua guru dan mampu menjadi titik tolak
kepada perubahan pemikiran prejudis terhadap guru-guru dan murid Pemulihan Khas.
(rujuk surat siaran panduan pemulihan )

Pihak tertinggi seperti Jabatan Pendidikan Daerah atau mana-mana nazir
daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah sentiasa peka dan turun
padang unutk menjalankan pemantauan secara mengejut untuk melihat sendiri sejauh
mana kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah terhadap kelas-kelas khas ini .
Tindakan juga boleh diambil kepada mana-mana pentadbir sekolah yang tidak mengikuti
prosedur kemudahan yang seharusnya perlu untuk kelas pemulihan khas ini.
9

Kemudahan fizikal yang disediakan oleh sekolah juga hendaklah dijaga
bersama-sama. Guru hendaklah sentiasa menerapkan nilai menjaga harta benda di
sekolah dengan sebaik-baiknya. Jadi dengan itu kemudahan asas yang disediakan oleh
sekolah akan berada dalam keadaan yang terjaga dan terjamin. Keceriaan bilik darjah
juga boleh dipertingkatkan dengan penyediaan plan lantai yang sesuai dan mampu
menarik perhatian murid untuk berada di dalam bilik darjah. Menurut Woolfolk (2000)
adalah perlu mengekalkan persekitaran bilik darjah yang positif dan produktif ( dalam
Noriati A.Rashid, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad) . Pengurusan fizikal bilik darjah ini
memaparkan sejauh mana guru memiliki sikap prihatin dan professional terhadap
tugasnya.

Bagi mengatasi masalah pelabelan pula, pihak sekolah terutama guru hendaklah
sentiasa menekankan betapa pentingnya sifat menghormati sesama sendiri. Justeru itu
pelabelan terhadap golongan minoriti ini boleh dikurangkan. Masyarakat komuniti di
sekolah juga perlu disedarkan akan kepentingan menghargai dan memandang sama
rata terhadap murid-murid yang lemah ini. Jadi guru di sekolah hendaklah sentiasa
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid normal.

Selain itu,bagi membantu guru meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, guru perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian. Dalam pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu misalnya guru boleh
menggunakan contoh maujud atau pun gambar yang mampu meransang murid-murid
untuk bercakap dan berkomunikasi di dalam kelas. Maka dengan itu isu mengenai
kaedah atau teknik yang tidak sesuai dapat diselesaikan.

Cadangan seterusnya ialah berkaitan tindakan yang boleh diambil oleh guru
Pemulihan Khas untuk mengatasi isu ini. Guru-guru Pemulihan Khas perlu mengadakan
sebuah ceramah pendedahan tentang program Pemulihan Khas Khas di kalangan pihak
pengurusan pentadbiran dan guru-guru aliran perdana terutamanya jika sekolah
tersebut baru sahaja membuka program Pemulihan Khas.

Adalah diharapkan melalui kedua-dua cadangan seperti ini mampu membuka
mata dan minda guru-guru lain tentang kepentingan program Pendidikan Khas di
sekolah.
10

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya pendidikan pemulihan tidak sepertimana yang disangkakan.
Memerlukan kesabaran dan paling penting pengorbanan untuk mendidik murid-murid
menjadi sebahagian daripada rakan-rakan yang berada di kelas perdana. Pendidikan
pemulihan juga bukan satu cabang profesion perguruan yang lengang tanpa isu-isu
yang membimbangkan, malah jika diambilkira, pendidikan pemulihan ini memberi satu
cabaran secara tidak langsung kepada guru pemulihan untuk membentuk murid-murid
supaya mereka boleh menjadi insan yang membanggakan suatu hari nanti. Belakang
pasang diasah lagikan tajam. Tegur biar jujur, ajar biar sabar, didik jangan diherdik.

11

6.0 Refleksi
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dari-Nya dapat juga saya
menyiapkan Tugasan Projek PKP 3111 ini pada masa yang ditetapkan. Tugasan ini telah
diterima pada minggu ke dua interaksi dan dihantar pada 12 April 2014. Selepas itu, kami telah
diterangkan secara ringkas oleh pensyarah secara spesifikasi yang diperlukan dalam
menyiapkan kerja kursus ini.

Tugasan ini mengkehendaki kami untuk melaksanakan tugasan secara individu.
Tugasan PKP 3111 merupakan satu kerja kursus projek yang mencabar dan menarik minat
saya. Hal ini disebabkan tugasan projek ini memerlukan kepakaran dalam mencari maklumat
dari pelbagai aspek seperti internet, buku, jurnal dan sebagainya. Maklumat yang dikehendaki
tidak hanya bergantung kepada satu sumber sahaja. Seterusnya untuk membentuk satu kerja
kursus projek yang menarik dan lengkap hendaklah mendapatkan pelbagai maklumat dari
pelbagai sumber yang boleh dipercayai.

Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya telah mengumpul bahan-bahan yang
diperoleh untuk dijadikan draf berdasarkan sumber buku, internet, jurnal dan sebagainya.
Sewaktu menyiapkan tugasan ini banyak masalah yang terpaksa saya hadapi antaranya ialah
kekurangan waktu senggang memandangkan tugas hakiki saya sebagai seorang guru, aktiviti
aktiviti dan kerja kursus yang lain.

Selain itu, masalah yang paling ketara ialah capaian internet yang terdapat di institut
sangat lambat. Adakalanya saya terpaksa menunggu lama supaya kadar kelajuan internet
kembali lancar. Terdapat juga laman sesawang yang berkaitan dengan tugasan tidak boleh
dilayari atas sekatan dari pihak institut atas sebab-sebab tertentu. Seterusnya maklumat yang
sahih daripada sumber internet sukar diperolehi. Namun, semua masalah ini dapat saya atasi
setelah merancang jadual dan langkah kerja dengan lebih baik dan efektif. Pembahagian tugas
juga dilakukan oleh kami untuk menyelesaikan Tugasan Projek ini. Kerjasama yang diberikan
oleh ahli kumpulan banyak juga membantu dalam menyiapkan tugasan ini.



12

Dalam proses menyiapkan tugasan ini kami telah menggunakan beberapa sumber untuk
mendapatkan maklumat. Sumber yang paling utama ialah buku rujukan dan internet. Di
samping itu, melalui perbincangan dengan rakan kumpulan, dan daripada pengetahuan yang
sedia ada, kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberi.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai kerja
kursus PKP 3111. Melalui pemahaman tentang tujuan kursus wajib ini, saya dapat mengaitkan
bahawa kursus ini bukan sahaja untuk melengkapkan jam kredit untuk semester ini bahkan
secara tidak langsung saya dapat membayangkan pentingnya pengetahuan tentang murid-
murid pemulihan khas dan isu-isu yang selalu dikaitkan. Ilmu ini juga akan saya terapkan
kepada pelajar sekolah kelak dengan pemahaman yang sesuai supaya proses P&P lebih
bermakna dan seterusnya membentuk anak muda yang berpengatahuan tinggi muda untuk
masa hadapan tanah air yang tercinta.

Akhir sekali, saya dapat simpulkan bahawa maklumat tentang pengetahuan terhadap
Kursus PKP 3111 ini sangat penting bagi memastikan guru dapat merancang dan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik serta mencapai hasil
pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza seterusnya
mempengaruhi pencapaian dalam akademik. Melalui pengetahuan ini, saya dapat memahami
dan melaksanakan cara pengurusan bilik darjah yang efektif semasa situasi sebenar di dalam
kelas nanti. Memandangkan dunia kini semakin maju dengan pembangunan era dan teknologi,
kita seharusnya mengorak langkah dengan mengeratkan lagi perpaduan demi kesejahteraan
negara.

13

Bibliografi
Kementerian Pelajaran Malaysia. (Jun 2011). Modul Pendidikan Pemulihan. PKP 3111.
Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Pemulihan.

Azman Bin Nordin et. all (2011). Modul Pendidikan Khas. Masalah Pembelajaran.
Pengenalan Kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi . Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Encik Zainal Bin Kassan dan Encik Ridzuan Bin Ahmad (2010). Modul pendidikan
Pemulihan. Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu 1. Kementerian pelajaran Malaysia.

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003).Buku Panduan
Pelaksanaan Program Pemulihan Khas. Kuala Lumpur :Percetakan Nasional
Malaysia Berhad.

Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan Pengujian Bahasa: Perspektif untuk Perguruan
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasnah Awang & Habibah Mohd Samin. ( 2010 ). Literasi Bahasa Melayu. Ipoh:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Noriati A.Rashid, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Siri Pendidikan Guru Murid
dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Rujukan Internet

Norhaidi bin Sarponen. Teachers Department. Pentaksiran Dalam Pemulihan. 25 Mac
2014, menerusi talian:http://cikguhaidi.wordpress.com/pentaksiran-dalam-pemulihan.

Cikgunazifah.blogspot.com. Pentaksiran Dalam pendidikan Khas. 25 Mac 2014, menerusi
talian :http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/05/pentaksiran-dalam- pendidikan-khas.

TETINGKAP WANIE.blogspot.com, capaian 2 April 2014 menerusi talian
http://yushazwani.blogspot.com/2011/09/isu-isu-yang-berkaitan-pendidikan-khas.html

You might also like