You are on page 1of 6

1

MINIT MESYUARAT STAF KALI KE 2 / 2014


SK RUMAH BARRAU, TATAU


Tarikh : 15 April 2014

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Pusat Sumber Sekolah
SK Rumah Barrau, Tatau
97200 Tatau, Bintulu
Sarawak.

Kehadiran

1. En. Tony Anak Madup Guru Besar
2. En. Mohd Nur Farhan Abdullah Penolong Kanan Pentadbiran (PK1)
3. En. Ling Kiaw Hua Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( PK HEM )
4. En. Herman Dharwisham (Tidak Hadir)
5. En. Donald Sigoh Guru Akademik Biasa
6. En. Mohd Zalil Izham Guru Akademik Biasa
7. Cik Noranisah Binti Nakim Guru Akademik Biasa
8. Cik Putih Fairuz Hanna Guru Akademik Biasa
9. Cik Norezan Raini Guru Pra Sekolah
10. Cik Hiltty Hentick Ratos Guru Akademik Biasa
11. Pn. Zuria Jayan Guru Pemulihan Khas
12. Cik Puspawani Kassim Pembantu Pengurusan Murid (Pra Sekolah)
13. Pn. Rosna Pasang Pembantu Pengurusan Murid ( Asrama )
14. En. Ulen Anyong Anju Pembantu Pengurusan Murid ( Asrama )
15. En. Syafiie Bin Jaat Guru Akademik Biasa
16. Cik Linda Alan Guru Akademik Biasa
17. Puan Winny Dalee Pembantu Tadbir (P/O)
18. En. Valintine Saing Egoh Penyelia Asrama
19. En. Jelai Anak Bundak Pembantu Operasi
20. En. Razali Abas Pembantu Operasi























2






1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang
hadir pada Mesyuarat Staf Ke 2 2014.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada guru baru iaitu Cik
Noranisah Binti Nakim yang baru melapor diri pada awal bulan. Pengerusi juga
mengucapkan terima kasih kepada semua Penolong Kanan di atas penerimaan
penyerahan tugas rasmi Guru Besar semasa ketiadaan beliau di sekolah. Beliau
juga mengucap syabas kepada cikgu Zuria Anak Jayan

1.4 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan Pegawai
Pelaksana di atas kejayaan menjalankan tugas sepanjang masa. Pengerusi juga
berharap agar semua meneruskan usaha untuk membawa Sekolah Kebangsaan
Rumah Barrau ke persada gemilang 2014. Beliau juga memaklumkan bahawa
minit mesyuarat harus dikeluarkan dalam masa 2 minggu selepas mesyuarat
dijalankan.

2 Dapatan Dari Mesyuarat Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Tatau siri 2/2014

2.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua warga mesyuarat bahawa pihak PPDT
mengucap syabas dan tahniah di atas kejayaan daerah dalam semua aktiviti di
peringkat Bahagian. Pihak PPDT Juga memeklimkan bahawa Audit berpusat di
Bintulu. Walaubagaimana pun pihak audit juga akan bergerak ke Daerah Tatau
pada Mei 2014

Pengerusi juga memaklumkan bahawa KPI UPSR daerah Tatau dipuji semasa
dialog Prestasi Peringkat Negeri. Ia merupakan lonjakan yang hebat diperingkat
negeri dalam pencapaian UPSR.

Program selapeas UPSR- Pihak Pejabat mencadangkan bahawa program
lawatan ke SMK Tatau adalah perlu untuk mendedahkan suasana sebenar di
sekolah menengah.

MMI/PdP-Haruslah saling membantu di antara guru-guru.Guru yang keluar
berkursus dan sebagainya hendaklah menyediakan rekod dan lambaran kerja
untuk ditinggalkan untuk guru yang mengganti atau sit in

Perubahan gred Guru dari DGA kepada DG sahaja. Permohonan ke jawatan
Guru Besar dibekukan sehingga Jun 2014

Laporan dasar 1 Murid 1 Sukan harus dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah
Tatau. Begitu juga dengan e Kehadiran mesti dikemaskini sebelum jam 10.00am
pada setiap hari persekolahan. Untuk makluman semua, guru dan murid yang
keluar menyertai aktiviti diluar sekolah adalah dikira hadir.

Pengerusi juga memaklumkan bahawa pengoperasian genset sekolah akan tamat
pada Jun 2014. Perubahan tender berlaku pada masa tersebut. Pengoperasian
24 jam akan dimaklumkan kemudian.

Pembersihan rumah guru dan kakitangan sekolah boleh minta bantuan dari
pembersihan swasta.
Tindakan : Makluman

3


Guru besar memaklumkan kepada semua bahawa eGtukar Guru sudah dibuka ,
mana-mana guru yang ingin memohon boleh memohon dari sekarang. Setajkat ini
hanya 2 orang sahaja yang sudah memohon dan sudah disahkan oleh Guru
Besar.

Tindakan : Makluman semua

Pengerusi memaklumkan bahawa program sarana ibubapa sudah dipantau dan
akan dipantau dari masa ke semasa. Pihak sekolah hendaklah sentiasa
mengemaskini semua dokumen yang berkaitan dengan program tersebut.

Mesyuarat Pengurusan Prasekolah akan diadakan pada 24 April 2014. Selain itu
juga pengerusi mengingatkan pendaftaran murid Prasekolah 2015 perlu dibuat.
Selain itu juga guru prasekolah harus merekod semua pencapaian murid
prasekolah dari masa ke semasa.

Hasil pemantauan Unit Pengurusan Prasekolah yang lalu mendapati bahawa
terdapat beberapa biah sekolah yang masih bermasalah untuk menguruskan label
untuk makanan, fail ini termasuk buku catatan tidak direkod dan dibuat.

Tindakan: Guru Prasekolah

Pengerusi juga memaklumkan bahawa pihak PPDT mengingatkan SAPS perlu
dikemaskini oleh guru yangberkaitan dan ditugaskan untuk mengemaskini data
tersebut.

Tindakan: Makluman semua

PSKPP Peringkat Daerah Akan Dilaksanankan Pada 25-26 April 2014 Dan Yuran
Akan Dikutip Dalam Masa Terdekat

Tindakan : Untuk Makluman

Pengerusi Juga Memaklumkan Kepada Semua Bahawa Kursus Kemahiran Aras
Tinggi Wajib Untuk Semua Guru Besar dan semua guru akademik biasa. Jika
lulus ada sijil kalau gagal boleh mengulang semula.

3. Pengurusan Akademik

3.1 Pengerusi memberitahu semua guru bahawa proses pembelajaran dan
pengajaran bejalan seperti biasa. Ini merangkumi ujian dan penilaian yang akan
diberikan kepada murid-murid. Selaian itu juga aspek linuS juga perlu diambil kira
dan diberi perhatian yang sewajarnya.. PENGURUSAN kssR juga masih berjalan
Cuma yang membezakannya sekarang tidak ada online dan tidak perlu banyak
fail seperti yang lepas. Walaubagaimana pun ianya perlu diberi ujian seperti yang
format ujian akan dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum yang akan datang

3.2 Pengerusi juga juga menyarankan supaya kekerapan ujian untuk tahun enam
tidak ada hadnya. Ia bergantung kepada kemampuan pengelola ujian untuk
menetapkan seberapa banyak kertas ujian yang dirasakan perlu. Setiap ujian itu
perlu dianalisis untuk mengetahui kelemahan setiap pelajar.

3.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa sasaran prasekolah ialah murid-murid
yang tamat prasekolah haruslah pandai membaca mengira dan menulis. Gunakan
apa sahaja cara yang terbaik untuk mencapai sasaran tersebut. Ini termasuk
kelas pemulihan khas yang perlu membuat perancangan yang startegik dan
berkesan untuk membantu semua murid yang masih dikelas pemulihan khas.

4



3.5 Pengerusi juga memaklumkan kepada semua warga mesyuarat bahawa bilik
darjah sekolah sudah uzur. Walau bagaimanapun pengerusi berharap agar
semua guru kelas memikirkan cara yang terbaik untuk menjadikan keas tersebut
seperti bilik darjah.

3.6 Pengerusi juga juga menyentuh tentang KPI seorang guru adalah kejayaan anak
murd yang diajar oleh guru tersebut.



4. Pengurusan Hal Ehwal Murid

4.1 Pengerusi memberitahu semua Pengurusan Hal Ehwal Murid hendaklah
berdasarkan kepada Progran Tranformasi Asrama Harian. Pengerusi juga
menyarankan agar Unit Hal Ehwal Murid boleh bepandukan beberapa contoh
kertas Konsep Transformasi Asrama Harian yang ada pada Encik Ulen Anyong
Anju dan Puan Rosna.

4.2 Keselamatan murid hendaklah dalam pengawasan 24 jam untuk mengelakan
sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Pengurusan setor makanan
hendakalah dalam perhatian dan sentiasa dalam keadaan yang ceria. Ini
termasuk label barang yang dipesan hendakalan dilekatkan pada rak untuk
memudahkan penyusunan barang-barang yang sampai daro pembekal.

Tindakan: Makluman semua

5. Aplikasi Pengakalan Data Murid Dan e Kehadiran Guru dan aplikasi online

5.1 Pengerusi memberitahu semua warga mesyuarat agar semua guru yang keluar
berkursus membuat salian surat panggilan kursus dan menyerahkan kepada
Pembantu Tadbir sebagai rujukan untuk pengisian e-kehadiran. Borang
kebenaran keluar waktu pejabat juga perlu diisi jika keluar meninggalkan stesen
bertugas dalam waktu pejabat.

5.2 SPKS sudah dibuka boleh mula mengisi. Untuk tindakan Encik Ulen Anyong Anju.
Selain itu SSDM perlu dikemaskini setiap hari jumaat. Untuk TINDAKAN encik
Valintine Saing Anak Egoh.

Tindakan : Makluman Semua

6. Pengurusan Kokurikulu

6.1 Pengerusi memberitahu semua warga mesyuarat agar meneruskan perjuangan
dalam kokurikulum. Guna jadual yang ada untu menjalankan semua aktiviti.Data
yang perlu diisi untuk 2014 belum diisi. Setiausaha kokurikulum boleh bertindak
untuk memastikan data tersebut dilengkapkan.

Tindakan: Setiausaha Kokurikulum

6.2 Pencalonan Anugerah Kokurikulum 2014. Sekolah dicalonkan semuala untuk
Anugerah tersebut. Satu mesyuarat khas akan diadakan untuk membincangkan
perkara tersebut.

Tindakan : Makluman Semua



5

7. Hal-Hal Lain

7.1 Cuti Berganti Sempena Perayaan Hari Raya. Pihak Sekolah Perlu Memohon Cuti
Berganti Bagi Menggantikan Tarikh 31 Julai 2014 Dan 01 Ogos 2014. Manakala
30 Julai 2014 Cuti Peristiwa.

7.2 Cuti berganti sempena Perayaan Hari Gawai. Pihak sekolah perlu memohon cuti
berganti bagi menggantikan tarikh 26 dan 27 Mei 2014. Sesi persekolahan
penggal pertama akan berakhir pada 23 Mei 2014
Tindakan: Makluman semua



7.3 Kem Jati Diri/Kem Bina Semangatakan berlangsung dalam masa terdekat. Jadual
dan perancangan aktiviti akan diedarkan kepada semua dalam masa terdekat.

7.4 Kebajikan staf haruslah dijaga. Jaga keselamatan diri dan keluarga. Encik
Valinine Saing masih berulang alik dari rumah memandangkan belum ada tempat
tinggal. Refleksi staf boleh dibuat dan fikirkan apa jenis aktiviti yang sesuai
dijalankan.

Tindakan : Makluman Semua

.





































6

8 Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguh pada jam 4.00 petang

Penangguhan mesyuarat di cadangkan oleh :
Puan Hiltty Anak Hentick Ratos

Penangguhan Disokong oleh:
Puan Zuria Anak Jayan


Disediakan oleh: Diluluskan oleh:




En. Ulen Anyong Anju ( Encik Tony Madup )
PEMBANTU PENGURUSAN MURID GURU BESAR
SK Rumah Barrau SK Rumah Barrau

You might also like