You are on page 1of 6

1

SKEMA JAWAPAN TEMA 7.1 BAB 2


soalan:
Aspek Perincian Markal
Pengenalan 1. Aspek peningkatan sosial. 5 markah
Isi dan
huraian
2. Kepentingan pendidikan dalam peningkatan tamadun. 10 markah
3. Ciri-ciri pendidikan dalam peningkatan tamadun
manusia.
30 markah j
4. Peningkatan tamadun Yunani dan China dalam bidang
falsafah.
15 markah
5. Pembangunan sosial negara kita pada hari ini
dipengaruhi oleh peningkatan tamadun manusia.
10 markah
6. Pembangunan sosial penting untuk perpaduan negara.
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.
10 markah
7. Langkah-langkah menjadikan Malaysia sebagai pusat
pendidikan bertaraf dunia.
10 markah
8. Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh warganegara
Malaysia untuk menjadi masyarakat yang maju dan
saintifik.
5 markah
Kesimpulan 9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:
Pengetahuan yang diperoleh.
Iktibar kepada diri, bangsa, dan negara.
Harapan menjadikan masa depan Malaysia yang lebih
cemerlang.
5 markah








2


1)
Aspek peningkatan sosial ialah pendidikan,falsafah,kesenian,seni
bina,dan sains teknologi . Pendidikan merupakan asas atau tonggak
utama.Pendidikan akan membantu manusia meningkatkan tahap
intelek.Peningkatan tahap intelek akan membawa kepada peningkatan dalam
bidang lain.

2)
Kepentingan pendidikan dalam peningkatan tamadun ialah
pendidikan menjadi asas atau tonggak dalam peningkatan sosial. Pendidikan
membantu manusia meningkatkan tahap intelek. Seterusnya membawa
kepada peningkatan dalam bidang-bidang yang lain. Dalam tamadun Yunani,
pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari sudut rohani
dan jasmani. Dalam tamadun Rom, pendidikan menekankan aplikasi ilmu
yang praktikal untuk memupuk semangat setia kepada negara. Dalam
tamadun India, pendidikan bertujuan untuk menambahkan ilmu, mengatasi
buta huruf dan mendapatkan jawatan dalam kerajaan. Dalam tamadun China,
matlamat pendidikan adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.

3) Ciri-ciri pendidikan dalam peningkatan tamadun manusia dalam
Tamadun Yunani ialah Pendidikan di Sparta bermatlamat untuk melahirkan
tentera yang sempurna, gagah, dan setia kepada negara.Pendidikan sparta
mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata
berbanding dengan pendidikan mental.

Dalam tamadun Yunani,pendidikan di Athens bertujuan untuk
melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Manusia
yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan fizikal dan
mental.Selain itu,diaboleh memberi sumbangan kepada kesejahteraan
kehidupan manusia. Pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni
berpidato, membaca, menghafal, dan menulis dititikberatkan di Athens.
Sekolah falsafah berkembang di Athens, Thebes, Elea, dan Miletus.

3


Dalam tamadun Rom, ciri-ciri pendidikan dalam peningkatan
tamadun manusia ialah menekankan aplikasi ilmu yang praktikal.
Pendidikan Rom juga menekankan semangat setia kepada Rom..
Pendidikan Rom melahirkan jurutera yang dapat membina sistem
pengairan, bangunan, dan jalan raya.Pendidikan Rom melahirkan ahli
falsafah dan sejarawan yang menulis tentang kegemilangan Rom. Banyak
mengambil dan menyerap unsur dari Yunani.

Dalam tamadun India,agama Hindu menjadi teras
pendidikan.Pendidikan India didominasi oleh kaum lelaki.Golongan wanita
tidak mempunyai peluang menimba ilmu pengetahuan. Pembelajaran kitab
Veda dan bahasa Sanskrit.Kaedah hafalan ialah cara untuk mendalami kitab
Veda tersebut.Pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha.
Pendidikan India menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.
Pendidikan India mempelajari hukum agama dan nilai murni untuk hidup
sempurna. Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman.Sebelum itu,
pendidikan diberikan di istana dan di rumah. Lahir universiti agama Buddha,
iaitu Nalanda. Untuk menjadi Brahmin yang berpendidikan, perlu menghafal
peraturan ritual, mantera, dan lagu agama. Mereka harus mempelajari karya
saintifik dan falsafah.
Dalam tamadun China, matlamatnya adalah untuk lulus peperiksaan
awam kerajaan. Pendidikan untuk pentadbiran. Terdapat tiga peringkat
pendidikan. Pada peringkat rendah,tertumpu kepada mengenal dan
menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci memahami
maknanya. Pada peringkat menengah, tertumpu kepada karangan dan
sastera. Pada peringkat tinggi, tertumpu kepada menterjemah buku suci.






4

4)
Peningkatan tamadun Yunani dalam bidang falsafah ialah ahli
falsafah Socrates. Perbincangan melalui kaedah soal jawabdan berusaha
mencari unsur-unsur dalam kehidupan. Bagi ahli falsafah Plato,masyarakat
yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.
Plato mengasaskan akademi falsafah di Athens..Bagi ahli falsafah Aristotle,
beliau mendalami bidang sains dan falsafah..Bagi ahli falsafah Thucycdides,
beliau merupakan pengasas Sejarah Saintifik. Falsafah Stoisisme dari
Yunani diamalkan di Rom.Ia mengaitkan kebahagiaan hidup manusia
bergantung kepada hubungan dengan alam.

Peningkatan tamadun China dalam bidang falsafah ialah dalam
falsafah Confucianisme,ia menekankan keperimanusiaan, maruah diri,
kesopanan, dan kesusilaan.Ia juga menekankan hubungan baik antara
manusia dengan manusia lain.MoTzu berpendapat akhlak manusia baik
kerana pengaruh alam sekitar.MoTzu memikirkan cara melahirkan masyarakat
dan politik yang baik.Dalam falsafah Legalisme pula,percaya hanya undang-
undang dapat membentuk nilai baik masyarakat.

5) Aspek peningkatan tamadun yang diterapkan dalam
pembangunan sosial negara kita ialah memajukan bidang pendidikan.
Melahirkan insan seimbang dalam jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.
Menyediakan kurikulum dan ilmu yang praktikal.Mementingkan pendidikan
agama.Menyusun sistem peperiksaan berdasarkan pentaksiran.Menyediakan
sekolah pada peringkat rendah, menengah, dan tinggi.Tahap peperiksaan
mengandungi ijazah pertama, sarjana, dan doktor falsafah.
Mementingkan perkembangan bahasa dan kesusasteraan.Menggubal
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Menggalakkan bidang kesusasteraan
seperti penulisan epik, prosa, sajak, dan cerpen.Memupuk semangat
patriotisme kepada rakyat.





5

6. Kepentingan pembangunan sosial untuk perpaduan negara
ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan, sukan untuk perpaduan / SUKMA, prinsip
Rukun Negara,Dasar / Akta Bahasa Kebangsaan, Sekolah Wawasan.,
penekanan kepada pegangan agama ,perkembangan kesusasteraan
,kebebasan beragama dan kebebasan berbudaya dan mengamalkan adat
resam. Kebebasan menggunakan bahasa ibunda.

7. Langkah-langkah menjadikan negara sebagai pusat pendidikan
bertaraf duniaialah Meningkatkan prasarana pendidikan.Selain
itu,menyediakan kurikulum yang releven / aplikasi ilmu yang
praktikal.Seterusnya,menyediakan tenaga pengajar yang bertauliah dan
cekap.Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
berkesan.Tambahan pula,Mengenakan yuran yang kompetetif. Seterusnya,
mengintergrasikan penggunaan ICT dalam P&P.Selain itu, Program
jaringan / jalinan pendidikan di peringkat serantau / antarabangsa.Di
samping itu, Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan. Langkah yang
lain adalah meningkatkan prasarana riadah dan menambah bilangan institut
pengajian tinggi

8. Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh warganegara
Malaysia untuk menjadi masyarakat maju dan saintifik adalah berdaya saing.
Selain itu,kita haruslah bersifat terbuka.Kita perlulah aktif dan progresif.
Kita juga patut terbuka menerima perubahan.Kita mestilah menguasai
pelbagai bidang ilmu pengetahuan.Pada masa yang sama, kita haruslah
berusaha meningkatkan kemahiran.Seterusnya,kita wajarlah mementingkan
sains dan teknologi.Warganegara Malaysia perlu bersikap kreatif dan inovatif.
Di samping itu,kita patut sentiasa memperkaya diri dengan pengetahuan.
Kita sepatutnya Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalankan penyelidikan
(R&D).






6

Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan ialah
pendidikan membantu manusia meningkatkan tahap intelek yang membawa
kepada kemajuan dalam bidang lain.Kemunculan ahli falsafah dalam
sesebuah tamadun membuktikan tamadun tersebut memiliki tradisi ilmu yang
tinggi.

Kita harus mencontohi ahli falsafah yang menggunakan akal untuk
berfikir secara berterusan bagi mencari jawapan yang logikdan rasional
terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan
persekitaran,

Pembangunan sosial negara kita banyak mencontohi aspek
peningkatan tamadun manusia untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
cemerlang dalam pelbagai bidang.

Kerajaan Malaysia mengambil langkah proaktif untuk menjadikan
negara sebagai pusat pendidikan bertaraf. Kita haruslah berusaha membaiki
dan memperkaya diri dengan pengetahuan agar dapat terus bersaing.

You might also like