You are on page 1of 8

1.

PENDAHULUAN
2. PENGERTIAN TAFSIR DARI SEGI BAHASA
3. PENGERTIAN TAFSIR DARI SEGI ISTILAH
Menurut istilah:

1) Menurut al-Jurjani, tafsir adalah menjelaskan makna ayat keaaannya, kisahnya, dan sebab yang
karenanya ayat diturunkan, dengan lafat yang menunjukkan kepadanya dengan jelas sekali.

2) Menurut az-Zarkazyi, ialah suatu pengetahuan yang dengan pengetahuan itu dapat dipahamkan
kibullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW menjelaskan maksud-maksudnya
mengeluarkan hukum-hukumnya dan hikmahnya.

3) Menurut al-Kilbyi ialah mensyarahkan al-quran, menerangkan maknanya dan menjelaskan apa
yang dikehendakinya dengan nashnya atau dengan isyaratnya ataupun dengan najwahnya.

4) Menurut Syeikh Thorir, ialah mensyarahkan lafad yang sukar difahamkan oleh pendengan
dengan uraian yang menjelaskan maksud dengan menyebut muradhifnya atau yang mendekatinya
atau ia mempunyai petunjuk kepadanya melaui suatu jalan (petunjuk). (Masyhuri: 86)
-MENGIKUT ULAMA ISLAM
4. PENGERTIAN TAKWIL DAN BEZANYA DENGAN TAFSIR
5. BIODATA SHEIKH ABDULLAH BASMEIH
1.BIODATA RINGKAS
2.ALAM PENDIDIKAN
3.ALAM PEKERJAAN
4.ALAM PENULISAN
6. SUMBANGAN SHEIKH ABDULLAH BASMEIH
1. DALAM BIDANG AKIDAH
2.DALAM BIDANG SEJARAH
3.DALAM BIDANGFEQAH
4.DALAM BIDANG HADITH
5.DALAM BIDANG BAHASA MELAYU DAN TULISAN JAWI
7.METODOLOGI PENULISAN DAN PENYUSUNAN KITAB.
1.METODOLOGI PENULISAN DAN PENYUSUNAN KITAB
2.METODOLOGI PENTAFSIRAN KITAB
8. KESIMPULAN

1-Pengertian Tafsir mengikut Ulama Islam
Tafsir dari segi bahasa berasal dari kata . Menurut Ibnu Manzur tafsir ialah
menerangkan maksud lafaz yang tidak jelas. Ibnu Abbas pula mengatakan ialah
bermaksud penjelasan.Manakala tafsir dari sudut istilah ulamak dan para ahli ilmu
mengatakan ianya ialah ilmu yang mengkaji mengenai maksud dan lafaz ayat dalam al-
Quran, hukum dan hakam serta pengajaran dan manfaat dari al-Quran.
Menurut Zarqasyi tafsir bermaksud ilmu untuk memahami kitab Allah s.w.t. yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta menjelaskan maknanya dan mengeluarkan hukum-
hakam dan pengajaran.

Menurut Dr. Manna Khalil Qathan dalam Mabahis fi Ulum Quran maksud tafsir dari sudut
bahasa ialah penerangan dan menyingkap sesuatu, menjelaskan sesuatu atau menyingkap
sesuatu rahsia. Maksud tafsir dari segi istilah pula ialah ilmu untuk memahami kitab Allah
yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan menjelaskan maknanya serta
mengeluarkan hukum-hukum dan pengajaran yang dipetik dari al-Quran.

Takrif yang diberikan oleh Abu Hayyan tentang ilmu tafsir dalam kitabnya al-Bahru al-
Mahith sebagai berikut:
Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak menuturkan
perkataan-perkataan al-Quran (dari segi tajwid) dan memberikan makna menurut keadaan
perkataan dan hukuman-hukuman pada ketika ia satu perkataan (mufrad) dan pada ketika
bersusun (murakab) dan makna-makna yang boleh diertikan pada ketika hakikat atau majaz.
Juga membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan nasikh dan mansukh dan sabab nuzul.

Ilmu tafsir juga ditakrifkan sebagai ilmu yang menjelaskan makna ayat sesuai dengan dilalah
(petunjuk) yang zahir (lahir) dalam batas kemampuan manusia. Ertinya ilmu tafsir mengkaji
bagaimana menjelaskan kehendak Allah s.w.t. yang terkandung dalam al-Quran melalui lafaz
dan makna serta menjelaskan hukum-hukum yang dikandungnya, sesuai dengan kemampuan
mufassir (ahli tafsir).[1]

Di dalam al-Quran ada disebut perkataan tafsir. Firman Allah s.w.t.:
Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu)
melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk
menangkis segala yang mereka katakan itu).
(al-Furqan 25: 33)

Kepentingan mempelajari ilmu tafsir iaitu dapat memahami makna-makna al-Quran dengan
lebih sempurna dan tepat; mengeluarkan hukum yang terkandung di dalamnya; dan
mengelakkan seseorang dari memahami ayat dengan cara yang salah atau menyeleweng dari
maksud yang sebenar.


Syarat menjadi penafsir al-Quran menurut Dr. Fauzi Deraman (dan rakan) seseorang ahli
tafsir itu perlulah mempunyai syarat-syarat berikut:
1. Akidah yang benar. Syarat ini mengelak seseorang mufassir untuk melakukan
penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Quran dan juga penipuan dalam periwayatan.
2. Bersih daripada hawa nafsu kerana ia akan mendorong dirinya membela dan menegakkan
kepentingan dan keperluan mazhabnya semata-mata sehingga ia berupaya menipu manusia
lain dengan ucapan-ucapan lembut dan keterangan-keterangan yang menarik minat
seseorang.
3. Mempunyai keahlian dalam bidang hadis, riwayat dan dirayah kerana hadis-hadis nabi
merupakan penjelasan dalam menafsirkan ayat-ayat mujmal dan mubham dan seterusnya
hadis-hadis akan membantu pentafsir dalam menerangkan segala kemusykilan yang timbul
berhubung dengan perkara ini.
4. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa dan ilmu-ilmu yang berkaitan
memandangkan pentafsiran ayat-ayat al-Quran berkait rapat dengan i`rab perkataan dan
tatabahasa.
Mujahid bin Jabr berkata:



Tidak wajar bagi seseorang yang beriman dengan Allah s.w.t. dan hari akhirat
memperkatakan mengenai kitab Allah sedangkan dia tidak mengetahui dialek-dialek bahasa
Arab.
5. Berpengetahuan dalam ilmu qiraat kerana dengannya seseorang itu dapat mengetahui cara-
cara mengucapkan lafaz-lafaz al-Quran dan dapat pula memilih bacaan yang lebih kuat di
antara pelbagai ragam bacaan yang ada. Malah qiraat juga dapat mempastikan maksud yang
sebenar apabila berlakunya perselisihan.
6. Mengetahui dalam ilmu Nahu dan Sarf kerana pemahaman sesuatu ayat kebanyakannya
memerlukan kepada kebolehan mengi`rab sesuatu perkataan dan seseorang yang tidak
memiliki dua ilmu ini akan mendedahkan pentafsiran al-Quran kepada penyelewengan.
7. Berpengetahuan yang luas dalam bidang Ulum al-Quran yang dapat membantu memahami
ayat-ayat al-Quran dengan betul dan mendalam. Contohnya, Asbab an-Nuzul akan menolong
mufassir dalam memahami maksud ayat berdasarkan latar belakang penurunan ayat.
8. Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya seseorang mufassir
diharapkan dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan ketuhanan dan hak-
hak Allah dengan betul serta tidak mentakwilkannya dengan sewenang-wenangnya.
9. Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu mufassir bagaimana hendak
membuat kesimpulan dari ayat-ayat al-Quran dan berdalil dengannya. Begitu juga mengenai
ayat-ayat mujmal dan mubayyan, umum dan khusus, mutlak dan muqayyad serta amar dan
nahi.
10. Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti ilmu sosiologi dan antropologi, zoologi dan ilmu-ilmu
yang berkaitan dengan maklumat umum seperti sejarah, geografi, psaikologi dan sebagainya.
Semuanya dapat membantu dalam mentafsirkan al-Quran selaras dengan tuntutan kehidupan.
11. Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Quran itu sendiri. Perkara yang diterangkan secara
ringkas di satu tempat dijelaskan secara terperinci di tempat yang lain.
12. Mentafsirkan al-Quran dengan as-Sunnah kerana as-Sunnah adalah penjelas kepada al-
Quran.
13. Sekiranya tidak terdapat tafsiran al-Quran dari as-Sunnah, maka hendaklah dirujuk
kepada pandangan para sahabat kerana mereka lebih memahami perkara tersebut disebabkan
mereka telah menyaksikan penurunan wahyu dan latar belakangnya.
14. Merujuk kepada pendapat tabi`in jika tidak terdapat tafsiran para sahabat dengan syarat
terdapat pada riwayat yang sahih.

[1] Drs. H.A. Hafizah Dasuki, M.A. (2006). Ensiklopedia Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Jilid 5. hlm 29.





2-Biodata Sheikh Abdullah Basmeih
LATARBELAKANG
Nama penuh beliau ialah Sheikh Abdullah Basmeih bin Sheikh Muhammad Basmeih[3].
Beliau berketurunan Arab di kedua-dua belah pihak ibu dan ayah beliau. Ayah beliau
bernama Syeikh Muhammad Basmeih bin Salleh Basmeih yang berasal dari Hadramawt di
Yaman, manakala ibu beliau bernama Aisyah binti Abdullah bin Hammad yang berasal dari
wilayah Bishah Arab Saudi. Basmeih adalah gelaran bagi keturunan beliau[4].
Syeikh Abdullah Basmeih telah dilahirkan pada 29 Disember 1913[5]. Dalam catatan lain
beliau dikatakan dilahirkan pada tahun 1915[6] kerana umur beliau sewaktu berhijrah ke
Tanah Melayu pada tahun 1927 ialah 12 tahun[7]. Beliau dilahirkan di kawasan bernama
Maabdah yang terletak berhampiran dengan Mekah. Beliau dibesarkan di bumi Mekah al-
Mukarramah sehinggalah berhijrah ke Tanah Melayu selepas itu kerana mengikut bapa
beliau.
Syeikh Abdullah Basmeih telah menjadi yatim semasa berumur kurang dari dua tahun
sewaktu ibu beliau Aisyah meninggal dunia. Selepas itu beliau dijaga dan dibesarkan oleh
ibu saudara beliau Khadijah Hammad. Khadijah Hammad dipangil beliau sebagai ammati
wa khalati iaitu yang bermaksud ibu saudara sebelah bapaku dan ibu saudara sebelah ibuku
kerana beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kedua-dua belah pihak iaitu di
pihak ayah dan ibu Sheikh Abdullah Basmeih[8].
Sheikh Abdullah Basmeih hanya mempunyai dua orang adik beradik lelaki sebapa iaitu
Sheikh Said dan Sheikh Salim. Kedua-duanya adalah hasil daripada perkongsian hidup
Sheikh Muhammad Basmeih dengan wanita Melayu yang bernama Yang Chik binti Haji
Kesah yang berasal dari Kampung Sungai Kertah Pengkalan Balak Melaka[9].
PENDIDIKAN



Sheikh Abdullah Basmeih adalah seorang tokoh ilmuwan terulung namun sejarah
pendidikannya tidaklah sepertimana kebanyakan ulama lain.
Pendidikan awal Sheikh bermula semasa beliau kecil lagi iaitu semasa berada di Mekah al-
Mukarramah. Semasa di sana beliau telah sempat belajar di Suq al-Layl. Beliau telah dihantar
oleh ayah beliau untuk belajar agama di masjid Mekah semasa berumur 7 tahun[10].
Pembelajaran beliau ini hanyalah sekejap sahaja kerana semasa beliau berumur 12 tahun ayah
beliau telah membawa beliau bersama berhijrah ke Malaysia di Pengkalan Balak Melaka.
Bermula dari perpindahan itu, beliau telah dididik mengikut suasana masyarakat tempatan
pada masa itu.
Beliau telah dimasukkan ke sekolah Melayu Pengkalan Balak Melaka dan telah belajar
sehingga lulus darjah 5[11]. Hasil daripada persekolahan dan persekitaran telah
membolehkan beliau untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Selepas daripada itu beliau tidak dapat meneruskan pengajian beliau ke peringkat lebih tinggi
disebabkan masalah kewangan. Walaubagaimanapun beliau tetap gigih menimba ilmu
dengan berusaha membaca sendiri antaranya Majalah Guru, hasil-hasil karangan pendita
Zaaba dan sebagainya[12]. Beliau sendiri turut menyebut bahawa guru beliau adalah buku-
buku dan kemahuan, hanya Allah sahaja yang mengetahui kegigihan beliau dalam menuntut
ilmu[13].
PEKERJAAN
Sheikh Abdullah Basmeih adalah seorang yang gigih. Sejak kematian ayah beliau, beliau
telah bertanggungjawab untuk berusaha mencari rezeki bagi meringankan beban ibu tiri
beliau walaupun pada masa itu beliau masih bersekolah[14]. Beliau pernah menjual nasi
lemak, menoreh getah, bersawah, menjual buah dan ikan[15].
Selain daripada itu, Sheikh juga pernah bekerja sebagai buruh di Triang Pahang, sebagai
pembantu tukang masak di kantin Sekolah Inggeris Bandar Hilir Melaka, sebagai buruh di
kilang getah Belanda di Pasir Panjang, peniaga kain dan pembuat dan penjual rojak[16].
Semasa beliau berniaga rojak beliau telah berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Artikel
beliau pernah tersiar dalam akhbar Warta Malaya. Kebolehan beliau ini disedari oleh
pengarang akhbar Utusan Melayu Haji Mohammad Dahlan Masood (Hamdan). Beliau telah
memberi kepercayaan kepada Sheikh untuk menterjemah rencana-rencana agama daripada
Majalah al-Musawwar untuk dimuatkan ke dalam Utusan Melayu[17].
Selepas itu beliau terus serius berkecimpung di dalam dunia penulisan dan penterjemahan.
Beliau pernah bekerja dengan Syarikat Qalam Press dan Syarikat Utusan Melayu[18]. Beliau
juga pernah bekerja sebagai penulis dan penterjemah bebas[19].
KARYA

Sepanjang penglibatan Sheikh di dalam bidang penulisan, beliau telah banyak menghasilkan
karya-karya yang amat berharga. Antaranya ialah :
i. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman[20]
ii. Pengertian Ayat-ayat al-Quran ( naskhah jawi dan naskhah rumi )[21]
iii. Mukadimah Mastika Hadis[22]
iv. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( iman- tauhid )[23]
v. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( sembahyang )[24]
vi. Khutbah Haji Wada- Khutbah Rasulullah s.a.w.[25]
vii. Panduan Mengurus Jenazah[26]
viii. Kedudukan Masjid Dalam Islam[27]
ix. Sejarah Hidup Siti Aisyah (1950)[28]
x. Sejarah Hidup Abu Bakar al-Siddik (1951)[29]
xi. Sejarah Hidup Nabi Muhammad ( 1952-1953 )[30]
xii. Panduan Kanak-kanak Sembahyang[31]
xiii. Muqaddam al-Quran[32]
xiv. Hikayat Salahuddin al-Ayyubi[33]
KEMATIAN

Sheikh telah kembali ke rahmatullah pada 14 Julai 1996 di rumah beliau yang terletak di
Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat. Pada ketika itu beliau berumur 84 tahun[34].
Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada negara
kita lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sumbangan beliau sebagai penterjemah al-Quran.


3-Sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih


4-Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Basmeih dalam penulisan dan peyusunan kitab
tafsirnya
METODOLOGI PENULISAN DAN PENYUSUNAN KITAB

Pada bahagian metodologi ini penulis merujuk kepada kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
cetakan ke 13[40]. Penulis membahagikan kitab ini kepada tiga bahagian iaitu bahagian
pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup.
Bahagian Pendahuluan mempunyai helaian-helaian tentang kata-kata aluan Perdana Menteri
Malaysia[41], kata-kata aluan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Dr.
Abdul Hamid Othman[42], kata-kata aluan Ketua Pengarah JAKIM Brigedier Jeneral Dato
Abdul Hamid bin Zainal Abidin[43], kata-kata aluan Dato Haji Muhammad Noor[44], kata
penutup penyemak dan penterjemah Haji Muhammad Noor dan Sheikh Abdullah
Basmeih[45], keterangan tentang Ejaan Kata-kata Istilah Ugama dalam naskhah rumi oleh
Sheikh[46] dan senarai kitab-kitab rujukan[47].
Bahagian isi pula adalah bahagian surah-surah al-Quran yang diterjemah dan ditafsirkan
oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Setiap surah didahului oleh mukaddimah. Bahagian
Mukaddimah ini memberi keterangan tentang nama surah, tempat diturunkan surah, bilangan
ayat dan juga intisari ayat. Bahagian ini merangkumi 30 juzu al-Quran bersamaan 114
surah.
Bahagian penutup pula mengandungi halaman tentang isi kandungan kitab beserta mukasurat
setiap isi. Kitab ini diakhiri dengan keterangan tentang Pengenalan Mashaf al-Quran al-
Karim beserta tanda-tanda yang digunakan di dalam mashaf dan makna tanda-tanda tersebut.
5-Kesimpulan

You might also like