You are on page 1of 5

1

SMK SEMERAH, BATU PAHAT


UJIAN BULANAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1
NAMA:
TINGKATAN:
A. Pilih jawapan yang paling sesuai.
1 Individu yang tidak mempercayai. Tuhan bermakna dia tidak mensyukuri nikmat yang
diberikan olehnya
A kejayaan C kewujudan
B keteguhan D keistimewaan

2 Apakah yang perlu anda lakukan apabila menikmati keindahan alam semula jadi?
A mempergunakan keindahan alam semula jadi untuk kepentingan diri
B mencemarkan kebersihan alam ciptaan tuhan
C Bersyukur atas keindahan yang dikurniakan oleh tuhan
D melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keindahan alam ciptaan tuhan

3 Pekerja kantin di sekolah Joshua telah tersilap memulangkan wang baki yang lebih
kepadanya. Sebagai seorang yang amanah, apakah tindakan yang perlu Joshua lakukan?
A menerima wang baki tersebut
B memulangkan lebihanwang baki tersebut
C mendermakan wang tersebut kepada tabung sekolah
D memberikan wang tersebut kepada kawan baik

4 Jiran Adam telah mengirimkan bungkusan untuk diserahkan kepada anaknya yang tinggal
seasrama dengannya. Adam sepatutnya
A mengetahui isi bungkusan itu terlebih dahulu
B menukar bungkusan itu dengan bungusan yang lain
C menyampaikan bungkusan tersebut kepada tuannya
D meminta izin untuk membuka bungkusan itu

5 Yang berikut merupakan ciri-ciri individu yang mempunyai harga diri, kecuali
A mempunyai tanggapan yang baik tentang diri sendiri
B mudah dipengaruhi oleh orang lain
C meletakkan diri setanding dengan rakan yang berjaya
D menerima dan menghargai diri sendiri

6 Apabila anda melakukan kesilapan, anda akan
A menuding jari kepada orang lain
B tidak mahu terlibat dengan perkara tersebut
C menyesali dan mengutuk diri sendiri
D mengenal pasti kelemahan dan cuba membaikinya

2

7 Yang berikut merupakan cara menjaga kebersihan diri, kecuali
A mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari
B menggosok gigi sebelum tidur
C mencuci rambut dua atau tiga kali seminggu
D memakai kasut di dalam rumah

8 Sebuah kilang padi di bina berdekatan dengan kawasan perumahan. Setiap hari, serkam padi
yang halus berterbangan sehingga menjejaskan kesihatan penduduk, apakah tindakan anda?
A membiarkan kilang padi itu beroperasi
B menyuruh penduduk pindah ke tempat lain
C membuat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar
D mengemukakan saman kepada pengurus kilang tersebut

9 Seorang rakan bertanya tentang sesuatu kepada anda ketika anda sedang tekun membaca.
Anda perlu
A memarahinya kerana mengganggu anda
B menjawab pertanyaannya dengan ikhlas
C Berpura-pura tidak mendengar pertanyaannya
D memberitahunya bahawa anda tidak suka diganggu

10 Jika kita mengamalkan sikap toleransi, negara akan bertambah
A kuasa politik
B bilangan penduduk
C aman dan damai
D kaya dan dikenali

Bulatkan jawapan anda di bawah:
1. A B C D 6. A B C D
2. A B C D 7. A B C D
3. A B C D 8. A B C D
4. A B C D 9. A B C D
5. A B C D 10. A B C D

B. Nyatakan sama ada pernyataan di bawah WAJAR atau TIDAK WAJAR
a. Normala menyahut panggilan ibunya dengan suara yang lembut dan sopan
b. Ah Ling berkecil hati apabila ibu membelikan baju untuk abang
3

c. Firdaus mengirimkan sebahagian daripada wang gajinya ke kampong pada setiap bulan bagi
meringankan beban ibu bapanya
d. Hari istimewa dalam keluarga tidak perlu disambut kerana hanya menbazir wang dan
membuang masa
e. Ah Seng sering memandang rendah kebolehan adiknya

C. Gariskan jawapan yang betul
1. (manusia, tuhan) yang tahu berapa banyak planet, bulan, bintang dan galaksi yang ada di
angkasa.
2. Manusia patut (bersyukur,berbangga) dengan kurniaan tuhan ke atas diri dan alam sekitar yang
unik.
3. Kita harus (menghargai, menghina) golongan kurang upaya sebagai ciptaan tuhan yang istimewa.
4. (Pandai memilih rakan, bersikap individualistik) adalah cara membina harga diri.
5. Makanan yang seimbang penting untuk (menyerikan wajah, menjaga kesihatan)
6. (Rusuhan kaum, Aman dan tenteram) merupakan kesan terhadap Negara jika masyarakat hidup
dalam suasana kasih sayang.
7. Individu yang tidak mahu menerima hakikat bahawa dia dilahirkan tidak sempurna ialah individu
yang tidak (bersyukur, sombong)
8.Kita tidak seharusnya memandang (tinggi,rendah) terhadap orang lain kerana setiap manusia ada
(keistimewaannya, kekurangannya)
D. Nyatakan tindakan yang wajar diambil berdasarkan situasi berikut
SITUASI TINDAKAN
Rakan anda cuba mempengaruhi anda untuk
membeli kasut sukan berjenama terbaru yang
menjadi kegilaan remaja kini.


Anda menghabiskan sebahagian besar wang
anda untuk menikmati makanan segera setiap
minggu.


Ketika ingin ke sekolah, anda dapati tayar
basikal anda pancit.


Ibu anda jatuh sakit dan tidak dapat
menyediakan makan malam untuk anda
sekeluarga.


4

Anda merupakan pengawas sekolah. Suatu hari
rakan baik anda terlewat dan meminta anda
membenarkannya masuk tanpa mencatat
namanya.


Anda memegang jawatan sebagai bendahari
Kelab Rekreasi di sekolah anda. Suatu hari
wang persatuan yang diamanahkan kepada
anda telah hilang.



E . Nyatakan nilai yang sesuai bagi setiap pernyataan di bawah
Pernyataan Nilai
Semua penduduk kampung datang membantu untuk menjayakan
majlis perkahwinan Azrin


Jasmin selalu bertegur sapa dan berbaik-baik dengan jirannya


Pelajar-pelajar membersihkan kawasan sekolah secara bergotong-
royong


Raju menolak perlawaan kawannya untuk berlumba motosikal
kerana sedar tindakan tersebut boleh membahayakan nyawanya
















5

























Disediakan oleh Disahkan oleh

-------------------------------- -----------------------------------
(Pn Nurul Atika Bt Yusof) ( )

You might also like