You are on page 1of 20

PERKEMBANGAN SENI

VISUAL SELEPAS MERDEKA


ALVIN LAU EK BEEN
SENI PLASTIK
Istilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial.
Seniman mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang
plastik merujuk kepada keperluan permukaan dan perasaan
seniman.
Seni plastik juga adalah satu tema dalam seni visual yang memberi
maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk dan
dibina.
Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi bentuk, ruang,
struktur, imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga
dimensi.
Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan, arca,
senibina, tembikar, ukiran, tenunan senjata dan
sebagainya.
Membentuk ialah teknik menghasilkan karya dengan cara
mengukir, menguli, menempa, mengurut, dan menggelek.
Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat, batu dan
sebagainya.
Membina pula ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk
tiga dimensi secara mengikat, melentur, menyambung,
membentuk, menjalin, mencantum dan sebagainya. Bahan
yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu, kayu,
logam, besi, keluli dan sebagainya.

SENI ARCA

Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang
berkaitan dengan pengkajian bentuk-bentuk tiga dimensi
yang melibatkan formalistik seni seperti ruang, jalinan,
warna, struktur dan rupa.
Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada
sekitar tahun 1960-an. Menurut T.K.Sabapathy (1976), karya-
karya arca Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Cheong
Laitong, Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan
hal-hal yang menghubungkan catan dengan arca.


SENI BINA

Binaan tempat kediaman iaitu rumah atau taman
perumahan.
Bangunan-bangunan awam seperti masjid, hospital,
perpustakaan, muzium dan sebagainya.
Bangunan-bangunan kerajaan.
Bangunan-bangunan perniagaan.
Aspek-aspek umum seperti pintu gerbang, menara, tugu
peringatan dan sebagainya.
Taman-taman dan kawasan rekreasi.


SENI MODEN

Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di
Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan
Wednesday Art Group.
Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo
Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau.
Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu
simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia.
Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah.
Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke
peringkat antarabangsa.
Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada
tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab
Perguruan Ilmu Khas (MPIK).
Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang
melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa
selama satu tahun.
Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi
tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an.
Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan
Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee
Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi
memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-
garde di negara ini.

SENIMAN

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka
dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27
Ogos 1958.
Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya
seniman terkenal seperti Chen Wen His, Cheong Lai Tong,
Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin,
Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat
dan Yong Mun Sen.
Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya
secara beransur-ansur.
Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato
Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung
yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta
ringgit.
Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran
solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang
diadakan di London pada tahun 1959 dan
dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan.
Kejayaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada
seni antarabangsa.
Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil
Ibrahim, Tay Mo Leong dan Toya turut menerima
pengiktirafan antarabangsa.
KARYA-KARYA TERKENAL
Yong Mun Seng,Dawn37cm x
54.5cm Watercolour on parchment paper 1955

Yong Mun Seng, Rumah Atap Di Tepi Pantai, 1960,
cat air
Abdullah Ariff, Coconut Plantation Dawn, Cat
Air, 1948
Abdullah Ariff, Bumi Bahagia Lombong Bijeh
Malaya, Cat Air, 1960

Dato Mohd Hoessein Enas, Potret
Diri, Pastel Kapur, 1958
Dato Mohd Hoessein Enas , Gadis
Melayu, Cat Minyak, 1959
Datuk Syed Ahmad Jamal ,The Bait 1959
Oil on board 122cm x 154cm Datuk Syed Ahmad Jamal,
Mandi Laut, Cat Minyak Atas
Papan, 1957

Anthony Lau, Djin Api,
Kayu, 1959
Anthony Lau,
Rimba, Besi,
1968
Tay Hooi Keat ,Plantscape
84cm x 62cm Oil on canvas 1959
Tay Hooi Keat, Lembu Berlaga, Cat Minyak, 1958

Ibrahim Husin, Pak Utih, Campuran, 1967
Ibrahim Husin, Are You Alone Out There
?, Arkrilik, 1969
Mazli Mat Som, Yati, pastel,
1964
Mazli Mat Som, Menanti Nelayan, Cat Minyak, 1965
Chua Thean Teng, Musim Buah,
Lilin Dan Pewarna Batik, 1968
"Fishing Village" Chuah Thean Teng 1956
"Rebab Player" Mad Annuar Ismail 1991 "Tomb Stone" Hamzun Harun 1992
"My Father And The Astronaut" Ibrahim
Hussein 1969
"The Abuse Victim" Bayu Utomo Radjikin 1994

You might also like