You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PEMILIHAN SOFBOL BAWAH 12 TAHUN LELAKI DAN

PEREMPUAN KE KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PERAK 2014


TARIKH :10 FEBRUARI 2014
MASA :2: 30 PETANG
TEMPAT :PUSAT KEGIATAN GURU SUNGKAI
PENGERUSI :ENCIK ANUAR BIN KINTAN (GURU BESAR SK JERNANG)
KEHADIRAN :1.ENCIK KAMIS BIN SAAD (PTPS SOFBOL DAERAH)
2.ENCIK MOHD FIKRI BIN MOHD SHAARI (PENOLONG PTPS DAERAH)
3.ENCIK NOR AZMI BIN MOHD ALI (PK KOKO SK PENDITA ZABA)
4.PUAN NORHAYA BINTI YAHAYA (SK CHANGKAT SULAIMAN )
5.ENCIK MOHD YUSHOUHAIMI BIN M YAHYA (SK TOH TANDEWA SAKTI)

1.0 AGENDA 1: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis (ENCIK ANUAR BIN KINTAN)
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru yang berminat
menyertai pemilihan sofbol tahun 2014.
1.2 SK Jernang dipertanggungjawab oleh PPD selaku tuan rumah bagi pemilihan
sofbol bawah 12 tahun lelaki dan perempuan untuk tahun 2014.
1.3 Pengerusi selaku tuan rumah akan mengadakan pemilihan dalam bentuk
pertandingan.
1.4 Pengerusi juga memberitahu telah mendapat kebenaran untuk melakukan
pemilihan ini pada hari Sabtu 5 April 2014 dan mendapat kebenaran dari PPD
untuk diadakan di SK Jernang.
1.5 Pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.
1.6 Pengerusi membentangkan pencapaian daerah Batang Padang di kejohanan
peringkat negeri dan juga kebangsaan.
1.7 Pengerusi membentangkan cadangan jawatankuasa pemilihan sofbol bawah 12
tahun lelaki dan perempuan 2014.
1.8 Setelah dibincangkan, yuran penyertaan telah dipersetujui sebanyak RM80.00
bagi satu pasukan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek menggunakan
nama : PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK JERNANG
1.9 Borang pendaftaran pasukan boleh diambil di portal PPD batang Padang pada
tarikh 20.3.2014.



2.0 AGENDA 2: Taklimat PTPS daerah (ENCIK KAMIS BIN SAAD)
2.1 Encik Kamis mengucapkan terima kasih kepada SK Jernang selaku tuan rumah
yang akan menganjurkan pemilihan sofbol dalam bentuk pertandingan pada
tarikh dan tempat yang telah dipersetujui bersama.
2.2 Tarikh 5.04.2014 digunakan sebagai hari latihan pusat pasukan daerah.
2.3 Bola VPS telah dipersetujui untuk dimainkan sekiranya tiada bola jenama
Wurth di kejohanan tersebut.
2.4 Masa Perlawanan adalah selama 1 jam atau 5 inning lengkap dan akan
diadakan secara roundrobin.
2.5 Pemain yang mewakili daerah Batang Padang akan dipilih di kalangan pemain
yang terlibat dalam pemilihan ini oleh panel pemilih yang ditetapkan
kemudian.
2.6 Elaun makan yang diterima semsa latihan pusat adalah sebanyak RM12.00
sehari.
2.7 Setiap guru perlu memastikan keselamatan murid-murid sepanjang pemilihan.
2.8 Sekiranya apa-apa masalah yang timbul dalam pemilihan ini, perkara tersebut
boleh dirujuk kepada jawatankuasa pemilihan yang telah ditetapkan.
3.0 HAL-HAL LAIN
3.1 Encik Nor Azmi menyatakan menghadapi masalah pengangkutan ke kejohanan
tersebut.
3.3 Encik Anuar bin Kintan menjelaskan bagi melancarkan perjalanan murid-murid
ke SK Jernang, kemudahan kereta guru-guru SK Jernang disediakan dengan
bayaran pergi dan balik bagi 1 kereta ialah RM40.00.
3.2 Encik Anuar bin Kintan menjelaskan pihak sekolah akan memohon
pengangkutan dari JAKOA semasa kejohanan itu berlangsung bagi
menjimatkan kos pengangkutan.
3.3 Pasukan yang memerlukan pengangkutan untuk ke SK Jernang diminta
menunggu di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungkai (Perhilitan)
pada jam 7: 45 pagi.
3.4 Encik Anuar bin Kintan juga menyatakan makan tengah hari untuk 1 murid
sebanyak RM4.50. Sekolah-sekolah yang terlibat boleh memaklumkan
sekiranya berminat untuk menempah makanan di SK Jernang.
3.5 Sekiranya berminat untuk membuat tempahan makanan pada hari kejohanan,
boleh menghubungi Encik Mohd Fikri bin Mohd Shaari (016-4416225) dengan
menyatakan jumlah tempahan selewat-lewatnya sebelum atau pada 3 April
2014 (Rabu).
3.6 Encik Kamis bin Saad berharap kejohanan kali ini berjalan lancar.



Mesyuarat ditangguhkan jam 4:15 Petang.

DICATAT OLEH DISAHKAN OLEH


(MOHD FIKRI BIN MOHD SHAARI) (ANUAR BIN KINTAN)
SETIAUSAHA PEMILIHAN SOFBOL GURU BESAR
SK JERNANG, SUNGKAI SK JERNANG, SUNGKAI

You might also like